Tiba tiba kembung perut menyerang !

by - Rabu, Jun 15, 2022

 Malam kelmarin... 

Aku terima satu panggilan dari kawan sepermainan. Adeh ! Biasanya dia whatsapp je. Tapi kali ni call. Aku kalau orang jarang call , tiba-tiba call.. seriau gak ! Maklumlah... aku bukanlah sapa sapa. Hahaha.. Jual insuran pun tak. Jual halia tu ada la. Bisnes kecil je haa.. Lebih fokus untuk kesihatan memandangkan ramai dah bermasalah dengan perut. 

" Sapa lak yang meninggal dunia ni ? " bisik hati kecil aku. 

Salam diberi dan kedengaran intonasi suara dia macam teruja. Alhamdulillah. Bukan berita duka untuk disampaikan. 

" Ben , nak amik halia ni camana ? Aku kembung perut ni. Lewat makan rasanya. " kawan tu mulakan perbualan. Lepas tu aku pun cerita la camana nak buat air halia dengan cara mudah. Pastu aku tanya la apa puncanya. Katanya dia lewat makan sebab sibuk dengan kerja. Pastu gi bedal megi goreng ! Pergh.. Patutlah. Jangan sesekali makan pedas bila perut kosong ! Sangat bahaya ! Teringat peristiwa wife aku kena angin berpunca makan masak lemak cili api ketika perut kelaparan dan gas dah mula naik. Kesannya ? Seminggu terbaring atas katil !! Rasa macam nak mati kata dia.. 

Kawan aku tu kata , wife dia dah buatkan. Letak serbuk halia tu satu sudu. Hahaha.. Aku gelak besar ! Pedas laaa.. Kawan tu cakap patutlaahh. Tapi katanya lepas minum tu, dia terus keluar angin. Terasa lega sangat. Kalau tak perut keras cam nak kejang jer. Huhuh.. Tu tanda awal yang sangat bahaya. Aku suruh dia bancuh dengan lemon sebelum tidur. Tujuan untuk pastikan membuang di pagi hari nanti. Lepas membuang , baru lega perut tu.. 


Jam 5 pagi ..

Di bilik tidur. Wife minta aku urutkan pinggang dia. Biasanya kalau dia mintak aku buat gitu, ada dua perkara jer. Satu , dia nak datang period. Kedua , dia buat kerja berat malam tadi. Tapi aku terlupa dimana bila dia diserang kembung perut atau angin, dia akan sakit juga di situ. Aku tanya kenapa sakit pinggang ?

Dia bagitau  yang dia kembung perut ! Dia tak lena tidur malam tadi. Perut terasa keras. Pastu teringat dia terlupa minum air halia lepas makan nasi ( ulam+budu ) , tu yang kembung perut. Adeh.. Ulam yang dia makan tu ( lupa nama dia ) , aku sendiri pun kembung perut masa makan ari tu. Dia boleh sambung makan lak. Nah.. kan dah kena gak ! Nasib baik dia gi bancuh air suam panas halia. Katanya lepas minum tu la baru perut dia ok. Angin mula keluar pastu duduk bertapa kat tandas. 

Gitulah.. bila dah berumur ni , memang sensatif perut ! Bukan sebab umur tapi sebab masa muda dulu tak reti nak jaga perut ! Semua nak bedal. Ingat perut kita kita, selamanya gitu ke ? Kalau tak reti nak overhaul, naya wooo ! Sesekali kena kasi cuci dan rehat.  Tu pentingnya puasa dan detox ! 

Paginya.. dia minum segelas lagi. Barulah perut dia ok. Nyaris nak cuti dah katanya. Huhuh.. Aku hantar anak anak ke sekolah. Kasi dia rehat jap. Biasanya dah kalut ke pejabat. 



Berminat nak order HALIA#1 ..

Wasap terus ke : https://wa.link/li4lxq

Kawan yang juga anggota polis memberikan feedback selepas guna Halia #1






You May Also Like

1 comments

  1. Ramai yg selepas vax perut kembung. Knp ek

    BalasPadam