Usaha adik perempuan aku ke Villa Ameda, Kuala Selangor !

by - Isnin, Ogos 15, 2022


Aku kasi kredit pada adik perempuan aku dan juga wife. Adik aku yang bersungguh sungguh dan beriya untuk buat trip keluarga ni. Wife aku part persiapan. Kalau ikut aku , memang nak batal je sebab Qhaliff tak sihat sangat. Selsema dan batuk. 2 kali swab test , memang negatif. Bawa gi klinik, doktor kata dia ok jer. Alhamdulillah.. tu yang aku gi gak la selepas 100 kali memikirkan masak masak pelbagai risiko terutama pada mak aku yang sudah meningkat usia tu. 

Perancangan ni , dah buat sebulan lebih. Alasan adik aku, payah nak kumpulkan semua serentak. Aku setuju je sebab aku pun tak lama tak jumpa anak anak buah aku terutama anak abang dan adik laki aku. 2 tahun lebih !! Walaupun raya hari tu, payah nak duduk sama. 

Alhamdulillah... Allah berikan kesempatan ini buat kami semua berkumpul dan berpeluang mencipta memori terindah ini bersama ibu. Aku pulak , berpeluang untuk rehat selepas berhari hari jaga Qhaliff dan Aariz yang tak sihat. Huhuh.. Dapat gak mandi kolam. Hee.. lama tak menyelam. 

Di hari kejadian , aku sekeluarga ke sana.. lewat juga. Malam baru sampai. Dari rumah aku ke situ, dalam 1 jam 20 minit. Mak aku tak tau yang adik aku buat kejutan ni. Dia 'tipu' mak aku. Katanya nak bawa ke Port Dickson. Saja nak gi pantai. 

Sekali tengok, abang dan adik laki aku pun sampai bersama keluarga memasing. Cam biasa.. aku sekeluarga je takda. Aku tahu, dia memang berharap aku sekeluarga ada. Aku memang payah nak kumpul ramai ramai. Risau tu ada. Takut bawa virus Covid 19 gitu. Tapi kali ni, aku tawakal je la pada Allah. Sampai bila nak takut kan ? 

Pastikan semua ok.. Petang dalam 6 lebih gitu, aku bertolak. Itu pun selepas anak anak semua dah recover dari demam. Aku rasa sebab cuaca yang membahang. Suhu memasing naik ke 37.  Kasi ubat , ok je semua. Huhu..

Sampai di Anis Menna , mak aku terkejut tengok kami datang. Dia call juga aku petang tu. Bagitau dia kat mana. Pastu cerita la pasal banglo tu besar dan banyak bilik. Dia tak la ajak aku datang tapi aku tau , dia nak suruh datang. Huhuhu..  

Dan supriseeeee ! Semua ada ! Alhamdulillah.. Terima kasih Allah atas peluang ini. 




 




You May Also Like

1 comments

  1. Alhamdulillah.. bila dapat berkumpul semua.. bahagia seorang ibu.

    BalasPadam