Teringat lagi satu ketika... aku tempah cermin mata yang guna bingkai bergaya ! Lama sangat dah masa tu. Bayar beribu. Fuh... terpaksa tunggu berminggu untuk siap. Dan bila tiba masanya , aku pun gi amik. Pastu cuba...
Kecewa !!!!
Kenapa ? Sebab cermin dia sangat peningkan kepala aku. Terpaksa simpan je spek tu. Rugi jer. Nak gi balik tukar... malas dah sebab staff layan macam... haih ! Tu pertama dan terakhir la aku main spek gitu.
Sejak tu, telan air liur je tengok spek spek cun ni.. Cam Oakley , RayBan dan macam macam lagi Sehinggalah aku buat spek rabun di kedai spek terkenal di Bukit Bintang iaitu Eyes Vision Optical , Sungei Wang Plaza.. barulah aku tau rupanya untuk pakai spek spek bingkai gempak ni.. aku boleh jer ! Diorang boleh buat cermin ikut kehendak kita ! Tu diaaa !
Spek rabun aku tu lak... biasanya beribu aku bikin.. di situ , 300-400 jer dah dapat yang tahan lasak ! Bingkai tahan lasak tu penting sebab aku guna ke gym. Main letak merata jer. Masalah cermin ? Cermin murah jer... RM100+ jer . Tu pun ada anti silau dan power kuat.
Setakat ni aku dah buat 4 cermin mata cun kat situ. RayBan dan Adidas. Semua aku sayang ! Hahaha.. Pakai ikut pakaian dan aku tak perlu risau pasal tak nampak. Segalanya jelas dan paling best , aku boleh memandu malam lagi ! Kenapa ? Sebab aku punya cermin tu ada dua tone. Atas gelap.. bawah cerah. Best woo gitu !
Nak buat pembedahan mata tu , tak mampu lagi buat masa ni.. Huhu.. Maka beginilah cara aku bergaya dengan mata aku. Hahahaha... Ok la kan ? Haa, kalau korang nak buat gak.. boleh jer.. Gi sana , tengok bingkai cun cun... pastu pilih warna cermin apa korang nak.. Cakap nak yang dua tone macam Ben Ashaari punya. Bukan tukar gelap tau ! Haa , yang macam spek atas ni ! Fuh, bingkai atas ni pun cun weh !
Ok.. Gi sana , cari Mr. Jun .. cakap je korang pembaca blog Ben Ashaari. Dapat tau dari situ. Nanti leh la mintak diskaun.. heee...
Alamat : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
No tel : 0163636464
Waktu Perniagaan: 11pagi - 7 malam ( Setiap Hari)