BEN ASHAARI



 

Hurm.. seperti yang dijangka. Walaupun tak seteruk PKP sebelum ni , PKPB ( Bersyarat ) tetap beri impak pada ekonomi terutama mereka yang berniaga sendiri. Yang boleh bukak kedai , ok la...  tapi pelanggan mereka terhad. Yang berniaga di shopping mall seperti bandar besar di KL tu.. camana ? Pelanggan takkan harap dari pekerja pejabat jer ? Jam 1-2 ramai orang.. pastu ? Hurmm.. 

Masalah mereka yang bekerja pulak.. anak kecil camana ? Mereka  belum tentu dapat buat WFH ! Jika syarikat tu kukuh , ok la.. Kalau tak ? Haa.. ada yang mengeluh bertanya di mana nak letak anak anak mereka ? Nak tak nak.. pakat pakat lari balik kampung hantar anak ! Hurm.. kesian ! Nak letak kat pengasuh ? Bayar harian.. pergh.. naya wooo ! 

Banyak lagi masalah masalah yang terpaksa rakyat hadapi. Segalanya berpunca dari.. hurm.. malas nak tuding jari tapi diorang apa kira ! Asalkan poket penuh.. dapat apa yang diinginkan.. Kedudukan terjamin, dah ! Bak main chest la.. nak menang , korbankan la yang kecik kecik tu... 

Aku ? Hurm... dari awal lagi dah tergugat ekonomi. Tahun depan nak letak anak kat tadika pun dah kena pikir panjang. Kos yuran dan bulanan. Hurm.. Nak antar tadika biasa , tak lepas lak syarat. Aduh...  Ada la lagi banyak masalah tapi tak pe la.. Aku simpan je untuk diri aku. 

Apa pun.. terima kasih la pada Pak Menteri yang kata tak perlu nak kuarantin masa kes tengah melompat naik tu ! Semoga Allah rahamti anda. Menjawab la di akhirat nanti.. 
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

"Berita terkini.... ada 2 beranak gelang pink p shopping kat PARKSON ALAMANDA...depa dah jln merata kat alamanda tu...So hati2 smua..Kalau boleh elak p sana ye, Dlm pukui 2pm tdi. "

What ???? Jeritan di dalam hati aku ! Pergh.. jerit dalam bahasa omputeh aja ! Hahaha.. Aku tonton video tu.. Aduh.. betul ke ni ?? Aku search di Facebook. Cari kot kot ada kawan kawan yang update pasal ni.. 

Ada seorang. Kawan yang memang aku kenal ketika bekerja di Kementerian Pelancongan satu tika dulu. Dan aku baca komen komen di dalamnya. Sedikit lega pastu. Kemudian aku forward mesej ni pada wife . 

Dan seperti yang aku jangka... dia kalut terus ! Huhuh. sebab ? Sebab pada jam tu , aku sekeluarga ada kat Alamanda. Ke Celcom dan Digi. Selesaikan masalah line telefon. Terpaksa bawak budak budak sebab wife tak arif sangat part ni.  Dah berbulan tak ke Alamanda sebab takda hal penting. Huhuh.. 



Ramai dah mula maki hamun di ruangan komen posting video ni. Aku tak upload pun. Aku cari info di Twitter bagi pengesahan. Alhamdulillah.. lega skit baca komen komen sebab mereka letakkan sekali bukti pengesahan. 

Aku cuba yakinkan wife. Tapi dia cam... menyesal sangat gi Alamanda ! Hahaha.. Adeh... Dan tak lama kemudian , pihak Alamanda keluarkan kenyataan.. Aku send kat wife. Barulah dia tenang ! Huhuhuh.. Dan katanya itu je la pertama dan terakhir ke shopping mall ! Tidak dah pasni. 

Tapi shopping mall bukan saja bahaya kalau nak ikutkan.. asal keluar dari rumah je , dah bahaya ! Haaa.. tak kira la gi kerja atau umah orang tua kita sekali pun ! Nak tak nak , kita kena dah lalui semua ni.. Cuma kena berhati hati dan ikut je SOP yang disarankan. 




 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Kontrak aku dah tamat ! Fuh.. lega betul. Rasa cam nak downgrade plan jer. Tapi kebelakangan ni, kes Covid 19 melonjak naik. Anak anak terpaksa bersekolah di rumah buat masa kini.  Tak berani nak antar lagi sebab ada banyak kes melibatkan pelajar sekolah dan sekolah tertentu terpaksa ditutup sementara waktu. Sian diorang kena swab test. Huhuhu... Diorang kecik lagi.. 

Nak tak nak , aku terpaksa ubah perancangan. Wife punya pun asalnya nak downgrade gak dan amik internet fiber je di rumah. Dengan cara tu , penggunaan internet tanpa had dengan kos rendah mampu menjimatkan kewangan bulanan. Tu pelan kitorang la... 

Tapi aku tergoda lak dengan umpan Celcom. Hahahaha.. Dia kasi OPPO Reno 4 jika aku berminat nak sambung kontrak untuk 2 tahun lagi. Yelah , camana pun aku akan tetap kena guna gak telefon dengan nombor yang sama. Adeh... 

Bincang punya bincang maka plan bertukar jadi begini. Aku kekal dengan plan aku yakni First Platinum Plan dengan bayaran RM188 sebulan ( kira RM200+) , wife amik pakej penjawat awam.. RM68 dan pasang satu internet under Celcom.. RM60 rasanya. Terpaksa amik sebab aku terpaksa share internet bila anak anak ada di rumah. Diorang nak tengok Youtube dan aku nak layan Netflix malam hari. Huhuhu.. Memang tak cukup la data. Tu yang buat plan baru. Adoi... Kalau takda Covid 19 , memang tak da plan ni. Dan diorang check , port untuk Home Fiber , ada ! Ha, rezeki. 

Alhamdulillah.. semua berjalan seperti yang dirancang. Dapat 2 phone dan kontrak sama jangka hayat.. 2 tahun ! Aku nak amik sebab plan internet Celcom  Home Fiber tu , 2 tahun gak kontrak. Alang alang kan ?  Huhuh... 



Siap ! Balik rumah.. Tengah aku duk berehat , wife panggil aku. Dia kata ada masalah. Ah, sudah ! Dia kata... plan pakej tertukar ! Yang data kecik , pergi kat aku ! Yang banyak kat dia. Ha ???? 40 GB untuk aku yang mana aku boleh guna , 1 GB sehari !!! 20GB saja untuk sebulan pada hari biasa dan baki 20 GB untuk  hujung minggu yang mana sehari aku boleh guna 5GB jer. Maksudnya ada pecahan dah ! ARghhhh !! Aku nak buat apaaa dengan 1 GB sehari ??????  Bayangkan selama ni aku guna 120GB sebulan... tu pun tak cukup ! Huwaaaaa.... 

Wife aku lak.. dia nak wat apa data banyak banyak ??? Dia kat opis pun guna WiFi ! Bukan kaki download pun. Sebelum ni dia dapat pakej UNLIMITED , tak guna pun. Tu pasal dia nak downgrade jer. 

Kesilapannya ketika isi borang. Nombor telefon tu !! Staff tu pun tak ulang confirm yang mana rakan aku kata , sepatutnya staff kena ulang confirm memandangkan ada 2 nombor telefon dalam satu akaun. Tapi tak nak la salahkan dia.

Maka nak tak nak, terpaksa ke Celcom Alamanda sekali lagi. Fuh , anak anak dah penat. Wife pun. Aku dalam kepala nak gi gym dah. Tapi segalanya perlu diselesaikan segera. 

Tengok la plan aku di bawah ni. Huhuh.. Mampus keras aku weh ! 



Di Celcom Blue Cube Alamanda , wife gi uruskan. Kata mereka tak boleh buat apa dah. Amboi ! Yeke ? Aku contact kawan aku yang juga dalam line ni tapi di negeri lain. Katanya boleh je nak buat cuma aku kena penalti dan staff tu kena bayar la. Aku tak kisah la bab penalti. Sekadar nak switch plan je. Bukan nak cancel ! Pelik kan ? Nama sama je.. Akaun sama. Cuma tukar atas bawah je ! Pun susah ! Huh. 

Terus aku mati hasrat nak guna Home Fiber Celcom. Aku suruh wife cancel. Dan aku dapat satu idea.. Guna Digi Internet. Bukan apa.. Celcom kat umah aku ni , kalau hujan ribut petir , mesti akan down. Yang ok , selamat , Digi dan Maxis jer.. Maka aku ajak wife ke DiGi.. 

Tanya punya tanya.. tertarik dengan plan INTERNET UNLIMITED . Takda kuota pun. Guna la sebanyak mana pun... Bayar je RM150 sebulan. Alamak ??? Apasal tak cakap awal awal ?? Adoi.. ruginya aku... 

Terus amik.. Dan gi ke Celcom balik.. cancel Home Fiber. Best part.. kat kaunter.. diorang check semula pendaftaran wife. Katanya takda pun buat permohonan ! Aik ???? Pulakkk ??? Dan diorang check port , penuh ! Hahahah.. Semalam kata ada .. ari ni penuh lak ! Adoi laaa... 



Dan Digi Internet mulakan tugas malam tadi dengan cemerlang.  Ok la... Takda kontrak dengan Digi sebab takda amik pakej phone. Dan aku..  Kena manfaatkan intenet untuk gandakan wang anda ! Bukan untuk hiburan semata mata.. hurmm..  Dan Celcom , kita bersama untuk 2 tahun lagi. Huhuh.. Nasib baik la dapat 2 phone. Huhuh.. Nak beli , memang tak laa... 
 

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Gegar Vaganza 7 dah bermula. Trending semalam di Twitter. Di Facebook, aku tak pasti sebab tak nampak ramai yang update.  Namun aku pasti mereka yang ada ASTRO , mesti layan. Namun aku masih belum terbuka hati nak tonton walaupun penyanyi yang aku minat sangat ada dalam tu.. Sapa dia  eh ? Hehehe.. teruskan membaca.. 

Ok.. Ada 14 peserta otai dalam ni. Yang menarik minat aku ialah Mus May , Yantzen , Noraniza Idris , Linda Nurawil, Rozita Izlyn dan sapa eh ? Yang lain tu aku tak berapa tau sangat kecuali Oja yang baru baru ni , ada la aku promote dia dengan grup baru dia... yang juga band popular satu tika dulu, Spoon. Tapi suara dia , bukan minat aku la. 

Nah... Berdasarkan pengalaman aku selama ini mengikuti perkembangan Gegar  Vaganza , tarikan ke final mesti ada yang ramai peminat , muka kacak , cun dan pastinya yang berkontroversi ! Aku teka Top 3 eh.. Hehehe... 

1- Noraniza Idris. Kenapa dia ??? Kalau korang kaki Muzik Muzik , kalau lagu dia ada masuk.. mesti akan ke final dan bersaing dengan Siti Nurhaliza.  Dan pastinya persembahan dia bukan calang calang la.. Kalau tak menang lagu , persembahan mesti dapat kat dia. Ini tarikan utama untuk GV7. Kalau dia terkeluar awal , memang cari pasal la ! Hahahaha.. Melainkan suara dia ada masalah atau masalah peribadi. 

2. Mus atau Yantzen - Mereka yang layan Rock Kapak , mesti mengamuk kalau takda wakil Rock Kapak di final. Kalau Mus atau Yantzen tak buat hal dalam pusingan seterusnya, ini muka wajib ada di final bagi memastikan jumlah penonton di Final ramai dan juga meriah ! 

3. Linda Nurawil - Naib Juara Akademi Fantasia 2 wooo ! Aku ingat lagi masa AF 2 dulu. Dia ni memang gempak la. Antara yang layak jadi juara dan ramai peminat. Paling utama ialah dia dari Sabah. Haa , mana mana peserta dari Sabah , memang merbahaya !! Suara dah padu. Keduanya, mereka senantiasa dapat sokongan padu dari orang Sabah sendiri ! Support maaa ! Terbaikkk ! 


Yang lain lain ?? Hurmm.. Bergantung pada penampilan pada pusingan seterusnya. Tarikan dan bagaimana mereka bawa lagu tu penting.  Kontroversi juga memainkan peranan. Yang bijak pikat penonton mampu ke final. Yang penting , suara jangan terkucil ! Hahahaha... 

Muka kacak , seperti biasa la.. Yang tergedik memang akan menanti dia muncul punya tapi tak menjanjikan juara. 

Jika di Twitter , aku dapati semua peserta jadi pujian pada Minggu 1 ! Haa , menarik ni. Kata mereka semua layak jadi JUARA. Benarkah ? Wah , macam gempak jer ni... Perlu ke aku tonton GV7 ni ? Huhuuhu.. 

Dan satu hal lagi. Ada yang menyuarakan mengenai Penjarakan Sosial. Harap masing masing jaga la yer... Kalau ada kes , memang semua kena kuarantin la jawabnya.  Pandai pandai la yer. Dan pihak penerbit perlu amik serius dan tulus. Jangan pulak kalau ada kes , senyap sampai abis pertandingan baru nak .. hurm.. maklumlah , bisnes kan.. Tambah lak sekarang ni semua bisnes menguncup jer.. Huhuh.. Mintak dijauhkan la.. 

Ok.. senarai untuk minggu ke 2. 


Amacam ? Korang rasa korang akan follow Gegar Vaganza 2020 ni ?? Hurm...  Hurm.. aku ? Hurm... Kalau aku layan minggu ke 2 ni , aku akan layan seterusnya. Masalah aku ialah.. er , tengok la nanti camna... 

Apa pun.. semoga berjaya buat semua yer.. Semua layak jadi Juara jika bersungguh pikat juri dan penonton..  Harap hadiah berbaloi naa... Er, sapa penaja eh ?
 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Aku dah buat entri ni banyak kali... Tapi tak pe la. Aku suka nak berkongsi dengan korang sebab benda ni bagus sangat. Banyak manfaatnya jika diamalkan. Pada buah pinggang terutamanya. Kulit , tubuh badan kita dan banyak lagi khasiatnya. Segalanya bergantung pada apa yang korang masukkan. 

Ada yang tanya nak buat camana ? Campurkan semua jer.. Masukkan dalam slow juicer. Sekarang ni ada banyak jenis slow juicer. Kalau korang tanya aku , gi beli kat Seng Heng jer. Kenapa situ ? Sebab situ ada ada jaminan 1-1 , jika jadi ahli. Kalau rosak , boleh dapat baru. Tak payah nak tunggu antar repair gitu. Gitulah.. Tu beberapa tahun lepas la. Sekarang aku tak pasti. 

Apa yang patut ada ? Beet Root, epal hijau , lemon.. 3 ni pun ok dah. Tapi kalau nak cunkan kulit , tambah la timun , tomato dan carrot.  Kalau ada penyakit darah tinggi, boleh tambah daun saderi , buah beri , brokoli , 

Buat dalam satu jumlah yang besar.. simpan. Minum setiap pagi dan malam. InshaAllah. Amalakan dari sekarang. Jangan tunggu sakit baru nak amalkan. Huhuh.. Jaga juga diet pemakanan korang. Jangan main balun jer.. 


Baca juga : Kelebihan Beet Root di SINI

 

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments



Aku ternampak iklan produk kesihatan Gorilla ni , kat media sosial. Terfikir gak nak try. Nak tau apakah sekadar gimik atau ada kesan pada aku. Huhuh.. Sebelum tu , aku dah buat beberapa bacaan mengenai kelebihan dan kurangan akan L-Carnitine pada tubuh badan aku jika aku mengambil produk ni.  

Selepas memahami keperluan L-Carnitine pada badan aku , maka setiap kali aku gi gym.. aku akan amik setin dan campurkan dengan sebotol air mineral. Pastu baru minum. Dia punya peluh , memang kaw kaw la ! Yer , memang ada 'fat burner'. Hanya sesuai untuk mereka berolahraga je tau ! Kalau sekadar nak minum je pastu nak kurus.. tak yah la.. 

Selain Shredd,  ada beberapa lagi produk Gorilla yang sedia untuk diminum.  Yang lain tu aku tak cuba minum lagi. Huhu.. Bajet takda sangat . Hahahaha.. Cukuplah Shredd jer.. 


Baru test seminggu.. satu kali turun gym , satu tin. Nampak la bahagian bahagian yang payah benau nak hilang tu, hilang ! Tapi aku tetap kena jaga makan la. Bukan harap pada menda tu jer. Ianya cuma membantu. Bukan menghilangkan. Masih kena bersenam dan juga jaga makan. Rehat jupa penting. 

Berat badan , aku tak timbang yang terbaru tapi minggu lepas , ada la turun 2-3 kilo.  Tapi aku tak kata sebab aku amik Shredd ni tau ! Haa... aku jaga makan dan pada masa sama , aku amik Whey protein setiap pagi dan malam bagi elakkan aku kelaparan atau makan banyak pada waktu pagi dan malam. 




Selain air yang dah sedia untuk diminum, ada juga produk suppliment yang lain. Yang tu , aku tak cuba lagi tapi nampak menarik jer.. Tergoda gak ni. Huhuh... 

Rujukan untuk L-Carinitine : 

1 ) HealthyCatchup.com :  L-carnitine - bahaya! Adakah ini benar?
2 ) Doktor Sehat : L-Carnitine: Sumber, Manfaat, dan Efek Samping

Amaran : Apa pun , kena tanya doktor peribadi korang. Jangan main amik je tau.. Haa.. Dapatkan nasihat dari pakar juga.

Untuk produk Gorilla , boleh beli kat gym gym terpilih atau  boleh dapatkan di online web Gorilla.
 

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Aku masih berkira kira.. Nak tukar mesin air , kekalkan atau tamatkan jer ? Kalau nak tukar lain , aku akan mulakan semula pembayaran walaupun harga murah tapi kontrak bertahun tahun lamanya. Kena amik kira komitment pembayarannya. Sebab macam kes aku yang lepas , dengan jenama X .. jika lambat bayar , ada pihak lain call dan ugut kita dengan guna perkataan ' Saman' ! Adeh... Ni panjang ceritanya dan dan selesai pun. Alhamdulillah. Cuma jadi pengajaran untuk aku jika nak ada kontrak sewa beli gitu la. Dengan sapa kita nak berkomitmen tu penting. 

Ok... Ada beberapa pilihan. Aku kena fikir untuk jangka panjang dan baik buruk jika atas setiap pilihan aku. Jika aku teruskan guna mesin air yang sedia ada.. beberapa tahun lagi , mesin air tu dah 'lapuk'. Jika rosak , apakah akan ada lagi spare part ? Ikut pengalaman aku la.. alasan akan diberikan ialah , 'kilang  tak keluarkan dah lagi jenis ni'  dan dicadangkan tukar ke mesin air terkini ! Tu andaian aku dan teknik marketing. Bayar dah beribu ribu , sekali kena tukar yang lain gak ? Fuh.. ko ada pilihan ? Ada.. buang jer.  Kalau berduit , tukar je.. Takda masalah. 

Untuk kes aku, untuk beberapa tahun mendatang ni , aku kena downgrade hidup aku skit. Kena fokus pada pembesaran anak anak. Hala tuju mereka pun penting. Nak kena kasi skill selain dari pembelajaran biasa. Ok.. tu lain cerita. 

Mesin air.. Ada beberapa pilihan tapi semua kontrak jangka panjang. Nak kekal mesin sedia ada, yang sekarang ni pun dah nampak beberapa kali bermasalah. Lagi pun , tujuan masa amik mesin air ni sebab mudah nak buat air panas. Ketika tu anak anak masih kecil. Sekarang ni , masak air je dah. Air sejuk tu, bubuh dalam peti ais je. Senang. Masa bekalan air terputus ari tu pun, diorang ok je takda air sejuk.

Dan kawan aku ada cadangkan guna penapis air di luar rumah. Kenapa nak guna ni ? Sebab masa bekalan air disambung ari tu, air yang masuk.. perghh ! Berkeladak. Tapi aku tak la marah pembekal air pun. Aku kena usaha sendiri la.. 




Harga pun ok la.. Aku tak perlu nak pikir komitmen bayaran bulanan kecuali penyelengaraan jer.  Kalau guna syarikat , mungkin mudah. Melainkan syarikat bankrupt.. naya gak situ ! Hahaha... Kalau guna kawan kawan pasangkan... bayar upah... nak selenggara tu nanti , kita kena pandai. Haaa.. Tu antara aku kena pikir la.. 

Apa pendapat korang ? Mesin air atau penapis air luar rumah ?






Share
Tweet
Pin
Share
4 comments


Trending di Twitter. Rata rata yang letak hastag #MuhyiddinOut ni , orang muda.  Pelbagai kecaman dilemparkan pada beliau dan juga Ketua Pengarah Kesihatan. Hurm...  Mudah benar korang lupa jasa eh ? Sebelum ni pujian melambung bagai.  Hurmm.. 

Pelbagai sebab diberikan termasuk kes 4 kes kematian termasuk bayi berusia 1 tahun , menteri tak ikut SOP , PRN di Sabah dan beberapa lagi sebab termasuklah  main golf ketika peningkatan kes Covid 19 di Malaysia. 

Hurm.. tenang tenang la. Memanglah di luar negara tu , jika pemimpin akan letak jawatan bila mereka lakukan kesalahan tapi di negara kita tak sesuai lagi memandangkan tiada muka berkelayakan untuk jadi pemimpin... buat masa ni ! 

Anwar Ibrahim ? Syed Saddiq ? Buat lawak ke ???  Satu nak sangat jadi PM satu lagi , pandai amik peluang. Tak payah la.. Sama je diorang dengan yang lain. 

Pendapat aku , kita kasi peluang pada PM untuk perbetulkan semula. Ingatlah apa yang diorang dah usahakan. Kita pantau dan kita kritik. Lagi pun dah tak lama lagi je untuk PRU15 . Aku harap , mereka yang berkelayakkan untuk kemudi negara ni muncul. Tapi bukan dari kem Syed Saddiq.  Maaf la yer.. Tengok je la sapa je sokong dia dari awal dulu. Heh.. Cari pasal ke ??

Aku harap Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat selesaikan kemelut sesama mereka. Masing masing nak selamatkan diri ! Haih...  Rakyat jadi mangsa. Jangan sampai rakyat bersatu dan bangkit. Buat masa ni , anak muda je yang dah bising.. Yang berdiri atas pagar ni ramai.. Memerhati jer. 

Bersyukur kerana negara lain banyak tumbang kerana Covid 19. Fikir fikirkan.. Jangan mudah lupa jasa orang. 


Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Dah lama aku tak guna produk racun serangga untuk menghalau atau menghapuskan serangga yang tak diingini di rumah aku mahupun di dalam kereta. Lalat , semut , lipas , nyamuk dan sebagainya. Hehehe...  Nape aku gelak ? Aku nak tulis tapi tak sampai hati lak... Hahaha.. Tak leh tulis pun sebab ni entri serius. Heheee.. 

Ok...serius talk !! Penggunaan serai wangi dalam menghalau serangga ni bukanlah baru lagi. Dah lama dah orang tau ! Aku je yang baru tau dan nak amik tau sangat sebab aku ada anak anak keci maka aku utamakan produk produk yang tidak merbahaya dan beracun di rumah aku. Maka SWiPEL dari AFY HANIFF Group ( M ) menjadi pilihan aku. 

Produk SWiPEL ni ada banyak. Tapi yang jadi pilihan utama aku ialah Serai Wangi Insect Repellent  dan Cleaner yang mana mampu bertindak dua dalam satu , pada satu satu masa ! Fuh... Dasat ! Maksudnya ? Maksudnya ialah.. selain dari bertindak menghalau serangga yang sering ganggu kita di rumah seperti lipas , nyamuk , lalat dan pada masa yang sama ianya mampu menjadi pewangi di rumah kita. Contohnya bila sembur kat sofa, langsir atau alas meja... mesti semut lari lintang pukang punya tapi di sekitar situ akan berbau wangi gitu.. Haaa.. ok la kan ? 

Haa , jangan risau sebab bahan bahan yang digunakan dalam Serai Wangi Insect Repellent ni berasaskan herba semulajadi. Confirm selamat pada manusia , haiwan dan persekitarannya. Haiwan tu jika korang bela kucing dan lembu la.. gitu haa ! 

Mampu membunuh 99.9% bakteria ! Dasat ? Heheee..Produk tempatan memang dasat. Kita je yang kurang amik tau.. eh , aku ! Hehehe.. aku pasti korang lebih amik tau berbanding aku. Uhuk... sian aku.









Kalau korang dah beli, ada aturan kat belakang tu. Cara guna dan juga bagaimana nak kendalikan serta langkah keselamatan bagi memastikan korang guna dengan betul. Tak susah pun nak guna. Sebelum nak guna tu , korang kena bersihkan dulu permukaan yang nak disembur. Pastu goncang sebelum nak sembur. Jangan lupa putarkan trigger pada stream atau semburan. Kalau tak putar , kang korang ingat rosak lak penyembur tu ! Agak kena putar nanti ! Hahaha.. Gurau.. 

Ok... jarakkan dengan objek yang nak disembur. Tak perlu sampai 1 meter. Tu penjarakan sosial dengan insan lain ! Yang ni , korang cuma perlu jarakan dalam 10 cm je gitu.. Supaya bila sembur tu, agak meluas la skit sasaran tu..  Tak perlu bilas tempat yang disembur tu..Jika nak guna pada tumbuhan atau haiwan , cairkan semburan pada nisbah 1: 3 . Faham ? Good. 

InshaAllah , masalah korang tu akan selesai. Kalau tak selesai gak, guna je la bom nuklear ! Heee..gurau gurau !! Jangan serius sangat naa.. 

Naaa.... ni beberapa lagi produk SWiPEL yang boleh korang gunakan dalam kehidupan harian korang bagi menyelesaikan masalah berkaitan dengan serangga perosak seperti lipas , nyamuk , tikus dan sebagainya. 






Nah... yang ni aku test power letak dalam kereta. Fuh , sekejap je semerbak dalam kereta. Bau dia , memang power la ! Memang pening aku dibuatnya. Hahahaha.. Wangi. Patutlah lipas pon leh lari.  Hahaha.. tapi yang ni bukan untuk letak dalam kereta tau.. tu letak dalam almari ha... Baru sesuai ! Untuk kereta ada kat atas tu.. cuba gi tengok semula.. 

Korang boleh dapatkan produk produk SWiPEL ni di MyDin , Tesco , Aeon Big, EconSave , Jusco dan banyak lagi tapi kalau malas nak gi , korang beli je online. Hehehe.. Klik klik klik dan bayar. Selesai ! Pastu tunggu la sampai depan rumah. Heheh.. Lagi pun kan sekarang ni kita kena elak dari keluar rumah memandangkan kes Covid 19 dah naik semula.. Huhuh.. 

Ok... untuk info lanjut , korang boleh dapatkan di : 

Facebook : AFYConsumer
Instagram : AfyHaniff_Consumer
Youtube : Afy Haniff
Website : Afyhaniff.com
Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

Gel Mandian Azyma Care ni , memang wajib ada dalam bilik air rumah aku. Jika aku keluar dari rumah lama atau gi travel , memang akan bawak. Kenapa ? Sebab tak tau menda boleh jadi tanpa dijangka pada aku walhal masa muda dulu takda pun masalah begini ! 

Masalah apa ? 

Kegatalan atau alergik pada stokin atau kasut ! Biasanya terujadi bila aku pakai  sandal plastik dan stokin stokin jenama tertentu. MasyaAllah gatal dia.. Memang tak leh bawak berbincang tul !  Tapi masa garuk tu sedap tul la.. Tau tau dah melecet. Pedih woii ! Menyesal garuk tapi apa nak buat.. dah garal ! Huhuh.. 

Masih aku ingat lagi.. ketika kena tu, aku memang dah plan nak gi jumpa doktor je. Amik ubat. Entah camana.. mungkin aku ni baik orangnya, teringat la aku ada letak Gel Mandian Azyma dalam satu botol kecik. Terus aku keluarkan dan sapu pada kaki aku. Masa tu aku dalam komuter. Baru balik dari trip travel. 

Terus tak gatal !! Aku cam.. Wowww ! Terus aku tanya pada kawan kawan.. Sapa yang gatal kaki selain gatal nak menikah ? Aku suruh dia try.. dan yer ! Memang berkesan !

Sejak tu... memang aku bawak ke mana saja bila outstation. Anak anak yang baru lepas sekolah , lepas beraktiviti di luar rumah.. memang aku mandikan diorang dengan Azyma Care ! Diorang pun suka sebab baunya yang harum. 



 Korang yang ada masalah kulit , boleh cuba. Belikan sekali untuk orang tua korang sebab aku yakin sangat diorang mesti suka. Mak aku serta ibu ayah mertua aku pengguna tegar. Tiap kali aku kasi, mesti diorang sorok untuk diorang guna jer. Hahahaha.. Katanya takut cepat abis. Guna sesekali je.. Sayang woo.. Hahahah.. Abis , belikan yang baru je kan ? Hee. Jangan kedekut dengan diorang.. 

Dapatkan Azyma Care farmasi farmasi terpilih. Boleh tengok di FB AzymaCare dan juga web mereka , AzymaCare. 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Secara jujurnya , aku antara insan yang terkesan dengan Covid-19 ni. Yang bekerja sendiri dan bekerja dengan syarikat swasta , juga menerima nasib yang sama. Tapi inilah ketentuan dariNya. Kita kena belajar menerima dan mengatur semula langkah kita. Jangan mengalah. Bagi yang masih ada pekerjaan.  bersyukurlah dan bekerjalah dengan bersungguh-sungguh. 

Peningkatan kes Covid 19 secara mendadak di seluruh selepas PRN di Sabah , mengundang caci maki dari rakyat Malaysia. Boleh tengok di Twitter dan Facebook. Rata rata menyalahkan ahli politik yang giler kuasa. Bermula dari yang merebut kuasa , melompat parti hinggalah yang yang sibuk nak pergi berkempen di sana. 

Dan Ketua Pengarah Kesihatan , Dr. Hisham juga turut mereka salahkan. Kenapa tidak tegas dari awal lagi ? Huhuh.. Bagi mereka yang bekerja di sektor awam , mesti geleng kepala punya. Kenapa ? Sebab tau bila penjawat awam nak buat kerja sungguh sungguh, mereka 'terhalang' dengan perangai ahli ahli politik yang ada kuasa di dalam kementerian ! Inilah realiti dan masalah buat penjawat awam yang jujur dan amanah. Akhirnya ada yang pencen awal atau letak jawatan. Penat nak layan 'kebodohan' ahli ahli politik Malaysia ni. 

Kesannya ? Nah.. kita nampak sekarang ni... makin ramai yang menganggur ! Bila keadaan kembali nak pulih , dah datang punya kluster baru yang mana boleh dielakkan dari awal lagi ! Ramai dah mula mengelabah. Kenapa ? Sebab moratorium pun dah tamat ! Hutang piutang perlu dijelaskan ! Mana nak cekau duit ? 

Di Twitter,, aku baca bebeapa kes yang mana ada suami berpura pura keluar dari rumah. Pergi kerja macam biasa. Tapi di luar , dia tukar pakaian dan menjadi peragut ! Khabarnya kes hampir 200. Dah ditangkap polis katanya. Gitulah tekanan hidup. Jika bujang , tak pening kepala sangat melainkan dia memang banyak tanggungan. Yang bekeluarga ? 

Bayangkan jika sekali lagi PKP ? Apa akan jadi ? Hurm... Tapi aku tak rasa akan ada PKP melainkan PKPD jer.. Tak boleh rentas daerah seperti mana yang berkuatkuasa di Sabah , semalam.  Itulah yang terbaik. 

Apa lagi nak kata ? Dek kerana arahan cam yoyo.. Yang balik dari luar negara , kena kuarantin di pusat. Yang balik dari Sabah , zon merah.. tak yah kuarantin ! Dah ada kes , baru kuar arahan.. kuarantin di rumah..itu pun ada ' jika' ...

Yang jadi mangsa.. rakyat jelata yang ikut SOP.  Semoga Allah lindungi kita semua. Kalau ada vaksin , testlah dulu pada ahli politik.


Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Masalah mencari pakaian yang sesuai ketika bersukan pada orang perempuan memang payah skit. Mereka ingin juga beriadah tapi risau pakaian yang digunakan , mendatangkan dosa untuk dia. Kan kan? Yang tak kisah tu , tak pe la.. banyak pakaian boleh pakai.. gitu , kan ? Hee..

Bila aku tengok instagram SOPHIA ni , terasa cam wow gitu ! Cantik sekali. Nak tergoda pun tak leh. Tutup abis. Hahahah... Mampu kata cantik dan wow je.. Alhamdulillah. Terjaga nafsu yang melihatnya.. tak kira lelaki atau perempuan di zaman ni. 

Harga , aku tak pasti. Korang boleh tanya sendiri di Instagram SOPHIA ni. Kalau taknak berniqab , pun ok je tu. Pakai je yang labuh labuh. Gabungan warna pon cantik je aku tengok. Sesuai dengan masa kini.  

Risau apa orang nak kata ? Apa lak orang nak kata ? Lagi orang respek ada la bila korang pakai gini. Yang berkata atau tersenyum sinis tu, hatinya mesti bermasalah. Biarlah... Yang penting , apa ALLAH kata.. kan kan ?








 Rugged tapi terjaga.. ok pe ? Huhuhu.. Nak bergaya pun selamat jer.. Terutama dari mata nakal lelaki dan juga Covid 19 ! Heheheee..


Instagram : Maryam_Sophia09
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments


Semalam aku gi makan kat Paparich Ayer 8 , Putrajaya. Lama tak gi sini. Kalau kat sini , aku suka makan masakan berkuah cam laksa , keow teow sup ke... memang banyak la makanan best best. Harga pon leh tahan la. Hehehe.. Sesuai dengan tempat gitu.. 

Dulu aku pernah kata.. aku serik nak masuk sini tapi dek kerana Qhaliff nak makan Chicken Chop dan yang lain nak makan Fish n Chips , maka masuk je la aku. Huhuh...  Ikut pelan, nak gi makan nasi arab. Nak makan ayam banyak banyak. Protein gitu. Hahaha.. 

Masa untuk pilihan... 3 orang anak , semua nak makan makanan sama. Fish n Chips. Aku order apa tah.. tapi keow teow sup ada ayam tu.  Kelihatan begitu menyelerakan sama sekali. Bila dah tau nak makan apa.. order la..  Eh , kena isi sendiri dalam 'borang' tu.. Huhu..

Siap.. Kasi 'borang order ' tu kat salah seorang staff situ. Hurm.. Dan tak lama kemudian , datang staff yang lain lak. Katanya Fish n Chips abis. Aduh ! Aariz buat hal dah. Beria dia nak makan gak. Staff tu , cakap kat kedai sebelah ada jual. Aku tanya dia... boleh bawak masuk makanan luar ke ? Dia jawab boleh jer.. Mungkin dia kesian tengok Aariz bersungguh nak makan.  Lega rasa.. Selesai masalah. Wife bawak Aariz gi tapau kat kedai sebelah. Yang lain, duduk ngan aku dalam tu.. 

Selesai makan... Semua sedap ! Aku siap tambah lagi keow teow. Adik yang hantar makanan tu terkejut. Dia ingat order aku tak sampai. Rupanya aku bertambah. Huhu.. Lapar dik oii !  Tapi dia memang mesra la sangat. Lembut je cara cakap. Senyum lagi. Dan aku dapati dengan pelanggan lain pun dia macam tu. Mesra gitu. Macam dia owner kedai tu.. Aku rasa owner kedai pun payah nak mesra macam tu.. Huhu..

Masa untuk bayar.. Adik tu cakap terima kasih kat aku sekeluarga. Bagus kan ? Huhuh.. Aku ke tabung tips untuk staff..  Adik tu lalu depan aku.. Terus aku sapa dia..

" Dik, ni tips untuk adik tau.. " kata aku. Terkejut dia. Dia ucap terima kasih. Aku masukkan duit tu dalam tabung tu. Staff lain pun bagus. Aku rasa team Paparich Ayers 8 kali ni bagus. Rajin dan cepat je buat kerja. 

Teruskan tau ! Bayar mahal pun berbaloi makan situ ! Huhuh.. lebih lagi semalam , wife yang belanja. Heheee..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Yeargh... Takda sapa boleh dekati aku , jika dia ada ! Walaupun wife aku di sisi , dia boleh tolak ke tepi begitu saja. Dia saja boleh mendekati aku. Begitu juga bila atas katil. Nak tidur , kena pastikan dia atas lengan aku. Bila dia dah lena , barulah aku boleh lari dari dia.. Dan ketika tu , dia tak kisah apa dah ! Melainkan dia terkejut... dia mencari aku.

Dan dia saja boleh bikin ego aku menurun. Aku tak boleh cakap kasar dengan dia. Tinggi suara. Kena senyum pada dia tiap kali dia pandang aku. Kalau tak balas, siap la ! Kalau dia cakap terima kasih , aku kena balas. Tak balas , dia akan suruh balas. Dan  kena balas dengan cakap elok elok ! 

Serius.. kekadang naik hangin aku dengan dia. Tak buat salah pun , dia suruh mintak maaf. Dan mintak maaf elok elok. Kena pandang mata dia dan ucap ! Grrrr ! Tak pernah aih aku buat macam tu walaupun dengan wife aku. 

Memang sekarang ni kena rajin mintak maaf dah aku. Abis semua dalam rumah aku , kena rajin mintak maaf dengan dia. Tapi menariknya, kalau dia buat salah.. dia tak reti lak nak mintak maaf. Bila kita suruh, dia tanya kita balik. 

" Aara tak buat salah pun.. kenapa nak minta maaf ?? " 

Aduhh.. 




 Jika dia ada , dia mesti ada kat sebelah aku. Tak leh ada orang lain ! Ni baru sorang anak dara aku ada.. Dia mintak adik.. adik perempuan.. rasa rasa dia boleh bertolak ansur ke nanti ? Huhuh..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Seharian aku pedih perut ! Dok pikir la salah makan apa ! Asyik keluar masuk bilik air jer.. Fuh, memang terasa pedih selepas memerut. Huhuhu.. Teringat rupanya aku letak sambal pada keow teow goreng yang wife aku masak. Bukan skit aku letak.. Huhuh.. Terlebih sudah.. Nah , amik kauu... kan dah pedih ! 

Dok pikir la camana nak hilangkan pedih tu.. Takda ubat lak ! Dan malam tadi , sebelum keluar gi gym.. aku minum la air jus yang aku buat malam kelmarin. Jus ni memang wajib buat setiap bulan. Kandungan dia , ada ubi bit ( beet root ) , epal hijau , carrot , saleri dan lemon. Kalau ada tomato , lagi syok. Licin je kulit muka.. Huhu.. 

Dan aku minum secawan.. Pastu keluar gi gym.. Dalam perjalanan , tak terasa dah pedih perut. Nak memerut pun dah takda terasa dah. Alhamdulillah.. terasa lega sangat wooo ! Air jus ni memang banyak khasiat. Untuk turunkan tekanan darah tinggi , untuk buah pinggang... haa,  tapi kalau untuk kolestrol.. kena tambah la kunyit , halia. Fuh , tu memang power la kalau ada ! Hahaha.. Tapi tak larat nak tambah lak aku. Yang tu , aku beli terus Alam Natura jer.. Senang.. Dia jual pati. Boleh la tahan untuk 2 bulan. Sesudu tu leh letak dalam cawan.. pastu minum setiap pagi dan malam..

 


Try la buat.. Nanti korang tau kenapa aku buat setiap bulan. Kalau tak sempat , memang aku beli je kat booth di shopping mall tu. Dah berusia ni , kena la jaga makan. Nak makan macam macam tu boleh tapi kena tau la camana nak clearkan dia.. Jangan dia pandai masuk tapi tak pandai keluar. Haa , berpenyakit nanti ! 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments



Perkongsian dari Facebook Khyrul Faiza Amdan ni mendapat perhatian pengguna pengguna di Facebook.  Pelbagai reaksi yang diberikan dan rata rata tak puashati dengan apa yang berlaku sekarang. Dan sememangnya aku setuju dengan kebanyakkan komen yang diberikan.. 

" ok..nak cerita sikit lah.. 

tadi singgah satu masjid ni utk solat Jamak Maghrib + Isyak. Dah pesan anak2 tak perlu masuk diruangan solat utama yg berkapet tu, memadai solat bahagian luar, tepi2 kaki lima je..kita musafir. Lepas solat,terus cari budak2 ni tak jumpa.. rupanya si bongsu kena marah, sebab budak tak boleh masuk dalam ruangan solat masjid. Itu SOP kata pakcik masjid. Last2 nampak dia solat sorang2 di kaki lima pintu keluar toilet.

Nak ditinggal dlm kereta sorang,tempat parking tu gelap.nak bagitau tak payah solat, mcm rasa tak betul pulak aku ni jadi mak.

Kalau ye pun SOP, rasanya mungkin boleh dipertimbangkan.. bagilah budak tu solat di bahagian kaki lima dlm ruangan solat jadi la.. "

Aku faham kenapa kanak kanak tak dibenarkan masuk masjid atau surau tapi kalau mereka boleh gi sekolah , hotel , shopping mall.. kenapa tidak masjid ? Bagilah mereka yang nak solat tu , solat jap. Beri satu sudut untuk mereka bersolat.  Sian bila tengok menda menda macam ni berlaku depan mata kita. Nanti apa kata mereka bila mereka dah pandai berfikir. Nah , kita tengok saja kes yang sedang hangat di Twitter.. #TetapNormal ! Mereka dah berani berbahas bab dosa pahala. Nah , camana tu ?? Tu belum lagi kata nanti.. takkan solat ni untuk orang dewasa ? Kat rumah boleh je solat. Tapi bila kita musafir , ayah je boleh masuk masjid.. kanak kanak ni punca kes Covid 19 ke ? Atau takut kanak kanak kena ? Kalau takut kena , tu ayah masuk , camana lak ??? 

Adoi... harap ada pertimbangan la selepas ni. Walaupun kes Covid 19 naik turun macam yoyo , kita dah kena biasakan  hidup dengan virus tu. Ikut je SOP yang disarakan seperti guna topeng mulut , bawa sejadah sendiri dan bersihkan tangan... InshaAllah ..
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (10)
    • ▼  April 2026 (2)
      • Hilangkan gerd dan anxiety !
      • Konsisten itu mahal harganya !
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes