BEN ASHAARI



 

Mula mula aku masuk bilik , aku nampak dia sebelah wife aku .. Pastu aku keluar dan ke ruang tamu ..

5 minit kemudian , aku masuk balik ke bilik , dia dah macam ni ! Camana la aku nak tidur sebelah dia ??? Bukan tak pernah .. pernah pon .. Tau tau kaki dia atas badan aku ! Grrrr …

Nasib baik la anak ..

Photo

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

 

Setelah berminggu aku guna SG Note 8.0 atau Samsung Note 8.0 ni , aku akui .. aku akui aku amat menyukainya ! Dulu aku fanatik dengan Htc .. tapi setelah mencuba Note ni , aku … tak menyesal langsung membelinya !

Antara yang membuatkan bestnya SG Note 8.0 ni ialah skrin yang besar serta S Pen yang sangat cool ! Macam macam boleh buat dengan pen ni !

Dengan kewujudan pen ni , aku kembali ‘menulis’ dan ‘melukis’ setelah sekian lama asyik menekan keyboard ! Dan aku juga kembali rajin menulis nota terutama bila mendengar sesuatu yg penting sebelum aku mengupdatenya dalam blog ..

Perisian khas seperti SNOTE mmg sangat cool utk aku .. Memang sangat berbaloi la membelinya.. Siap bleh selak selak cam selak buku jer .. hehehe .. Malah template khas sememangnya dah disediakan ..

 

Bila dok asyik pegang Note ni , Htc One X milik aku tu terasa janggal bila pegang .. Kenapa ? Sbb skrin kecik ! Hahahaha .. Terasa lain benar .. Terus aku letak Htc tu dan kembali pegang Note ..

Ok .. camana pun , bab kamera ..Note tak leh lawan Htc One X ni .. Dan dikatakan Htc One yg terbaru ni jauh lebih baik dari Samsung S4 ..

Bab kepantasan , setakat ni aku berpuashati dengan Note 8.0 ni.. Takde masalah . Aku tak perlukan ianya bergerak terlalu laju. Memadai dengan yang skg ni ..

Jiran aku tanya , mengapa aku tak amik Sony  Tablet Xperia Z ..  Dia kata kan boleh guna jari jer untuk amik nota .. Bagi aku , laaa yang dah puas guna jari ni , guna ‘pen’ lagi puas .. hahaha .. Lagi pun tab tu lebih pada entertainment dan aku memerlukan gadget untuk buat kerja ..

Note 8.0 sangat memuaskan hati aku .. Ipad ? Takde dalam kamus hidup aku buat masa sekarang .. Tak berminat nak guna Ipad , buat masa sekarang .. Akan datang , tak tau laaa .. hehehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Aku tercari gambar gambar jenis jenis ketupat ni .. Dan post ke FB aku .. maka , ramailah kawan kawan tanya camana nak buat ketupat gini .. huhuh.. Cari pasal betul aku neh !

Photo

Ketupat ni , aku amik kat blog Cikgu Shamsudin .. Manakala gambar ketupat kat bawah ni lak … dari blog lain ..

Photo

Hurm… Takde la pulak diajar camana nak buat .. Sat aku google cari blog pemilik gambar ni  ..  Ooooooo .. jumpaa dahhhh ….

Pak Tam yang buat ni.. Dia mmg mahir bab kraf ni .. Seorang chef juga .. huhu .. Blognya , http://paktam16.blogspot.com .. Haaaa .. Ada ke dia amik tempahan ? Aku tengok ada orang tanya tapi takde jawapan .. hehe.. mungkin kena email kot tanya ?

Ok , ni emailnya .. paktam16@gmail.com

Bagi yang berminat nak belajar buat ketupat lak .. Bleh ikut je gambarajah dibawah ni .. hehehe .. Aku pon tak teror.. Dulu cikgu ada ajar tapi yang jadi ketayap ! Dia suh buat ketupat ! hahahha..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Malas nak beli online .. Hehehe .. Lagi pun aku nak gi jenjalan kat Low Yatt .. tengok kot kot ada barang best best .. hehehe ..

Alang alang dah gi tu , terus je la beli .. Hehehe .. Ada banyak brand. Yooboo , dikatakan byk problem .. Yang ok , mereka kata jenama Penang .. Eh , betul ke eja ? Hahaha ..

Sampai kat satu kedai besar ni , aku tengok banyak jenama yang aku rasa mmg berkualiti termasuk Penang ni .. Harga sama cam kat online punya .. Huhu ..

Tetapi aku tertarik dengan yang bawah ni .. Warna dia pink gitu ! Lagi pun bateri dia , bateri Sanyo. Power dia 7800maH. Penang ada gak .. 11200maH tapi tinggal satu. Warna silver ..

Pikir punya pikir , aku amik yang ni je laaa .. Harga dia , RM179 .. Tambah RM10 , kalau rosak .. aku tukar dapat baru punya ! Berbanding tak tambah , diorang cuma repair ! Huhuh.. Warranty setahun ..

Ok , settle hal power bank .. Oh , satu lagi .. kenapa aku amik ni ? Protection dan made in Taiwan .. Hehehehe .. Sebenarnya dua dua pon ok je .. tapi color ni pink tuuuuu !

Sebenarnya , nyaris  tak beli sebab tetiba lak aku sakit perut sewaktu memandu ke sana .. Hampir patah balik walhal lagi 1km je nak sampai Low Yatt ! Tak de feel nak membuang kat sana ! Hahahha ..

Aku paksa gi gak dan automatik ilang ! hahahahh .. busuk punya olang …

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Aku tersenyum .. Walaupun aku memboikot Buletin Utama ( bab sukan aku suka la ) , sesekali aku akan buka untuk ‘menghiburkan’ hati.

Aku ni bukanlah fanatik politik negara .. cuma kekadang tu aku pelik je .. Kenapa ada yang tak reti nak fikir , bila adalanya pilihanraya di kawasan tu .. pelbagai janji ditabur… Bila dah menang ? Menariknya kan , bila ditabur .. bukanlah masa tu gak ditunaikan ! Semuanya selepas PRK tu.. Kalau menang , ok la.. Kalau kalah ? Perghh.. kesian rakyat .. Digula-gulakan oleh pihak yang terlibat ..

Aku letih nak sebelahkan mana mana pihak sbbnya bagi aku .. sama jer .. Aku amik contoh la kan .. Cukai pintu kawasan aku ni naik sekali ganda ! Nak buat rayuan ? Perghhh .. Menariknya , kawasan aku ni kawasan baru dan bukanlah semua yang duduk sini kaya kaya dan majoritinya adalah melayu .. Sapa perintah ? PR iaitu PKR .. Hurmmmmmm …

Pi mai pi mai tang tu .. Ok la , mungkin caranya ialah .. amik dari yang berada , kasi pada yang kurang berada ..gitu ke ? Mak aihh .. aku ni kira golongan yang berada ke ? Hanya kerana kami mampu beli rumah atas 100k ? Mak aihhhh .. Jangan gitu .. Beli ni pon sbb terpaksa .. Kawasan ni pon kawasan pinggiran .. Takkan cukai pintu sampai tahap gitu ? Dah survey dengan kawasan lain pon.. Tak masuk akal !  Nasib baik la Persatuan Penduduk nak fight tapi macam tipis je harapan nak dapat diskaun .. hahahha .. Entahlah ..

Hurm.. Jadi , di Kuala Besut ni .. Antara Pas dan Bn , sapa yang menang nanti .. harap harap janganlah abaikan dan tak kotakan janji tu bila dah menang .. Kalau BN kalah sekali pon , apa salahnya kotakan .. Ini Malaysia maaaa .. Sapa perintah ? Dah pegang kuasa , maka jagalah amanah tu.. Sapa rakyat pilih , tu lain cerita yang penting .. tunjuklah keikhlasan sebagai pemegang tampuk pemerintahan negara dan mana la tau .. dengan cara ni , PRU akan datang , rakyat nampak sapa yang benar benar bekerja dengan ikhlas atau sekadar gila kuasa ?

Aku ini bukanlah penganlisa politik tetapi warganegara Malaysia yang ada Mykad dan surat beranak ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

-iklan-

Assalamualaikum wbt… Apa khabar uolls??? Last week adalah sesi perkongsian GLA Complex sedunia… 2 kali iolls berceloteh panjang lebar tentang kebaikan dan manfaat GLA lengkap dengan testimonial para pengguna tegar GLA…. Jika uolls tertinggal keretapi boleh lompat naik balik dengan klik di sini dan di sini…..

Untuk kali ini pula, iolls nak memperkenalkan uolls dengan kawan baik GLA Complex iaitu Vita E Complex… sebenarnya mereka ni 3 sekawan, satu lagi ialah Zinc Complex… Ketiga-tiga supplemen ini turut dikenali sebagai Set Kesuburan… tapi untuk kali ini iolls akan fokuskan pada Vita E Complex sahaja… jika uolls nak tahu lebih lanjut tentang Set Kesuburan pun boleh, just contact iolls untuk sesi sharing very the caring okay….

Untuk makluman uolls, Vita E Complex ni merupakan salah satu hot item dalam senarai supplemen Shaklee…. Sebabnya selain daripada berupaya mencantikkan kulit, ianya turut dikenali sebagai Vitamin Cinta…. Kenapa Vitamin Cinta??? Ehem… ehem…. Mari kita korek dan cungkil kisah selanjutnya dan jangan biarkan hidup uolls diselubungi misteri….

Di bawah ini adalah petikan daripada artikel yang menerangkan secara terperinci kaitan di antara Vitamin E dengan ransangan seksual baik bagi suami mahupun si isteri yang gojes…

“Most men who take vitamin E for at least a week notice more sexual energy, harder, longer lasting erections, more pleasure when touched, stronger libido, and more powerful and frequent orgasms. Most women who take vitamin E for at least 3 months notice stronger sexual desire, more engorgement, sensation, better lubrication, and intense climaxes.

Vitamin E is especially helpful for men experiencing stress of overwork or illness. Its effects are typically noticed after about a week's use.

The link between vitamin E and sex drive is also helpful in women. Taking a larger dose of the vitamin, 600 to 800 IU a daily, helps a woman's body produce estriol and progesterone to balance estrogen.”

Sumber : http://www.the-vitamin-and-supplement-guide.com/vitamineandsexdrive.html

Amacam??? Sudah jelas, terang lagi bersuluhkah mengapa Vita E Complex dikenali sebagai Vitamin Cinta?? Dan yang lagi menarik, tertarik, ko memang da bombnya, Vita E Complex turut mempunyai pelbagai khasiat lain menjadikannya amat berbaloi-baloi untuk diamalkan sebagai supplemen harian uolls… Meh nengok sket apa kelebihan lain Vita E Complex ni….

  • Melindungi Jantung – Pengambilan harian 800IU Vitamin E untuk jantung yang sihat, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolesterol HDL [ini kolesterol baik yer kengkawan], mengurangkan tekanan darah, menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri, menghalang anemia hemolitik dan penyakit jantung
  • Meningkatkan Kemampuan Reproduktif – Para lelaki yang mengambil 600IU hingga 800IU Vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka
  • Anti-Penuaan – 1 kapsul Vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, acne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan tona muka, dada dan otot peha
  • Anti-Oksidan – Pengambilan lebih dari 1200IU sehari berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor dan mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas
  • Kelestarian Tenaga – Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga
  • Memperbaiki Arthritis – Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat verikos dan sakit sendi
  • Memperbaiki Parut – Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh disapukan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut

Selesai sudah sesi penerangan panjang berjela… kini tiba masa yang dinanti-nantikan… Apa lagi, real testimonial lah….

clip_image002

clip_image004

Seperti biasa, jika uolls berminat nak tahu lebih lanjut tentang Vita E Complex ni boleh kontek iolls di 013-3506678 [Dila] yer… nak sms boleh, whatsapp pun boleh… oohhhh…. Promosi GLA Complex juga masih berjalan yer kengkawan…. Tapi produk ni memang tengah hangat sekarang so jika ada yang berminat sila booking cepat-cepat… bukan apa, takut kehabisan stok aje macam yang terjadi pada ESP, Vita C dan Herb Lax…. Jika nak beli after gaji pun boleh, yang penting booking dulu supaya iolls boleh simpankan GLA Complex yang hot itu untuk uolls yang comels dan gojes di luar sana ;)

Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Hurmm .. pening pening .. Kalau dah tau berdua ngan anak , dan anak tu pulak tak sihat .. tak payah la keluar berdua .. Tunggulah suami pulang atau carilah sapa sapa yang boleh jaga buat sementara waktu ..

Bila dah jadi , macam macam orang kata .. Waktu tu tak guna dah .. Menangis kuar air mata darah pon dah tak guna ..

Fikir sikit sblm nak buat .. Pandang wajah anak tu. Bayang jika sesuatu yang buruk mungkin terjadi .Bukan doa tapi kena waspada laaaa .. Aiseyman …

Aku tak rujuk kes ni je .. tapi macam macam kes lagi .. Sayangkan anak tapi pandang remeh jer ..

Di Kota Kinabalu , tidak sampai sehari selepas seorang kanak-kanak lemas dalam kereta ibunya di Subang Jaya, Selangor, seorang lagi budak hampir menerima nasib sama di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian terbaru itu, kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang sedang tidur ditinggalkan ibunya dalam kenderaan yang dikunci dari dalam serta enjinnya hidup sebelum keluar membeli-belah.
Bagaimanapun, kali ini, kanak-kanak itu berjaya diselamatkan orang ramai selepas melihatnya tidur seorang diri dalam kereta berkunci.

Goyang kereta baru terjaga

Menurut saksi, orang ramai berjaya mengejutkan kanak-kanak itu dengan menggoyangkan kereta itu beberapa kali sebelum budak perempuan terbabit terjaga setengah jam kemudian dan membuka pintunya.

Dalam kejadian jam 8.30 malam di Taman Putra Jaya dekat Telipok di sini, wanita lingkungan usia 20-an itu mengaku meninggalkan anaknya berseorangan dalam kenderaan kerana keluar membeli barangan keperluan di sebuah pasar raya berhampiran.

Wanita itu memberitahu orang ramai, dia meninggalkan anaknya dalam kereta kerana tidak sihat.

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

Hurmm … rasa macam nak berhenti je ‘kerja’ dan tumpu 100% pada dia .. tapi .. korang pon paham la kan ?

Kerja cam aku ni , rasanya lagi 2-3 tahun baru kukuh .. maksudnya , sehari sekali dua update pon dah ok..  Tapi aku kalau boleh nak rajin update sbb idea kerap datang dan aku gemarkan update yang fresh !  Tu masalah kan ? Huhu ..

Tak pe la.. aku cuba menjadualkan balik segala kerja kerja aku ni. Sabar yer sayang .. Bukan mudah nak mudah tapi anak adalah keutamaan !

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Hari tu masa kat Low Yatt , aku plan nak sambar satu power bank .. Yelah , skang ni kan hp cepat benar kehausan tenaganya. Walaupun dah tutup banyak app dan kurangkan pencahayaannya , namun bateri betul tentu dapat tahan hingga seharian . Nak tahan , sila guna 3310 , ye dak ? Hahahaha ..

Tapi aku tak jadi amik sbb kesuntukkan masa. Masa tu nak tutup dah. Aku nak beli , tamo kelam kabut ! Risau terbeli yang palsu punya..

Maksudnya klon tahap ke berapa punya pon tah ler .. Tapi harga sama mahal dan dia kata , “ Ini ori punya okeh !! “ … Heeheh .. Tak berani guee ..

Ok .. aku pon tanya rakan rakan sekalian alam , dari Whatsapp hinggalah ke Facebook . Memasing tak berani nak rekemen sbb ada problem termasuklah dari rakan aku sendiri yang menjualnya. Tak elok katanya dan berkualiti rendah !

Tu yang aku takut tuuuu .. Satu lagi , risau ‘terbabooo’ .. meletup ! Jangan memain  wooo.. kena yang kualiti hancur punya.. haaa .. Nak jimat punya pasal !

Jadi , ada beberapa rakan syorkan di FB .. Antaranya suruh beli di TheFaizIbrahim.com atau TFI  … Aku masuk dan tengok produknya .. Hurm.. leh tahan cun .. siap ada skrin bagitau berapa peratus baki power eh ?

Pastu rakan FB pon ada yang jual cam En. Encik Epul ni .. Pun smart gak .. huhu .. Sesuai dengan hp aku nehh.. Color putih ! Harganya pon leh tahan.. RM160 jer .. Warranty 18 bulan eh ?

 image

Ada banyak lagi .. Cam suruh gi beli kat Lazada.com , Powerbank Malaysia .. dan banyak lagi laa .. Tapi satu je masalahnya .. Hurm.. lambat tu nk dpt ! Aku ni spesis , beli hari ni , esok nak ! Hahahaha .. Masalah kan ?

Solusinya ? Gi je la beli kat Low Yatt atau gi Seng Heng ! Seng Heng pon produk dia leh tahan gak ok .. Hurm.. mana eh ? Low Yatt.. Seng Heng ? Kalau Seng Heng , dekat dah ngan aku .. Kalau Low Yatt .. terjebak beli benda lain lak  nanti .. adehh ..Masaelah betul !

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Hurm.. memula ternampak iklannya di kaca television.. Amboi , dasat .. dah masuk tv nampak .. Nak lawan WeChat kot ? Kedua dua ni saingan pada WhatsApp .. Sms nampaknya semakin kurang mendapat tempat .. Hehehe..

Aku dah try guna WeChat.. Rasanya dah 2-3 kali dah aku install dan kemudian remove .. Cari feel nak guna Wechat.. Nampaknya tak sesuai untuk aku yang berdarah orang tua ni ..

Dan selepas aku nampak iklan LINE di tv , aku cuba jaya pulak guna LINE .. Hurm.. sempat chat sekejap .. Pastu aku remove balik .. Kenapa ? Asyik loading jer .. skit skit loading. Nak masuk setting pon loading .. makan masa dan kekadang hang .. Aku tak tau la kot Note 8.0 yang baru dibeli ni tak sesuai .. hehe ..

Bukak SinarHarian online .. Ternampak berita ni ..

“Aplikasi Line sasar 10 juta pengguna “ .

Fuhhhhh .. tu diaaaa .. Patut laa siap keluar tv .. Hurmm .. Bagi aku ,LINE ni berbeza dari Whatsapp .. Banyak fungsi dan menarik tapi masih belum mampu buat pengguna Whatsapp beralih arah sbb Whatsapp bagi aku la kan .. cepat dan memuaskan .. Paling penting , tak serabut ! Maksudnya , mudah digunakan ..

Kalau Whatsapp suruh aku bayar walaupun RM1 , aku akan beralih arah .. Kenapa nak aku bayar lak kan ? Hehehe .. Duit tuuuu …

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Aku cukup anti pakai kain pelikat dulu ! Rasanya sampai laaa aku terbitkan entri di blog kenapa aku tak suka .. Tak silap aku , sejak peristiwa hitam itulah aku tak nak pakai dah kain pelikat !

Peristiwa apa ? Er … Aku tidur .. kain pelikat tah ke mana hilangnya .. Pulak tu mak aku masuk untuk kejut aku bangun tidur ! Nasib baik la masa tu budak lagi aku .. Kalau sekarang ni ? Mau pengsan mak aku tuuuu .. silap silap kena simpah dengan air sejuk beku punya !

Sejak dua menjak aku kembali berperut ni , barulah sedap pakai kain pelikat ! Hahahahha .. Pas raya nanti baru buang balik 'perut’ tu .. Tapi kan , perut tu nampak comel la.. Yelah , cam Qhaliff tu.. Bila dia jalan kan , perut sampai dulu .. barulah pipi dia  ! hahaahaa.. Camana tuu ?

Tapi seriusss .. aku nak beli banyak kali pelikat pasni .. Nak solat pon senang.. Cuma takde la sampai tahap nak gi surau berkain pelikat .. Risau terburai nanti .. abis satu surau tau aku pakai boxer Upin Ipin !

 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Ada seorang rakan di FB mesej dan bertanyakan soalan ..

“ Salam en ben ashaari..qhaliff minum susu ape ye semangat badan die.. “

Ni antara anak buah aku masa kecik … Ada yang tak masuk lagi dalam ni sbb takde dalam blog gambar diorang waktu kecik ..

Dan ini Qhaliff … Qhaliff lagi kecik kalau nak dibandingkan dengan diorang .. hehehehe ..

Sewaktu dalam kandungan , wife suka makan kurma dan badam .. Apakah itu membantu pertumbuhan pipi tembam mereka ?

Dari dalam kandungan lagi dah terserlah pipi Qhaliff  tu .. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Aku tak faham ??? Tolong fahamkan aku !! Naik meluat aku tengok dia ni sampaikan aku hilang minat nak tonton perlawanan yang melibatkan pasukan negara kita !

Sampai 2015 ke nak simpan dia ni ?? Dah terbukti tak boleh buat apa apa dah dengan mamat ni … Kasi tukar je la orang lain .. Sekurang-kurangnya ‘chef’ yang baru nanti tau apa yang patut dibuat dan menambahbaikan .. Kalau tak jalan jugak , kasi tukar laaa .. Hidup sekali jer .. Takkan taknak ada perubahan kot ???

Kalau dia rasa pemain tak betul , amik la pemain lain yang benar benar berminat nak berkhidmat untuk negara … Susah ?

Dengan Chelsea kena 4-1 .. satu tu aku rasa pon gol saguhati.. Kira gol jaga air muka tuan rumah .. Ni dengan Barcelona ? Aiyoooo .. Aku rasa ni bukan perlawanan persahabatan tapi perlawanan pertunjukkan camana nak bermain bolasepak !

Aku terbaca di akhbar mana tah semalam .. Katanya dia ni akan dikekalkan hingga 2015 .. Baguslah.. Simpan sampai 2020 pon ok ..

Foto

Sokong  pasukan hoki lagi baik !

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Festival Ramadan Putrajaya di perkarangan Kompleks PPj di sini yang menawarkan pelbagai kelengkapan Aidilfitri dijangka bertambah rancak dengan jualan barangan dari kilang dan konsert kerohanian pada Jumaat ini.

Berikut adalah jadual utk aktiviti tersebut…

image

image

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Dah tuam dengan ais dan letak aloe vera .. Bekas luka kat atas pon tak ilang  , dah tambah satu lagi .. Betul betul belang tarung ni .. Dua dah ..

Hurmm .. dah gini pon dok melasak lagi .. Memang ikut perangai aku betul .. Aku sendiri berkali benjol kat kepala . Tapi luka tu takde la ..Hurm.. nasib baik skit ..

Dia mengantuk sangat tapi tak nak tidur .. Susah betul dia nak lena lama bila mak dia ada .. Tapi ngan aku , asyik nak lena je .. Ke aku ni membosankan dia lalu tidur untuk menghabiskan masa sementara tunggu mak dia balik kerja ?

Hurmmm…

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Hehehe .. apa lagi kan ? Bersatu dengan si dia secara halal adalah impian setiap pasangan yang bercinta.. kaannn kannn ? Heheheh .. Dah tu , takkan nak biarkan ianya sekadar menjadi kenangan biasa biasa je kann ? Rugi laaa ..

Buat mereka yang tercari cari jurugambar yang mampu mengabadikan setiap detik terindah anda itu , rasanya gambar gambar dibawah ini cukup untuk menjadikan bukti …

SONY DSCDSC05005 copy 20426604222SONY DSCSONY DSC

SONY DSCSONY DSC

Untuk melihat lagi , sila layari Asri3513-photography atau ke Facebooknya , https://www.facebook.com/asri3513 .. Tempahan terhad nehh …

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Kena lagi kat dahi dia ! Kali ni dia tergelincir lalu kena tepi kabinet tv ni .. Hurmm… Berkali kali aku bagitau kat mak dia , yang dia dah sangat mengantuk ! Aku tau la sbb Qhaliff sebelah siang dia tidur 3 kali ! Dan hari ni baru 2 kali je aku tengok dia tidur .. Petang ni tak tidur lagi ..

Sebelum tu mmg aku dok usung dia ke hulu ke hilir .. Dia nak keluar main .. aku ikut … Tapi apa nak kata .. Qada dan Qadar .. Kena terima .. Redha ..

Hasil seni Qhaliff .. Pastu , baru la kejadian ni berlaku .. Kesian .. Tak sempat nak amik gambar dia .. Tak sampai hati tengok luka kat dahi dia tu. Hampir ke parut lama dia .. Ni orang kata luka lama berdarah kembali !

Nak salahkan sapa ? Geram mmg ada tapi kena terima ketentuanNya .. Sapa nak anak sakit kan ? Hurmm ..

Astagfirullah al’azim ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Ingat tak kisah aku baru baru ni ? Bertarikh 10 Jun 2013  , bertajuk Takde rezeki .. ni ? Hehehe …

Tadi aku gi kedai runcit berhampiran rumah aku dengan Qhaliff untuk beli telur ayam .. Sampai kat situ , aku terpinga-pinga jap. Camana aku nak amik telur ayam ni sedangkan aku dok dukung Qhaliff ?

Nasib baik la pekerja kedai yang berbangsa Bangladesh tu datang kat aku.

“ Boleh tak ambilkan telur ayam tu untuk saya ? “. Tanya aku.

Dia balas dengan senyum dan pantas lakukannya untuk aku. Alhamdulillah .. Senang keje aku ..

“ Berapa harga yer  ? “

“ RM3.70. “ . Jawabnya ringkas.

Aku hulurkan sejumlah duit. Dia pulang bakinya tetapi aku minta dia masukkan ke dalam tabung surau yang ada diatas meja cashier tu.. Bukan riak atau angkuh bila aku cerita ni tapi sekadar ingatkan diri. Pahala aku tak banyak mana .. Jadi , bila aku cerita ni , aku harap ada juga la rakan pembaca ringankan tangan banyakkan sedekah. Tapi biarlah tangan kiri tak tau .. kan ?

Tiba-tiba pekerja tu tanya aku ..

“ Abang pernah hilang duit kat sini tak ? “ .

Aku mengiyakan dan bagitau jumlah yang hilang. Dia kata dia masih ingat lagi aku beli barang dekat dia dan jumlah yang hilang tu hampir sama dengan yang dia jumpa.

Katanya lagi duit yang ada pada dia tu dijumpai oleh tukang sapu kedai tu .. Tukang sapu tu serahkan pada dia sbb dia rasa dia tau sapa punya tapi jumlahnya berkurangan.

Aku senyum jer.. Kemudian pekerja tu keluarkan dompet dia dan hulurkan sejumlah wang pada aku . Aku minta dia masukkan ke dalam tabung surau … Semoga Allah rahmati dia atas kejujurannya ..

Aku ucapkan terima kasih dan berlalu dari situ .. Qhaliff masih dalam dukungan aku..

Rezeki aku bulan Ramadhan.. Sememangnya rezeki kita ni dalam pelbagai bentuk .Alhamdulillah ..

Photo

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Walaupun belum ada entri original , zaman ni ada blogger dah cop diri mereka dah cukup popular dan boleh dah demand untuk bayaran tinggi walaupun entri di blognya tah hapa hapa !

Haaa.. Tapi untuk kes ni , blogger yg lebih popular dari ayahnya ni kantoi kononnya tolong update blog untuk ayahnya tapiii .. belum sempat satu patah perkataan , dia dah tidur ! Takde idea la kot ?

Bila bapak dia hilang , tau tauuuu .. Tu diaaa .. Ooooo…. tak posa yer !!

Pengalaman lebih mahal dari wang ringgit kerana pengalaman mampu menjana pendapatan di kemudian hari !

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

Kalah .. dah tentu kan ? Persoalannya , kalah bermaruah atau kalah lauk ? Maksudnya kalah besar laaa .. Atau nak tepat lagi , kalah memalukan !

Ok ..bila kata gini , pastinya akan kata la .. “ Ko ni takde semangat patriotik sungguh ! “ . Amboi .. kalau kata gitu , terang terang ke tak sokong pasukan negara ? Ngarut betul laa !

Kalau tengok dari pencapaian negara kebelakangan ni .. Rasa-rasanya apa yang mampu dilakukan oleh pasukan negara kendalian Rajagopal yang asyik dengan asalan eksperimen ni ? Bila menang , dabik dada .. Amboi.. Bila kalah , dah standby jawapan . Nak lagi best , target kita ialah Piala Asia ! Boleh gitu ?

SAHUT CABARAN

Alasan awal yan aku petik dari Bharian Online ..

"Saya fikir kita ada 26 pemain terbaik untuk diturunkan. Saya perlu lihat tahap kecergasan mereka. Kita tak boleh fikir semua pemain boleh bermain, kita tetap perlu melihat kepada situasi, siapa pemain terbaik yang boleh kita turunkan.

"Memang kalau boleh saya nak turunkan kesebelasan terbaik untuk memulakan separuh masa pertama. Apa pun saya akan turunkan pemain yang saya fikir cukup cergas dan betul-betul boleh bermain," kata Rajagobal ketika ditemui pada sesi latihan terakhir di Stadium Shah Alam, malam tadi.

 

Walaupun Chelsea tu nama besar , aku pasti bila mereka bertemu tuan rumah , mereka akan bagi muka . Tapi bila peluang gitu tak diambil betul betul , maka mereka pon nak jaga muka kan ? Apatah lagi nanti di depan penyokong setia mereka yang ada di negara ni ..

Aku , sebagai rakyat Malaysia pastinya nak tengok permainan yang menarik yang ditonjolkan oleh pasukan negara. Tapi aku taknak sekadar permainan menarik je ! Nak juga keputusan yang menarik !!

Buktikanlah aku salah wahai , Datuk Rajagopal. Kalau kalah besar gak ni , aku harap .. letaklah jawatan ! Contohilah pasukan hoki negara tuu .. Carilah jurulatih lain yang mampu bawa perubahan ! Jangan lupa , duit rakyat tu yang sedang dibelanjakan untuk bayar gaji pemain dan jurulatih .. ke ada sponsor dah yang dok bayarkan ? Kalau ada penaja sekali pon , kena buktikan jugak kan ?

Biarlah pencapaian seiring dengan populariti ! Hehehe …

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Boring dah asyik Upin Ipin ? Yelah , asyik tayang episod sama je kan .. hehehe .. Kalau Ben 10 , byk episod dan panjang panjang eh ?

Sebenarnya dia mengantuk dah ni .. Apa saja yang terpampang kat tv , dia layan .. Tunggu masa nak tidur jer tuuuu ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Alhamdulillah .. Petua yang bagus cuma antara nak lakukan atau malas je !

Aku tak tau la skang ni atau mmg dari dulu .. Telur ayam semakin cepat rosak ! Seminggu dah tak leh pakai ! Banyak kali dah aku terkena dengan telur yang baunya … hurmmm ..

Sewaktu aku berusia 20an , yang mana telur ayam mmglah antara feveret aku .. sememangnnya sukar sungguh nak jumpa telur ayam yang dah masuk angin !

Tapi sekarang ni , seminggu beli .. kalau tak makan semua , confirm rosak dan buang gitu saja. Aku nak mengeramkannya jadi anak ayam pon tak leh dah ! Hehehhe .. yang pasti .. aku akan amik telur ayam biasa punya je… kalau ada telur ayam kampung pon ok tapi mahaiiii …

Kenapa gitu ? Aku suspek .. heheh.. tak berani nak tuduh .. nanti kena saman sbb takde bukti ! Tapi

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Lor ?? Patutlah pon ! Kelmarin aku gi Alamanda .. Ternampak la situasi pelik di McDonalds yang mana punyaaaa la ramai orang beratur .. Aku tak tau la kenapa diorang beratur .. Er , dah abis ke tempoh boikot ? Hahahaha .. Sekejap je eh ?

Esoknya , wife bagitau yang diorng tu beratur kerana nak dapatkan mainan .. Hurmmm .. mainan apa lak ?? Pelik la pulak sampaikan mainan , yang beratur ni majoriti orang dewasa je !

Rupa-rupanyaaaa .. Ni haaa .. Patung ni agenda Illuminati ni haaa .. Memang menjadi laaa ‘tricks’ mereka ni nak buat manusia jadi huru hara ! Hahahaa ..

Berdasarkan satu entri blog politik.. Aku nak bagi backlink , tak leh lak sbb terlalu racist kata katanya .. Gambar di bawah ni berlaku di Pulau Pinang. Katanya pintu McDonalds abis rosak gara-gara nakkan patung edisi terhad tu.. Mak aihhh.. Sampai gitu ? Pastu letak la patung mata satu tu kat dalam bilik eh ? Menjadi lagi agenda diorang .. hehehe ..

Berkaitan dengan ‘tragedi’ ni , ada satu video gak yang memaparkan pelanggan tak puashati kerana tak dapat mainan ni , marahkan pekerja McDonalds kat situ .. Iskhhh.. sampai gitu sekali ker ?

Hurmmm .. Tak tau la apa nak kata manusia zaman ni .. Makin pelik je perangai .. Patung bodoh gitu pon jadi rebutan ? Aiyoooo ..

Mata satu ? Illuminati ? Apa tu ? Google la sendiri .. baca dan hayati sendiri .. Internet untuk dapatkan info .. bukan sekadar untuk mencari pasangan hidup dan menunjukkan fesyen terkini !

 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Rasanya , dah boleh dah ada adik ni .. hehehe.. Yelah , sian tkde kawan nanti .. Kena tidur awal la aku cam ni .. hehehe .. Haaaa… Jangan pikir bukan bukan yer ! Maknanya , aku skang tidur lambat jer.. Kena jaga kesihatan …

Cover line ..Hehehee..

Sekejap masa berlalu ? Dan jangan lupa kita semakin tua .. ehehhe .. Skang ni asyik nak berkepit jer .. Pantang ilang je aku , terus cari .. Kalau mak dia ada , dok follow mak dia .. tapi aku pon dia cari gak .. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (10)
    • ▼  April 2026 (2)
      • Hilangkan gerd dan anxiety !
      • Konsisten itu mahal harganya !
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes