Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 29 September 2010

Jakarta dan Pulau Jawa akan tenggelam ?

 

Tengok Buletin TV3 tadi ? Terkejut jugak kan .. Jakarta boleh tenggelam tu... Huih... Maka aku pon google untuk mencari info berkaitan tentang tu ..

Jumpa ! Hehe.. sori eh..tak terjemahkan takut tersalah jemah... masalah nanti... cuma sekadar berkongsi maklumat ..

 

JAKARTA--MI: Kekhawatiran beberapa kalangan mengenai penurunan wilayah Jakarta hingga berpotensi tenggelam, ternyata terlalu berlebihan.

Himpunan Ahli Teknik Tanah Indonesia (HATTI) menilai kekhawatiran  itu berasal dari golongan yang pesimistis saja. "Wajar saja jika memang ada golongan pesimistis. Namun yang harus dipahami adalah penurunan permukaan tanah ini terjadi secara global," ujar Guru Besar Teknik Kelautan Institut Teknologi Bandung Prof Hang Tuah di Jakarta, Selasa (28/9).

Pasalnya, lanjut Hang Tuah, hal itu terjadi di hampir setiap kota besar yang berada di pinggir pantai. "Contohnya Bangkok dan Meksiko. Tapi bukannya lantas kita tidak bisa melakukan apa-apa dan tinggal tunggu tenggelam," tandasnya.

Kekhawatiran itu, menurutnya, cukup beralasan jika melihat gejala makro yang terjadi secara global, yaitu penurunan permukaan tanah dan peninggian permukaan air laut. Namun, ia membantah jika hal itu dapat menyebabkan seluruh kota Jakarta tenggelam dalam 20 tahun mendatang.

"Kalau ada sebagian wilayah Jakarta yang akan sering tergenang karena hal itu memang iya. Tapi tidak semua Jakarta. Jakarta Utara terutama, seperti Pluit dan Muara Karang. Karena di sana permukaan tanah memang rendah sekitar 1 meter sampai 1,5 meter dan pembangunan di sana pun semakin masif. Bangkok pun seperti itu, tapi mereka bisa atasi dengan pasang tanggul keliling," jelasnya.
Hal senada juga diungkapkan anggota HATTI lainnya, I Wayan Sengara. Pengajar Geoteknik Fakultas Teknik Sipil ITB itu menyatakan, simpulan yang menyatakan Jakarta akan tenggelam tidak lama lagi hanya lantaran peristiwa longsornya Jalan Martadinata terlalu berlebihan. (CS/OL-2)

sumber : MediaIndonesia

BA : Hehe... apa dalam kepala korang ek ??

Lawaknya kehidupan ni ...

 

Apa yang berlaku di depan mata , segalanya mmg dah ditakdirkan .. Namun kita sebagai manusia boleh mencorakkan kehidupan kita sendiri dengan syarat , melaluiNYA ..

Aku di KLCC skang ini .. Bermacam macam berlaku di dpn mata aku .. Segalanya ibarat satu pentas dunia lakonan .. Bermacam gaya dan ragam yang boleh membuatkan aku tersenyum sinis ..

Aku nak kata lebih pon susah tapi itulah hakikat dunia di mana aku juga salah seorang pelakonnya .. Nak kata dunia ini tidak adil , aku tak rasa tak patut langsung .. Mungkin salah kita sendiri .. Bila peluang ada di depan mata , kita biarkan .. Kita lepaskan .. Bila kita tengok orang lain , kita geleng kepala dan mungkin akan berkata , " Aku sepatutnya ditempat dia " namun bila diberi peluang , apakah yang kita lakukan ?

Bila terlihat mereka yang bergaya kehulu kehilir ... Pergh .. pasti berkata dalam hati betapa mereka bertuah .. Begitu ua sebaliknya .. Patinya merka berkata betapa bertuahnya dia ini kerana tidak perlu memikirkan segala masalah yang aku hadapi ..

Manusia sekarang tidak sebenarnya bersyukur ..Hanya tau melafazkan 'Alhamdulillah' seperti mana berdirinya kita di hadapan sejadah untuk mendirikan solat .. Sekusyuk manakah kita  sebenarnya ? Hanya Allah saja bisa menjawabnya ..

Aku terfikir bilakah watak aku ini akan ditamatkan .. Dan adakah mereka akan mengenangi aku  ? Apakah mereka akan merindui aku ? Lihat saja mereka yang telah pergi meninggalkan kita ... Beria kita menangisi pada awalnya .. Belum sampai setahun , dah ada pengganti .. Hurm ..

Itulah hakikat dunia ini.. Dunia yang penuh dengan sandiwara yang mana kita adalah sebahagian darinya .. Antara sedar atau tidak saja...

Wallahua'alam...

Kesian kan ...

 

Kalau nak merompak pon , ingat ingat la.. lahanat betul.. amik je la duit .. pastu lari la.. tunggu polis kejar lak .. Yang gi tempak pak guard tu pasai apa ??  Tak kesian ke kan anak bini dia ??? Kurang ajar betui arr... > sini

Bekas pelakon popular masa aku kanak kanak rebina  , Azmil Mustapha , diserang sakit jantung... Hurm... Muda lagi kan.. baru 58 tahun .. Alhamdulillah , dah skit ...  > sini

Negara boleh huru hara jika mereka yang tak bertanggungjawab dok memainkan isu isu perkauman dan agama ! Suka sangat ke tengok negara huru hara ? Yang buat huru hara ni boleh la lari sana sini.. Harta berkepuk .. Ingat ingat la skit .. tak lama dah nak hidup tu.. bawak bawak bersara .. 

Jom masuk parti ni.. parti ni ok.. parti tu tak ... sana sini , rakyat garu kepala.. mana satu yang ok ni ?? Bergabung ? Mana boleh kan ? sapa nak jadi kepala .. sapa nak jadi ekor ? Susah susah .. akhirnya ? tersandar kat kerusi malas ... habuk pon tarak .. > sini

Pertama kali main dengan gay .. Rupa Mat Gebu !!

 

Erk.. sattt... dua tajuk tuuu ... Ada orang mencari rupa MAT GEBU aka TIFFINBIRU dalam internet nehh... Maka tersangkutlah dia di blog aku .. Maaf yer .. Sememangnya muka MAT GEBU tidak dibenarkan siar dalam internet ni.. Maklumlah , anak jutawan tebu ..hehe.. guwau je.. kang ada jugak nak culik dia lak...  Nasihat , tak yah la cari yer.. dia dah berpunya.. tunggu saat akhir je nak nikah .. bak kata orang , tunggu nak henjut tangan kadi je tu... haaa..

image

Tajuk satu lagi tu .. Astagfirullah al'azim .. Apa punya mangkuk ni ? Dok mencari cerita gini ?? Ada ke patut cari pertama kali main dengan gay ???? Dah abis modal ke ?? Punya la berlambak perempuan yang cun melecun melecet semua laa... Pakat nak cari sama jenis apa kehenya ???

Aku pelik la .. eh..tak pelik.. mmg akhir zaman .. cuma apa kebengongnya jadi gay atau lesbian ni ? Hilang nikmat dunia wooo... Kan dah cantik Allah buat tu.. Lelaki dengan perempuan ... Kalau frust sekali pon , ingat ingat la agama ... Wujud akhirat tu.. Wujud neraka tu.. Kalau dipilihnya jalan salah macam tu , tak mengaku umat woo...

Sebelum buat kerja giler macam ni, banyakkan beristighfar .. mengucap... ingat Allah .. tak kemana pon semua ni.. apatah lagi cinta manusia ni.. lainlah cinta manusia ni membawa ke jalan Allah .. yang tu patut dikejar... hehe..

Kalau jumpa orang yang mampu mencintai kerana Allah , jangan sesekali lepaskan ... IKAT dia.. Jadikan pasangan hidup !!

Berminat nak makan malam bersama Perdana Menteri tak ??

 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan menganjurkan makan malam khas untuk rakan-rakan dalam talian beliau di Seri Perdana, Putrajaya, pada 4 November ini.

Perdana Menteri berkata, jamuan bermula 8 malam itu diadakan selepas kejayaan acara jamuan teh pada Mac lepas dan bertujuan berkenalan dengan rakan senegara serta berdialog dengan mereka.

"Pada awal tahun ini, saya telah berpeluang menjadi hos kepada rakan-rakan dalam talian saya dalam satu peristiwa istimewa dan saya telah memaklumkan bahawa akan terdapat lebih banyak acara seperti ini lagi pada masa depan.

"Saya begitu teruja untuk mengumumkan acara yang akan datang yang akan diadakan pada 4 November malam. Pendaftaran untuk mendapatkan undangan kini dibuka dan saya mengalu-alukan anda mendaftar dan menyertai acara ini," katanya dalam laman blog beliau, www.1Malaysia.com.my hari ini.

Najib berkata, beliau benar-benar berpuas hati dengan acara lepas dan berharap akan berpeluang untuk berdialog secara terbuka dan ikhlas seperti yang berlaku dalam pertemuan sebelum ini.

"Yang menariknya tentang acara ini adalah ia membolehkan saya berinteraksi dengan rakyat Malaysia dari segenap lapisan dan latar belakang, terutamanya kerana mereka yang menjadi tetamu saya dipilih secara rambang daripada senarai mereka yang mendaftar," katanya.

Najib berharap rakan-rakan dalam talian beliau sudah meluangkan masa untuk benar-benar mengenali laman web beliau yang berwajah baru.

"Memandangkan tujuan saya adalah untuk terus meningkatkan hubungan kita dan dialog 1Malaysia, saya akan memperkenalkan lebih banyak ciri-ciri dan program-program lain melalui laman 1Malaysia.com.my dan Facebook saya dari semasa ke semasa," katanya.

Najib, yang dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) ke-65 di samping Sidang Kemuncak Asean-Amerika Syarikat, menyifatkan lawatan kerjanya itu sebagai begitu bermakna sekali.

"Sejak mula tiba lagi jadual saya begitu ketat dan waktu yang terluang untuk saya berblog begitu terhad. Bagaimanapun, saya ingin mengambil kesempatan ini secara ringkas untuk berkongsi dengan anda satu acara menarik yang begitu saya nanti-nantikan (pada 4 November ini)," katanya. - BERNAMA

 

sumber : BHARIAN

Terima kasih PM !

 

Alhamdulillah ..rezeki .. Jutaan terima kasih buat Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak kerana keprihatinan beliau terhadap orang bawahannya...

Bila orang beri , kita ucap terima kasih la kan .. takkan nak nampak buruk dia je kan ... bila dia buat baik , maka berterima kasih jer..

Kan kan ? Tak leh cita panjang panjang .. Sekali lagi , terima kasih ... :)

Sandwich haram !

 

Lelaki buat sandwic jumpa bangkai tikus

image

LONDON: Sukar bagi sesiapapun menjelaskan bagaimana seekor bangkai tikus (gambar atas) boleh ada dalam sebuku roti yang menggunakan jenama ‘Best of Both’.

Ini berikutan langkah pihak berkuasa Britain menyiarkan gambar membuktikan Stephen Forse tidak bergurau menemui bangkai itu ketika membuat sandwic untuk anak-anaknya.

Forse membeli roti itu dari sebuah pasar raya pada 2009. Beliau mulanya menyangka bahagian hitam pada roti itu mungkin disebabkan tepung yang kurang diuli.

Selepas meneliti lebih dekat barulah dia perasan bulu dan terlihat haiwan berkenaan.

Kes itu kemudian dibawa ke mahkamah dan syarikat Premier Foods mengaku bersalah melanggar undang-undang kesihatan.
Syarikat itu yang meminta maaf atas kesalahannya dikenakan denda £16,821 (RM87,469), Jumaat lalu.

Forse berkata, penemuan bangkai berkenaan menyebabkannya rasa kurang sihat dan semakin tidak bermaya selepas pegawai kesihatan mendapati ekor tikus itu juga hilang, berkemungkinan sudah dimakan. – AP/Agensi

sumber : BHARIAN

Indonesia tolak syor ujian dara

 

JAKARTA: Kerajaan Indonesia semalam menolak cadangan seorang ahli dewan perundangan supaya remaja perempuan dipaksa menjalani ujian dara sebagai syarat memasuki sekolah menengah tinggi bantuan kerajaan.

Pegawai di Kementerian Hal Ehwal Wanita, Wahyu Hartomo berkata ujian sedemikian mencabul hak asasi remaja terbabit, selain mendedahkan mereka kepada risiko kesihatan.

“Ujian seperti itu mencabul hak dan akan mempunyai kesan psikologi serius kepada pelajar terbabit,” katanya kepada agensi berita

“Adalah lebih berkesan ibu bapa memberi anak-anak mereka pendidikan moral di rumah, terutama remaja yang mudah terdedah kepada pengaruh tidak sihat internet.”

Dewan perundangan wilayah Jambi, Sumatera bersetuju untuk tidak membincangkan cadangan itu yang dibuat oleh ahlinya Bambang Bayu Suseno, kata Hartomo. – AFP

sumber : BHARIAN

BA : kalaulah dibuat di Malaysia .. pasangan pengantin wajib jalani ujian dara dan teruna ... camana eh ??? hahahaha...

Sejarah hidup pencipta laman Facebook dibuku

 

NEW YORK: Kehidupan pencipta rangkaian sosial Facebook, Mark Zuckerberg, bukan saja difilemkan tetapi kini akan dipaparkan dalam bentuk komik dengan tajuk ‘Mark Zuckerberg; Pencipta Facebook’.

Penerbit Bluewater Productions berkata ia akan mengeluarkan komik berbentuk biografi itu Disember depan. Penulisnya, Jerome Maida, berkata kehidupan jutawan berusia 26 tahun itu kisah amat menarik.

NEW YORK: Kehidupan pencipta rangkaian sosial Facebook, Mark Zuckerberg, bukan saja difilemkan tetapi kini akan dipaparkan dalam bentuk komik dengan tajuk ‘Mark Zuckerberg; Pencipta Facebook’.

image

Penerbit Bluewater Productions berkata ia akan mengeluarkan komik berbentuk biografi itu Disember depan. Penulisnya, Jerome Maida, berkata kehidupan jutawan berusia 26 tahun itu kisah amat menarik.

“Mark ditawarkan banyak wang pada usia muda dan menolak semua tawaran itu kerana dia tahu dia mempunyai matlamat lebih tinggi daripada bekerja untuk orang lain,” kata Maida.

 

sumber : BHARIAN

Nak buat banner cun ??

 

Banner penting untuk blog ? Yelah kot.. hehe.. tapi ramai tak reti lagi nak buat banner .. Ada banyak cara untuk buat banner... Malah di laman web pon ada jugak yang bagi percuma .. Cuma yang tak bestnya , dalam laman web tu ada menyertakan url web mereka.. Ini mencacatkan banner tersebut.. kan ?

Kalau nak buat sendiri , ada banyak cara .. macam macam gaya .. tapi cara penggunaan tu saja yang memeningkan kepala mereka terutama yang tiada asas penggunaan perisian grafik .. Kan ? hehe.. aku tau ... ramai yang tanya kat aku ..

Aku ni bukan la bagus pon .. sekadar nak kongsi ilmu sebesar kuman ni.. kot berguna bagi mereka yang teringin nak buat banner sendiri ... Mula mula asas , mana tau nanti leh ke tahap lebih bagus.. leh ajar aku gak nanti .. kan kan ?

Ok.. disini , bagi mereka yang berminat .. ada dua perisian yang diperlukan ... kalau nak cantik la.. kalau tak guna satu pon ok dah ..

  1. PHOTOSHOP
  2. ULEAD GIF ANIMATOR > download

Photshop digunakan untuk membuat imej .. Imej perlu dibuat dalam beberapa keping frame agar lebih cantik .. dan lebih kemas ..

a r  d

dan hinggalah jadi ...

e2

Ini dilakukan dengan menggunakan PHOTOSHOP ..

Kalau tak nak guna Photoshop pon tak pe , boleh guna ULEAD tu terus cuma tak secun jika guna PHOTOSHOP .. ok ?

Kemudian dengan menggunakan ULEAD tu , gabungkan frame demi frame , kesemuanya.. Dan cuba run kan imej tersebut ..

ardini

Savekan dalam format GIF .. kemudian uploadkan file tu ke PHOTOBUCKET .. amik html code , dan .. taraaa.. dah siap... langkah seterusnya tu , seperti biasa la kan.. ADD A WIDGET > HTML /JAVA SCRIPT

Maaf yer.. ni secara ringkas je.. dok sakit kepala ni.. hehe..  apa pon cuba download dulu ULEAD tu .. yg tu trial  15 hari.. kalau nak full version , sila download gunakan ORBIT atau yang sewaktu dengannya .. hehe...

Pemilik Lotus Racing cabar Proton

 

KUALA LUMPUR – Pasukan Lotus Racing sedia menyerahkan pasukan Formula Satu (F1) kepada Proton Holding Bhd. (Proton) jika ia mampu melakukan lebih baik daripada yang telah dilakukan di bawah pengurusan kini pada musim depan.

Timbalan Ketua Pasukan Lotus Racing, Datuk Kamarudin Meranun berkata, selain itu Proton perlu membayar pelaburan yang telah dilakukan oleh tiga individu, membabitkan dirinya, Datuk Seri Tony Fernandes dan SM Nasarudin SM Nasimuddin, bernilai pound 70 juta (RM340.9 juta) pada musim ini.

Malah, tambah beliau, pihaknya telah membeli Team Lotus Ventures Ltd. (TLV), yang mempunyai hak untuk menggunakan nama Team Lotus, pada harga lebih pound 3 juta (RM14.61 juta) kira-kira sebulan lalu setelah melakukan kajian kewajaran pertimbangan.

Tambah beliau, pihaknya mempunyai dokumen yang ditandatangani berhubung pembelian itu.

Kamarudin yang juga salah seorang pemilik pasukan Lotus Racing berkata, pasukan F1 itu mengambil keputusan untuk membeli TLV setelah mendapati hubungan dengan Proton tidak berjalan lancar sebelum ini.

Menurutnya, Proton telah memiliki Lotus Group selama 16 tahun dan sepanjang tempoh tersebut pembuat kereta nasional itu tidak pernah menyertai F1.

‘‘Tetapi kenapa sekarang perkara itu berlaku selepas tiga pemegang saham melabur dengan wang masing-masing sebanyak pound 70 juta untuk membina sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat kepada Proton menerusi perikatan jenama

‘‘Apa yang sebenarnya mereka mahukan? Saya tertanya-tanya sama ada pengurusan Lotus Group mempunyai kuasa untuk menyertai F1 daripada syarikat induk (Proton) ataupun dalam isu ini pengurusan Proton mempunyai kuasa daripada lembaga pengarah dan pemegang saham untuk kelulusan (menyertai F1)?,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan Proton semalam yang melarang penggunaan nama Lotus Racing berkuat kuasa musim depan, selepas lesen yang diberikan kepada semua syarikat yang mempunyai kaitan dengan prinsipal pasukan itu, Fernandes ditamatkan.

Menurut kenyataan Proton, penamatan tersebut dibuat ekoran tindakan terang-terangan dan berterusan oleh Fernandes yang melanggar lesen yang diberikan kepada mereka dan dianggap telah merosakkan mereka nama Lotus.

Lotus Group terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu bahagian Lotus Cars, Lotus Engineering dan TLV.

Kini Proton menaja pasukan GP2 yang berpangkalan di Perancis, Art.

Mengenai penamatan penajaan Proton dalam Lotus Racing pada tahun depan, beliau berkata, perkara itu tidak timbul sama sekali.

“Adalah melucukan apabila anda menamatkan penajaan pada tahun depan sedangkan tiada perjanjian yang dimeterai untuk tujuan tersebut untuk tempoh itu,’’ jelasnya.

Menurut Kamarudin, dengan penajaan Proton yang ‘minimum’ pada tahun ini, pembuat kereta nasional itu telah memperoleh manfaat lebih daripada sepatutnya.

Sementara itu, Kamarudin memberitahu, pemegang saham Lotus Rancing akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Proton berhubung hak penggunaan Lotus Racing di Mahkamah United Kingdom.

Takkan tips lagi ?

 

Ops.. sebelum aku terlupa ... Sila beritahu pada mereka yang berminat dengan sukan GOLF ini , bermula 1-3hb OKTOBER ini akan berlangsungnya MALAYSIA GOLF FAIR di PWTC .. Terima Kasih ..

Berbalik pada aku .. hehe.. aku rasa tak de tips dah untuk kali ni sbb abis dah semua rahsia aku , aku berikan .. hehe.. rahsia asas jer .. bukan besar mana pon .. Kalau nak lagi besar tu kena godek otai otai yang berjaya la cam blogger blogger fofular gitu.. cam aku ni , takde maknanya... apa yang aku tau , dh aku curahkan .. jika aku teringat , baru aku bagitau yer ..

Cuma pesan aku , bukan mudah untuk berjaya.. Dalam apa jua bidang kita nak ceburi , tiada jalan singkat untuk berjaya .. Bak kata jiran sebelah umah aku , " Cepat kita naik , maka cepat juga kita jatuh  .. Maka berhati hatilah semasa mendaki .. Jangan pandang depan saja.. Pandang kiri , kanan dan paling penting , jgn lupa pandang belakang ! Ini kerana jejak jejak yang kita tinggalkan amat penting untuk kita gunakan kembali sekiranya kita terjatuh ."

Berblog dengan gembira.. tak perlu tertekan .. Bukannya hari ni hari terakhir kita berblog.. Ada umur ada rezeki , kita pasti bersua lagi.. Nak kalut apa kan ? Yang pasti setiap kali kita mengupdate entri tu , jgn sekadar manisan je kita beri .. perlu ada khasiat yang berguna untuk minda pembaca.. Barulah berbaloi... pasti mereka kembali ..

TIPS : Jangan lupa,  pembaca juga berpendidikan ..

Menarik sebenarnya blog ni ..

 

Kebelakangan ini aku ada keluarkan tips yang mana aku biasa gunakan untuk 'melariskan' blog .. Tips ni tak la sebagus mana pon tapi ianya mujarab bagi aku ..

Ramai orang ingat untuk melariskan blog ni amatlah mudah .. Buat satu blog pastu ada la orang masuk baca , kan ? Persoalannya , siapakah orang itu ?

Ambil jalan singkat iaitu promosikan samada melalui pertukaran banner , meletakkan iklan , blogwalking dan banyak lagi cara yang digunakan untuk menjual blog mereka ..

Antara tips yang aku bagi ialah rajin update blog tapi ramai memberikan alasan masa sebagai penghalang .. Seperti aku bersenam di gym , jika aku rajin pergi dan bersenam dengan cara yang betul , insyaAllah aku akan dapat keputusan yang memuaskan.. Jika aku malas , maka berlemaklah badan aku atau sekadar telan ubat untuk kurus maka hasilnya tidaklah berpanjangan ...

Begitu juga blog .. selagi rajin kita update selagi itulah ada pengunjung .. Jika hari ini 10 orang yang datang , sekurangnya 1 orang akan menyebarkan khabar tentag blog kita .. 1 orang ini akan membawa 1 orang yang lain ... begitulah seterusnya .. lama kelamaan ??

Adakah kita nak lihat hasil yang segera dan pantas ? Dimana kepuasan itu? Apakah pengalaman yang akan diperolehi ? Itulah yang sering aku fikirkan sebagai seorang blogger .. Dengan berblog , secara tidak langsung aku rajin membaca ... Bukankah itu satu kebaikan ?? hehehe.. fikir fikirkan .. segalanya bukan hanya kerana $$

Aku mental betul la malam malam ni..

 

Tensen giler aku .. nak tidur tak leh.. padahal badan penat ...  Tapi mata tak nak lelap.. terpaksa update entri untuk menghilangkan bosan ..

Tapi bertambah bosan bila tengok tv .. Si Steval Seagal ni.. adoi.. dulu aku minat la dia .. sbb aikido dia tu.. tapi bila lama lama.. bikin tensen lak..

Apasal aku tensen ngan dia ?? Mana la tak.. asal lawan .. dia je menang .. asal tembak.. dia je kena.. kalau penjahat tembah , 10 das , satu baru sipi.. dia tembak satu das macam 10 je kena.. abis melambung 10 batu jaraknya .. mau tak tensen ? Rajnikhan pon  kalah gini ..

Nak dikira dia ni macam JET LI la .. kalau lawan , susah giler nak kena belasah.. teror giler ...

imageTapi tak kisah la.. baik dia dari FARID KAMIL atau AWAL ASHAARI.. hahahha... bosan siut...

Kul 12 malam .. Wahai blogger , sila tengok blog anda ... Pasti ada sesuatu menarik ..

Apakah yang menarik ??? Ada .. erk.. awek singgah bagi komen kah ? Ops.. tu sudah pasti ..tapi ada sesuatu yang lebih menarik dari awek .. hehehe... jgn marah aaa...

Apakah yang lebih menarik dari awek itu ?? Jeng jeng jeng.. Sudah semestinya .....

image

Iklan keluar time ni laaa... So what ??? Cewah.. speaking eh En. Ben ???

Tips ni aku pernah beri satu hari di hari raya yang lepas .. Lama dah dulu... Tahun lepas je.. hehe... Gini yer ..

Sapa rajin update blog tengah malam ?? Tak ramai bukan ? Sapa rajin blogwalking tengah malam ??? Ramai woo.. terutama student dan juga mereka yang berada di luar negara ..

Iklan juga keluar masa ni bukan ?? Jadi .. apa salahnya korang update satu entri pada waktu ni ?? Atau tidak pon set kan auto post tengah malam ... Bayangkan , entri korang tu segar dari ladang .. dan berada diatas sekali dalam setiap blog list yang ada di dalam dunia maya ini !!

image image

Seandainya pada masa yang sama ... korang ada BE , bukankah itu satu kelebihan buat blog korang jugak ?? Sbb sudah pastinya blog korang akan digeledah pada waktu tu.. maklumlah tengah boring ... jadi ramailah orang berjalan jalan membaca blog ... Ehem.. skang ni kan blog lebih hangat dari laman web..Maka jangan persiakan peluang yang terhidang di depan mata ini ...

TIPS : Sekiranya anda malas mengupdate blog atau takde masa , cuba buat 4 entri sehari secara auto post ... KUL 12 malam ... Kul 8 pagi .. kul 12 tngahari dan kul 8 malam ... insyaAllah .. blog anda akan senantiasa berpenghuni .. Hendak seribu daya ... Jangan berikan dalih sebaliknya katakan boleh , jika ingin berjaya ...

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI