Bangga dengan luar negara !

by - Isnin, Februari 11, 2013

 

Aku terbaca di SinarHarian yang menyatakan segelintir artis tidak berpuashati dengan kerajaan yang memanggil artis Korea, Psy, untuk mengadakan persembahan sempena sambutan Tahun baru Cina di Pulau Pinang dan dikatakan penyanyi tarian kuda tu menerima bayaran sebanyak RM2 juta , membuatkan aku tersenyum .. Berapa agaknya Shila Amzah yang baru bergelar juara Asia Wave tu terima yer ?

Aku tertanya gak .. dan aku up status di Facebook aku .. hurmm ..

RM 2 juta untuk PSY .. peewittt .. Sememangnya apa saja dari LUAR NEGARA mmg bermutu tinggi .. Tak caya ? Shopping di luar negara , bangga .. Pakai barangan luar negara , bangga .. Menikah orang luar negara , bangga .. Berkapel dengan orang luar negara , bangga .. Belajar luar negara juga bangga .. Tonton filem luar negara juga , bangga ..

Apa saja LUAR NEGARA , mmg membanggakan .. Anak muka luar negara pun bangga .. heee  “ ..

Walaupun mungkin barangan luar negara tu murah atau kononnya lebih berkualiti tinggi  dari barangan tempatan  hingga ada yang sanggup tempah tiket dan ke sana untuk bershoppping sebab titlenya ialah ‘ AKU BELI DI …. ‘, sangatlah menyedihkan .. Sedangkan dalam negara pun ada jual .Kalau kata mahal cuba tambah dengan kos kos yang diperlukan untuk gi beli barang tu ..

Ok , masing masing punya citarasa .. Bagi aku la , aku kalau keluar negara tu cumalah untuk menikmati keindahan negara tu .. Kalau sekadar shopping , aku rasa dalam negara terutama di KL pon berlambak dah barangan gitu haa .. Atau beli je online .. Settle .. Kepuasan ? Kepuasan atau glemer ? Heeee..

CINTAILAH BARANGAN BUATAN TEMPATAN ? Rakyat biasa biasa cam aku ni , lama dah .. Tuuuuuuu … yang tuuuuuuu … Sapa ? Sapa terasa , dia tau .. heeee..

You May Also Like

10 comments

  1. ermmm.... ini untuk orang2 yang tergolong dalam kelas...janji standard...

    BalasPadam
  2. Bangga dapat makan BUAH TEMPATAN sbb kat luar sana mana ada :D

    BalasPadam
  3. Shopping dalam negara lagilah puas hati..ehhee

    BalasPadam
  4. pergi tengok PSY buat gangnam tadi :) ramai sangatsangat .

    BalasPadam
  5. rm2 juta tu untuk bape minit la sangat... membazir je rase.. bagi rakyat, buat belanje kenduri kesyukuran ke, buat masjid ke.. ade jugak pahala nye

    BalasPadam
  6. sepatutnya promote lah negara sendiri..artis Malaysia byk yg bkualiti.sayang...dan sgt membazir

    BalasPadam
  7. errrr... pasal PSY, I pun dah muak jugak kot tengok dia ni, and not really impressed with his appearance for Malaysian event. Tapi kenapa perlu nak kaitkan dengan menikah orang luar negara tu semua pulak. Kahwin orang tempatan pun bangga kan kalau dah suami isteri.And everyone bangga dengan anak mereka, doesnt matter rupa luar negara or dalam negara.
    I terasa jugak la dengan your statement ni.

    BalasPadam
  8. @Nastyna i cuma kata bangga jer... Bukan kata berlagak ke .. Dalam entri ni saya kaitkan , memiliki barangan luar negara , apa saja dari luar negara ..

    Maaflah jika terasa entri ni tapi tiada niat nak kasi terasa ..

    BalasPadam
  9. xpe la encik ben.
    yg banyak duit tu biarlah dia nak bangga pun.
    yg penting kita dgn cara kita.

    http://ninimohd.blogspot.com

    BalasPadam
  10. harga Sila amzah RM25 ribu untuk nyanyi 1 ke 2 lagu ntah... tak igt... lebih kurang la... sbb hari tu company ada buat event and tertengok list2 artis yang nak dipanggil buat performance...heheh

    BalasPadam