Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 23 Mei 2015

Dating di Malam Keajaiban Cinta bersama Dato’ Rossa

 

Lama tak dating berdua ngan wife. Nak dating camana pon sebelum ni , mesti bawak anak anak. Agak sukar nak tinggalkan buah hati pengarang jantung aku ni.. hehehe.. anak anak !

Tapi semalam , nekadkan hati.. ajak wife lepaskan tekanan kerja buat sementara dengan layan konsert Dato’ Rossa di Istana Budaya. Ini kali pertama aku bawak wife ke konsert. Dia bukan jenis layan konsert tapi sebab aku dah ajak , dia ok je..

Budak budak , aku tinggalkan kat mak aku. Mak aku memang nak sangat aku tinggalkan diorang ni. Aku ngan wife memang payah nak tinggalkan diorang ni kat orang lain.. huhu .. Tapi nak dating punya pasal , tinggalkan kali ni.. hehehe ..

imageimage

Konsert bermula jam 9 malam.. Terus terang aku katakan , aku cuma kenal nama saja. Tajuk lagu, aku memang tak tau sangat melainkan bila dia dah mula menyanyi !

Dan… dan ! Aku terpaku dengan suara dia ! Lagu lagu dia , sebijik macam dalam radio.. dalam album dia ! Perghhhhh .. Sedap giler suara dia ! Patut la Malaysia Airliness sanggup taja pengangkutan dia ke sini .. Huhuh.. Maklumlah , MAS bukan mudah nak taja mana mana individu melainkan dia punya aura tersendiri.

Paling mengagumkan aku ialah.. komunikasi dia dengan penonton ! Sangat profesional dan mesra ! Senantiasa terukir senyuman dibibirnya. Patutlah dia diiktiraf antara penyanyi terbaik di benua kita ni.

Satu demi satu lagu berkumandang.. Alahaiiiii.. Baru aku tau , dia penyanyinya ! Lagu-lagunya memang sedap giler dan memang aku dok nyanyikan setiap kali berkumandang di radio pon ! Huhuhhu.. Teruja pulak aku nak gi cari album album dia pasni !

image image

Kul 11 malam.. konsert tamat tapi malam masih terasa bahangnya ! Masa untuk beramah mesra dengan peminat.. Huhuhuh. Dan aku berpeluang bertemu 4 mata dengannya ! Atas tiket khas yakni tetamu jemputan MAS !

Sayang aku tak bawak kamera Sony aku tu..huhuh..

imageimage

Terima kasih Malaysia Airliness !! Satu kenangan manis yang takkan aku lupakan.. seperti mana setiap kali aku penerbangan MAS , pasti akan punya kenangan manis bersamanya !

9 komen :

Norma NML berkata... [Reply to comment]

Suara dia mmg sedap..dah la orgnya pun comel..:)

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah..moga pekertinya terus begitu sampai bila bila..

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

wahhh bestnya ben dapat dating MAS taja hehe. Rossa comeinya...

Cikk Mimin berkata... [Reply to comment]

kihkih, patut gambar tak ensem sgt. tak bawak camera ghupeenyerr

Yan Ty berkata... [Reply to comment]

wah , doule date.. wifey n Dato'Rossa...

Noriza Rahman Momma Vogue berkata... [Reply to comment]

Amboi abang Ben, berkesempatan wefie dengan Dato Rossa yea...

yoorin melacolea berkata... [Reply to comment]

amboooiii..selfy dengan Dato' Rossa tuuu.. comenye rossa ni ghupenyee

SalinaJohari berkata... [Reply to comment]

untung laaa....hukhukhuk

NURUL AQIDAH AZAHAR berkata... [Reply to comment]

amboi kemain lagi

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI