Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 24 Mei 2015

Masa untuk diri sendiri dan anak anak !

 

Pagi , settlekan urusan rumahtangga. Pastu plan nak g Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya. Nak workout dan main badminton ! Sememangnya perancangan aku nak kembali sadokan diri dah perlu lebih serius ! huhuh.. Tak larat tengok lemak perut semakin bermaharajalela.. hehee..

image

Selang seli aku tadi.. Nak test stamina.. Hahaha.. Memula workout kat gym kat situ.. dalam 45 minit. Pastu main badminton , sejam ! Masa rehat , lari g gym.. sambung workout skit.. hahaha ..

Mana mana jemputan review buffet ramadhan bulan ni , aku nak tolak.. melainkan rasa berbaloi utk pergi.. hehehe.. Bukan nak makan sangat ! Tapi kena tengok lokasi dan masa. Maklumlah , nak gerak ke sana sini guna minyak dan masa ! Review buffet Ramadhan ni kebanyakkan free jer.. Letih gak nak gi.. Kalau dekat , ok jer .. Aku bukan kaya pon.. lalala ..

Selesai main badminton , balik rumah terus ! Masa untuk anak anak lak.. Hahahaha .. Dan sampai je rumah , Qhaliff serbu aku..

“ Nak kolammmm… “

Terus aku siapkan kolam mandi diorang walaupun aku dah kehabisan tenaga. Demi anak , aku kerahkan lagi saki baki tenanga .. Asalkan mereka bahagia.. kan ?

imageimageimage

Sejam pon dah memadai.. Diorang puas ! Yang penting kita luangkan masa untuk mereka. Diorang bukan nak main air sangat tapi nak kita ada disisi mereka..

Malam.. dua dua lena lebih awal sebab terlalu penat dan petang tadi menurut wife ,dua dua tak tidur.. hehe… Harapnya diorang tidur lena sampai esok pagi.. Banyak kerja nak kena buat ni…

6 komen :

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Seronok qhaliff dengan adik ye,.

NURUL AQIDAH AZAHAR berkata... [Reply to comment]

seronoknya diorg main air

mas yana berkata... [Reply to comment]

best nye abg ade teman main... parents boleh rehat sikit.. (konon2)

Nur Aliah Nadhirah Abdullah Lim Bee Jen berkata... [Reply to comment]

Bahagia jadi anak2 Ben, kasih sayang sentiasa mencurah dan padu. Alhamdulillah

Chekgu Azrine berkata... [Reply to comment]

dua2 anak BA bertubuh..suka tengok..geram

Cikk Mimin berkata... [Reply to comment]

bestnyaa, masa kecik dulu mana merasa main kolam depan uma. huhu

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI