Isnin, 11 Januari 2016

Restoran gempak tapi staff ke laut !

Selesai suntik MMR untuk Zahra. Lewat suntik dia. Ikutkan usia setahun kena suntik tapi disebabkan beberapa isu , maka harilah baru dapat suntik dia. Selepas suntik , wife ajak gi makan. Semua belum makan lagi sejak dari pagi. Qhaliff dan Zahra bangun tidur jam 12 tengahari. Huhuhuh... Wife terpaksa amik half day...

Destinasi untuk makan tengahari , Ayer@8 , Putrajaya. Wife kata nak makan di restoran yang boleh relaks skit. Penat menunggu giliran di klinik kerajaan tadi.Satu jam setengah sebelum sampai giliran.. Tapi tak pe..paham.. Takde isu pun.. Cuma penaat menunggu je la..

Dalam jam 4 petang.. lebih skit , sampai la restoran yang aku suka g makan ni. Kalau nak makan mewah skit , memang inilah restoran pilihan aku.Bila aku masuk je restoran tu , aku tengok staff yang biasa aku tengok takde.. Muka muka baru.. Hurmmm.. Takde senyuman terukir.. Hurm.. Tak pe la.. Hal kecik jer.

Aku duduk , dia hantar menu. Aku ucapkan terima kasih. Takde dengar balasan ! Hurm.. Ok. Mungkin aku tak dengar kot.. Biar je la.. Dah tau apa aku nak.. aku pun angkat tangan.. panggil staff yang aku nampak dari awal tadi tu.. tapi takde respon ! Dia pandang je aku ! Aik ??? Dia tak nampak ke ? Hurm.. Ok , aku rasa dia supervisor kot. Tak layak amik order.. Tunggu je la.. Tak lama kemudian , datang salah seorang kakitangan restoran tu.. bangsa asing ! Bangladesh aku rasa..

Dia tanya wife pilihan makanan dan wife pun jawab.. Mamat bangla ni ok .. takde masalah pon ! Dan seperti biasa, Qhaliff dan Zahra takkan duduk setempat. Dia mula merayau. Untuk pengetahuan, pelanggan restoran tak ramai pon.. leh kira ngan jari. Yelah , waktu orang bekerja... mana ramai sangat orang , kan ?

Memandangkan anak anak aku bermain dengan cermin , aku pun ajak wife tukar tempat. Sebenarnya aku malas nak tengok muka staff dia yang asyik pandang tapi tak senyum. Hurm.. Aku dok menahan je sebenarnya.. Nak gak aku tanya .. " Memang tak leh senyum yer ? ". Tapi wat dek je la..

Tak lama kemudian .. makanan sampai.


Sedap ? Memang sedap.. sebab tu aku suka makan kat sini ! Qhaliff dan Zahra bermain kat tempat lain.. Puas aku amik dan letak atas kerusi.. Diaorang tetap nak turun dan gi bermain. Qhaliff macam nak ajak staff / waiter tu main ngan dia.. tapi dia wat dek.. Pastu dia geleng kepala dan pandang kat kawan dia.. Aku tengok , geram jer.. Aku nak je gi tegur dia.. 

" Dik , tak elok buat gitu. Tak manis terutama bila ada pelanggan. Nampak sangat awak tak mesra pelanggan.. " ..

Terus aku amik Qhaliff dan Zahra. Menahan sabar.. Untuk pengetahuan... tak jauh dari restoran tu , ada sebuah restoran yang baru dibuka. Pekerja dia ari tu , siap tolong jagakan anak anak aku dan biarkan kami makan dulu.. Diorang siap bermain lagi ! Hurmmm.. Dan bukan orang Malaysia pon staff tu ! Haih.. Kekadang aku rasa , memang patut pon orang asing kerja kat sini. Orang kita ni , layak jadi pegawai dan CEO jer.. 

Aku cepat cepat abiskan makanan dan gi bayar. Wife aku muka bengang dah.. Aku bagitau kat dia , aku nak jumpa manager.. Wife aku pon ikut sama.. Tapi aku suruh dia tunggu di luar. Aku tau wife aku kalau cakap , memang emosi skit ! Baik aku je cakap.. 

Masa bayar tu , aku cakap ngan cashier dia.. yang aku rasa mungkin manager area atau supervisor.. 

" Saya nak komplen skit , boleh tak ? Biasanya saya komplen dalam blog jer.. " . Aku senyum. 

" Boleh.. nak komplen apa yer  ? " . Sememangnya dia tampak lebih peramah. 

Aku pun cakap dari A sampai Z. Menurut kawan tu , staff tu baru seminggu je kerja ! Ramai staff dah berenti kerja sebab balik kampung atau sambung kerja. Dia mintak maaf dan menerangkan keadaan sebenar. Aku kata tak pe .. aku paham cuma aku rasa aku tak mungkin kembali makan di situ.. Hilang dah mood aku nak g melainkan staff dia berubah sikap. Tak kira baru atau lama , silalah peramah. Paling tidak pon , senyum je la.. 

Aku keluar dari restoran tu.. selisih dengan waiter tu lagi.. Muka cam kucing hilang misai jer ! Huhhh ! Berenti je la kerja ! Gj jadi bodyguard Najib ! InshaAllah cepat kaya !! 

Bila wife masak !


Sedap ke ? Takkk.. tu bukan persoalan setelah hampir 7 tahun kawin berkawin. Pastinya dia sudah boleh dikategorikan pandai memasak ! Sedap ? Terus terang.. awal awal kawin dulu je aku boleh pertikaikan tapi sekarang , aku tak yah jawab dah andai dia bertanya.. Heeee.. Orang perempuan bila ikhlas memasak , memang sedap ! Tak ikhlas pon sedap.. sebab dah berpengalaman ! Bukan baru kawin semalam je pon kan ? 

Tapi bila dah pandai masak.. masalahnya untuk aku la ! Aku yang dah mula berdiet ni akan pastinya terganggu ! 

" Kenapa laa gi masak makanan macam ni ? Aduhh... " 

" Dah teringin bang... "

Hurm... Ada budu. Ada ulam. Ada ikan pekasam ! Dan ketam masak lemak !!! Hurmm... Takkan nak makan sesuap dua je kan ? Maka abislah seperiuk ! Dan ikan pekasam masih ada banyak lagi.. Makan malam , aku buat megi dicampur ngan ikan pekasam ! Letak sambal skit .. dan Yummmmy ! Aku tidur dengan penuh kekenyangan ! Lenaaa !! 

Sedap ! Tapi dalam kita kekenyangan... jangan kita lupa ada insan tidur dalam kelaparan ! Bayangkan anak anda tidur dalam kelaparan ! Menangis meminta makanan.. Sapa yang akan bantu anda ? Hulurkanlah walaupun RM1 ! 





Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI