Asalkan tiada gajet !



Qhaliff dan Zahra , sememangnya dah terdedah dengan gajet ! Qhaliff layan games dan Zahra layan 'princess' dia. Camana aku hadapi semua ini ? Ok... nak larang , payah ! Serius payah ! Kenapa ? Bila mereka ke rumah sepupu mereka , di sana sepupu mereka pun layan gajet ! Dari mereka sorok sorok belakang aku main , lebih baik ajar mereka jujur ! 

Pada awal dulu , agak payah nak kawal. Bila tak kasi , dia punya meraung.. fuh ! Dia tu , merujuk pada Qhaliff. Zahra pon ada gak. Bila nak tidur , dia mintak ! Tak kasi, dia teriak kaw kaw punya. Tapi sekarang , Alhamdulillah.. dah takda ! Kasi tu tetap kasi.. tapi bagitau mereka... gini jer.

" 5 minit jer ! Janji ? ". Wife didik gitu.  Dan mereka mengotakan. Main sekejap jer. Pastu bila kita mintak balik , diorang kasi. Bila diorang install game , aku remove ! Pastu password aku selalu ubah. Aku ajar Qhaliff secara tak langsung.. mengenal angka dari situ. Bila dia tanya password , aku kasi tau. Pasni kalau dia tanya , aku nak buat pengiraan di situ. 

Yang aku perasan la.. Qhaliff ni macam aku. Dia boring main game yang sama. Sekejap jer ! Pastu cari game lain. Bila aku ajak main kat luar , atau mandi kolam.. dia terus tinggalkan semua ni! Sama gak Zahra. Maknanya mereka bukan ketagihan tapi keboringan ! Nak bermain basikal kat depan rumah , aku tak kasi. Mereka belum reti nak memerhati kereta lagi. Tu merisaukan aku. Dalam laman rumah , ok je la.. Tu pun petang petang baru boleh..  Kalau gi umah mak aku.. ok la.. sana ramai kawan. Gajet tak ingat dah ! 

Baguslah larang dari kecik. Kalau mampu buat , terbaik ! Kalau tak mampu , kawallah mereka. Hadkan masa penggunaan pada satu satu masa. Jangan sampai berjam , dalam sekali bagi. Biar pendek pendek jer. Lama lama diorang akan boring. Dan belikan la permainan dan bermainlah bersama sama! 

Teringat satu video yang aku tonton di FB.. camana parents mereka hancurkan gajet milik anak anak mereka yang terlalu leka bermain game ! Huhuhu... Tu mesti dah tahap hilang kesabaran ! Tak berdunia dengan manusia lain. Huhuhuh... 

7 ulasan:

  1. Betul Aben. Sebab bosan.. Tu yg cari gajet. Kalau ada benda boleh main, benda lain.. Lagi best kot dari gajet.Budak kat suka bermain... Hehe.

    BalasPadam
  2. salah satu cara nak control diaorang dari main hp ni ialah belikan mainan banyak-banyak. Bila ada banyak mainan, diaorang tak ingat dah gajet tu. Dulu saya agak skeptikal nak belikan mainan , sebab budak-budak ni main kejap jer, pastu hilang ntah ke mana atau habis semua dihancurkan. Tapi skrang ni, saya beli jer ,janji mainan tu tak mahal. Biarlah dia main kejap jer, janji dia leka dan tak mintak gajet.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli mainan kedai rm2 je...hee3...

      Padam
  3. Memang agak susah nak larang, kalau pergi umah nenek ada sepupu yang memang sedari kecik diajar gajet. Anak kita dirumah memang 100% dilarang guna gajet. Nak tengok kartun kat tv jer, selain tu big NO

    BalasPadam
  4. yes..cra ni jugak LN ajar anak2 buah yg dtg ke rumah..

    BalasPadam
  5. Ye betul..diorang sebenarnya boring. Bila ada pilihan lain, memang laju tinggal gajet.

    BalasPadam
  6. Saya pun sama, memang tak ajar anak² taksub dengan gajet. Setakat main sekali sekala tu bolehah. Lebih galakkan mereka beriadah dgn kawan².

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.