Sapa yang patut diutamakan ?

3 orang anak.. 2 lelaki , seorang perempuan.. Yang kecik dah pandai dahhhh.. dah pandai dah menagih kasih kat bapak dia. Bangun bangun tidur , terus cari bapak dia. Yang sedang duduk dipangkuan aku.. biasanya Zahra akan ditolaknya begitu saja. Maka bergaduhlah si kecik dengan kakaknya itu.. 


Gambar atas : Muka ketat tapi hensem orangnya. Mudah tersenyum dan manis gituu! Lucu pun ya gak. Bukan Aariz tapi aku. Hahahahaha.. 

Zahra sering merajuk. "Daddy tak sayang Ara pon..". Sambil duduk di hujung rumah. Skrip tu akan berulang sampai aku datang amik dia. Kalau sejam , sejamlah dia.. Nak pantas pujuk dia . kasi je gula gula.. cepat pulih keadaan seperti sediakala. Tak kisah bab lain. Janji dapat gula gula.. 


Qhaliff.. kekadang datang cemburu dia.. jadi gitu gak ! Yang ni siap masuk bilik bagai. Nak pujuk ? Lama gak la baru dapat makan. Nak cepat ? Hurm.. jangan janji apa apa sebab dia akan tuntut ! Dia ingat apa kita janji.. maka jangan cari pasal ! 

Jika tiga tiga datang menagih kasih.. sapa yang akan jadi keutaman aku ? Hurmm... Zahra akan diutamakan. Dan sekarang aku baru tau , kenapa adik perempuan aku senantiasa diutamakan oleh arwah ayah sehinggakan besar.. Dah tua tua gini baru paham.. Anak perempuan ni , kena jaga betul betul. Diorang makan dalam kalau terasa hati. Lelaki ni lain.. rasuah je ngan mainan.. hilang la rasa iri tu.. kan kan ?


10 ulasan:

  1. Lelaki take easy..perempuan take crazy...nilah yang pakcik PC cakap bila layan anak lelaki dan anak perempuan..huhuhu..jgn sampai mak bapak angry...

    BalasPadam
  2. perempuan kan mmg macam gitu... wkwkwkw..

    BalasPadam
  3. Untung Zahra...tapi nasib baik senang nak pujuk..huhu

    BalasPadam
  4. Sian Zahra... Dok ulang² daddy tak sayang ara punnnn
    Touching nya

    BalasPadam
  5. Hahaa, alaa zahra kasi chance dekat adik pulak eh

    BalasPadam
  6. haa.. setuju.Betul kata aben.. anak pompuan ni.Lain macam,selalu dok tanya benda sama.Sayang ke tak dia. Hari2 kena cakap kat anak mama / abah sayang.Kalo tak.. hmm. Btw.. acik ina pon sayang zahra...(tetiba)

    BalasPadam
  7. Perempuan pun sama juga. Mcm ank buah yaya. Pantang janji memang akan ingat dan tuntut sampai dapat...haha 😅

    BalasPadam
  8. Betul tu, anak perempuan ni sensitif sikit terutama bila dah besar. Lagilah kena cakap baik², kalau tak merajuk.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.