Terima Kasih Ariff Atas Kredit Itu

by - Isnin, Mei 03, 2010

Kadang kadang kata kata penghargaan boleh membantu rakan rakan lain bersemangat dalam dunia blogging ni .. Dan juga kata kata kritikan yang tidak membina sedikit sebanyak boleh meruntuhkan semangat yang baru dibina ..

Sepatutnya setiap kritikan perlu ada cadangan yang membina.. Bukan pandai kritik jer .. Kalau takat kritik , sesapa pun boleh kan .. Lagi la kalau bab memuji.. tu lagi ramai .. Cam kes semalam ... kes PIPI MUNCET dengan aku tu ... ramai ingat aku bertegang urat dengannya tapi tidak sebenarnya .. Dia sekadar meluahkan pendapat dan aku juga membalasnya dengan pendapat aku .. Mungkin dia ada caranya tersendiri untuk memikat pembacanya dan begitu juga aku .. Jadi persaingan dan persahabatan terbina dari sini ..

Berbalik pada ARIFF , bukan senang nak tengok dia puji seseorg blogger tu .. apa pun aku , bukan nak dipuji yer ..cuma terharu dengan kajian secara tindak langsung terhadap blog aku ni .. maklumlah .. blog budak budak .. hehehe .. Nak baca ke ?? Jomm >> ARIFF

You May Also Like

2 comments