Pujian buat Datuk Lee Chong Wei
Beringat semasa di atas .. Itulah kata kata dari pemain badminton no 1 dunia ... Hari ini hari mereka. Mana tahu nanti dia pula , kan ?
Mmg aku kagum dan terharu bila atlit membantu atlit yang lain.. Yelah kan , sementara berkemampuan .. apa salahnya memberi pertolongan ..
JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mungkin sudah bergelar pemain nombor satu dunia tetapi status itu tidak membuatkannya lupa diri sebaliknya tampil membantu bekas atlit yang pernah mengharumkan nama negara.
Malah Chong Wei, yang digelar atlit contoh oleh Pengerusi Eksekutif Yayasan Kebajikan Atlit Kebangsaan (YAKEB), Datuk Paduka Dr Mumtaz Jaafar, setakat hari ini sudah pun menyumbang lebih RM300,000 kepada yayasan itu.
Kita tidak boleh melupakan bekas atlit dan apa yang boleh kita bantu, kita bantu. Mana tahu bila saya bersara nanti, ada orang akan tolong saya balik,” kata Chong Wei yang ditemui pada majlis sambutan perayaan atlit 1 Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.
Sumbangan Chong Wei terhasil hasil usaha bersama syarikat swasta, Iris Corporation Berhad, penaja, yang mampu menaikkan lagi semangat dirinya melakukan yang terbaik dalam setiap kejohanan.
“Iris akan memberikan saya tambahan 50 peratus daripada wang kemenangan yang saya perolehi dalam setiap kejohanan disertai,” kata pemain nombor satu dunia itu.
“Contohnya jika saya menang RM80,000 pada satu pertandingan Iris akan memberikan saya RM40,000 lagi sebagai insentif dan saya pula akan terus menyalurkan kesemua wang yang diperoleh kepada YAKEB,” kata Chong Wei pemenang pingat emas perseorangan lelaki di Sukan Komanwel, New Delhi, baru-baru ini.
BA : Ni baru dikatakan JUARA DUNIA !!
4 comments
sikap yg perlu dicontohi,, nanti cik ben kayo camni jgn lupa ingat2 mereka yg kurang..
BalasPadamALL IN ONE
bgs ya...noble heart
BalasPadambertuah bakal isteri
mantap ah DATUK! XD
BalasPadamBA; MMg bagus dan patut dipuji
BalasPadam