Filem Ombak Rindu ibarat blog copy paste yg tinggi trafik .
Filem Ombak Rindu yang dikatakan mencecah RM10 juta dan pastinya memanaskan ramai bontot pengarah filem .. Filem yang diangkat dari novel Ombak Rindu yang mana sudah punya ‘hot’nya sendiri dikatakan berbeza sedikit dari novel.. Apa pun , aku belum tertarik untuk menontonnya.
Tak susah bagi pengarah nak bikin filem begini apatah lagi dengan pelakon yang sudah pastinya ada ‘pengaruh’ mereka sendiri yang awal awal dah buat promosi di laman sosial masing masing .. Hanya tunggu masa nak serbu. Yang kaki novel , akan kecewa. Yang kaki drama , teresak-esak menangis .. Yang kaki download , senyum saja .
Kenapa aku kata filem Ombak Rindu ni ibarat blog copy paste ? Dulu blog aku , mmg banyak entri copy paste terutama dari artikal agama blog DR.MAZA yang mana aku cukup tertarik dengan setiap tulisannya. Respek gila ! Cukup teliti dan punya dalil untuk menguatkan lagi hujahnya. Jadi , dari aku buat silap dengan membuat rumusan , maka aku copy jer .
Begitu juga dengan artikal berita , mana yang best dan hot .. aku copy .. Trafik ? Memang kencang ! Rasa best .. Tapi lama lama aku sedar .. Ini bukan karya aku ! Apa guna 100 orang masuk dan baca tapi bukan karya aku yang mereka baca sebaliknya orang lain yang punya. Jadi apa guna aku jadi blogger ?
Begitu juga dengan filem Ombak Rindu. Novelnya saja dah cukup meletop. Kalau dibuat filem , memang lagi meletop tapi apakah kepuasannya ? Cuma $$ ?? Dari segi lain ?
Lebih baik buat filem filem yg membuka mata masyarakat ( memberi kesedaran dari mula hingga abis ) dan juga memberi keuntungan pada masa yang sama . Bagaimana ? Anda pembikin filem , anda fikirkan. Kata kreatif , maka buktikan. Takat adaptasi , baik tengok movie omputih ! Sama je dosanya.
Sekadar pendapat. Bukan merendahkan sesiapa tapi cabaran buat mereka yang gemar menyahut cabaran.
10 comments
Filem melayu . biase lah -,-
BalasPadamItu je dorg mampu buat .
balik2 RecycLe novel . Takpun cite hantu, mat rempit la pe mende tah . Bosan ouh .
kat malaysia ni tak ada lg filem yg berkisarkan tentang agama islam... aq nak tgok sapa yg dapat buat??? kalau setakat nurkasih ke 7 petala cinta ke.... blm cukup islam sb laki dan pempuan bersentuhan...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadambace la blog saye.. tak kopi paste. hanya milo paste.. ahaha <<lawak bodo tengah malam ahad.
BalasPadamassalamualaikum abg ben.. sy tulis pasal khulafa al-rasyidin.. kalau macam tak bagus, or tak kenan dek minda, abg ben tlg komen ea... hihi..
BalasPadamkak ina pun tak tengok lagi movie tu coz ada yang kata dot dot dot sikit.. segan lak nak tengok dengan anak2.. pegi tengok movie kartun aje la..he he..
BalasPadamaah..dulupun pernah berbalas mulut dgn kwn...pada tgk ombak rindu baik tgk twilight...sama je dosanya..hehe
BalasPadamsetuju sangat2..
tunggu donlod je citer ni hehehehe (ni lagi ganas, merompak hasil org he3)
BalasPadamsalam...manusia.. abg ben..kerna duit..gelap mata...yerp..setuju dgn hang...klo copy paste mmg x puas..sbb bkn dr hasil cetusan minda kita sndri...!!
BalasPadamcerita romantik cam gini boleh bantu saya untuk sentiasa segarkan feeling cinta itu..
BalasPadambiasalah kan sebagai manusia,
suami isteri tak sependapat..
yang sikit-sikit lama-lama
jadik bukit kan...
cerita-cerita jenis nih antara
yang menyegarkan hubungan..
kita suami isteri akan pegang tangan..
sandar kat bahu ke..
err..cam gitu lah lebih kurang.
ermm..sekian.