Jom #TakeDownMrDengue , sekarang jugak !!

by - Rabu, November 23, 2016

 

Kenal nyamuk Aedes ? Kenal kan ? Tapi apa peranan korang dalam membasmi nyamuk Aedes terutama dia kawasan tempat tinggal korang ? Haaa.. Kalau sekadar jaga kawasan rumah sendiri , payah gak kan ?

Banyak pihak terutama pihak berwajib dah mainkan peranan untuk menyedarkan akan bahayanya nyamuk aedes yang membawa penyakit denggi ni haaa ! Tapi sekadar sedar akan bahaya pon , tak guna gak kalau tak mainkan peranan membasminya.. kan kan ?

Menurut Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi Malaysia (MSIDC), penduduk di Malaysia masih tidak mengambil langkah yang mencukupi untuk mencegah penyakit denggi.

Memperkenalkan, Mr. Dengue, Tetamu Yang Tidak Diundang, sebuah jerayawara awam anjuran Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi Malaysia yang disokong oleh Sanofi Pasteur.

Kempen yang dianjurkan ini bertujuan untuk mengikis sikap sambil lewa terhadap penyakit denggi melalui penggunaan jenaka satira bagi menarik perhatian orang ramai melalui media sosial.

Setelah berjaya mendapatkan perhatian anda, Mr. Dengue berperanan untuk menyampaikan maklumat tentang demam denggi bagi memperkasakan masyarakat umum dengan cara-cara untuk melindungi diri mereka daripada gejala tersebut.

image

Jerayawara ‘Berjumpa Mr. Dengue, Tetamu Yang Tidak Diundang’ akan diadakan di Blue Concourse di pusat membeli-belah Sunway Pyramid dari pukul 12 tengah hari Jumaat 14 Oktober sehingga Ahad 16 Oktober.

Antara aktiviti yang paling menarik ialah permainan pagar sesat (maze) dalam gaya Pac-Man yang telah direka khas untuk menjadi gelanggang latihan bagi peserta untuk melengkapkan diri dengan peralatan yang diperlukan untuk melawan denggi. Peserta perlu mengumpul kesemua peralatan tersebut dan mengelak daripada ditangkap oleh ‘nyamuk-nyamuk Aedes’ peliharaan Mr. Dengue, yang akan memainkan watak yang sama seperti ‘hantu’ dalam permainan berunsur Pac-Man ini.  Pelajari dengan pantas, lengkapkan perjalanan dalam permainan tersebut tanpa ‘bertembung’ dengan pengikut-pengikut Mr. Dengue serta menangi hadiah premium Mr. Dengue yang istimewa!

Orang ramai boleh juga mempelajari bagaimana untuk membina perangkap nyamuk sendiri serta mengenalpasti kawasan pembiakan nyamuk di kawasan kediaman sebagai sebahagian daripada aktiviti terancang yang dapat menggalakkan anda dan keluarga anda untuk mengamalkan tabiat pencegahan denggi yang baik.

Ok.. ni part menarik ! Sila ke Mr. Dengue's Facebook Page dan seterusnya , sila amik Dengue Readiness Quiz ini . Pastikan korang menjawabnya dengan betul dan tepat yer..

image

Semoga berjaya hapuskan Mr.Dengue !

You May Also Like

2 comments

  1. Pernah kena denggi, huhh seksa! Bagus laa ada program camni, bagi kesedaran dan peringatan kat semua.

    BalasPadam
  2. permainan pac man tu mesti best..hehee

    BalasPadam