Payah sungguh Zahra nak tidur malam !

by - Khamis, Februari 01, 2018

Jam dah tunjuk 12 lebih..tengah malam ! Lagi beberapa minit nak cecah jam 1 pagi ! Zahra masih berusaha lawan mata dia. Aku tutup tv.. dia meraung. Camana eh nak buat ? Kang dia bising , abis semua bangun. Dah bertambah masalah aku.. 

Aku cuba satu lagi trick.. harap berjaya la ! Sebelum ni , berjaya gak la... Tapi tak bagus trick ni sebenarnya.. tapi aku nak cuba. Aku kasi dia tab.. Dia suka laaa... Dia layan My Little Pony. Siap menari nari ! Adehh... kesilapan sungguh. 

Aku amik balik , lagi kuat dia meraung. . Aku tutup lampu. Tiba-tiba aku teringat ! Ok, terus aku pasang Lagu Anak Islam.




Tau apa berlaku ? Dia automatik kasi aku tab tu.. dan tarik selimut. Dan , tak sampai 5 minit... lena dah ! Huhhhhh.... 

Sebelum ni memang aku 'dendangkan' Aariz dalam buaian. Memang lena berjam jam. Kalau ngan mak dia , memang tak jalan la.. heee.. Ngan aku jer. Tapi aku kena 'join' zikir sekali la.. Bukan pasang jer.. 

Macam tadi.. Aariz dah sangat mengantuk..Mak dia masih sibuk mengemas. Maka aku la tidurkan dia. Masuk bilik... ngadap buaian. Aariz tarik sendiri buaian tu.. Hahaha.. ketara mengantuk tuu. Terus aku masukkan dia dan pasang zikir... 

Lenaaa...


Alhamdulillah... saja anak anak ni nak bapak dia kumpul banyak pahala... Huhuh..

You May Also Like

6 comments

  1. Bagus juga ni. Dengar alunan zikir memang terus nak tidur

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah ... Zikir memang menenangkan dan mententeramkan jiwa bukan anak-anak jer, kita pun sama.

    BalasPadam
  3. Saya memang pasang zikir munajat kalau nak tidurkan anak² masa, cepat je lena. Kita pun nak lena sekali dengar alunan zikir yang mendayu² tu.

    BalasPadam
  4. Bagus juga ada apps macam tu dalam fon. Boleh berzikir kat mana-mana je.

    BalasPadam