Aku terpaksa boikot restoran di Putrajaya ini !

by - Khamis, Disember 26, 2019

Sedih. Baru plan nak review restoran ni. Nampak dari luar , tak menarik perhatian aku. Wife yang tertarik. Katanya macam best sebab nama dia cam gempak gitu. Ada hastag ! Awalnya aku nak makan di restoran nasi arab kegemaran aku. Di situ , mesra kanak kanak. Satu 'kemenangan' buat restoran tu ! Kau tackle kanak kanak , mak bapak akan selalu datang. Mudah kan ? 

Aku parking kereta di satu tempat. Tujuan aku , nak ke kedai gajet di situ. Nak beli kabel charger. Pastu dalam perjalanan kembali ke kereta , aku pandang restoran tu. Wife dah bersuara berminat. Kesian lak kalau aku tolak ajakan dia. 

Aku gi ke kereta dan ajak semua turun.  Wife tampak gembira. Dan berjalanlah ke restoran tu. Di luar aku perhatikan menu menu yang ada di dalam resotan tu. Western. Hurm... Boleh la.. Anak anak mesti nak layan makanan gitu di kala malam hari gini. Dan aku.. kelihatan burger begitu menyelerakan. 

Pintu ditarik. Cari tempat kosong. Agak ramai pelanggan. Ada satu meja panjang di bahagian dalam. Rasanya sesuai untuk aku sekeluarga. 5 orang  Kenapa nak meja panjang ? Sebab sah sorang sorang satu menu ! Masing masing kelaparan selepas menonton Jumanji di Alamanda. 

Duduk dan tak lama kemudian , diberi menu. Aku belek satu persatu. Semua kelihatan menarik. Dan aku jumpa apa aku nak. Harganya ? Fuh.... memang leh garu kepala gitu...Tapi tak kisah la. Aku niat nak support bisnes baru baru ni. Lagi pun dari gambar tu dah tau menu bukan sebarangan..





Aku keluarkan phone dan amik gambar satu satu. Mesti rakan rakan di Facebook dan Instagram berminat nak mencuba gak lepas tengok gambar dan menu menu yang ada ni. Tiba tiba datang seorang staff situ.. 

"Berapa orang ye?"

Wife aku jawab.

"5 orang."

Dia kata meja tu utk 8 orang.

Kami diminta tukar ke meja lain. Alasannya kenapa kami diminta tukar meja ialah  jika datang pelanggan utk 8 orang, mereka takda meja. Bukan ke kitorang dah datang dulu ? Dan lagi pun dah nak tutup pun ! Jam dah tunjuk 930 malam. Tutup jam 11 malam.

Aku nak tukar meja tapi wife tengok muka aku. Aku faham apa maksud dia. Anak anak dah tunjuk nak makan apa.. Zahra dah tertarik dah dengan satu menu tu ! Sian dia.

Nak kena paham.. Budak budak dah selesa duduk. Jika ubah tempat, sah sah si kecik akan nangis nak duduk tempat asal yang lebih luas dan selesa berbanding meja yang dicadangkan. Agak duduk berhimpit dan kecil sedikit.

Terus aku bangun.. Wife pun. Aku dukung Aariz dan keluar dari situ. Mati nafsu nak makan situ. Zahra dah menangis. Aku tau  dia bukan nak makan sangat tapi kepenatan.. Aku sendiri kepenatan dan kelaparan. Dah duduk,, set kepala otak nak order.. Kena ubah tempat semata mata nak kasi tempat tu pada pelanggan yang datang lebih ramai dari kami yang mana belum tentu datang pon  Bukan ada tulis RESERVE kat atas tu. Haih.. 

Kali pertama dan terakhir aku masuk situ! Sayang.. Menu dah nampak menarik..

Terus ke Ayer @ 8 . Cuba restoran baru di situ. Dan Alhamdulillah... berbaloi ! Dan jimat banyak sangat ! InshaAllah ni kedai yang aku cari jika ke area sini selain restoran Ore Kampung di sebelah siang hari.

Dan restoran tadi tu, aku rasa layak untuk mereka yang bukan biasyer biasyer jer !


You May Also Like

14 comments

  1. Kereknya pekerja kedai mula2 tadi. Kalau gitulah konsep mereka, letak sorang pekerja depan pintu masuk. Tugas pekerja tu tentukan pelanggan nak dok meja mana. Ni tak, bila orang dah duduk, boleh pula suruh ubah ke meja lain. Kalau kena kat Sis pun...Sis blah dari situ.

    BalasPadam
  2. saya pun pernah ada pengalaman macam tu. rasa bengang jer bila kena tukar meja, terus rasa tak de mood nak makan =((

    BalasPadam
  3. Dari elok2 restoren tu dapat customer, tak terpaksa berputih mata customer lari. hehe

    BalasPadam
  4. Macam tu pon ada eaa.. dah kita duduk dulu kan apakehal plak nak kena pindah ke tempat lain pulaknya . Macam2 hal ..

    BalasPadam
  5. Adeh.. kalau nak guna konsep camtu patutnya pelayan kena tggu dpn pintu assist customer sebelum customer duduk.

    BalasPadam
  6. Rasanya xlama jngkahayat umur restoran tu

    BalasPadam
  7. 50tahun dah hidup, pertama kali jumpa cara berniaga macam tu..

    BalasPadam
  8. ruginya depa tak tau ben ashaari yg pi restoran depa tu. huhu

    BalasPadam
  9. apa yng dikendong berciciran...ehmm tolak rezeki

    BalasPadam
  10. Kalau mcm tu gayanya letak je pengiring atau sign siap² kt dpn pintu kedai

    BalasPadam
  11. Klu gitu nk mkn situ kna pegi 8 org🤣

    BalasPadam
  12. Sampai hati suruh pelanggan tukar meja.. harga pun kemain lagi..

    BalasPadam
  13. Saya datang, restoran ni baru buka pukul 12pm. Restoran masih tiada pengunjung, saya masuk dan nak duduk di bahagian kanan, tutup. Sebelah sana untuk bigger crowd katanya.

    BalasPadam
  14. rasanya meja yang 8 org tu kalau duduk 5 org tu pun dah kira ngam-ngam gak.tkde luas sgt pun rasanya

    BalasPadam