Jangan pandang ringan bila ada titisan air dari bumbung !

by - Ahad, Mei 07, 2023

Dah bertahun aku perasan masalah ni. Awalnya tak la teruk mana. Aku nampak ada tompokan kuning di bahagian ceiling dan juga dinding. Aku ingatkan isu kecil jer. Tempias air hujan. Tapi rupa rupanya, mengundang masalah lebih besar jika aku tak kesan puncanya ! 

Dan aku tak ambil pusing sangat selepas jumpa isunya yang berpunca di bahagian atap tu. Dan diselesaikan tapi rupa rupanya masalah besar menanti di dalam tu ! Air bertakung tanpa aku sedari. Akhirnya merosakkan ceiling plaster bahagian dapur. 

Hubungi kawan aku. Dia datang periksa. Dia minta tempoh beberapa hari sebab nak tempah barang. Aku tak kisah tapi risau ceiling makin jatuh ! Anak anak dok ulang alik ke dapur. Huhuh.. Andai jatuh atas kepala.. adeh. 

Buat sementara.. aku cuma tampung dengan tangga dan sebagainya  tapi bahagian lain pulak makin dijangkiti. Air yang bertakung menyerap ke bawah... 


 Hari yang dinanti, tiba. Kawan aku bawa anak anak buah dia. Segera buat tapi tak boleh nak siap sehari sebab perlu menanti bahagian basah tu kering. Terpaksa amik masa 2-3 hari juga untuk siapkan. Segala projek tergendala. Kos makin meningkat. Pintu dapur pun kena baiki gak sebab dah rosak dek kerana reput. Gitulah... 

Dan rupa rupanya, bukan rumah aku je bermasalah sejak perubahan iklim ni. Ada beberapa rumah jiran tetangga pun kena gak. 

Sabar je la..

Korang yang ada rumah tu.. simpan simpan duit untuk persiapan baiki rumah selepas 10 tahun. 

You May Also Like

3 comments

  1. Rumah gua pon dah kena bhai... tapi bajet tengah ciput nih... huhuhu

    BalasPadam
  2. xguna siling kapur..tp zink klu bocor haruuu..mcm air terjun..haha

    BalasPadam
  3. Ya, memang bahaya ben. Siling saya dah pernah runtuh. Mujur kejadian ketika penghuni rumah nyenyak tidur. Jika tidak, nyawa melayang. Rumah kami siling di bahagian tangki tandas. Kesalahan pemaju.. tompokan air tu petanda dia bocor.

    BalasPadam