Madu Kelulut Asli Dusun TokMa di Sepang

by - Jumaat, Mei 05, 2023


Aariz tiba tiba lak batuk. Tak kerap sangat tapi tu petanda awal jika aku tak ubati segera . Aku kena pantas tingkatkan imuniti badan dia.Segera aku berikan dia air minuman dari jus buah buahan yang aku kisar sendiri. Sekali dengan seratnya. Bukan airnya saja. 

Lemon dikisar bersama oren , anggur dan dicampur dengan serbuk Halia#1 dan juga madu. Nah, madu... Ni masalah utama. Biasanya aku bagi madu hutan atau tualang tapi stok dah abis dan aku perlukan segera. Alternatif yang ada.. madu kelulut. Aku pernah diberitahu yang di Salak Tinggi ni ada ladang kelulut. 


Aku cari di Facebook dan jumpa yang betul betul dekat ngan aku. Pada awalnya macam tak percaya la. Camana dia buat ladang kelulut di kawasan tempat tinggal orang ? Pertanyaan ni membuatkan aku sendiri nak pergi tengok ladangnya. 

Dan... 

Aku dapat jawapannya. Penternaknya sangat peramah. Tak lokek kongsi ilmu dan pengalaman. Malah dia tunjuk pada Aariz sarang kelulut dan cerita camana kelulut dapatkan makanan. Di sekitar rumahnya ada pokok pokok bunga yang cantik. 

Dari rumah aku ke Dusun Madu Kelulut TokMa ambil masa 10 minit jer. Dalam 7km je gitu.  Kali pertama dalam masa 10 tahun aku masuk ke tempat ni walhal dekat sangat je ngan rumah aku. Persekitaran rumah cukup terjaga dan bersih. Alhamdulillah... Kelulutnya pulak macam mesra pengunjung. Takda pulak nak serang orang gitu bila kita gi tengok sarangnya. 

Aku beli dulu sebotol. Harga RM50 jer. Rasanya , manis sedikit dan tidak beberapa masam seperti sebelum sebelum ni. Sesuai untuk anak anak kali ni. Aku takda masalah dengan rasa. Anak anak dan wife je tak beberapa gemar madu yang masam. Hahaha.. Tapi kali ni, diorang suka ! 

Alhamdulillah... batuk Aariz terkawal selama beberapa hari. Demam takda. Selsema pun takda. 


Whatsapp untuk pembelian/pertanyaan : Madu Kelulut TokMa
Lokasi : 90A, Jalan  Haji Kaspan , Kg Ginching , Salak Tinggi , Sepang


You May Also Like

1 comments

  1. madu kelulut ada banyak khasiatnya juga kan... jom amalkan pemakanan yang sihat.

    BalasPadam