Ubat batuk natural !

by - Sabtu, Mei 13, 2023


Tiba tiba rasa tekak cam kering dan gatal. Kali terakhir aku rasa gitu, esoknya aku kena Covid ! Apa yang aku buat... aku terus bancuh air halia , guna serbuk Halia#1 dan perahkan lemon dalam air tadi tu. Kemudian aku campurkan sedikit madu. 

Oh ya, kalau dapat madu kelulut, lagi best! Bukan apa... sekarang ni payah betul nak dapat madu asli terutama di pasaran. Kalau ada kawan kawan yang masuk hutan, senang cerita.  Lagi pun madu kelulut ni bagus untuk hilangkan masalah batuk manakala halia ni bagus untuk anti keradangan dan banyak lagi manfaatnya. Lemon pula , tinggi Vitamin C. Malam hari , aku tambah kunyit dan habbatus sauda.

Aku buat dalam jumlah yang kecil je tapi pekat. Aku minum .sehari 3 kali. Atau tiap kali rasa gatal tekak dan batuk batuk manja tu, aku buat terus. Dan setiap kali batuk, akan keluar seketul seketul kahak. 

Dalam 3 hari je aku cuma batuk sesekali. Yang penting , badan tak lesu atau mengantuk dek kerana makan ubat batuk seperti dulu dulu. Guna cara alami ni lebih selamat , bagi aku. Bila dah ada pilihan , kenapa aku perlu guna ubat ubatan sintetik. Jika keadaan tak pulih selepas seminggu , barulah ke doktor. 

Alhamdulillah.. batuk cuma sekali sekala je sehari. Kira batuk manja la. Keluar juga kahak tu. Lega sungguh bila kahak tu keluar.  Ada la hijau hijau sedikit. Dan melegakan , tiada selsema. Begitu juga Aariz yang mula mula batuk sebelum aku. Dia pun cuma batuk je. Aku buatkan juga air halia campur madu ni untuk dia. Alhamdulillah , serasi dengan dia. 



Oh ya..satu lagi. STOP GULA!!! 

You May Also Like

1 comments