BEN ASHAARI



Aku tahu.. Anak anak kita bukannya tak reti cuma mereka tak banyak buat latihan. Mula mula nak kasi diorang faham. Bila dah faham , nak kena kerap buat latihan. Matematik ni kena banyak buat latihan. Kalau tak , mesti akan lupa punya terutama jalan kerja dan formula. Haa.. Cam aku dulu dulu la. Bukan tak reti tapi tak paham dan kurang latihan. 

Budak zaman skang ni untung. Ada banyak pilihan. Boleh belajar sendiri kat Youtube. Ada juga cikgu cikgu prihatin buat kelas percuma untuk mata pelajaran yang penting seperti Bahasa Melayu , Matematik dan sebagainya. Tapi faham faham je la.. bila dah kelas percuma, ramai je la pelajar dan payah nak ada komunikasi dua hala dengan cikgu.. kan kan? 

Cam kes Qhaliff ni.. Aku tau kemampuan dia. Kalau belajar sendiri memang payah. Kalau aku ajar , dia kata aku suka jadi Hulk. Rasanya memang ramai je parents yang ajar anak sendiri ada kes cam aku ni kan ? Hahahaa.. 

Solusi ? Nah... aku masukkan dalam kelas tambahan berbayar. Tak la mahal pun tapi ok la untuk dia fahami konsep dan kaedah. Paling penting, dia tau nak buat dan faham. Awal awal memang payah tapi bila dah hari hari buat latihan dan diberi penerangan.. inshaAllah dapat membantu dia. Pastu boleh ajar adik adik dia lak. 

Kalau berkemampuan dari segi kewangan ... masukkanlah anak kita tu. Mereka akan berterima kasih pada kita satu hari nanti. Paling tidak pun, kita dah tunaikan tanggungjawab kita dengan memberi pendidikan untuk mereka. 

Kalau tak mampu nak bayar , ada juga kelas percuma yang disediakan oleh FlyHigh Training Center ni. Cubalah whatapp tanya..InshaAllah , ada tu.. Cubalah ! Sejujurnya, banyak perubahan pada Qhaliff. Dia pun suka dapat kawan kawan baru walaupun secara online. 

Projek ni hanya ketika PdPDr jer.. selepas ni , harganya lain. Rugi tak dimanfaatkan. Sekadar untuk membantu pelajar pelajar yang memerlukan. Mainkan peranan kita sebagai ibu bapa. Inshallah ! 


Bukan calang calang punya cikgu tau ! Antara yang terbaik di kalangan yang terbaik ! 


📹 CAKNA MATEMATIK :1 jam sehari bersama GB SHAHRIL

RM9 PER KELAS❗*

🚁Siapa Cepat, Dia Dapat !

🍂 HANYA RM9 BAGI SATU SESI KELAS
🍂 RM 100 bagi 12 sesi kelas

Fokus Pengisian Kelas

🎖️Soalan Penyelesaian Masalah dengan teknik Cikgu Shahril
🥇Pelbagai Strategi Menjawab
🏅Pembelajaran Topikal
🥈Meningkatkan Tahap Penguasaan ke TP6
🥈Mengaplikasi Konsep Matematik 

JADUAL KELAS

🗓️ 5 Julai - 28 Julai 2021
🎓 Isnin | Selasa | Rabu
🕰️ 1.00 tengah Hari - 2.00 petang

🏫  12 sessi kelas (RM100)
💵 RM9 per kelas
📹 ZOOM Meeting

👒 Guru Cemerlang Matematik
👒 Guru Ikon Pendidikan Kebangsaan
👒 Jurulatih Utama Kebangsaan
👒 Guru Inovatif Kebangsaan
👒 Penulis Buku Matematik KSSR
👒 Guru Penyampai Didik TV KPM

🕵🏻‍♀️ KHAS UNTUK PELAJAR TAHUN 5 & 6 2021


📚 JADUAL KELAS


📢 Minggu ke 2
🎀05 Julai 2021
📔Isnin 01.00pm
🐞 Penyelesaian Masalah Operasi Tambah & Tolak

🎀06 Julai 2021
📔Selasa 01.00pm
🐞Penyelesaian Masalah Operasi Darab

🎀07 Julai 2021
📔 Rabu 01.00pm
🐞Penyelesaian Masalah Operasi Bahagi

📢 Minggu ke 3
🎀12 Julai 2021
📔 Isnin 01.00pm
 🐞Penyelesaian Masalah Operasi Bergabung

🎀13 Julai 2021
📔 Selasa 01.00pm
 🐞Penyelesaian Masalah Pecahan

🎀14 Julai 2021
📔 Rabu 01.00pm
 🐞Penyelesaian Masalah Perpuluhan


📢 Minggu ke 4
🎀19 Julai 2021
📔 Isnin 01.00pm
 🐞Penyelesaian Masalah Peratus

🎀20 Julai 2021
📔 Selasa 01.00pm
 🐞Penyelesaian Masalah Wang

🎀21 Julai 2021
📔 Rabu 01.00pm
 🐞Penyelesaian Masalah Masa & Waktu


📢 Minggu ke 5
🎀26 Julai 2021
📔 Isnin 01.00pm
🐞Penyelesaian Masalah Ukuran Panjang

🎀27 Julai 2021
📔 Selasa 01.00pm
🐞Penyelesaian Masalah Jisim

🎀28 Julai 2021
📔 Rabu 01.00pm
🐞Penyelesaian Masalah Isipadu Cecair

📞 Pertanyaan & Penyertaan

Wasap.my/601127166046

Wasap.my/601156998919

Wasap.my/60192959863


Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Seperti yang dinyatakan dalam kad temujanji, aku hadir ke klinik kesihatan tepat pada masanya. Lepas Subuh , aku terus keluar dari rumah. Tapi aku lewat skit bangun. Nasib baik mak aku kejutkan aku bangun dari tidur ! Hahahaha.. Dia kejut aku dalam mimpi ! Aku ingat lagi mimpi aku tu..

Muka mak aku.. dia kata kat aku.. " Hang kata hang nak pi amik vaksin hari ni ? ". Terus terjaga aku. Adeh.. tengok jam dah pukul 6 pagi.  Hehehe... Apa pun tak siap lagi. Wife aku dah bangun awal. Sediakan sarapan pagi. 

Siap bawa bekal dalam kereta. Sambil memandu, aku makan. Di Sekatan Jalan Raya, ditahan.. tanya ke mana.. tunjuk MySejahtera. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku dan lindungi aku dalam perjalanan pergi dan pulang. 

Sejujurnya.. hehee.. mesti ada 'sejujurnya' dalam entri blog aku ni.. haha.. sejujurnya aku takut nak pergi sebab risau pening kepala selepas terima vaksin. Pastu tak boleh nak memandu pulang. Huhuh.. Aku ketika memandu pulang , aku takut aku pening. Tapi aku tawakal je la.. Pergi sorang sorang. Awalnya dulu rancang nak dapatkan surat pelepasan dari PDRM tapi cam.. tak pe la.. inshaAllah aku boleh uruskan.

Di klinik, ada beberapa orang dah menunggu. Belum ramai lagi. Ketika nak amik dos pertama dulu pun laju je pengerakkan. Cuma yang kedua ni tak perlu nak register bagai. Tunjuk je kad temujanji dan tunggu nama dipanggil. 

Kerusi disediakan. Aku tak nak duduk. Berikan pada golongan warga emas. Aku berdiri. Nama aku dipanggil. Gementar tiada lagi.Tidak seperti masa dos pertama. Aku masuk ke tempat suntik. Tak nak amik gambar atau video. Biarlah mereka buat kerja dengan tenang tanpa gangguan. Tapi nurse yang uruskan aku tu lak malu malu. Hahaha.. Adoilah. Nak cerita lebih tak leh.. bini baca blog aku ni. Biarlah jadi memori untuk aku. Eh.. hahahahah ! Alhamdulillah.. mereka profesional dan pantas buat kerja. Aku dalam klinik tu pun tak sampai setengah jam. Lengkap dengan face shield dan guna face mask KN95. Moga dilindungi dan melindungi insan lain. 




Selepas disuntik.. aku diminta duduk situ dulu. Kena tunggu 15 minit. Kemudian dipanggil untuk soaljawab kesihatan. Takda masalah sampingan sementara. Ada tu ada.. tapi biarlah jelah aku yang tahu. Hahaha... Pastu aku terus pulang ke rumah. Sejam perjalanan memandu. Di rumah.. beberapa jam kemudian baru aku terasa lenguh di bahu. Leher aku terasa lenguh sangat. Lutut aku terasa cam kebas kebas. Di bahagian sendi aku yang ada masalah sebelum ni, terasa lenguh sangat. 

Petang lepas Asar.. aku mengantuk sangat. Tapi sebelum tu, nafsu makan membuak buak. Asyik nak makan jer. Aku makan je la. Tak yah nak kawal sangat hari ni kecuali aku elakkan makan durian. Buah buahan lain , ok je aku makan. 

Yang merisaukan aku ialah malam hari. Ketika tidur ! Masa dos pertama , jantung aku berdegup kencang masa tidur. Memang terasa la kelainan.  Kali ni aku monitor segalanya. Tekanan darah paling utama. 

Alhamdulillah.. malam pertama ok. 



Aku tidur pun nyenyak walaupun tidur lewat.  Bangun pagi.. takda pening. Mood baik. Aku buat pemeriksaan kendiri.  Dan Alhamdulillah... semuanya normal. 




Dah dapat sijil vaksin. Tapi tu bukan tujuan utama aku. Tujuan utama aku ialah nak bantu putuskan rantaian Covid 19 di Malaysia dan seterusnya menghidupkan kembali ekonomi negara kita. Kesian pada rakan rakan kita yang terjejas teruk dek kerana gelombang terbaru ni. 

Satu je aku nak pesan buat rakan rakan yang nak amik vaksin ni..jaga makan dan jaga kesihatan. Yang dah daftar dan tunggu masa tu, teruskan jaga kesihatan dan aku doakan moga korang cepat lengkap dua dos seterusnya dalam membantu lindungi keluarga dan masyarakat sekeliling kita. 

Dan teruskan patuhi SOP yer.. Jangan ingat dah MERDEKA ! NOPE ! Selagi dunia tak bebas dari Covid 19 , kita senantiasa terancam ! 

 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Sebulan yang cukup sia sia ! Anak anak di dalam rumah dah cukup stress ! Sebulan lebih tak keluar rumah. Sesekali je main air di depan rumah. Nasib baik rumah aku ada halaman. Bayangkan mereka yang tinggal di rumah pangsa atau kondomium tu ! Allahu Akhbar. Sian anak anak.

Ingatkan PKP 3.0 mampu turunkan kes tapi macam tak beri impak. Puncanya ? Hurm.. Penat otak. Semalam aku burnt out ! Terasa muka tegang lain macam. Lepas telan panadol sebijik baru terasa lega. Tidur awal.. bangun tidur , terasa lega sangat ! 

14 hari kena duduk rumah ! Tak boleh keluar bersenam. Ko rasa ??? Dah la amik angin pagi pagi ni sangat beri kesan positif pada minda.. sekarang dah tak boleh ? Kena amik dari depan rumah jer. Panjat pagar ? Aduh.. 




Nasib baik boleh keluar untuk beli barang keperluan. Tapi sejujurnya.. nak keluar gi kedai pun menakutkan aku dah. Entah la...  Hanya mampu tadah tangan berdoa pada Allah. Berikan yang terbaik buat Malaysia yang tercinta dan buat mereka yang ada kuasa tu.. semoga Allah ..hurm.. tak sampai hati nak doakan yang buruk untuk mereka.. Biarlah Allah membalasnya. 

Esok nak gi cucuk dos kedua. Doakan aku selamat pergi dan balik. Dan takda kesan sampingan buat aku. Huhuh..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Kelmarin.. saluran paip atas rumah aku buat hal. Terpaksa panggil tukang paip untuk baiki. Dia datang rumah , petang hari. Aku pakai face mask KN95 dan face shield untuk bercakap dengan dia. Jarakkan juga ketika nak bercakap. Huhu.. Walaupun aku dah disuntik dengan vaksin ( baru satu dos ) , aku tetap berhati hati. Dan tukang paip tu pulak katanya dah dapat dua dos pun. Fuh, padu ! Hahaha.. 

Walaupun masing masing dah ada 'perlindungan diri' aku tetap nasihatkan dia memandangkan dia mencari rezeki dengan cara begitu. Jaga SOP ! Bukan apa.. dua tiga kali juga la face mask dia di dagu. Bukan apa.. walaupun kita dah ada vaksin , tapi di rumah kita tu.. masih belum dapat. Anak anak kita tu.. kena jaga juga. Memanglah kita balik rumah, mandi terus. Tapi jaga tetap jaga sehinggalah kita semua benar benar selamat.

Alhamdulillah.. hari berikutnya, dia datang kembali untuk selesaikan kerjanya dan ikut SOP yang disarankan. 



Aku nak keluar gi kedai depan umah pun dah pakai macam ni. Segan tu memang la segan bila tengok orang lain sekadar pakai face mask je. Hahaha.. Lantak la. Aku jaga diri aku dan keluarga aku je la. Diorang pun begitu juga. Cuma mungkin aku sedikit rasa 'takut'. Yelah, setiap hari di Facebook.. ada jer kes kes positif dan kehilangan nyawa. Nak nak lagi.. tak tau dari mana punca ! Hurm.. 

Tapi aku pelik la.. Aku dan rakyat yang lain , sedaya upaya patuhi SOP. Tapi kenapa segelintir orang orang 'ada nama'  ni , macam rileks jer. Macam virus ni cuma serang orang bawahan jer. Yang atasan , kaya raya ni.. terlindung ! Huhhh... Aduh.

Dah ada dua suntikan sekali pun.. patuhi la SOP yer. Kalau kita selamat , belum tentu orang lain tu selamat. Kena berhati hati juga. 
 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

6 hari aku tak keluar rumah gara gara kes Covid 19 di kawasan terdekat. Dua tiga hari ni, stress menyerang aku. Kiri kanan masalah masuk. Masalah kecik je tapi aku ni spesis yang suka pikir jauh jauh walhal tak perlu pun. Kesannya... sendiri yang susah ! Dan aku tau.. puncanya sebab terkurung di rumah. 

Maka hari ni... aku keluar berjalan seperti biasa tapi aku pendekkan perjalanan. Tak perlu ke area 'panas'. Memadai dekat dekat jer. Cukup 45 minit berjalan naik turun bukit sambil menikmati kicauan burung dan udara yang nyaman.. kembalikan kesegaran pada kepala otak aku ni. Kalau tak, benda kecik pun boleh jadi isu. Yang kesiannya... anak anak la ! Haish.

Alhamdulillah..ok dah emosi aku pagi ni. Yang risau , tekanan darah. Kang kalau naik.. lusa nak gi cocok dos ke dua , payah lak ! Dah la kena gi sorang sorang. Haa.. bukan dekat lak tu ! Maka segalanya kena jaga termasuklah kesihatan ! Huhuh.. 



 Dua hari ni. aku kena pastikan cukup rehat. Orang kata dos kedua ni biasanya power rangers ! Huhuh.. Semoga Allah permudahkan urusan dan lindungi aku serta rakan rakan yang gi ambil vaksin. Risau ? Hurm.. tak yah pikir sangat la.. Yang penting orang kata, kita kena jaga diri. Alert dengan kesihatan dan jaga makan minum. InshaAllah selamat.  Paling penting, jangan lupa DIA ! Haa.. rajin rajin berdoa mintak pada DIA.. ok ?

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
 

Dari page Saya Sayang Tun Dr. Mahathir Mohammed , aku nampak kempen ni. Tak tau sapa yang mulakan tapi ianya sangat membantu insan insan ketika ini yang memerlukannya. Mereka mungkin malu atau dah hilang arah.. jangan putus asa. Masih ada yang sayangkan anda ! Lakukan saja yang diminta.. 

  • Kepada semua yang susah dan tiada makanan, naikkan bendera putih 🏳️ di kediaman anda.
  • Biar orang sekeliling pakat bantu sedikit sebanyak yang termampu.
  • Tolong jangan ambil tindakan yang meremukkan hati orang yang tersayang.
  • Tak perlu merayu, tak perlu malu. Kibar saja bendera.
  • Kita tak lagi mampu lihat dan terlalu dukacita dengan gambar dan video rakan kita membunuh diri.
Jika melibatkan kewangan , luahkan pada yang datang membantu. InshaAllah mereka akan cari jalan untuk selesaikan. InshaAllah.. segalanya ada jalan keluar. 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
 

Sewajarnya disambung sehingga lepas Raya Haji. Aku sokong ! Kenapa ? Korang sendiri pun tahu kenapa kan ? Masih ramai tak reti nak ikut SOP ! Bukan saja saja suruh ikut tapi kalau kita nak putuskan rantaian Covid 19 ni , kita kena betul betul ikut arahan. Ni macam budak sekolah je. Bila cikgu keluar kelas bising. Cikgu ada.. menikus. Yang buat perangai ni lak , bukan budak budak.. orang orang besar ! Camana kerajaan nak tamatkan atau longgarkan PKP ? 

Kluster kerja atau kluster kilang jadi punca ? Betul. Memang betul. Ada yang suruh tutup je kilang. Betul. Tutup 2 minggu tu memang betul Paling tidak pun seminggu. Tapi akan beri kesan pada semua pihak. Kita tak nampak sebab kita pengguna. Namun begitu, kerajaan kena tegas pada pemilik kilang ni. Cari solusi bagaimana nak bendung penularan Covid 19 di dalam kilang seterusnya menjangkiti komuniti. Bagaimana nak pastikan pekerja pekerja ikut SOP di kilang atau pejabat ? Ada yang pandang remeh hal gini. Apa susah.. Gi duduk pusat kuarantin je pun ! Haih... Yang naya ialah mereka yang tak bersalah bakal dijangkiti. Kena pulak dah berumur dan ada penyakit kronik.

Pihak majikan kena lebih tegas. Ada yang serahkan bulat bulat pada pekerja. Korang pandai pandai la jaga diri memasing ! Ni masalahnya dan sebab inilah kerajaan buat keputusan tegas. Rakyat ada yang setuju dan ada yang tidak. Cubalah kita bersatu ? Bantu kerajaan. Ikut SOP... Yang bekerja, jika pekerja tak ikut SOP.. halau balik. Potong gaji ! Bukan apa.. jika pejabat ada kluster, satu pejabat bermasalah. Lagi banyak kerugian. Ada kes yang tak sihat pun gi kerja ! Haih...

Dan ada yang jenis  amik kesempatan paling mudah.. bila swab test menunjukkan positif, gi duduk kat pusat kuaranti. Dapat cuti.. gaji jalan ! Haish... Bila tanya mana dapat.. entah. Automatik jadi sporadik walhal tak ikut SOP. Berbual rapat satu hal. Bermesyuarat bertemu muka. Bersentuhan. Berkongsi makanan. Sediakan sanitezer ? Hurm... Jagalah diri sendiri !

Masjid surau buka untuk solat raya. Apasal boleh jadi kluster ? Mesti ada sebab kan ?


Kita nampak apa jadi pada Ramadan lepas. Kes kluster Ramadan dan Raya telah mengorbankan ramai warga tua. Kalau korang gi tanya sendiri , korang akan dapat jawapan. Aku tak nak tulis dalam ni sebab nanti aku lak yang bermasalah.

Raya Haji tak lama lagi. Dah ada yang berkira kira nak balik kampung. Mak ayah di kampung , pastinya rela anak cucu balik. Rindu yang tidak berketepian. Ada yang tak kisah risiko. Tapi sanggupkah kita yang menjadi punca buat mereka ? Maka sebab tulah aku tak hairan jika PKP 3.0 ni sehingga abis raya. Bukan tak boleh kasi balik raya tapi masih ramai tak berdisiplin ! Tak dengar cakap. Dan pesan.. buat jugak. Bila dah jadi kluster.. sapa susah ? Semua orang susah !! Semuaaa orang !


Sebelum kita nak salahkan kerajaan.. nak kata kerajaan bangsat la.. kerajaan pembunuh la.. kita tengok kembali punca punca kepada penyebaran Covid 19 kali ni. Jawapan mudah ialah.. KKM dah bagitau berkali kali.. IKUT SOP ! 

Susah sangat ke nak ikut SOP ? Ke tak tau apa tu SOP ? Nah... mulai hari ni , kita sendiri kena tegas. Bukan kita jaga kita dah.. kita kena tegas. Jangan tunggu kena virus baru nak tepuk dahi ! 




Orang awam cam kita .. cam aku ni lak. Aku nampak je masih ramai yang engkar. Bukannya jenis tak sekolah tinggi. Tapi jenis bijak bistari. Yang berharta. Yang berpangkat.. Tak reti reti nak ikut SOP ! Yer.. aku tahu masing masing sihat . Tapi kita kena tunjuk contoh pada anak anak.. jiran tetangga. Pada orang sekeliling kita ! 

Perlu kita tahu.. barisan hadapan perubatan kita dah kepenatan. Jangan ingat diorang dibayar gaji dan elaun , dah mencukupi. Mereka pun ada emosi. Rindu keluarga di rumah. Dan paling penting, mereka menpertaruhkan nyawa setiap hari untuk berdepan insan insan yang dijangkiti virus merbahaya ini ! 

Nak longgar SOP boleh.. tapi kita kena buktikan dulu yang kita takkan menyusahkan orang lain selepas ni ! Dan aku berharap , andai PKP 3.0 ini diteruskan dengan tiada sedikit kelonggaran.. kerajaan perlu dapatkan moratorium tanpa perlu buat permohonan seperti PKP 1.0 yang lepas. Dan bantuan bekalan makanan perlu diberikan segera pada keluarga keluarga yang memerlukan dengan pantas.. tanpa sticker parti politik atau muka muka menteri ! 

Kita sedang berperang bersama sama. Jangan kita berada satu  tahap yang mana kita perlukan utamakan diri sendiri ! 

Semoga Allah lindungi kita semua.



Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Wifi Sebelah Rumah , lakonan Zul Ariffin dan Ruhainnies di Disney Hotstar menarik minat aku untuk menontonnya. Tu pun sebab wife aku yang nak. Lama tak tengok drama Melayu katanya. Dan aku lak bersetuju kerana Zul Ariffin. Bukanlah aku minat dia tapi dia je aku, pelakon aku kenal selain Ridzuan Hashim. 

Cerita simple jer. Ringan. Tapi rasanya umphh tu kurang sampai. Lakonan Zul Ariffin tu ok dah. Heroin kurang berkesan. Harap mekap tebal. Gedik terlebih. Dan Ridzun Hashim turut sama menyelamatkan drama ni. 

Aku taknak bandingkan dengan Kdrama walaupun korang pun tahu realitinya caman kan ? Sayanglah.. drama ringan begini jika buat cam.. asal siap , dan disuruh kita tonton... aduh ! Aku dah berkali taip dan delete ni ! Nak kritik tapi... ku batalkan hasrat je..Hahaha.. 





Kesimpulan.. Kalau nak senyum senyum , boleh la layan drama ringan ni. Ala ala Super Ring gitulah.  Belum mampu capai level nak tengok episod seterusnya dengan tidak sabar sabar ! Gitulah... Sekadar menghabiskan hari hari PKP kita jer.. 

2.5 bintang dari 5.
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Setiap hari , aku akan periksa dua apliksi ini untuk melihat keadaan kawasan sekitar taman perumahan aku ni. Petama , MySejahtera. Nak tengok berapa jumlah jangkitan Covid 19 dalam lingkungan 1km. Kedua, aplikasi Selangkah. Kawasan hotspot ! 

Hurm... ada 11 kes aktif terkini. Aku rasa mesti kes dari kluster kerja. Sebab baru baru ni ada kes kluster kilang. Tapi nasib baik taman perumahan aku ni, takda yang kerja kilang tu. Ramai penjawat awam dan juga pelajar IPTA. Maka dalam aplikasi Selangkah , kawasan perumahan aku tak termasuk dalam zone panas. 

Namun begitu, kawasan aku selalu gi brisk walk dan bersenam berada dalam zon oren. yang mana maksudnya berisiko sederhana. Kes tak tinggi tapi kena hati hati la bila ke sana sini tu. Huhuh.. Dah la kedai kedai runcit dalam kawasan tu. Adeh la.. 




Antara sebab lain ialah sekarang ni dah ada varian baru yang dikatakan mampu menjangkiti seseorang dalam tempoh kurang dari 15 minit. Dari sumber yang aku baca mengatakan kes terbaru di luar negara, pembawa tidak bergelaja telah pergi ke shopping mall.. dan menjangkiti ramai orang kat sana ! Nah... dia tak da contact pun cuma lalu bersebelahan saja! Aku rasa mereka tak pakai pelitup muka atau face mask. Jika memakai , mungkin lain jalan ceritanya. 

Dan kita lak... bila bersenam, tak wajib pakai face mask ! Tapi syaratnya, mestilah secara berindividu. Sayangnya aku nampak ramai je dok lari berpasangan.. berjalan berpasangan. Hurm... Payah juga ye orang kita nak dengar cakap. Maka sebab tulah.. sukarnya kes komuniti ni nak berkurangan. Kes kluster kerja ni, jangan cakap la. Aku pun tak tau nak kata apa dah. 

Varian baru ni.. atau varian Delta dah ada di Malaysia. Pakailah pelitup muka di mana saja anda berada. Walaupun 80% rakyat negara ni dah divaksinkan.. aku cadangkan teruskanlah pakai untuk beberapa tahun sehinggalah Covid 19 benar benar dapat dibendung di seluruh dunia. Selagi ada negara terancam, negara kita turut terancam ! Maklumlah.. negara kita mudah 'ditembusi' dengan pendatang haram. Pelik.. tapi benar ! 

Makaaa...buat masa sekarang , aku bersenam di dalam rumah je la... Tu je yang terbaik untuk aku. Dan kepala ni dah kena pikir camana nak cari duit tambahan jika kita terus disuruh duduk di rumah ! Huhu.. Tulaa.. degil sangat ! Nak gi beraya la.. nak balik kampung laaa ! Elok elok Selangor je zon merah, dah jadi satu Malaysia. Nayaaa.. nayaaa ! Degil punya pasal ! 
 

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Kes Covid 19 naik turun.  Tak tau bila kesudahan jika berterusan. Hanya jalan keluar buat masa ini ialah vaksindkan seluruh penduduk dunia. Jika tidak.. kita akan punya masalah besar.  Seperti yang dijangka dari awal lagi.. jika PKP Penuh dilakukan, ramai rakyat Malaysia dalam kesusahan. Apa yang berlaku sekarang , masih belum seperti PKP awal awal dulu. Masih ada yang bekerja. Jika semua tak bekerja ?? Hutang...kena bayar. Sewa rumah kena bayar. Nak kena makan lagi. Anak anak nak kena belajar. Allahu..


Dalam minggu ni.. macam macam kisah sedih kita boleh baca. Macam macam. Hati aku terlalu sebak nak cerita satu satu. Apa yang aku mampu buat ialah share ke media sosial. Berharap jika ada rakan rakan yang sudi membantu sedikit sebanyak. 

Dimana wakil rakyat ? Itulah yang ditanya oleh netizen. Ada yang nampak memainkan peranan. Ada yang senyap sunyi. Yang nak mintak parlimen dibuka , ramai. Bila buka.. bergaduh je kerjanya. Penyelesaian, lambat. Haih...



Jika keadaan begini berterusan... kita akan dalam kesusahan. Apa yang boleh kita buat ialah... kena bantu kerajaan iaitu selesaikan dulu masalah vaksin yang mana ada pihak masih dok meracun untuk menolak untuk divaksin. Yang dah daftar tapi belum.. inshaAllah dalam masa terdekat. Tunggu stok sampai. Doakan supaya kita dapat keluar dari ujian ini dengan jayanya. 

Dan jika kita berjaya kembali turunkan kes , kita akan berdepan lagi dengan masalah. Yang ni , hanya kerajaan mampu lakukan perubahan. Dan kita sendiri. Jika tidak membantu menangani masalah ini bersama.. kita akan ulang ulang ulang ulang sehinggalah dunia selamat dari virus Covid 19 ni. 

HAPUSKAN RASUAH ! 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Aktiviti harian diteruskan sepanjang PKP ni. Ringkas tapi padat. Kononnya la padat. Hahahaa.. Buat buat padat je la. Daripada buat buat bodoh , kan ? Haaa.. Seperti biasa, selepas subuh , tunggu jam 8 atau paling tidak pun.. 750 pagi. Siap siap.. pastu keluar brisk walk sejauh 5km. Dapat la lebih sejam berjalan kaki. Sesuai untuk lelaki remaja seperti aku. Tak leh lebih lebih. Nak guna banyak tenaga untuk sepanjang hari. Heheeee... seperti lipat kain dan memasak. Eceh.. Heee... 

Nak ajak anak anak ikut sama. Tapi risau gak la. Mungkin boleh dikompaun. Maklumlah, syaratnya... sorang jer. Secara individu. Kalau depan rumah tu , mungkin boleh la si penguatkuasa tu bertolak ansur. Kalau dia tegas ? Fuh... berdarah nak bayar weh ! 

Ok..selepas workout.. aku amik whey protein dicampur dengan telur sebijik. Kalau ada guna susu segar , memang akan kenyang berganda. Aku tak nak terlalu kenyang. Aku nak sarapan pagi. Wife masak. Kang tak masak, merajuk lak. Heee.. Lagi pun sekarang ni PKP. Manfaatkan masa kekeluargaan bersama. 

Sebelum makan berat, aku amik roti sekeping dulu sebelum amik whey protein. Banyak manfaatnya whey protein ni. Ada yang ingat , untuk kasi badan sado ! Kasi badan besar ! Haish... tak laa ! Kalau banyakkan membaca , tau la apa kelebihanya whey protein ni.. Antaranya ? Boleh tengok pada gambar di bawah. 


Dan manfaat bagi mereka yang ada tekanan darah tinggi.. boleh baca di artikal INI. Jika korang ada penyakit buah pinggang, sila dapatkan nasihat doktor yer. Tak digalakkan. Atau yang ada penyakit kronik yang lain.. 

Kesan sampingan whey protein ? Boleh baca kat artikal INI. Aku tak nak copy paste. Korang kena rajin membaca selain bertanya pada yang pakar seperti doktor peribadi korang sendiri la.


Aku.. lepas brisk walk dan bersenam ringan di rumah, mulakan hari dengan amik whey protein. Sebelum tu telur setengah masak la. Lepas mandi , rehat.. aku amik tekanan darah aku. Seperti biasa la. Berkali kali aku amik.. dan keputusannya..

Macam aku pernah cerita dulu di artikal INI , aku perlu pantau tekanan darah setiap hari sebab minggu depan nak suntik vaksin untuk 2nd dose. Penting sebab aku akan ditanya soalan soalan kesihatan. Jika aku tak sihat, sebaiknya jangan suntik. Kena tangguh. Bahaya untuk aku. Dan jangan sesekali tipu bab kesihatan sebab risiko kita akan tanggung sendiri ! 



Alhamdulillah.. setelah aku tahu kelebihan whey protein ni, aku pastikan diambil secukupnya setiap hari. Sebelum ni tak berani laaa... hehehe...Maklumlah , harganya memang padu terutamanya whey protein. Sekarang ni ada macam macam jenis whey protein di pasaran. Kena pandai pilih dan tahu mana yang sesuai untuk kita. Jangan tengok pada harganya saja tapi juga pada kandungan. Kena pastikan tak tinggi gula / kalori dan banyak campuran di dalamnya. Tanya pada yang pakar yer.. heheee.. Cam aku sekarang ni , aku amik MMX Whey dari NutrionPro. Sangat sesuai untuk perut aku. Rasanya pun tak manis. 
  • Mengambil protein Whey pada waktu pagi dengan cepat menyebarkan asid amino ke otot anda dan mengatasi kerosakan otot.
  • Mengambil protein Whey sebelum bersenam diperlukan untuk merangsang sintesis protein dan meningkatkan jisim otot
  • Mengambil protein Whey selepas bersenam memberikan nutrien untuk pembaikan dan pertumbuhan semula selepas mengenakan otot anda di bawah banyak tekanan.
  • Mengambil protein Whey sebelum tidur untuk menghentikan otot anda daripada memasuki keadaan katabolik.
Dan perlu tahu.. whey protein ini cumalah suppliment yer. Kita masih perlu makanan utama untuk imbangan diet pemakanan harian kita. Jangan bergantung pada suppliment saja yer.. Tak sihat begitu. Makan sayur, buah... nasi tapi seimbang. Elakkan gula, garam yang tinggi , makanan yang terlalu berminyak serta berlemak juga. Nikmati kehidupan dengan cara yang sebenar... 

Apa pun pendapat aku, korang kena rujuk dulu doktor korang jika korang ada penyakit kronik. Stay safe ! 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


 " Belajar lagi ? Dari pagi sampai malam, belajar, belajar dan belajar ! ". Itu baru anak anak. Kita dulu pun macam tu gak. Dalam kepala nak bermain dengan kawan kawan jer. Bukanlah malas nak belajar tapi nak bermain. Haa.. kan ?

Gitulah.. tapi anak anak zaman kini lagi naya ! Sudah la dengan 'beratnya' mata pelajaran mereka. Ditambah lagi dengan 'kena duduk dalam rumah jer'. Maunya tak stress ! Bila mereka stress.. mereka luahkan dengan cara mereka. Fokus dalam pelajaran ke laut dan kerap bergaduh dengan adik beradik. Saja cari isu dan kemudian buat bising. Pastu.. menangis. Akhirnya mak bapak lak jadi stress ! Bila mak ayah yang dah seharian stress ni ditambah dengan isu isu 'perbalahan' anak anak maka jadilah Hulk. 

Lepaskan tekanan masing masing. Cari aktiviti bersama. Perhatikan kawasan sekeliling. Bawa anak anak keluar depan rumah sebentar.. Bangun awal pagi. Sedut udara segar. Nikmati kicauan burung. Jauhi gajet buat sementara. Berbual dengan anak anak. Cipta satu memori bersama. Sebentar pun ok dah. Mereka akan ingat.. Kita pun akan kenang. 





Bab belajar tu.. jika anak anak masih kecil, janganlah ditekan sangat. Sedangkan kita boleh geram dengan boss kita yang tak sudah sudah dengan 'kerja'.. ni kan pulak budak budak dengan belajarnya. Mereka aktif. Mereka nak bermain. Bukan robot yang nak serap segala infomasi dan seterusnya menjadikan mereka robot yang bermaklumat tinggi. Mereka manusia. Dan masih lagi kanak kanak. Kita kena jadikan mereka manusia bijak berfikir. 

Bersabarlah  yer duhai ayah.. duhai ibu. Inilah ujian buat kita semua. Semoga Allah lindungi kita semua.


Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Kerajaan dah buat pelan. Segalanya bakal dapat dikawal penghujung tahun 2021. Jika segalanya mengikut perancangan. Kerjasama semua pihak amatlah diperlukan. Kesan buruk dah nampak. Ramai kehilangan pekerjaan. Ada yang cuba bunuh diri. Ada yang hilang kewarasan akal fikiran. Ada yang dah rancang untuk bali ke kampung. Tak tau nak buat apa dah kat bandar bandar besar ni. Yang bergaji tetap walaupun bekerja dari rumah..masih boleh menarik nafas lega. Yang meniaga, selagi ada yang support.. boleh terus bertahan. Sampai bila ? 

Kilang ? Tutup kilang ? Yer , memang aku sokong. Tapi rasanya jika kilang ditutup.. ramai bakal dibuang kerja dan juga kerajaan akan hilang sumber pendapatan seperti cukai yang mana duit cukai tu dapat membantu rakyat. Harapnya kerajaan dapat selesaikan segera masalah kluster kluster kilang ni. Perlukan penguatkuasaan yang lebih tegas dan keras terhadap kilang kilang jika mereka melanggar SOP.



Ada yang memekak menjerit bagai terutama di media sosial mengkritik kerajaan. Dari menjerit menyalahkan kerajaan , kan lebih baik berganding bahu membantu kerajaan putuskan rantaian Covid 19 dan seterusnya menghidupkan kembali sektor ekonomi. Sekurang-kurangnya kita mampu teruskan kehidupan. 

Nak bantu camana ??? Bantu membuat awareness atau menyedarkan masyarakat pentingnya mengambil vaksin serta mematuhi SOP  seperti yang disarankan.. Samada korang nak percaya atau tidak Covid 19 ni , kes harian beribu setiap hari. Berpuluh mati dan ramai lagi dalam kritkal. Kalau tak nak percaya sekali pun, ikut je la arahan kerajaan alang alang dah bergelar rakyat Malaysia. 


Jika kerajaan gagal... makin ramai hilang pekerjaan. Makin ramai susah. Kes jenayah bakal meningkat. Hidup kita akan terancam. Tengok muka anak anak kita.. apakah masa hadapan mereka? Apakah nak mereka mula keluar umah di usia 13 tahun untuk mencari pekerjaan... demi untuk meneruskan kehidupan? 

Ramai kenalan yang juga peniaga.. dah mula mengeluh. Hutang perlu dibayar. Tapi bisnes tak dapat dibuat. Hanya mampu berdoa agar pintu dibuka semula dan ekonomi dapat bergerak semula. Itu saja jalan keluar yang dapat menyelamatkan kita. 



Dan bila dah selesai masalah ni.. barulah selesaikan kemelut politik ! Jika sibuk nak tukar kerajaan, ada ada cerita baru... dan ianya pasti mengambil masa lebih panjang. Diorang sembang atas kertas boleh la. Bila dah ada jawatan.. macam macam alasan diberikan ! 

Bantu kerajaan bererti bantu diri sendiri... kita sama sama kena keluar atau... THE END.
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Hari ni, Hari Bapa. Hari khas untuk anak anak mengenang jasa bapa mereka. Tapi kali ni , aku nak bagi tabik hormat pada ibu dan  bapa yang baru dapat baby. Tak kira la anak pertama, kedua atau 9 mahupun 10. Hehehe.. Kenapa ? 

Aku dan wife , kalau boleh nak la ada sorang lagi baby. Zahra pun ada tanya aku.. dia nak adik perempuan. Tapi adik perempuan tu tak le la tidur kat lengan daddy.. Dia je boleh ! Eh, boleh pulak ada syarat macam tu eh ? Hurm... dengar tu , memang kesian la. Dia tak da kawan main. Qhaliff, geng ngan Aariz. Tapi diorang main je bersama pun. Cuma Zahra ni nak la main masak masak... mekap mekap.. ala ala girl girl gitu. Huhuh.. 

Kesian tu kesian la. Tapi mengenangkan keadaan sekarang.. aku tahu bagaimana kepayahan  sang isteri nak pergi check up setiap bulan. Jika sebelum pandemik, ok la.. semua boleh aku usung. Tunggu dalam kereta macam sebelum sebelum ni. Tapi sekarang, dalam kereta boleh 2 orang jer. Pastu nak masuk klinik. Aduh... Satu pengorbanan yang memang tinggi nilainya ! Aku tak mampu nak lakukan. Sebab tu aku kata, aku kasi tabik hormat pada mereka yang baru dapat anak. Mereka dah lalui pahit getir sepanjang 9 bulan di kala pendemik ni. 


Masa wife bersalin dulu, aku ditemani mak mertua. Dia uruskan part part isteri dan anak. Aku uruskan part selebihnya. Sekarang ni, lahir anak pun dah sorang sorang. Nak masuk jumpa anak pun, kena pastikan kita sihat sejahtera dulu.. baru boleh dan tu pun sekejap. Kalau baby tu kuning , kena tahan lagi. Haaa.. Banyak prosedur demi kesihatan semua orang ! 

Nak besarkan anak di zaman ni bukanlah mudah tapi tak bererti mustahil. Ianya pasti menjadi satu kenangan terindah yang akan diceritakan pada anak anak tu nanti. Biar mereka tau.. nak jaga dari saat dalam kandungan hinggalah mereka dah boleh berlari, bukanlah mudah. Hargai... dan kenanglah. Mereka tak minta jasanya dibalas dengan wang ringgit. Cukuplah dengan mejadi insan yang berguna untuk keluarga , masyarakat , agama dan juga negara. 

Tahniah buat anda... Selamat Hari Bapa ! 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Selepas solat subuh..aku buka tingkap. Hirup udara segar. Alhamdulillah.. nikmatnya ! Nyaman dan bersih je rasa. Maklumlah, banyak kenderaan tak leh berada di atas jalan raya buat masa ni. Yang 'tertentu' je boleh bergerak atas jalan raya. 

Bagus waktu ni kalau berlari atau berjogging sekitar taman. Tapi aku rasa cam rugi lak. Kalau keluar jam 7 pagi , mau mau dalam 8 lebih abis dah. Aku nak curi juga Vitamin D dari matahari. Tapi masalahnya , atas jam 9 pagi baru ada cahaya mentari yang mengandungi Vitamin D ni. Dan waktu tu, nak berjalan atau berlari... ada yang dah tak selesa ! 

Tapi tempat tinggal aku ni, di kawasan bukit tinggi. Walaupun matahari dah mula meninggi atas jam 8 pagi , tapi udara masih nyaman. Maka aku buat keputusan... atas jam 8 baru aku mulakan langkah aku dari rumah aku hinggalah ke satu titik terakhir. Eceh... 

Peneman aku setiap kali nak berjalan ialah cermin mata separuh hitam Adidas aku dan juga Samsung Earbud serta jam tangan Amazfit. Kena lengkap ketiga tiga ni baru syok berjalan. Paling penting ialah cermin mata Adidas aku ni la. Untuk elakkan silau dan pedih mata ketika matahari memancar ke muka.




Bagus ada spek yang aku buat kat Eyes Vision Optical ni. Ada power dan pada masa sama separuh gelap. Boleh guna ketika memandu , berjalan jalan dan juga menonton television di waktu malam. Mereka yang bermasalah dengan silau, aku syorkan buat macam ni. 

Sekarang ni, PKP. Tapi kedai cermin mata masih dibuka. Kalau korang ada masalah dengan mata , cermin mata rosak atau nak dapatkan yang baru.. boleh terus je hubungi Mr. Jun samada melalui whatsapp atau telefon je terus. Senang je nak berurusan dengan mereka. Ramai je yang mesej untuk dapatkan cermin mata baru samada untuk diri sendiri atau untuk anak anak. Maklumlah.. kang sekarang ni kena kerja dari rumah dan juga belajar online. Pastinya nak lindungi mata masing masing kan. Rosak nanti, satu kerugian ! Hilang satu kenikmatan melihat keindahan dunia. 


Bagi yang stress duduk di rumah.. cubalah buat aktviti sihat ni. Awal pagi, keluar berjalan atau berlari lari anak di kawasan yang tidak ramai orang ( kawasan taman rumah sendiri yer ) , sekurang kurangnya untuk setengah jam. Kemudian , jemur diri jap... 5 minit pon ok dah. 

Dan masa nak berjalan atau berjemur tu.. lindungi mata anda yer..  Ok ? Jangan stres stress tau. Kita sama sama doakan kita keluar dari pandemik ini secepat mungkin. 

 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (11)
    • ▼  Mei 2026 (1)
      • Kenapa pasangan baru menikah akan cepat 'berlemak' ?
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes