BEN ASHAARI



Alhamdulillah...  Dah beberapa kali siaran live dia , aku ikuti sekejap. Seronok tengok dia membuat kerja kerja amal. Yang dapat pun seronok. Yang memberi , lagilah kan ? Nak buat memberi ni , bukan mudah walaupun nampak mudah. Tak perlu tunggu kaya pun sebenarnya. Ada sedikit pun , berikanlah. Tapi utamakanlah yang penting dulu seperti hutang , ahli keluarga dan saudara mara. Jika ada lebih tu, nah... manfaatkan untuk kelebihan di hari akan datang kelak. Semoga Allah berkati. 

Seronok memberi ni. Jika kita ada masalah dengan hati.. seperti gundah gulana , atau ditimpa musibah, cuba banyakkan bersedekah walaupun seringgit. Orang yang menerima , akan berdoa kebaikan untuk si pemberi. Kan itu satu doa yang baik. 

Yang penting , si pemberi tu, kena ikhlaskan hati. Tak perlulah buat video atau gambar dan viralkan kasi tahu dunia. Diam diam sudahlah.  Macam kes di bawah ni, kan ? Lelaki ni cuma menyampaikan tetapi mereka yang menyumbang atau bersedekah tak diketahui dari mana.. Alhamdulillah.. 

Kalau tak silap aku , lelaki ni buat pagi pagi dan petang hari rasanya. Korang boleh tengok sendiri di Tiktoknya. Mungkin akan terbuka hati untuk menyumbang atau buat sendiri.. kan ? 


 Tiktok : NiatSampaikan1


Cerita aku : Esok Jumaat... kalau ada duit lebih , masa ke masjid tu, berikan pada mana mana penjual , dan bagitau pada si penjual , saya nak beli sekian sekian makanan ni tapi tolong sedekahkan pada anak anak kecil yang lalu depan gerai awak ya.. Kata ada orang belanja... Gitu... 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Sebelum ni , aku tak mampu buat gini. Agak ketat pada bahagian bahu. Jika ketat , memang tak best rasa. Dan selalu akan melibatkan belikat , leher dan juga lengan. Semuanya berpunca dari malas nak membuat regangan badan ketika sebelum bersukan dan juga selepas bersukan. Perit bila dah tua nanti. Heee.. macam aku sekarang. 

Kena rajin buat untuk longgarkan semula. Begitu juga dengan lutut aku. Bukan masalah lutut longgar ke atau lutut lari tapi sebab regangan tak buat dengan betul sebelum bersukan mahupun selepas bersukan. Maka , kecederaan mudah berlaku. 

Macam lutut aku ni.. aku dah buat fisioterapi dan juga akupuntur baru baru ni. Masing masing nasihatkan aku untuk membuat regangan dengan betul sebelum mula workout. Jika tidak , akan memudaratkan lagi otot otot badan. Bukannya aku tak buat tapi aku mengejar masa. Hee.. salah sendiri. 

Alhamdulillah.. aku jumpa video ni di Instagram dan dia ajar cara untuk melonggarkan otot otot yang ketat. Dan berkesan. Kena rajin buat. Bukan sekali buat terus ok yaa... Dan di IG dia, banyak tips tips melibatkan otot dia tunjukkan. Memang bagus ! 

Cara nak hilangkan sakit bahu : TWStraining

Cara nak kuatkan lutut : TWSTraining

Dapatkan resistance band di SINI..

Semoga bermanfaat.



 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Manfaat dari main besi

Yer.. dulu aku rasa aku sihat. Hari hari berjogging dan gi gym. Pastu boleh makan apa saja. Tak kira masa. Siang malam makan. Lepak sampai tengah malam. Enjoy bro ! Enjoy life !! Kononnya laaa.. Masa remaja dan belia tu ok la. Tapi bila usia dah mula lebih 30 , masa tu terasa lain macam. Kepala selalu pening. Sakit di tengkuk. Rasa lemau badan. Bangun pagi , mood ke laut. 

Dan aku ingat semua tu biasa jer. Semua orang macam tu. Tapi rupa rupanya tidak. Itulah petanda awal badan kasi amaran penyakit dah mula menjengah !  Bila doktor kasi tau aku dah ada Hypertension , termenung. Tapi aku yakin boleh reverse ! Kata doktor kena jaga makan. 

Dan aku pun jaga makan. Macam macam aku buat termasuklah air detox setiap hari. Ada perubahan pada bacaaan tekanan darah tapi lain pulak terjadi. Aku perasan perut aku makin membuncit. Aku ingatkan biasa jer tapi rupa rupanya... hurm... Itu petanda usus rosak dan ada fatty liver ! 

Covid 19 menyerang dunia. Pakat pakat duduk rumah. Tiap kali baca berita pasal kematian dek kerana virus ni , aku jadi mengigil. Tetiba jadi takut. Risau tak tentu arah. Bila wife kena keluar gi kerja, aku jadi takut. Tak tentu arah punya risau. Apa dah jadi ? Bila keluar rumah , pakai double face mask termasuk face shield. Macam orang bodoh jer. Walhal nak ke kedai Aceh jer. Pekedai pun tercengang tengok. Hahahaha.. 

Rupa rupanya aku ada Anxiety ! Naya sungguh laaa... Ni la dek kerana dok rasa sihat sangat. Kononnya rajin bersenam, akan sihat. Padahal nombor satu bab kesihantan ni ialah jaga makan. Bila kata bab jaga makan ni , ada yang ingat cuma kurangkan kuantiti tapi masih makan makanan yang.. hurm. Katanya bersederhana tapi diorang terlupa apakah bahan bahan yang ada dalam makanan tu. Semua tu akan beri kesan pada tubuh badan pada masa panjang. Bukan makan hari , esok sakit. Takkk..takkkkk ! Lamaaa dia ambil masa untuk rosakkan badan kita. 

Jadi nak makan apa ? Aku dah pernah tulis sebelum ni kat blog ni gak. Macam macam perkongsian aku dah up. Kalau korang rajin cari , inshAllah juga macam macam. Jangan risau.. blog aku ni aku dah buang semua papan iklan. Jadi dah ringan skit nak loading. Heee..

Aku ubah gaya hidup.. Ubah pemakanan. Alhamdulillah.. banyak perbezaan. Satu keluarga dapat manfaatnya. Jimat pun jimat banyak dah. Berbanding sebelum ni kalau gi pasaraya , sekali beli barang lebih RM200.. Sekarang ni , bawah dah. Tu pun boleh dikurangkan lagi. Utamakan real food jer. InshaAllah... 

 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


 Aku kena baru baru ni. Kebas abis lidah. Nak bercakap pun susah. Air liur meleleh nak keluar. Begitu juga dengan Qhaliff. Awalnya yang kena , si Aariz. Zahra kena sikit dan kemudian Qhaliff. Pastu aku. Punca ? 

Aariz.. aku rasa dari makanan yang dia makan. Mungkin terluka sedikit. Pastu lidah depan dia naik biji biji merah. Aku letak ubat ulser dan Alhamdulillah.. hilang. Zahra , naik ulser putih setompok dua. Letak ubat ulser, hilang. Tapi aku dengan Qhaliff ni cukup degil. Letak ubat ulser pun payah nak hilang. Terpaksa jumpa doktor di klinik. Dan katanya sebab jangkitan virus. 

Qhaliff takda ulser putih putih tapi biji biji halus yang memang cukup tak selesa. Aku pun gitu. Tak leh nak cium anak anak dan mak diorang buat sementara. Hahaha.. betul la kan ? Sori sori.. ni bukan blog lucah tapi sekadar untuk cerita yang realiti walaupun sebenarnya, tak perlu cerita. Hehee.. kan kan ?

Ok.. aku sambung. Dua klinik aku dah gi. Diorang kasi ubat yang hampir sama. Ada rasa kurang tapi pelik apasal masih terjadi ? Akhirnya aku gi farmasi dan beli Listerin sebab ada ubat kumur yang doktor bagi kat aku , lebih kurang macam Listerin gak. 

Dan  aku beli yang macam dalam gambar tu. Bezanya dia ada guna aloe vera dan 0 alkohol. Alhamdulillah... berkesan ! Dua hari guna menda ni selepas gosok gigi , masalah Qhaliff dah selesai. Cuma peliknya aku on off !! Apasal gitu ? 

Aku check makanan dan minuman aku. Aku rasa aku tahu punca dari mana. Camana aku tahu ? Bila aku tak minum 'air ni' , rasa gatal pada lidah aku ni takda. Aku cuba minum dan.. Benarlah ! Memang dari situ. Qhaliff pun sebelum ni gemar minum setiap pagi. Dan bila aku tak kasi dia minum dah , masalah tu takda. Kesimpulan yang aku buat , kami berdua alergik dengan air tu. Walaupun sedap tapi tak sesuai untuk badan kami.

Walaupun Listerin ni dikatakan tak bagus tapi bagi aku la kan.. simpan sebotol untuk kecemasan , ok gak. Kiranya dia last resort la... Garam ada , halia ada.. kalau tak menjadi gak , guna dia jer. 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Jika aku kata minum air halia ni bagus untuk jaga kesihatan , ramai senyum jer. Tapi jika aku kata minum air halia ni boleh buat badan kurus dan turunkan berat badan , mesti ramai akan terbeliak biji mata. Tak kira la lelaki atau perempuan. Ni berdasarkan pengalaman aku la. Ramai nak kurus dengan cepat... tapi pada masa yang sama tak reti nak jaga makan ! Katanya makan itu kenikmatan hidup walhal akan memudaratkan diri jika berlebihan. 

Alhamdulillah.. setiap pagi , tugas aku ialah membancuh air halia untuk anak bini minum. Seorang seteguk je memadai dah. Tak perlu sampai secawan. Aku campurkan dengan lemon dan madu. Sesekali aku tambah tumeric dan juga cuka epal. Khasiat, memang banyak. Tak perlu nak amik suppliment vitamin dari farmasi dah. 

Dan pada masa yang sama aku kawal pemakanan anak anak termasuk isteri pertama aku ni. Antara yang tak boleh di makan lansung ialah jajan , makanan tinggi gula , tepung putih seperti roti dan makanan ultra process seperti daging burger , hotdog dan sebagainya. Sesekali aku kasi layan macam aiskrim. Biskut biskut ni memang aku tak kasi la. Kalau diorang teringin dan ada depan mata , aku kasi diorang jamah sekali dua jer. Sekadar lepaskan keinginan jer. 

Kalau anak anak korang jenis mudah jatuh sakit, cubalah ubah diet pemakanan diorang. Kalau boleh , jangan galakkan makan lebih 3 kali sehari. Sarapan pagi biarlah makanan tinggi protein dan fiber. Balik sekolah tu boleh la tambah dengan karbohidrat dan malam hari sebelum jam 8 tu , makanan tinggi fiber dan protein. Tak perlu masuk makanan tinggi karbohidrat. Nak tidur dah kan.. 

Kita mampu merancang.. elakkan dari mudarat. Kuasa Allah menentukan. Sekurang kurangnya , kita ada ambil tindakan dari membiarkan saja. 

Amalkan setiap hari... bukan sakit baru nak minum ! 







Jika berminat nak serbuk halia , boleh whatsapp terus ke : https://halia1.wasap.my/

 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


 Aku pernah laluinya.. memang kesan pada diri sangat negatif ! Hypertension , kemurungan dan hilang keyakinan diri. Hidup serupa dah jadi hamba abdi pada manusia lain. Apa yang aku cari dan kejar sebenarnya atas dunia ni ?  Kita terpaksa bekerja dan mengembirakan orang lain walhal kita bukanlah jenis tak berakal dan tidak berpendidikan ! Apasal kena melutut di kaki manusia lain ? 

Belajar tinggi tinggi.. bagus ! Berjawatan tinggi , bagus. Tapi tidak punya kehidupan ? Semata mata nak punya rumah besar.. kereta mewah.. makan enak enak dan mampu beli atau ke mana saja ! Duit banyak.. tapi di mana kehidupan sebenar yang dicari ? 

Masa untuk diri sendiri tiada apatah lagi untuk keluarga. Jika bujang , kita berpura pura gembira dengan kehidupan yang ada. Kononnya boleh pergi melancong sana sini tanpa rasa bersalah. Boleh makan apa saja tanpa risau duit tak cukup. Tetapi dalam hati.. ada sesuatu yang kosong. 

Kenapa kita perlu susahkan diri mengejar dunia ni sedangkan kita tahu , satu hari nanti kita akan tinggalkan semua ni ? Mencari tu tak salah. Mengumpul tu tak salah tapi sampai berperangai seperti Haji Bakhil.. atau sehinggakan berperangai pentingkan diri sendiri tak tak kisahkan orang lain... semata mata untuk mengumpulkan harta dunia..

Tak salah pun nak bekerja. Kita memang perlu lakukan untuk meneruskan kehidupan. Tapi janganlah sampai mengejar kehidupan yang mewah. Bekerja semata mata untuk mendapatkan kesenangan  tapi sebenarnya tidak. Badan tak sihat.. jiwa tak tenang... walaupun tidur di katil empuk. , tidur tak lena. walaupun meja makan panjang berjela.. makanan penuh atas meja tapi sayangnya, sejamah dua , dah tak lalu.. 

Yer.. aku pernah lalui. Bila aku sakit , bos pun tak da nak tanya khabar. Takda pulak nak datang lawat. Ada diorang kisah ? Diorang cuma kisah bila kau cakap kau nak cuti jer ! 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Awal-awal begini ! Kena kecam dengan netizen.
Peliknya apasal boleh pulak mereka lepaskan terutama di bahagian bendera negara tu ! Buta warnakah ? 

Dan design pun laaa.. ni dah 2024 kot ! Macam macam software ada untuk design. Kalau tak nak pun , buatlah satu pertandingan terbuka pada rakyat negara ni. Apa guna rakyat bijak pandai malah boleh KBAT lagi ! Kasi peluang la mereka tonjolkan bakat. Takda la design pun macam baju sukan tadika jer.. 


Bila dah viral kena kecam , baru ubah. Asalnya beria nak pertahankan. Nampak sangat laaaa spesis pemalas. Boleh pulak nak berbangga eh ? Pakai baju pun boleh menaikkan semangat ! Malah mereka pun akan simpan dijadikan koleksi kebanggaan mereka. Nak capai peringkat ni bukan mudah. Duit abis beratus ribu. Ada mak ayah bergolok gadai untuk pastikan anak mereka ke peringkat tertinggi dalam sukan yang mereka ceburi. 


Dah ubah dah. Bendera , cantik. Logo garang. Tapi baju tu ? Dah takda idea gempak ke ? Macam tu je ?Aku rasa edisi yang lepas punya lagi cantik. Ni dah macam baju sukan budak sekolah rendah jer. Ala ala zaman aku pakai baju Cheetah jer. Aduh laaa... Tak nak keluar kos design ? Ke budak intern yang buat ?

Janganlah asal buat.. asal ada ! Takda bajet ? Aku rasa banyak je syarikat besar berminat nak taja. Ni macam.. Tukar la orang atas MOM tu. kasi generasi muda lak pegang. Orang lama tu , kasi je jadi penasihat dari kejauhan. 



Baju Olimpik edisi lepas..

Harap benda benda gini tak berlaku lagi terutama part bendera tu ! Sensitif woiii !! 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Kita dah 'dibasuh' sejak kecil lagi. Tak tau la nak salahkan siapa tapi dari kecil lagi dah diajar, cari kemewahan atas dunia ni. Belajar rajin rajin supaya dapat kerja bagus bagus. Bila ada kerja bagus , boleh dapatkan harta dan kemewahan yang diidamkan. Jangan jadi macam mak ayah ! Hidup susah ! 

Begitulah... walhal yang sepatutnya kita ajar anak anak kita ialah belajar rajin rajin , berilmu dunia akhirat supaya dapat membantu insan insan lain. Jangan ditindas dengan musuh Islam ! Kita perlu jadi lebih bijak dari mereka. Tapi sayangnya, kita diajar mengejar duniawi ! Diajar untuk berteknologi tinggi. Hinggakan takut mati. Hinggakan rasa sayangkan dunia. 

Tak caya ? Cuba tengok... bila anak anak kita yang dah berjaya tu , bekerja.. apakah harta pertama mereka akan berusaha untuk miliki ? Dan pastiknya, ianya akan dibeli secara hutang ! Muda muda dah berhutang ! Dan bermakna mereka akan bekerja sampai mati untuk melunaskan hutang hutang yang sepatutnya boleh dielakkan. 

Beli rumah besar.
Beli kereta mewah.
Beli pakaian mahal.
Beli gajet mahal mahal. 
Makan nak sedap sedap. 
Perhiasan rumah yang serba mewah.

Bila mengejar semua ni.. apa yang akan berlaku pada dia ? Kerja.. kerja...kerja.. kerja ! Bila ada cuti, pergi melancong.. kononnya hilangkan stress ! Bila pergi bercuti , yang kenyang.. kamera ! Segalanya disimpan dalam kamera. Apakah hilang stress ? Balik sini... kerja semula ! Dapat gaji hujung bulan.. tolak sana sini.. tak cukup ! Terpaksa buat kerja sampingan. 

Bila kawin... kita turunkan 'ilmu' itu pada anak anak ! Nah... berpusinglah begitu saja. Maka tidak peliklah urusan pentadbiran negara ni , diuruskan oleh muka muka sama ! Sepatutnya generasi yang bijak pandai yang ada sekarang ni inilah ambil alih tampuk pimpinan negara ! Itulah yang sepatutnya. Kemana pergi golongan cerdik pandai yang dilahirkan mak ayah zaman ni ? Mereka sedang bekerja untuk golongan di atas... 

Nak lagi teruk... pendidikan sudah jadi satu perniagaan ! Dicanang canang kalau nak nak anak berjaya , wajib cemerlang dalam peperiksaaan dan masuk ke sekolah sekolah bagus ! Kemudian wajib melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.. Ya, bagus.. tapi point utama mereka ke sana ???  Hanya untuk pastikan hidup selesa selepas itu ? Untuk pastikan mereka punya pekerjaan yang bagus ? Bukankah itu rezeki Allah. Kita berikan pendidikan untuk mereka supaya mereka menjadi hamba Allah yang taat. Itulah yang sepatutnya.. 

Maka tidak hairanlah.. di mana kedudukan kita sekarang ni. Apa yang kita kejar sebenarnya atas dunia sementara ni ? 
 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Sekejap jer masa berlalu. Dari wife mengandung anak pertama hinggalah sekarang...3 orang anak ! Alhamdulillah.. masing masing membesar dalam blog aku. Semua aku cerita dalam ni. Si sulung dah pun 12 tahun dan tak lama lagi ke sekolah menengah. Takda perancangan nak hantar ke sekolah asrama atau mana mana sekolah jauh dari aku dan isteri. Kami punya perancangan untuk mereka. InshaAllah.

Melihat wajah seorang demi seorang... aku faham dah bagaimana arwah ayah aku sembunyikan kepenatan dia bekerja seharian. Dari awal pagi hingga malam hari. Makannya cuma apa yang terhidang atas meja dan disediakan oleh mak aku. Tak banyak cerita. Makan jer... 

Entahlah... zaman sekarang ramai dah berfikiran tak nak anak walaupun dah menikah secara halal. Aku dulu pun pernah ada fikiran tak nak kawin. Tak mampu nak bela anak orang. Nak bela diri sendiri pun tak mampu.. camana nak bela anak orang ? Tu dalam ada kerja. Tapi itulah.. kuasa Allah. Rezeki dariNya.. 

Semoga mereka membesar dan menjadi insan yang berguna pada agama , masyarakat dan negara. Jangan susahkan orang . Jangan tipu orang. Carilah keberkatan Allah. Redha Allah. Dengan ilmu yang ada tu.. manfaatkan. Janganlah dikejar dunia hingga terlupa akhirat. Tak lama pun kita atas dunia ni...

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Aku cabar isteri aku untuk dapatkan 10 ribu langkah sehari. Dan disamping tu, jaga makan. Alhamdulillah, nampak sangat perbezaan pada fizikal dia terutama pada lengan , pinggang dan stamina. Malah sakit sakit badan turut berkurangan. Muka pun nampak berbeza berbanding sebelum ni. 

Aku turut ikut sama cuba dapatkan 10 ribu langkah sehari. Tak perlu berlari pun. Berjalan perlahan je pusing taman atau di pejabat. Kawal pernafasan dan tak perlu stress. Kalau dapat buat awal pagi , lagi syok. Ketika matahari naik , memang cantiklah tapi tu la.. kerja kan ! Tak pe..cuba buat pada hujung minggu. Jangan dihabiskan dengan tidur. Rugi sungguh masa terbuang gitu saja. Tidur awal, bangun awal. 

Cara aku dapatkan 10 ribu langkah di saat akhir.. waktu petang. Masa nak gi jemput Aariz pulang dari sekolah. Aku akan pergi seawal jam 5 petang. Cari tempat letak kereta yang selamat dan kemudian akan berjalan naik turun bukit di kawasan berdekatan sekolah. Aku ada 50 minit untuk berjalan. 

Sebelum ni, aku akan lepak dalam kereta dan layan telefon. Betapa ruginya petrol dan juga mencemari alam sekitar ! Kalau aku tahu, dari dulu aku buat macam ni. Jimat malah menyihatkan juga. Aku cadangkan korang buat gitu juga. Jika cuaca cantik... dari duduk dalam kereta tu, bawak bawak diri berjalan sekitar sekolah tu sementara tunggu anak keluar. Udara pun tak tercemar. 

Beli jam tangan pintar. Jangan sekadar kira langkah. Kalau boleh yang ada bacaan heart rate. Penting sebenarnya. Senantiasa check bacaan HR sewaktu bersenam dan juga tidur. Bacaan ketika bersenam jangan sampai melepasi had maksimun usia. 

Pernah aku rekod, ketika bermain badminton biasa biasa pun.. dia naik cukup tinggi berbanding aku bersenam di gym ! Nah.. sebab tu ada yang tumbang ketika bermain badminton. Nampak macam biasa tapi tinggi bacaan HR ! Begitu juga ketika brisk walk. Nampak macam sekadar berjalan tapi bacaan HR naik tinggi. Bila tinggi , kita rileks la sekejap. Jangan paksa diri tu.. 





Brisk walk ni bagus untuk hilangkan tekanan disebabkan kerja. Jangan pasang lagu di telinga. Nikmati kedamaian alam.  Jika selisih dengan mereka yang turut sama buat aktiviti seperti kita, senyum dan angkat tangan. Tak perlu sombong pun. 

Lepas berjalan , nak makan minum apa ? Kebanyakkan orang , gagal bab ni. Diorang akan makan makanan tinggi dengan karbohidrat dan gula. Nasihat aku , cari makanan yang tinggi dengan fiber dan protein seperti buah-buahan dan juga telur rebus. Kalau lapar lagi , baru cari karbohidrat seperti nasi. Pastikan segenggam je. 

Berjalanlah.. sapa tau satu hari nanti... kita dah tak boleh berjalan. Ketika tu , baru nak menyesal sebab sia siakan masa sihat. Oh ya... pastikan tempat nak kita berjalan tu , selamat ya. Jaga diri.
 

 Belikan jam pintar untuk rekodkan data terkumput  : https://s.lazada.com.my/s.9Nz65?cc

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Cuaca cantik pagi pagi mahupun di petang hari. Jangan dipersiakan. Curilah setengah jam atau sejam, untuk kebaikan diri sendiri. Berjalan mahupun berlari. Jika di pagi hari , akan dapat percuma vitamin D. Jika di petang hari , dapat hilangkan tekanan diri. 

Dan tubuh akan lebih fit dan berstamina. Mereka yang nak turunkan berat badan atau hilangkan lemak di bahagian tertentu, berjalanlah dan cari kawasan yang berbukit. Ajak sesiapa teman. Jangan seorang diri. Dan pastikan bukan di kawasan sibuk dengan kenderaan. 

Bagi yang berkaca mata macam aku... yang ada masalah silau dan juga kabur pada jarak tertentu, boleh je guna cermin mata macam aku guna ni. Ada macam macam jenis. Dari plastik hinggalah ke tatinium. Guna je kanta plastik yang tahan lasak dan harga bajet. Boleh pilih warna kegemaran lagi ! 



Atas :  Yang macam ni , aku suka. 
Workout dalam gym pun tak risau patah.

Atas bawah : Bingkai titanium dengan kanta tukar gelap. 
Siap jauh dekat lagi penglihatan. Harga bajet. 

 
Petang hari yang panas, sedap pakai kanta gini. 

Ada banyak pilihan terkini. Boleh bawa sekeluarga juga untuk periksa mata terutama anak anak. Boleh dapatkan cermin mata untuk mereka guna pakai ketika menggunakan gajet atau komputer. Elakkan dari kerosakkan mata. 

Keterangan lanjut , korang boleh ke : 

Eyes Vision Group 
Alamat : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
No tel : 0163636464 ( Mr.June )
Whatsapp : https://eyesvisiongroup.wasap.my
Waktu Perniagaan: 11pagi - 9 malam ( Setiap hari)
Instagram : Eyes Vision Group 
Facebook : Eyes Vision Group

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Ramai yang beranggapan , nak kemaskan tubuh badan ni kena ambil pelbagai suppliment atau makanan tambahan ! Nak lagi best, amik steroid ! Adeh... Tu jalan pintas dan tidak kekal lama pun. Tak berbaloi. Yang berbaloi ialah dengan menjaga pemakanan dan komitmen latihan. Bab latihan ni, boleh fokus pada stamina dan juga fizikal. Baru nampak cantik ! 

Tapi ramai gagal bab pemakanan ! Lepas bersenam , diorang gi makan macam macam. Kononnya nak recovery dan loading semula tenaga. Yang jadi masalah ialah jenis makanan yang diambil. Carca marba. Tinggi dengan kalori dan juga gula. Tu belum lagi bahan bahan tambahan dalam makanan tu seperti perisa tiruan, pengawet tiruan , pewarna dan juga gula sintetik ! Nayaaa badan kita weh untuk jangka panjang. 

Bukanlah nak kasi nampak berketul ketul pun. Lainlah target nak jadi bodybuilder ! Macam kes aku, aku lebih nampak kemas je bila berpakaian dan berkemampuan bila bersama keluarga seperti nak dukung anak... nak angkat barang dan dukung isteri ke bilik tidur di malam Jumaat. Cenggitu ! Hahaha.. Tapi isteri jangalah berat sangat na. Dia pun kena jaga badan gak ! 

Ujian nak jaga pemakanan ni bukanlah kecil Ramai gagal nak elakkan diri dari minuman bergula dan  juga makanan yang tinggi dengan karbohidrat seperti nasi putih. Katanya wajib amik nasi setiap hari. Boleh je bagi aku tapi biarlah sehari sekali dan kalau boleh , amik je waktu makan tengahari dan memadai segenggam je nasi tu. Janganlah banyak sangat. 

Manakala air pula , tukarlah ke air yang tidak manis dah. Tak perlu pun air manis manis ni. Sebulan sekali nak layan , ok la. Tukar ke air herba yang menyihatkan perut dan memberikan impak positif pada tubuh badan seperti air halia atau air kunyit. Tambah dengan sedikit madu tualang dan juga lemon , memang padu sungguh dah ! 

Banyak kelebihan bila jaga dua faktor ni. Isteri pasti akan lebih sayang punya ! Serius.. tenaga seperti orang muda dan asyik nak jer.. Haaaa ! Untunglah dah kawin ya... hahahaha...




Berminat :  https://halia1.wasap.my/

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Bosan ? Penat ? Hurm... tak tau nak kata apa. Segalanya adalah tanggungjawab. Tiada cuti. Hari hari kerja. Dan kerja adalah sama. Takda rakan ' sepejabat' untuk berbual. Hanya dalam kepala , siapkan segala urusan atau akan lewat ! Malah nak gi jemput anak kat sekolah pun kena pergi awal atau takda parking kereta ! Kesian kat anak anak menunggu lama lak. 

Macam kes aku.. untung lagi wife ada boleh uruskan perkara perkara penting melibatkan anak anak. Tapi bila dia kena gi kerja luar ? Dua tiga hari ? Tugasan tu aku kena uruskan seorang diri. Nasib baik anak anak dah besar dan boleh bantu. Tapi pernah juga dia pergi ketika anak anak masih kecil. Nak tak nak , kena belajar biasakan diri. 

Bab makan.. bab pembelajaran. Sebenarnya ada pilihan. Samada nak je gi makan kat luar dengan anak anak atau masak. Nak rasa lebih bersih dan sihat , masak je sendiri. Kalau rasa tak nak membazir , gi je makan kat luar. Kena gi kedai makan yang biasa dah pergi. Terjamin bab bersih, rasa dan harga. 


Malam hari lak, kena urus bab kerja rumah dan pembelajaran mereka. Alhamdulillah , masing masing dah tahu peranan yang perlu dibuat walaupun kena ingatkan berkali kali. Tapi masa masa gini , ada jugak nak pening kepala. Hal hal kecil jadi pertelingkahan sesama mereka. Kena jadi hakim yang adil. Salah adili , kita lak jadi 'mangsa' pening kepala. 

Bab belajar ni.. tak risau sangat. Ada banyak kelas secara online sekarang ni. Pilih je mana yang termampu dan dirasakan sesuai dengan anak anak. Yang penting , mereka nak belajar. Percuma ada...berbayar pun ada ! 


Info lanjut di www.flyhigh.my

Bayangkan pula bagaimana mereka yang mengorbankan diri menjaga orang tua mereka yang sudah tua. Terpaksa bekerja mencari rezeki dan pada masa yang sama , jaga mak ayah. Ada pulak suara suara sumbang dok mengata. Kena pekakkan je telinga. Macam kes aku juga la. Tapi tu la.. mulut orang , sapa boleh tutup.. kan ? 


 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Aku bukanlah nak ajak korang tak makan nasi ! Nasi tak bersalah. Betul. Ya..kurangkan kuantiti. Cuma jika kita ada masalah dengan kesihatan , kenalah tahu apa makanan yang perlu dielakkan dan dikurangkan. Macam aku sendiri la.. Ada masalah dengan perut dek kerana gaya hidup masa lalu. Salah sendiri. 

Nak ubah gaya hidup.. aku buat dah ! Tapi tak jadi. Kat mana salahnya ? Dah tentu melibatkan stress dan pemakanan. Stress yang melibatkan aku ialah , tak cukup tidur dan selalu tidur lewat. Ini tak bagus langsung. Kemudian pemakanan. Bila dah stress , mesti nak makan kan ? Bila nak makan.. mulalah amik makanan yang viral mengikut masa. Nah... kesudahannya , perut bertambah rosak. 

Alhamdulillah.. sekarang ni maklumat di hujung jari. Bersepah di media sosial. Antara kita nak membaca , menonton , mendengar atau tidak jer. Aku suka cari info bab kesihatan ni kemudian aku kongsikan bersama rakan rakan di platform aku seperti blog dan Facebook.


Dan menariknya ialah nasi putih ni. Dulu aku tak percaya la tapi selepas menonton beberapa video melibatkan pakar nutrisi mengenai nasi , aku pun cubalah. Mereka cuba mencadangkan kita mengurangkan nasi putih dan ada yang bagi tau kesan sampingan nasi putih di zaman ni. Nasi putih yang kita makan sekarang ni tak sama macam atuk nenek kita makan dulu. Beza ya... Sila buat sedikit kajian. Kurangkan jer kuantiti. Segenggam atau sesenduk je. 

Kalau korang takda masalah kesihatan , makan je.  

Berhenti terus ke ? Eh... ikutlah. Macam aku , aku dah selesa begini. Tanpa nasi putih. Aku tak rasa mengantuk di tengahari atau cepat penat. Paling best , perut aku pun tak kembung dan lemak bahagian pinggang pun dah menghilang. Dan badan lebih nampak lean berbanding sebu sebelum ni. Walaupun ramai kata dulu lebih ok tapi tidak bagi aku. 

Ramai dah aku baca , mereka behenti makan nasi atau kurangkan pengambilan nasi putih ni dan kesihatan mereka bertambah baik. Alhamdulillah.. Mereka lebih fokus pada pengambilan makanan yang lebih sihat. Dan kekerapan makan dalam sehari pun dah berkurangan kerana mereka lebih kenyang lama berbanding sebelum ni.. asyik nak makan jer ! 

Bukanlah aku tak nak mati tapi elakkan risiko sakit berat dan menyusahkan orang terutama ahli keluarga. 

Cubalah dalam seminggu. Mengigil tak makan nasi ? Sehari dua jer.. nanti ok. Fokus pada fiber dan protein bila makan tu. Jauhi makanan yang diproses berulangkali. Ada yang tak makan nasi tapi sibuk makan roti , biskut atau jajan. Adeh.. baik makan nasi jer ! 

Aku cuma kasi cadangan jer. 





 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Kita dok nampak anak anak tembam ni, cute giler ! Comel.. nak cubit cubit je pipi diorang, kan ? Nak gomel sampai diorang menangis.. baru nak stop ! Hahaha.. kan kan ? Dan biasanya mereka yang tembam ni akan semakin kurus bila mereka dah ke sekolah dek kerana aktif bergerak. 

Tapi tidak lagi sekarang. Budak budak bawah 12 tahun makin ramai tak terkawal bentuk badan. Semakin berisi. Siang malam makan. Dan apa yang mereka makan tu , menakutkan. Nampak macam menyihatkan padahal !!!! 

Itulah yang berlaku pada aku sekeluarga juga. Kesedaran mengenai pemakanan sihat ni rupanya terlalu skit je aku tau. Ingatkan aku faham dah tapi tidak sama sekali. Anak anak aku kelihatan berisi di perut termasuklah anak dara aku tu. Nampak buruk masing masing. Bila pakai baju. kelihatan perut terbonjol. Kecik kecil dah serupa boroi ! 

Apakah disebabkan genetik ?

Bila aku kenang kenang kembali.. masa aku sekolah dulu, aku kurus kering jer. Aku terlalu aktif bersukan. Maka badan aku kurus kering. Mak aku pun. Cuma arwah ayah aku boroi sedikit la. Aku rasa aku tahu kenapa. Dia suka makan roti putih cicah milo panas tanpa gula. Dia ada diabetis. 

Bila masuk usia 20an , aku berhenti main bola dan sibuk dengan kerja. Masa ni badan mula naik. Penyakit pertama singgah, HYPERTENSION. Dalam seminggu , sehari mesti akan ada MC dek kerana sakit kepala. Punca ? Stress sudah pasti. Pastu makan tak betul. Kuat makanan segera satu hal. Pastu roti canai dan nasi kandar ! Siang malam. Haih.. menakutkan ! 


Baru baru ni aku ke sebuah pasaraya. Cari telur. Pastu ternampak la satu perempuan ni bersama anak dia. Anak dia cukup obes. Aku rasa dalam usia Zahra gitu. Mak dia pun kelihatan sedikit berisi. Di tangan dia.. ada satu plastik putih. Aku perhati betul betul dan aku geleng kepala. Camana la anak tu tak jadi macam tu. Dibelikan makanan yang.. hurm.. memang mengundang lemak lemak yang bakal memakan diri satu hari nanti. 

Kesilapan yang sama pernah aku lakukan dulu pada anak anak aku. Setiap kali masuk pasaraya , beli macam macam makanan yang bukan makanan ! Aiskrim kotak , susu botol , biskut coklat dan macam macam lagi. Stok seminggu ! 

Kesudahannya.. anak anak , dalam sebulan memang wajib ke klinik untuk amik ubat batuk atau selsema. Demam sudah pasti. Bila tanya doktor, jawabnya mudah... MUSIM DEMAM ! Hurm... boleh pulak ada musim ya ? Heee..Macam macam kat Malaysia ni. 

Mak ayah suka makan.. anak anak tengok dan ikut sama ! Inilah baru genetik ! 


Ubahlah sebelum terlambat. Di media sosial, banyak dah doktor doktor menurunkan ilmu kesihatan. Apa yang bagus dimakan untuk anak anak kita. Kita cuma perlu semangat untuk ikut dan ubah. Bermula dari mak ayah , anak anak akan ikut. Jangan tunggu diorang besar, baru nak ubah. 

Nak ubah ni, kena mula dari kita sihat. Bukan dah jatuh sakit baru nak ubah. Bukanlah terlambat tapi bila kita sakit tu, disuruh terjun bangunan untuk sihat pun ramai je sanggup tapi bila dah sihat , mulalah lupa diri. Cari duit banyak banyak pun tak guna kalau duit tu akhirnya ke akaun bank doktor ! 

Sekarang ni musim Haji. Daging korban sana sini. Alhamdulillah.. wife aku pun ada buat korban. Maka dapatlah sedikit bahagian untuk kami. Dan tulang , wife buat sup tulang. Kalau dulu, bab sup ni memamng aku tengok dari jauh. Kalau tengok dari dekat , sah sah aku akan pening kepala dan tekannan darah naik..

Alhamdulillah... sekarang aku boleh je makan sup tulang. Tapi aku tak nak makan sup tulang yang dijual di luar sana. Aku tak berani. Hanya berani makan yang wife aku masak kerana aku tahu bahan apa yang dia masukkan dalam tu. Kalau makan di kedai. hurm....




Bila dah jaga kesihatan.. tubuh badan dapat impak positif. 

 Kesimpulan... jangan cepat salahkan genetik ! Kita tengok balik cara kita membesarkan anak anak. Kita sendiri menjadi contoh pada mereka. Mereka mencontohi kita dalam senyap.  Nak makan tu , boleh. Tapi berpada padalah. Nak makan tu boleh , tapi carilah yang sihat. Kenapa nak memudaratkan perut kita dengan makanan yang takda khasiat ? Jangan percaya sangatlah pada label label yang tertera di plastik bungkusan tu. 


Tepuk dada , tanya selera...
Share
Tweet
Pin
Share
No comments


2 kali ke klinik. Kesian kat Qhaliff sebenarnya. Dia nak cakap pun payah. Air liur penuh dalam mulut. Di lidah , keluar biji biji merah. Keradangan. Puncanya kata doktor , virus. Tak tau la virus apa tapi gitulah. Nak kata HFMD , bukan sebab kat kaki dan tangan takda tanda tanda jangkitan. 

Dan aku pun ada skit skit kat lidah. Bertukar tukar lokasi ! Tapi yang pasti, bahagian depan tu memang pedih. Macam dihiris. Nak makan tu ada selera tapi tu la.. pedih ! Aku , bila nak telan makanan.. terasa perit skit. Qhaliff takda. Anak anak lain, Alhamdulillah ok.. Cuma awal awal dulu je si Aariz ada. Sekejap. Letak bonjela, hilang dah. 

Gi klinik, doktor kasi ubat kumur dan sapu. Kumur tu terasa la kebas. Lega skit. Sapu , memang keluar air mata la. Pedih ! Tapi sekejap jer. Terpaksa jaga makan, Elak makanan pedas pedas.  Cari makanan lembut je. Kalau kena yang keras, memang sakit la pastu. 

Qhaliff dapat cuti 3 hari sebelum raya ari tu. Hari ni , dah mula sekolah.. dah ok mulut dia cuma dia masih dok terbiasa dengan sakit tu. Demam dan batuk , takda. Dok kemam je mulut. Memang nampak bengkak muka dia sikit. Kalau tengok gambar kat bawah ni, tu... macam tembam. Nak bercakap pun payah. Tapi dia kata tak sakit dah.. 

Gitulah.. sesekali Allah kasi ujian pada hambaNya.. kita bersyukurlah. Ada yang kena lagi teruk.. Tapi itulah.. kena macam ni pun , ada selera makan tapi nak masuk dalam mulut tu.. terasa takut ! Pedih weh..


 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Aku tahu.. ramai stress dengan lemak di bahagian perut dan juga pinggang. Diet dah , bersenam dah tapi apasal payah nak hilang ? Ada yang berjaya tapi ramai yang gagal membuatkan mereka putus asa dan kembali ke aktiviti lama... memburu makanan viral ! Hahahah.. kan ? 

Aku antara mereka yang dah bertahun cuba hilangkan lemak dibahagian perut dan pinggang ni.  Tak tau di mana silap aku. Aku bukanlah pemburu makanan viral. Bersenam hari hari dah. Tapi apasal masih gagal hilangkan lemak lemak degil tu ? 

Selepas dapat infomasi pasal visceral fat ni , aku tahu apa yang aku kena buat. Pertama sekali ialah kawal emosi aku. Kedua, tidur awal dan bangun awal. Ketiga , aku kena kurangkan pengambilan buah buahan ! Nah.. aku memang hantu buah. Buah-buahan tak salah tapi yang salah gaya hidup aku masa muda dulu yang membuatkan aku dapat masalah ni ! Maka aku kena reverse segalanya semula. 

Dan yang keempat , kena buat kardio ringkas selepas workout ! Aku berjalan kaki 10 ribu langkah sehari. Walaupun aku dah workout kata gym.. tapi aku masih perlu buat sedikit kardio ringkas setiap hari untuk memastikan aku benar benar mengunakan lemak simpanan terutama di bahagian perut dan pinggang. 

2 minggu aku cuba. Dan ternyata menampakkan hasil ketara. Pertama sekali berat badan aku lepas workout pada berat yang sepatutnya iaitu sekitar 80kg. Tekanan darah, normal. Selera makan tetap ada. Masih tetap pencinta wanita dan paling utama memang lemak pada perut makin menipis ! 





Bab makan? Alaaa.. boring nak makan makanan macam aku makan ni kan ? Sebenarnya akan terasa lebih nikmat kalau kita makan sedap sedap sesekali. Kalau hari hari makan sedap dan lazat , maka kita akan terus mencarik kenikmatan dunia tanpa ada rasa syukur ! Aku letakkan fokus pada biarlah makan untuk teruskan hidup dan sihat. Kalau mengejar yang sedap, memang takkan abis. Malah ada manusia akan menunggang kita nanti ! Kita la parah ! Kerja penat penat... abiskan duit untuk memasukkan racun dalam badan ! 

Cubalah buat... tapi jangan kaitkan berjalan tu dengan bekerja lak. Tak sama.... ya.
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes