Hampir 50% peratus lelaki akan terjojol bijik matanya termasuk aku... Dosa , dosa !!! Bukan takat terjojol pastu mengumpat lagi dlm hati.. Double dosa !
Hampir 50% peratus lelaki akan terjojol bijik matanya termasuk aku... Dosa , dosa !!! Bukan takat terjojol pastu mengumpat lagi dlm hati.. Double dosa !
Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24]..
CINTA ,
Hadirmu seketika ..
Meninggalkan luka..
Parut yang terbina ..
Meninggalkan bisa ..
Selamanya ..
CINTA ,
Hadirmu seketika ..
Membawa gembira ..
Mengubat lara ..
Menghilangkan sengsara..
Selamanya ..
CINTA ,
Ada pasang dan surutnya ..
Begitu juga kita ..
Tidak selamanya muda ..
Tidak selamanya tua ..
Mati menjemput kita ..
Yang tinggal hanyalah CINTA ..
-BEN ASHAARI 2011'
" Siap !! Apa pulak komen dia nanti .. Hehehe ... ". Aku tersenyum sendirian.
" Masa untuk tidur .. Entah apa pulak cerita hari esok . Yang gembira , tidur tersenyum.. Yang duka , bermimpi ngeri.. Huhu.. Aku ? Dapat jumpa Lisa Surihani dalam mimpi dah ler .. ". Mula lelapkan mata dan mengharapkan kehadiran esok membawa sejuta keindahan .
Tiba-tiba telefon bimbit aku bergetar.. Sms masuk ..
"Ben , kenapa tipu Ana ?? " .
Alamak ??? Takkan Wan kantoi dah kot ??? Panjang cerita kalau begini..
-SAMBUNG-
Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23]..
Benar kata orang .. " Cinta tidak semestinya bersatu tetapi kerana cintalah kita bertemu .. " .
Mungkin aku tidak dapat miliki hati Riana tetapi dapat mengenalinya serta berkawan , adalah sesuatu yang indah. Perwatakannya yang lembut , baik serta sopan malah periang orangnya , membuatkan aku rasa 'hidup' ketika berbicara dengannya.
Tetapi kenapa harus jatuh pada mereka yang mempersia-siakan cintanya ? Sungguh aku tidak berpuashati .Tapi itulah hakikat di dunia ini. Adakalanya sesuatu kejadian tidak mampu kita fahami sebaliknya menerimanya dengan hati terbuka dan satu hari nanti kita akan fahami juga .
" Hoiiii.. Mengelamunnnn ja keja haangg .. Tuu... Adawiyah dok panggil hang tuuu .." . Adik perempuan aku yang rock tapi penyayang tu menyergah aku dari belakang ..
" Nasib baik aku tak ada penyakit jantung , kalau tak ?? Hilang dah sorang abang yang macho lagi kacak bergaya nih ! ". Aku sound kembali adik aku ..
"Pigiiirahhhh.... Takat macho tapi poket kosong tak guna gak ! ". Adik aku membalas.
Tersentak aku. Ada kebenarannya. Duit ! Zaman ini zaman materialistik. Segalanya adalah duit. Aku ditinggalkan dulu pun kerana duit . Dan aku kembali belajar pun kerana duit .
Aku renung skrin laptop. OFFLINE sudah Adawiyah. Sudah larut malam . Aku perlu update satu entri dan seterusnya tidur untuk ke kelas esok .
Kata-kata terakhirnya sebelum berundur tadi , " Hadirkan cinta dalam diri dan pastinya indah lagi berseri dari mengigit jari ! ", membuatkan aku terpukul .
Sungguhpun aku menyukai Riana tapi aku belum bersedia membuka pintu hati. Begitu juga dengan Adawiyah. Apakah kedua mereka itu lebih sesuai bersahabat denganku ?
Ah... sukar benar menilai cinta ...
-SAMBUNG-
Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] ..
" Hang laaa sahabat aku dunia akhirat ! Terima kasih Ben !! Luv u la my friend..". Sms penutup tirai dari Redzuan atau nama manjanya Wan Kembong.
"Huh.. ingat aku gay ke ??? Kalau tolong , kawan.. Tak tolong ? Lawan ? Tu la manusia... Bila buat baik je nampak... Sekali buat jahat , terus cop musuh ! ". Aku membebel seorang diri.
" Kesian sungguh Riana sebab dapat cinta palsu. Apa nak kata ? Dah dia sendiri pilih yang hensem. Aku yang begini punya macho , tak nak lak dia pilih ! ".Bentak hati aku . Rasa berdosa sungguh aku.
Teringat ayat-ayat Riana dulu sewaktu bersms dengannya . " Lama dah Ana suka dengan Wan tapi Wan je tak perasan. Maklumlah , pelajar glamer kan ? Sapa la kita nak pandang.. ".
" Nasib la Riana.. Dalam tak nak bercinta , kau pilih beruang kutub jugak sebagai pasangan. Aku jugak masuk angin keluar asap. ". Aku kembali menatap skrip laptop.
"Baik aku layan chatting dengan Adawiyah ni.. Tak sangka dalam ni cantik dan ramai peminat rupanya. Yelah , kat luar sana , dia pakai cermin mata dengan ikat rambut.. Tapi bila bergambar , dibuangnya cermin mata dan dilepaskan rambut. Pergh... Cair lelaki tengok ni. Tapi kalau bertudung , lagi cantik ni .. ". Terubat luka seketika bila melihat Ada online di Facebook .
" Assalamualaikum wahai tuan puteri .. " . Aku menegur dia sebaik 'lampu hijau di Facebook menyala.
" Wsalam tuan putera .. ". Ada membalasnya ..
Gulp ... Dalam ramai-ramai jejaka , aku dipilihnya ?? Oh tidak.. Aku kembali melihat wall Facebooknya .. Penuh dengan lelaki yang cuba menguratnya.Begitu juga dengan gambar profilenya. Penuh dengan pujian saja dari lelaki ! Tapi dia tidak langsung membalasnya !!
Walahweiiiiii..... Berbunga-bunga hati ini .. Riana macamana pulak ?
Perghh.. satu keping demi satu keping , beria aku masukkan .. Bila mai tak duit 50 sen keping , tak muat.. kena paksa masuk , baru lepas .. Masih baru la katakan .. Heheh.. Nak guna 'dara' , kata lucah lak.. hahaha.. kena jaga bahasa.. Kang kena sembur dalam ni.. hahaha ..
Syok punya syok masukkan duit.. tetiba... bahagian atas tu , tergerak..
Loh.. rupa-rupanya , boleh bukak ! Hampehhh.. buang masa betul laaa...
Nak menyimpan segala duit baki harian .. Tapi jangan sampai kedekut lak kan ? Bersedekahlah jika berkemampuan .. Lagi kita keluar , lagi banyak ianya masuk.. InsyaAllah .. Yang penting adalah niat ..
Yer .. aku pernah juga hampa dengan CINTA satu tika dulu .. Tapi usia mematangkan kita dan begitu juga pengalaman hidup. Mungkin ada antara kita menjerit mengatakan jangan pandang rendah pada usia yang muda ..
Benar.. Masing masing tetap ada kelebihan .. Tak kira tua atau muda , tapi pengalaman akan membezakan kita .. CINTA , jika mereka punya pengalaman hidup .. kecewa dalam bercinta tidak memberi sebarang makna pada mereka .. Mereka akan terus mencari CINTA ..
Ada yang kata , CINTA yang akan datang belum tentu samanya dengan yang pergi... Tapi jangan lupa , yang datang mungkin lebih bagus dari yang lalu .. Semua itu adalah perjudian .. Kita hanya hidup sekali .. Nikmati kehidupan ini dengan jalan yang betul .. InsyaAllah , akan temui CINTA yang benar-benar CINTA..
Dan yakinlah dengan kurniaan CINTA itu .. Segala dugaan yang datang adalah dari Allah .. Batasi dengan agama , lindungi dengan agama .. Bercinta dengan agama .. Rindulah dengan agama .. InsyaAllah , mekarlah CINTA itu nanti dengan izinNya. Jika CINTA itu pergi juga , yakinlah bahawa telah dikurniakan satu pengalaman hidup yang amat manis kerana terlindung dari noda dan dosa ..
CINTA , datang dan pergi.. Yang tinggal hanya kenangan.. Kenangan bagaimanakah yang ingin kita cipta ? Dan paling penting , mengapa perlu menangis dengan pemergian CINTA itu ? Semua itu dugaan di dunia sementara ini ..
Yakin dengan CINTA .. bermakna yakin dengan diri sendiri .
Aku dah mula menyimpan .. Begitu juga dengan wife .. Tapi aku lagi banyak simpan berbanding wife .. Hahaha.. tak kisah la.. Sama sama punya harta ..
Simpanan untuk keluarga.. Masa depan .. Betul kata ayah aku .. Bila dah berkeluarga maka segalanya adalah untuk keluarga. Dulu aku nafikan kata-kata ini tapi sekarang aku memahaminya.
Sejak wife mengandung , rezeki mencurah-curah. Syukur kepada Allah.. Maka apa yang aku dapat itu adalah miliknya nanti. InsyaAllah..
Kalau ikut gila aku , mahu saja aku beli netbook yang baru sbb yang lama ni dah slow tapi masih boleh pakai.. Atau aku nak sambar satu macro lens .. Atau nak sambar satu alat gym .. Tak pun nak je tukar spek baru .. Atau kawin baru .. Hahaha.. Tang kawin baru ni , aku guwau je la.. Wife dok memanjang mimpi aku kawin baru.. Hahahaha..
Namun aku ketepikan kehendak hati .. Simpan semuanya .. Hanya guna untuk keperluan penting saja .. Tak kisah pon.. Aku dah dapat apa yang aku nak .. Kalau ada rezeki terpijak , baru aku beli apa yang aku nak.. Tu pon bergantung pada keperluan masa tu ..
Buat mereka yang akan bernikah dalam masa terdekat ni , berjimat cermatlah .. Walau banyak mana sekali pon duit , simpan jika tidak memerlukan .. Dan paling penting , ada lebih tu , bersedekah .. :)
Aku nak guna bodyguard ! Atau beli senjata api ?
Walaupun keselamatan negara kita ni masih dalam keadaan terkawal , namun aku sudah mula rasa kurang senang dengan keadaan ini ..
Apakah yang berlaku sebenarnya ? Manusia semakin terhimpit ? Desakan hidup ? Atau teringin nak cepat kaya ? Jenayah semakin menjadi-jadi !
Bulan lepas, kes restoran mamak kena samun .. Dengan pelanggan-pelanggan sekali kena.. Itu yang keluar kat suratkhabar .. Yang tak keluar sbb takde bukti atau malas nak kecoh-kecoh macam samun bersenjata di stesen minyak , kedai 24 jam , cafe siber .. Haa.. banyak ni.. Dan semalam , semasa merisik pon leh kena samun ! Camana tu ??? Makin teruk ...
Tujuan aku bukanlah nak takutkan orang ramai tapi amik langkah berjaga-jaga. Malang tak berbau... Yang berbau nanti kita wooo... Perketatkan keselamatan ...
Nak beli mana satu ehh ..
Alhamdulillah , dah masuk ke episod ke 21 .. Ramai tanya kenapa pendek benar ?? Kalau panjang , ada yang baca sambil letak bantal.. Atau nanti jadi berbelit belit.. Jadi untuk rileks dan bersantai , dibuat dalam bentuk begitu . Sekurang-kurangnya berjaya gak aku bermain dengan perasaan pembaca kan ?
Ada yang tanya .. Apakah cerpen ni berdasarkan kisah cinta aku sendiri atau aku ciplak mana mana cerpen ? Buat pengetahuan mereka yang nak tau , last aku baca cerpen , masa sekolah menengah dulu ..Begitu juga dengan novel cinta.Kalau ada pon satu dua buku setahun..
Tapi cerpen ini adalah gabungan dari imaginasi , pengalaman hidup , kegiatan rutin harian malah ada juga dari tontonan television tetapi ditukarkan penyampaiannya agar lebih menarik dan mendebarkan ..
Idea adalah spontan . Bergantung pada mood serta aktiviti harian . Yang menariknya , setiap episod dikarang tanpa dibaca semula.. Tulis , siap dan post !
Berbalik pada cerpen itu .. Apa yang ingin akan berlaku nanti ? Persoalannya yang patut difikirkan .. Siapakah yang akan mencuri hati siapakah ? Apakah Ben ? Atau hati Adriana ? Atau Adawiyah ? Apakah yang terjadi dengan Wan ?
Waaaaaaaaaaaaaaaaarghhhhhhhhhhhhh... Bilakah akan tamat cerpen ini ? Si Capik sampai beratus episod.. Takkan yang ni sekejap je kan ? InsyaAllah .. selagi ada idea , aku akan karangkan agar lebih menarik dan yang penting , lain dari yang lain ...
Terima kasih pada yang sudi membaca dan memberi sokongan terutama rakan pembaca di FB , bloggers dan juga admin page / group , En.Angah yang sudi mempromosi entri cerpen di dalam pagenya.. Tak lupa semua rakan rakan juga ! Terima kasih !
Bagi yang belum membacanya , sila rujuk di menu page diatas.. di sediakan dalam bentuk episod... Terima kasih pada Sunah atas ideanya menyediakan susunan tersebut.
Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21]..
"Ben , terima kasih sbb coverline aku semalam. Aku tersms Riana lak . Kelam kabut sangat sbb mak aku tuu. Dia suruh aku antar dia dulu g umah makcik aku.. Aku antar sms suruh Zura tunggu jap... Nasib baik aku tulis tu je.. Kalau aku tulis ' i love u ' ? Sah sah melepas Riana tu.. Eh , kau tak berminat ke dengan Adawiyah tu ? Aku tengok dia tu bukan main suka dengan kau .. Jom , g makan.. aku belanja.. ". Wan bersuara setelah membisu seketika . Kelas dah tamat.
" Kau tak g dating ngan Riana ke ? ". Aku tukar topik perbualan.
" Er.. tak . Jap lagi nak jumpa Rozita. Dia ajak tengok wayang lak malam ni. Nasib baik kau tanya.. Kalau Riana tanya pasal aku malam nanti , kau cakap aku keluar dengan sepupu aku , si Sunah tu .. Boleh eh ?? ". Wan merayu.
Muka Wan macam muka si Garfield je aku tengok bila minta belas ! Kang aku buat tak tau , dia pulak merana. Dah la dia spesis tak ramai kawan. Kami dah berkawan sejak kecil lagi. Memang senantiasa berkorban apa saja . Tapi kali ni , aku rasa malas sangat sbb melibatkan perasaan perempuan dan lebih lagi melibatkan orang yang aku suka !
"Jadi apa apa , aku tak tanggung ! Aku cakap aku tak tau apa apa tau pasni !! ". Aku bagi amaran pada Wan.
Selepas makan ... kami berpisah .. Wan terus ke KLCC dan aku pulang ke rumah ..
Di rumah ..
" Ada message di FB la.. Hurm .. sapa eh ? " . Aku klik .... Terpampang wajahnya... Tersenyum aku.. Entah kenapa aku boleh pula tersenyum melihat wajahnya di FB ni ..
Tiba-tiba , telefon bimbit aku berbunyi.Ada sms masuk.
" Salam Ben . Riana tak dapat contact Wan dari tadi. Kalau Ben dapat call dia atau sms dia , tolong bagitau dia yang Riana pergi KLCC dengan sepupu Riana yer . Dah berpuluh sms bagi , satu pun tak balas. Tq Ben. Take care. "
Masak !
-SAMBUNG-
Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20]..
Saya follow awak akhirnya ! Tahniah kerana berjaya memikat hati saya.
" Wah.. dia follow aku.. Bererti ??? ". Pantas aku lihat di widget FOLLOWER .. Tapi yang mana satu ? Ada ramai yang FOLLOW aku malam ni ?? Tapi takkan itu je komen dia kot ?? Aisey.. sekurang-kurangnya puji la skit.. ". Bisik hati kecil aku .
Tercari jugak gambar Adawiyah atau Riana , malangnya tiada . Atau mereka guna gambar Avatar ? Hiskh.. takkan nak buat gitu kot ? Sapa Anonymous ini ?
" Umpan aku untuk membuatkan Anonymous Follow blog aku dah tercapai malangnya dia lebih bijak ! Tak tau yang mana satu sebab sebelum aku update , jumlah Follower adalah 18101. Bermakna dia di antara 30 yang terkini ? Macam Inspektor Gagdet dah aku ni .. ! ". Bisik hati aku sambil tergaru garu kepala dok memikirkan misterinya gadis ini.Kalau la dia gadis. Kalau teruna ? Mau naya aku !
Tiba-tiba di FACEBOOK aku ada satu notification. Apakah Adawiyah dah terima aku menjadi rakannya atau adakah Riana add aku ? Wah.. Dengan pantas aku klik notification tu ...
" Wow.. " . Terpancul terus dari mulut aku .
- SAMBUNG -
Waaahh.... bila bersandingnya Qila Wan Hisham ? Awat tak jemput peminat ?? Kenal tak dia ? .. Haaa..
Hurm.. ramai tak setuju aku letakkan gambar tu kat sini maka sila klik SINI
Kesimpulan : Buat aku dan rakan-rakan di blog ini , sila jadikan pengajaran . Kebodohan kita hari ni belum tentu tersebar hari ini juga .. :) . Buat anak dara , simpan maruah dan dara itu.
Sweet la konon !! Kang bersepah anak korang tu haa.. Buat pandai ! Jaga , tak reti langsung !! Tau tau depan pintu rumah orang !