Akan ku miliki hatimu itu .. (23)
Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23]..
Benar kata orang .. " Cinta tidak semestinya bersatu tetapi kerana cintalah kita bertemu .. " .
Mungkin aku tidak dapat miliki hati Riana tetapi dapat mengenalinya serta berkawan , adalah sesuatu yang indah. Perwatakannya yang lembut , baik serta sopan malah periang orangnya , membuatkan aku rasa 'hidup' ketika berbicara dengannya.
Tetapi kenapa harus jatuh pada mereka yang mempersia-siakan cintanya ? Sungguh aku tidak berpuashati .Tapi itulah hakikat di dunia ini. Adakalanya sesuatu kejadian tidak mampu kita fahami sebaliknya menerimanya dengan hati terbuka dan satu hari nanti kita akan fahami juga .
" Hoiiii.. Mengelamunnnn ja keja haangg .. Tuu... Adawiyah dok panggil hang tuuu .." . Adik perempuan aku yang rock tapi penyayang tu menyergah aku dari belakang ..
" Nasib baik aku tak ada penyakit jantung , kalau tak ?? Hilang dah sorang abang yang macho lagi kacak bergaya nih ! ". Aku sound kembali adik aku ..
"Pigiiirahhhh.... Takat macho tapi poket kosong tak guna gak ! ". Adik aku membalas.
Tersentak aku. Ada kebenarannya. Duit ! Zaman ini zaman materialistik. Segalanya adalah duit. Aku ditinggalkan dulu pun kerana duit . Dan aku kembali belajar pun kerana duit .
Aku renung skrin laptop. OFFLINE sudah Adawiyah. Sudah larut malam . Aku perlu update satu entri dan seterusnya tidur untuk ke kelas esok .
Kata-kata terakhirnya sebelum berundur tadi , " Hadirkan cinta dalam diri dan pastinya indah lagi berseri dari mengigit jari ! ", membuatkan aku terpukul .
Sungguhpun aku menyukai Riana tapi aku belum bersedia membuka pintu hati. Begitu juga dengan Adawiyah. Apakah kedua mereka itu lebih sesuai bersahabat denganku ?
Ah... sukar benar menilai cinta ...
-SAMBUNG-
5 comments
ayoooooo
BalasPadamsemakin gawat dan gawat lagi daku membacanyaaa
hehehee
abg ben,tbe2 rse cdey pas bce entry ni...kenapakah?
BalasPadamhati sy lembut mcm tisu...owh~
kawan dulu, nanti cinta tu akan hadir dengan sendirinya...
BalasPadamAlaaaa xkan dah nak habis ni? =.=
BalasPadamsalam...smpi sni je cerpen ni?kalau ada entry bru msukkanlah ye?time kash.
BalasPadam