Selasa, 13 September 2011

Akan ku miliki hatimu itu .. (17)

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] ..

 

"5 missed call "

 

Tertera di skrin telefon bimbit aku gara-gara tak menjawab panggilan dari Riana dari tadi.Ini semua kawan punya pasal ! Dia bersedap kat luar aku lak dapat darah tinggi kat sini.

 

" Haish.. kang aku jawab , aku lak dapat dosa.. Tipu sunat otak dia ! Ni la dia .. Nak makan kenyang tapi tak nak buat keje ! Last last aku gak yang pening kepala .. ". Aku bebel seorang diri.

 

Akhirnya aku jawab panggilan tersebut sebab kesian kat telefon bimbit aku yang 'mengeletar dari tadi tanpa henti macam ada parkinson lak gayanya.

 

" Walaikummussalam w.b.t .. Ya Puan Seri .. Cari Datuk Seri yang hilang ke ?? ". Aku saja buat lawak bodoh.

 

" Entahlah , Ben pun tak pasti sangat..Petang tadi ada dia kata dia nak ke kubur makcik dia.. Eh , rumah makcik dia .. kat mana tah.. Dia ada pesan , rumah makcik dia tu mmg susah nak dapat line. Kalau Riana ada call , jangan risau , dia hidup lagi... Gitu la katanya .. ".Aku balas pertanyaan Riana secara lawak. Sian kat dia.

 

"Er ..Sapa Zura ? Kenapa tanya pasal Zura ? Oooo.. Wan ada hantar mesej pada Riana tapi ada tulis nama Zura ? Zura tu nama anak makcik dia tu. Kira sepupu sepipit dia je la tu.. " . Ikut hati aku , mau saja aku cakap 'itulah madu awak !! '  tapi demi kebahagiaan kawan kawan , biarlah aku berkoban. Macam cerita hindustan pula gayanya aku ni.

Dan tak pasal-pasal aku berborak berjam lamanya dengan Riana. Terubat rindu aku pada dia seketika walaupun aku tahu yang dia tiada perasaan pada aku . Perbualan aku dengannya banyak berkisarkan pada pelajaran , dunia blog dan tidak lupa juga pasal Adawiyah yang meminati blog aku itu sejak dari mula aku punya blog.

 

"Betul Ben ! Dia tak sangka blogger yang dia minat sangat tu berdiri depan dia sewaktu di Klcc tempoh hari. Tu pasal dia nak ikut g beli air dengan Ben. Nak bagitau yang dia minat sangat kat blog Ben tapi muka Ben tu macam singa kelaparan. Takut dia jadinya.". Masih terngiang di telinga aku penjelasan dari Riana.

 

Adawiyah = anonymouskah ? Tapi apa bukti yang aku ada ?? Perlukah aku lupakan Riana dan berkawan saja dengan Adawiyah ? Atau kawan je la dua-dua kan ? Bukan nak ajak kawin pon kecualilah Riana menerima cinta aku tapi ... dia sukakan Wan. Hurm...

 

"Ada no telefon Ada , Ana ? " . Pinta aku tergagap-gagap .

-SAMBUNG-

5 komen :

peyansanstaro berkata... [Reply to comment]

nak lagi..

mas saari berkata... [Reply to comment]

hehehee...akhirnya mintak juga no telefon Ada! kawan je dulu, mana tau suka nanti... ;P

muLan mia berkata... [Reply to comment]

comelnye kisah abang ben... dahla, nama sama dengan saya.. hahaha. *terperasan sekejap

Solihahazahar berkata... [Reply to comment]

PERGHH terbaiklahhh abg ben. tak sabaq nk tggu lain episod. hhu

Amirah Suhana berkata... [Reply to comment]

haha kejam je ckp muka cam singa kelaparan :p haiyee.

yes yes..dah mintak ..lepastu lepastu?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI