Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 1 September 2010

Cara nak tackle awek ?

Wah... ada orang mencari bagaimana nak tackle awek ? Perghh... ni mesti pemalu orangnya .. Meh sini aku bagi tips.. cara aku nak tackle awek .. hehehe ..

Ada 2 kategori awek ni bagi aku ... Yang biasa dilihat.. Yang pertama kali dilihat .. Kita mulakan dengan edisi YANG BIASA DILIHAT :

Yang biasa dilihat ni , dipecahkan banyak bahagian .. aku amik yang paling biasa .. pertama di pejabat .. kedua , di tempat makan atau hentian pengangkutan awam ...

Pejabat : Paling penting , kena tau status dia ... milik orang atau tidak .. kalau milik orang , jgn cari pasal .. sehensem mana pon anda , tolong jauhkan bisikan syaitan itu .. Jika masih single , silalah mencuba .. caranya ... hehe.. Tarik perhatiannya ...Rajin rajin la buat catwalk depan dia time keje.. buat buat bz .. jgn buat buat free .. mau dia pk , anda ni pemalas !

Antara kebzan yang boleh anda buat ialah , g fotostat .. walaupun takde apa nak fotostat , anda g gak.. bawak je segala kertas yang ada .. kalau takde , fotostat je muka atau tapak tangan anda itu .. Kalau berkaitan dengan dia , sesekali g la berbincang dengan dia .. Bila berbincang tu , jgn la buat berlagak pandai ... atau berlagak bodoh .. Bertanya kemudian tanya pendapat dia .. seolah anda seorang yang bersikap terbuka .. tu diaaa ...

Jgn mengatal lak semasa berbincang tu .. mata tu jaga yer .. kang tak pasal pasal , kena sound kat situ .. malu weh... walaupun bukan niat tapi mmg mata lelaki ni automatik... sbb dek syaitan dok bergayut kat situ ..

Kalau anda rasa berjaya menarik perhatian dia , sila ke langkah ke dua .. Langkah ke dua ialah , saja saja ajak dia lunch bersama .. kata nak belanja sbb gaji bulan lepas tak abis lagi ... Kalau dia kata nape tak nak ajak kawan yang lain , kata je budget cukup untuk dia je lagi pon dia makan tak banyak ... hahaha.. ok ?

Bila langkah ke dua tu berjalan dengan lancar .. barulah ke langkah seterusnya .. Pentingnya langkah ke dua berjaya adalah untuk mengenali dia dengan lebih mendalam... minat , hobi , asal usul dsbnya .. Jangan berlagak macho dan jgn berlagak macam Mr. Beans lak ... Be cool kata Brad Pitt ..

Langkah ke tiga , ajak dia keluar .. bukan dating .. tapi saja saja habiskan masa hujung minggu .. Kalau berjaya ... ehem ... bermakna dia senang dengan anda .. Langkah seterusnya , aku pasti anda dah tau kan ... Tak payah la bagi bunga .. buang masa jer ... tu masa hangat bercinta , boleh bagi .. hehe...

Ok.. aku bagi tu dulu ek .. nanti aku bagi sambungan lagi ... ;)


5 komen :

ザ-sylver-shooter berkata... [Reply to comment]

hahaha..tu dia tips dari Ben..

Gen Fujita berkata... [Reply to comment]

Tak mau, yang biasa dilihat dah tau camana. Nak tau camana nak tackle yang tak biasa dilihat, tu yang payah. Menunggu next entry... he he he...

HaFizRahMaN.com berkata... [Reply to comment]

terbaik..haaha..ben,my link dah kena buang ek dari blog nie???huhu

cuteyes berkata... [Reply to comment]

"kata nak belanja sbb gaji bulan lepas tak abis lagi ... Kalau dia kata nape tak nak ajak kawan yang lain , kata je budget cukup untuk dia je lagi pon dia makan tak banyak ... hahaha.. ok ?"

hahaha..nampak daa kat situ, nak test market!huhu,btul2,pe2 hal,be cool, baru awek sangkutt..xyah cntrol macho and gentle sgt..

Danial Ikhwan Jaafar berkata... [Reply to comment]

wah..gitu..mantap la encik ben! hahaha.
tapi, rasanya bila nak buat tu, mesti agak berdebar-debar tahap gaban..heheheh

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI