Janda Meletup !

by - Khamis, September 02, 2010

Ketepi .. ketepi ... benarkah anak dara mahupun ibu dara ni sensitif dengan perkataan 'JANDA' ? Adakah mereka khuatir janda janda ini akan mengebas suami atau kekasih mereka ?

Aku ceritakan pada korang tentang satu kisah ni .. terjadi pada rakan aku .. Kawan aku ni , orangnya boleh tahan.. ada rupa la.. Nama ? Tak payah la nak tau .. Ok ok.. aku bagi nama dia , Bratt .. Ok ? hahah..

Dia ni kaki internet gak la.. kaki chatting .. Satu hari dia kenal satu perempuan ni.. maka berkawanlah dalam dunia cyber tu .. Kawan punya kawan sampai la satu tahap , perempuan ni bagitau sapa dia ... Dia cerita segala latar belakang..

Antara yang aku ingat , dia ni ibu tunggal anak sorang.. Bekas suaminya pula jenis kaki temberang .. kuat cemburu .. Hartanya , habis dikebas dek lelaki tu dan dijolinya.. Kaki judi , arak dan perempuan .. Korang bayangkanlah , sampaikan si isteri ni balik dari kerja dan masuk je ke dalam rumah , tengok ada perempuan dalam bilik tidur dia.. dan berada di atas katil dia .. dan laki dia ( masa tu la ) boleh buat selamba jer .. Lagi best , dia suruh perempuan tu amik mana mana baju yang dia berkenan dalam almari isterinya tu .. Haa.. tak cukup dengan tu , sepak terajang lagi naik kat badan .. Bab harta , abis ditipunya .. kononnya nak buat bisnis.. maka si isteri pon turunkan tandatangan sebagai sokongan .. padahal , surat tukar hak milik rumah... maka rumah mereka tergadai ! Duit ? Main judi .. Ok.. tu serba ringkas..panjang kalau nak cerita .. Dah la dia berhenti kerja kerana laki tu suruh dia berenti .. Dan berhutang dengan along lagi ... camana tu ?

Maka bercerailah mereka dan si ibu tunggal tadi bawa anak dia ke kampung halaman .. Di sana , orang kampung mula tak senang hati .. termasuk la adik beradik dia sendiri .. Risau dengan status dia tu .. takut laki diorng nak pikat .. Huh.. Dia seolah olah dipulau .. hurmm..

Dicampur lagi dengan bekas laki dia yang giler talak datang menganggu .. nak rampas anak tunggal dia .. satu satu masalah timbul ...

Setelah kawan aku dengar semua tu , dia ajak perempuan tu kawin .. niat dia nak bantu perempuan tu dan anak dia ..

Haaa... macam tu la ceritanya ..ringkas dah tu.. hahaa... Maka , kita ini janganlah pandang sebelah mata pada ibu ibu tunggal ni .. ada faham ? Mereka sendiri pon tak nak bercerai berai tapi dah gitu jalan ceritanya , nak kata apa dah kan ? Sampai situ je jodoh mereka ... Kita kena la bantu .. bukan bantu tengok ! atau bantu buat madu ! tapi bantu memberi semangat untuk teruskan perjuangan .. Mana tau , jodoh mereka nanti dengan lelaki yang baik ... kan ? Tgk artis artis kita tu.. ramai janda .. kawin dengan anak teruna gitu .. mantap lagi.. haaa...

Kesimpulan ... janda always meletup !

You May Also Like

16 comments

  1. kwn sekolah aku kawin ngan janda anak satu. sampai skang idup bahagia..

    BalasPadam
  2. xpernah pandang rendah pun pada wanita bergelar janda
    sekarang zaman dah berubah kan
    bukan macam dlu lagi dah

    P/S : Review Film : Step Up 3D Memang Gempak! Kalau Boleh Nak Tengok Lagi 4 Kali!

    BalasPadam
  3. jangan mempersendakan janda kan bro ben :)

    BalasPadam
  4. betul ben, status ni memang org x berapa suka..yela..keluarga dorang x kena lagi..boleh la ckp..

    sebab tu, bila org tanya status..lbih suka ckp single..sbb hati org ni lain2.. thx ben sbb tulis N3 ni..sekurang2nya org tak pandang semua janda tu terok..

    BalasPadam
  5. Sila prcaya ye .. mak saya dulu janda anak lima .. kawin dgn bujang. Besar sngguh jasa dn pngorbanan abah mnerima kami sbagai ahli keluarganya.

    masih ada yg brhati mulia meskipun yg ramai yg mmandang serong.

    BalasPadam
  6. Ben.. Ben.. tak shukerrr!! tak shukerrr!
    u tukr la 'janda' dengan 'ibu tunggal meletopppsss'
    tukar la Ben..
    iye.. mmg pon :D
    byk perkara yg 'org belum' dan 'tak alami' perlu tau betapa insan2 ini terlepas azab dunia yakni bebas dr meng'hadap' "suami begini"
    bukan senang.. bukan cukup sekadar meratap nasib..
    wanita yg harus 'bangun' disamping sehabisboleh melakukn tanggungjwb kpd anaknya.. 'amanah ALLAH'

    BalasPadam
  7. Janda lagi meletup dari anak dara..percaya kan..

    BalasPadam
  8. xsume janda tu jahat..
    biasa la..no bdy perfect..:)

    BalasPadam
  9. semua org ada kelebihan masing2.. xsemua janda tu xbaik n xsemua anak dara tu baik

    BalasPadam
  10. Setuju..janda always meletops..okey.. Demi menaikkan nama janda2 di Malaysia, Singapura, Brunei mau pun Selatan Thai, mat gebu akan menamakan resipi "Ayam Madu Janda"....

    BalasPadam
  11. hahaha..mat gebu siap nak wat nama resepi ayam madu janda lagi tuu..hoho.. janda ke anak dara ke, kalo ati baikk,ada lah kebaikan yg dtg pada dia 6t..yg xpuas ati, tu bkn apa,,dengkii jerr..

    BalasPadam
  12. smua bergantung pada individu, bukan semua ibu tunggal perampas, ada gak yang masih bini org rampas laki org lain...macam2 umat akhir zaman nie

    BalasPadam
  13. Ramai Artis Malaysia merupakan janda hangat + meletup yang menjadi buruan

    BalasPadam
  14. :) i like.. tak de siapa yang kahwin nak berpisah. Ramai yang terpaksa berpisah kerana tiada jalan lain dan tak leh tadah emosi dan badan kepada penderaan. Terima kasih di atas nota Ben.. utk MG, nak tunggu ayam madu janda kat blog MG..mesti gempak..sebab ada kombinasi madu + janda..huk huk i fpllow

    BalasPadam
  15. Bagus sangat isu ni...bukan semua orang nak jadi janda..tapi sebab dah teRjatuh talak..terpaksalah terima.. memang kagum dengan Ibu-ibu tunggal yang mampu terus survive dan berjaya..walaupun hidup seorang diri..setiap kejadian ada hikmah tersembunyi.Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk umatnya =)

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah, semakin ramai yg berfikiran terbuka dengan status ibu tunggal ni. setuju dgn mr.ben, bkn kehendak sendiri perceraian terjadi. hanya yg mengalami saja yg tahu. Namun xkurang juga ada segelintir masyarakat yang memandang negatif terhadap status tersebut. kalau lelaki (segelintir), xde benda lain yg difikirkan status mcm ni mesti lonely.. huh!! , kalau isteri2 ada yg benci sgt pd janda..walhal diorg xtahu suami2 diorg yg sibuk nak ngusha janda, kononnya nk jd hero :-p .. tak kurang juga ada segelintir wanita bujang yg tumpang sekaki mengutuk janda..pdhal hidup sendiri blm pasti lg mcm mana...hmmm kesian kan..

    BalasPadam