‘ House Hubby ‘ , sempena Hari Bapa di Nona, TV3 .

by - Sabtu, Jun 09, 2012

 

[IMAG093411.jpg]

Promo NONA esok , aku masih tak sempat nak tengok kat TV3 .. Tapi ramai rakan dah mula sok sek bercerita mengenainya. Sebenarnya , aku risau gak la menanti hari esok .. Yelah , takut ada yang tak faham intipati sebenarnya segmen tu ..

‘House Hubby’ sempena Hari Bapa .. Itulah sebenarnya segmen yg melibatkan aku dan anak aku , Muhammad Qhaliff Iman esok .. Berkisarkan aku sebagai seorang suami yang bertindak sebagai suri rumah atau lebih tepat lagi duk rumah , jaga anak dan uruskan hal hal rumah .. Bukan 100% yer .. Masih ada pembahagian tugas dan ini melibatkan perbincangan bersama ..

Opss .. jangan salah sangka.. Aku masih lagi suami dan juga bekerja tapi pejabat aku , di rumah .. Jangan ingat pulak aku makan duit hasil titik peluh isteri yer ..

Sebenarnya apa yang berlaku adalah lebih pada nak jaga Qhaliff sendiri.. Kami sepakat untuk membesarkan Qhaliff tanpa pembantu rumah atau letakkan di di nursery .. Kira nak jaga dia hingga dia layak masuk ke taska .. Haa.. gitu laa ..

Tindakan kitorang terdorong dari rasa yang tidak beberapa yakin dengan keadaan nursery yang ada sekarang ni.. Nak yang bagus , harganya amatlah tinggi. Kira penat je la keje siang malam tinggal anak tapi dapat gaji , bagi kat nursery… Tu pendapat aku yang aku bagitau kat wife yang mana akhirnya aku yang buat tindakan untuk jadi blogger sepenuh masa dan ini adalah permulaan kepada cita cita aku untuk jadi penulis yang bukan bertaraf profesional. Hehe ..

Alhamdulillah .. kami tak la bercita-cita nak hidup kaya raya hingga perlukan pendapatan berangka angka .. Apa yang kitorang nak , nilai nilai kekeluargaan ada dalam sewaktu pembesaran anak anak .. Aku dpat lihat contoh yang bagus dari rakan rakan blogger yang mana anak anak mereka berjaya di besarkan dengan baik sekali. Dan aku nak contohi mereka .. InsyaAllah ..

Kenapa aku dan bukan wife yang amik keputusan ini ? Yang pertama , rugi rasanya sbb wife punya masa depan yang jauh lebih cerah berbanding aku .. Tak salah aku akuinya kan ? Sapa kata lelaki ego ? Maaf la yer .. Dan , wife suka dengan profesion dia sekarang ini berbanding aku yang kerap kali diserang hypertension .. Jadi sebelum aku mati kerana hypertension , baik aku undur diri.. Dan , syukur pada Allah , aku ok skang ni.. Walaupun aku bisa tension ngan Qhaliff tapi dia anak aku .. heheh ..

Dan selebihnya , korang boleh tengok esok di NONA,TV3 jam 2 petang .. Hurm.. Tak sempat nak mekap pon kitorang .. Er , kitorang ???

Mengapa lelaki tak boleh amik tempat wanita sedangkan wanita berebut untuk amik tempat lelaki ? Yang penting , jangan lupa tanggungjawab dan tugas tugas hakiki seorang lelaki yang bernama suami .

You May Also Like

39 comments

  1. nak tengok..nak tengok..
    nak tengok Qhaliff & papa Qhaliff... :)

    BalasPadam
  2. Akan ku tgk esok Nona (padahal nak tgk neelopa

    kehkehkeh...

    BalasPadam
  3. Akan ku tgk esok Nona (padahal nak tgk neelopa

    kehkehkeh...

    BalasPadam
  4. Menjaga ank sendiri dpt tgk perkembangannya sampai besar. Anugerah tidak ternilai.

    BalasPadam
  5. like like like..
    suami mengambil keputusan untuk menjadi house hubby dan masih lagi mampu menyara family dia, tanpa perlu ke pejabat. ini yg patut di contohi oleh lelaki yang kat luar sana...

    keputusan yg bijak abg ben!

    seronok bila baca kisah qhaliff.. Qhaliff yg comel dan gebu!

    BalasPadam
  6. wahhh . tak sabar nak tunggu esok !!

    BalasPadam
  7. bapa mithali lepas ni bang ben :P

    BalasPadam
  8. wah!! abg ben msuk nona =D

    BalasPadam
  9. wah..nak tgk la besok kalau sempat~

    BalasPadam
  10. Nice! Saya salute sgt abg ben tak ego nak akui semua benda ni. Saya setuju sangat2 dengan sebab2 abg nak jadi house hubby ni. Yang penting tanggungjawab hakiki tu kita tunaikan. Banyak lelaki x sanggup nak bwat kerana ego.

    BalasPadam
  11. dh tgk iklan .. x saba nk tgk nona.. dgn gagah pekase abg ben menyuarekan pendapat tentang hubby house.. hehe

    BalasPadam
  12. kenapa lki x bleh ambik tugas wnita di mana pmpuan sibuk mrebut krja llki.. stuju..

    BalasPadam
  13. skrg dh xbrapa ykin dgn pmbantu rmh..mcm2 kes..huhu..bgus abg ben nak jaga baby kt rmh..jarang lelaki camtu..:)

    BalasPadam
  14. assalamualaikum en.ben...esok boleh la tunggu segmen Nona kat TV3 jam 2 ptg nak tengok en.ben n Qhaliff...:)

    BalasPadam
  15. haha...sweetlah abg ben..!
    kena tengok nona sok ni!

    BalasPadam
  16. setuju bang,jaga sendiri anak lebih elok..kita sendiri yg didik anak kita..ibubapa lah yg patut mencorakkan kain putih..

    BalasPadam
  17. saya mmg respek dgn abang Ben! salute! mmg sgt LIKE post ni... :)

    BalasPadam
  18. moga tak lupalah hendaknya esok.. ;) kalau anak dah pegang remote astro, agak sukar nak tukar channel..

    BalasPadam
  19. Insyaallh, esok ramai aunty2 and uncle2 Qhaliff depan tv.

    BalasPadam
  20. owh kuar nona ker esok... haaaaaaaa....
    bagus2..

    BalasPadam
  21. wah...wajib tonton ni..tahniah!!

    Semoga berjaya mendidik anak dengan sempurna menjadi anak yg soleh di sisi agamaNYA..;)

    BalasPadam
  22. nk tengok lah nona esk...mesti bestkan!..^^

    BalasPadam
  23. mr. Mama. ok pe ;) tak sabar nak tengok esok.

    BalasPadam
  24. yea, wish kalau boleh nak jadik housewife atau setidak2nya bekerja dari rumah sambil menjaga anak2..but so far taska ok dan alhamdulillah, cuma kalau dapat jaga anak sendiri lebih puas..

    BalasPadam
  25. cayalah abg ben...tak sabar nk tgk NONA esok.... hehehe ^^

    BalasPadam
  26. bagosla nak jaga sendiri baby. tak ramai lelaki yang sanggup jaga baby kat rumah. syabas abg ben :)

    BalasPadam
  27. Semoga hasrat yang mulia membesarkan sendiri anak, akan dipermudahkan Allah. Semoga Qhaliff menjadi anak yg soleh. Quit job dah 8 bln & now jaga anak sendiri 24-7 memang rasa seronok walau byk dugaan :)

    BalasPadam
  28. tahniah En. Ben. rezeki berblog pun masyuk juga sama dgn org yg kerja2 biasa. insya allah nak tunggu Nona petang esok ;)

    BalasPadam
  29. nk tgk Nona nt.nk tgk mke abg ben yg real.hehe

    BalasPadam
  30. whoaaaa~~ nak tgk abg ben ngan baby qhaliff la.. yehaaaa~ x sbr ni! :D

    BalasPadam
  31. pertama sekali congrats sbb dpt masuk nona, nuri pun jap lg nak duk depan tv tgk qhaliff ngan abg ben...

    yg kedua, mmg salute kat abg ben and wife, sbb berkorban untuk jaga anak sendiri. nuri pun mcm abg ben and wife, tp terbalik pulak, nuri yg hypertension, so, hubby tak bg keluar kerja dan mmg tak yakin org lain jaga anak dia even emak dia sendiri. tp hubby kena buat dua kerja utk sara family. bg nuri, siapa yg keluar bekerja, atau siapa yg duk rumah menjaga anak, tak penting, janji, kedua-2nya saling bertolak ansur dan memahami;-)

    BalasPadam
  32. Salam Ben,
    Sy baru menonton anda di NONA. Segala usaha, tanggungjawab & keikhlasan kamu harus diteruskan. Semoga kehidupan lebih bahagia di masa akan datang.
    5☆ utk kamu, Happy fathers Day.

    BalasPadam
  33. amoih3..pandai nyer wat keje umah..eh, pinggan tuh basuh 2biji je ke???huhu..

    BalasPadam
  34. jom baca entry abg ben dalam nona. dan beberapa article tentang lelaki..

    http://nurulharnanikasmari.blogspot.com/2012/06/suami-harus-menghargai-pengorbanan.html

    BalasPadam
  35. dah tgk nona tadi. ala, bukan Ben tak keje pun, still ada pendapatan sendiri. cuma work from home saje. keje online pun menjana duit :)

    BalasPadam
  36. rugi tk dpt tengok...:-( pstttttt ada saper2 rakam balik tk? kalau ada letak la kt blog, boleh saya tumpang tengok....huhuhu terkilan gak ni

    BalasPadam