Earphone SUDIO VASA

 

Lama dah tercari earphone yang bagus kualitinya. Masa di Jepun ari tu pun ada gak aku tercari tapi tak berani nak beli sebab takde recommendation dari kawan kawan yang dah pernah guna.

Aku ada 3 jenis earphone sekarang ni tapi bunyi dia.. hurm.. pastu yang buat tak best tu kabel dia yang nipis tu. Nak guna yang bluetooth , aku nak elakkan makan bateri sebab nak guna masa keluar pergi event. Heheheh..

Bila dah ada aplikasi Deezer yang mana kualiti bunyinya memang best , aku perlukan earphone yang best jugak ! Ternampak seorang rakan blogger yang buat review earphone terus aku bertanya padanya..

Memang sedap giler bunyi dia , bang Ben !

Arghhhh.. aku pon nak gak laaaa ! Dan , tadi.. sampai dah earphone yang aku order dari Sweden ni melalui www.sudiosweden.com ni. Tak sabar nak test ! Huhuhu… Terus buka perlahan lahan.. Hurmm..

image

Sebelum tu belek belakang dulu..

image

Hurm… banyak jugak ‘isi’ dia… Huhuh…Dan bahagian dalam dia ? Hurmm… Kena usha kiri kanan.. Jauhi anak anak anak yang bijak itu.. Pasti teruja nak tau apa yang daddy dia dok pegang tu !

Ok.. dalam kotak tu ada Rose Gold Plated Earphone , Cable Clip, case kulit , manual dan size size berbeza getah di bahagian telinga tu.. Rujuk gambar tu haaa.. heee…

image

Fuh.. kemas ! Nampak dalam kelas tersendiri gitu ! Berbaloi dijadikan koleksi ! Dan terus tuju ke kotak SUDIO VASA.. Hehehe..

Dan.. Yesss !!

image

image

Siap ada case kulit untuk simpan earphone ni ! Elakkan dari rosak ! Huhuhu.. Barang baik perlu jagaan yang terbaik.. kan , kan ? Heee…

image

image

Amacam ? Cool kan ? Kable dia berbeza ! Ringan pulak tu… huhu.. Ok , masa untuk test dengar..

image

Perghh…. Akhirnya  ! Aku berpuashati dengan earphone ni ! Memang superb la bunyi dia ! Aku kasi bapak aku dengar. Dia ni memang banyak komplen bab bunyi.. Ingat lagi masa aku kecik.. Kalau dia nak tukar stereo , dia confirm tukar sekali speaker ! Dan dia cukup marah kalau usik setting bunyi ! Huhuh.. Orang yang tepat untuk aku rujuk..

“ Camana ? “ . Dia kata seperti aku kata ..

image

TERBAIK !!

Ahhh..berbaloi tul ! Pasni aku nak gi event , naik LRT jer.. Hehehe… Baru dapat layan lagu best best.. Dalam kereta , stress dengan jammed ! Hahaha.. Lagu sedap pon jadi tak sedap !

Ha ? Nak beli jugak ? Berapa harga ? Ada diskaun tak untuk pembaca blog ben ??? Hehehehe.. Adaaaa.. Jangan risau ! Aku dah deal dahhh ! Korang ke website Sudio Vasa dulu.. Pilih mana yang berkenan di hati.. Pastu buat order.. Jangan risau , ANDROID dan IOS pon ada !

Ok , di bahagian pembayaran tu… Akan ternampak satu kotak ..

image

Masukkan ‘ benashaari’ dalam kotak kosong tu ! Haaa.. Diskaun ni sah hingga hujung tahun ni ! Jangan persiakan !!

image

Banyak jugak dapat diskaun tu.. Macam aku punya , dari RM315 , dapat RM287 ! Haaaa.. kan murah tuuuu .. Ala , bukan selalu pun nak beli… Kan ? Alang alang nak dengar lagu atau layan movie.. cari yang berkualiti.. tak la sakit telinga !

Warna apa ada lagi ? Aku tahu .. Hehehe..

image

Amacam pink ni ? Hehehe.. Gi la tengok sendiri ! Kalau dah buat pembelian , masa penghantaran antara 3-5 hari.. Sila sabar dan bila dah dapat , sila senyum selalu dan layannn !

Ok.. nak sambung layan ! Lupa lak.. Jangan lupa kunjungi instagram , facebook dan web mereka untuk melihat dan mengetahui sendiri dengan lebih lanjut..

INSTAGRAM : @sudiosweden

FACEBOOK : @sudiosweden

WEB : www.sudiosweden.com

13 ulasan:

  1. jahat jahat..
    kotak earphone saja dah nampak esklusif..
    full aksesori pulak tu.
    memang berbaloi ler dengan harga.

    BalasPadam
  2. Cantiknya.. haha earphone sellu pecah bagian kepala tu... nak try gak la beli

    BalasPadam
  3. Ini tak boleh jadi man .. ini mesti kena rebut ni man! hahaha. Bertabah je hati tengok pink kaler tu huhu

    BalasPadam
  4. Rasanya speaker keter ada jual tak ?....hahaha...

    BalasPadam
  5. warna pink ada lah...huhu..lawa.dan comel

    BalasPadam
  6. SA pilih kaler pink..nanti nak hadiahkan kat anak...hehehehe

    BalasPadam
  7. Sudio Vasa memang terbaik! Kualiti audio best & selesa dipakai. Pastu cantik plak tu. I sampai hari ni asyik dok belek belek sbb sukaaa sgt hehe

    BalasPadam
  8. Sesangat la jelous!! nak pink... cute! meleleh air liur tengok

    BalasPadam
  9. smart arrr..
    kena dapatkan satu ni!

    BalasPadam
  10. nak belikan dd lah...dia selalu gak nak guna earphone time wat kerja biar fokus katanya.....yg ni ada diskaun...memang terbaikkk

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009