Tarik nafas dalam dalam..

Si abang kasi terabur... janjinya nanti kutip ! Si kakak mengangguk tanda sokong ! Adik kecik , talak tau apa apa.. dia join jer ! Maka berteraburanlah permainan di atas lantai. Kalau dihitung harga keseluruhan permainan tu , aku boleh gi Jepun, musim bunga nanti ! Gi je la.. balik tak lepas ! Hahahaha.. Adeh.. Tak pe. Anak punya pasal ! 

Tarik nafas dalam dalam. Apakah mereka akan kemas ???? Sudah beberapa kali aku diperdaya ! 


Si adik yang beria main. Pastu dia ngantuk. Dia masuk tidur. Si abang dan kakak , wat bodoh. Aku bukak pintu , aku tolak semua permainan tu ke luar rumah.. Kelam kabut masing masing kutip dan masukkan dalam kotak putih ! Haaa.. main main sama aku ! Sekali jadi Hulk, IronMan pon kecut weh ! 

Gitulah aku dan anak anak di rumah. Nak jaga anak  dan pada masa sama , kena 'bekerja'. Bekerja bukan sekadar suka suka tapi lebih kena cari duit untuk bayar hutang piutang. Huk huk... Bukan mudah yer ! Baru pegang laptop , si kecik datang nak 'tolong'. Kena luang masa untuk diorang jap. Whatsapp group lak dok 'memanggil'. Bukan borak kosong tapi bekerja ! Fuh, cabaran sungguh. 

Tarik nafas dalam dalam. Tak pe... minggu depan cuti panjang. Tapi adakah aku turut bercuti ? Hurmm....  Untunglah korang kerja di pejabat tu ! Huhuhu..  Gaji dah tetap. Kami, kais pagi makan pagi.. tak kais , tak bayar la hutang ! 


7 ulasan:

  1. Wahh bny yanie kne blajar handle pasal anak2 lepas ni..

    BalasPadam
  2. Tau pun kutip balik ye..hihi..

    BalasPadam
  3. meriah nya aben anak ramai... kalau depa takde mesti sunyi kan. heheheh sensitif plak tgk budak2 skang ni.. heheh

    BalasPadam
  4. Hehehee bab kutip balik tu sama macam anak saya, memang kena ugut nak buang baru terhegeh² dia nak kutip.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.