Mencari ketenangan di Natasya Riverside Resort Gopeng

by - Selasa, Januari 09, 2018

Satu lagi tempat percutian menarik yang patut berada di dalam senarai tempat patut lawat beramai-ramai terutamanya bagi mereka yang inginkan aktiviti aktiviti lasak dan menarik ! Mereka yang sekadar ingin berehat , di sini juga amatlah sesuai. Ketenangan pasti tercapai di sini.. 

Natasya Riverside Resort , Gopeng ni terletak di Perak. Kalau dari Kuala Lumpur , memakan masa dalam 2 jam setengah gitu.Tak susah pon nak carik tempat ni. Waze atau Google Maps jer. Confirm jumpa ! Senang sangat... 

Apa yang menarik di sini ? Ok.. sejujurnya aku bagitau.. Pada awal nampak kabin ni, cam biasa jer. Pasti sukar nak tidur malam. Kepanasan ? Atau tidak selesa ? Hurm. Itu tanggapan awal aku. Tapi bila dah check in.. dah tengok bilik.. terus terasa cam.. Malas dah nak keluar ! Nak rehat , serehat rehatnya.. Terasa damai lak. Cam balik kampung sendiri jer rasa.. huhuh.... Yelah , dikelilingi pokok durian kot ! Hahahaha... 

Jom tengok kawasan persekitaran dulu.. 

Pintu masuk. Di depan kami ni ada ladang getah yang cukup luas. 












Bahagian atas bangunan tu ada dewan. Boleh buat mesyuarat atau bilik ceramah. Surau pun ada.

Bersih , nyaman dan tenang. 2 hari 1 malam aku dan rakan rakan blogger #KBBA9 di sini sebenarnya tak cukup. Terlalu banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Kami hanya sempat buat water rafting di sebelah siang hari. Sesuatu yang baru untuk aku tapi lama dah tunggu peluang begini.

Jujur aku cakap, aku cuak sebenarnya. Aku tak reti berenang. Heee.. Jujur kan ? Tapi jangan risau... kitorang ditemani oleh mereka yang terlatih. Diajar teknik asas terutama untuk menyelamatkan diri jika terbalik atau tercampak keluar ! Heeee... jangan risau.. best ok ! 

Keselamatan adalah keutamaan ! 






Selain dari water rafting, di Natasya Riverside Resort menawarkan aktiviti seperti water abseiling , water tubing , sunset hiking , mountain school , archery , flying fox , wall climbing , horse ride ,  treasure hunt , caving , telematch , bike rental  dan human foodball .

Hiking.. 

Menyeronokkan walaupun agak pancit. Lama tak bersenam la katakan.. Heee.. Kalau dapat gi untuk melihat matahari terbit atau terbenam pastinya lebih cantik.. Takda rezeki kitorang.



Berbasikal.. 


Itu aktiviti lasak. Jika aktiviti memenuhkan perut.. boleh layan cempedak goreng atau durian ! Rezeki aku dan kawan kawan , datang ketika musim durian. Nasib baiklah mereka ada dusun sendiri maka boleh buat kenduri durian ! Heee...



Aktiviti malam... boleh layan BBQ dan juga berkaraoke sepuashati. Kalau rajin nak buat game  yang kreatif sesama sendiri , pastinya akan lebih menarik. Macam kitorang ari tu , kitorang buat game teka filem. Memang pecah perut la. Hahaha.. 

Ok.. tu part aktiviti di sini. Ada yang tanya camana dengan kabin atau wooden yang ditawarkan di sini ? Selesakah ? Aircond ada.. kipas pon ada ! Selesa ok ! 




Dengan harga yang mampu sewa pastinya Natasya Riverside Resort ni akan jadi destiansi tahunan. Murah jer. Kalau nak buat team building , atau gathering sebagainya , inshaAllah boleh dapat diskaun. Makanan pon memang sedap la ! Masakan kampung. Puashati punya... 



Sebarang pertanyaan , boleh hubungi Irman di : 
email : Irman@natasyaresort.com 
Whatsapp : 0174146669
Facebook : Natasya Riverside Resort Gopeng



You May Also Like

19 comments

  1. Cantiknyaaaa tmpt ni. kena masuk dalam wishlist misi jalan2.

    BalasPadam
  2. Boleh nak tgk buat family day ofis ni

    BalasPadam
  3. seronoknya.. banyak pula aktiviti menarik kat sini.Berbaloi sangat sangat..

    BalasPadam
  4. menarik. tp nak pergi musim lain. hehehehe

    BalasPadam
  5. makan durian tu kira dalam pakej sekali ke ? kena bayar tak ?

    BalasPadam
  6. natasya resort ni nampak best, teringin nak pergi, dah pernah try water rafting dulu dekat ulu slim, memang best!

    BalasPadam
  7. Seronoknya aktiviti sana! Damai je suasana

    BalasPadam
  8. Bestnya.. Damai je tgk skeliling tu.. Nak bcuti gak huhu

    BalasPadam
  9. Destinasi wajib pergi ni... durian, cempedak tgh musim pulak tu.

    BalasPadam
  10. macam best je resort ni.. jom klik sini untuk artikel - artikel menarik

    BalasPadam
  11. bestnya tempat ni..dapat makan buah lagi

    BalasPadam
  12. Memang menarik tempat ni, bila KBBA9 pergi barulah tahu kewujudan tempat ni. Nanti nak pergi jugak dengan family.

    BalasPadam
  13. paling menarik tang durian tu.. bole jadi tak tenang nengok je ni haa hihihi

    BalasPadam
  14. Aktiviti best semua tp kalau melibatkan air takmo. Hahaha.. Menakutkan. Paling best senarnya durian tuu. Hahahaha..

    BalasPadam
  15. seronoknya..mmg nak gie masa musim durian ni.

    BalasPadam