Betapa Indahnya Dunia Ini ...

by - Selasa, Mei 25, 2010

Salam... selamat pagi .. sihatkah anda ? Alhamdulillah ...

Semalam ada sahabat meminta aku mengulas atau bercerita sedikit mengenai buku yang aku baca tu ... Baiklah... untuk berkongsi dengan rakan rakan , aku taip semula ... ek..

Tajuk Buku : MEMBELA ISLAM - Tanggungjawab Dan Disiplin
Penulis : Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Penerbit: Karya Bestari

Membela agama Islam merupakan satu kewajipan bagi setiap muslimin dan muslimah.Perkara ini telah ditegaskan dengan jelas oleh al-Quran dan sunnah.Muslim yang sejati akan bersemangat menegakkan kebenaran Islam yang suci ini.

Oleh itu , melaksanakan tugas ini memerlukan peraturan dan disiplin.Ramai yg bersemangat.Tetapi , tanpa ilmu tentang peraturan syarak , pasti ada yang terbabas.

Semangat itu perlu dibimbing dengan ilmu pengetahuan berkaitan al-Quran dan sunnah. Semangat tanpa ilmu akan tersasar dari landasan.Ilmu tanpa semangat pula akan kaku dan lesu.

Justeru itu , dalam diri setiap muslim perlu ada semangat dan ilmu secara serentak.Jiwa yang bertanggungjawab dan tindakan yg berperaturan perlu dibentuk . Jika tidak , kita akan menjadi sama pendakwah yang melampau dan terbabas atau ilmuan yang kaku dan tidak produktif. Penulis buku ini cuba menangani dua masalah serentak , iaitu kecuaian dan kemelampauan.

Buku ini mengupas isu isu mengenai tanggungjawab dan disiplin dalam membela Islam.Perkara utama yg dikupas merangkumi amar makruf nahi mungkar , manhaj para imam membela sunnah , perang jihad ekonomi dan dakwah kepada pemerintah muslim.Mudah mudahan buku ini memberi panduan berguna kepada umat Islam dalam membela , menegak dan memartabatkan agama Islam di mata dunia.

Fuh.. panjang.. ada lagi... nanti sambung eh ....

You May Also Like

5 comments

  1. ISLAM bukan semangat,tapi AMANAH...moga2 kita x termasuk dalam 2 golongan 2....

    BalasPadam
  2. sekadar amanah tanpa semangat , tiada guna... biasanya bersemangat disebabkan amanah ...

    BalasPadam
  3. betul...cuma kebiasaan SEMANGAT tanpa mnyedari bahawa itu satu AMANAH maka ia berpotensi menjadi mangkin kepada KEMELAMPAUAN & KECUAIAN....bila ISLAM dianggap AMANAH,maka kt situ xde turun naik KEWAJIPAN kita terhadapnya...berlainan dengan SEMANGAT yang semestinya ada maa turun dan naik level dalam diri kita....bila kita sedar itu AMANAH,maka semangatnya bukan membabi buta....tapi bimbang bila kita cuma bersemangat tanpa menyedari betapa itu barang AMANAH yang mampu memberi kesan yang TERUK kepadanya jika x berhati2....sentiasa segar dengan peranan bagaimana untuk menjaga AMANAH ini....xde istilah LETIH dalam perjuangan mungkin kerana manifestasi daripada rasa kita bahawa islam itu AMANAH....

    BalasPadam
  4. sbb tu kena baca buku ni... penerangan lebih lanjut dalam buku ini...

    BalasPadam
  5. hmmm,pepun perkongsian yg menarik...saya akan cuba cari buku nih....

    BalasPadam