FACEBOOK Sudah Ada Pencabar !

by - Sabtu, Mei 29, 2010

Hehehe...sekarang umat islam tiada alasan lagi untuk tidak menggunakan FACEBOOK.. dulu alasan mereka kerana tiada laman sosial yang dibangunkan oleh orang Islam sendiri .. skang dah ada daaahh .. aku rasa ramai dah tau kann..hehehhe..

ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.

Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini.

Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.

“Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.

“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.

“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.

Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu.

Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.

Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.

Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.

Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – AFP


Dipetik dari Berita Harian

Meh kita sebarkan besar besaran .... ;) MILLATFACEBOOK

You May Also Like

18 comments

  1. Ada laman social lagi best untuk muslim:
    ---> Muxlim

    Kalau mahu segala pasal Islam:
    ---> HalalTube

    BalasPadam
  2. aku nak register lah..ada potensi ni

    Latest Entri : Komen Puaka

    BalasPadam
  3. bagusnya.. nanti ika nak tengok2la thanks Ben for this info =)

    BalasPadam
  4. saya sudah buat... ben?? add sy nti ye. hak2...

    BalasPadam
  5. salam.. bro join xg??
    ct na join larh... :)
    amal makruf nhi mungkar!!!!!!!!!!! wassalam..

    BalasPadam
  6. ~~Nak g menjenguk.. baru tau ni.. thanks Ben.. (^__^)

    BalasPadam
  7. bagus2..umat islam dh ad laman social sendiri..mesti join nie.

    BalasPadam
  8. ini suda bagus...nak copy entry ni leh tak abg Ben?

    BalasPadam
  9. @zihnun .. copy jer..tak kisah ..kebaikkan bersama

    BalasPadam
  10. bagus..inilah saingan yg sihat dan bijak....teruskan sy mmg support sepenuhnya....Allahuakbar

    BalasPadam
  11. wah, bagus ni product islam..nak join la..

    BalasPadam
  12. bro..copy blh x??cm best je..

    BalasPadam