Belajar Teknik Fotografi : Nak tapi malu !

by - Isnin, Januari 04, 2016

" Gi kelas fotografi ? Tamoooo.. Segan ! Tak de geng ! ".

Itu la dalam kepala aku ketika aku memiliki DSLR buat pertama kalinya ! Tapi sejak aku bikin komuniti blogger , segan semakin menipis bila dapat tau ramai blogger , sama cam aku ! Maksud aku , buta kamera ! Semua main auto jer ! 

Terus terang.. banyak kali dah aku berguru dengan Youtube. Bila tonton , paham.. Nak masuk praktikal , terus terlupa ! Maklumlah , takde geng. Layan sengsorang gituuu jer.. hehehehe .. Kalau ada guru kan best. Tapi masalahnya , aku segan.. 

Dan peluang untuk berguru muncul di depan mata apabila rakan blogger , Lan Careno mencadangkan satu bengkel Fotografi untuk ahli Kelab Blogger Ben Ashaari diadakan ! Satu idea yang cukup menarik. Perbincangan dilakukan dan akhirnya menjadi kenyataan.. berkat kerja keras AJK serta blogger yang terlibat ! 


Bertempat di Agrofarmstay Skill Tech di Durian Tunggal , seramai 30 blogger mengambil bahagian menuntut ilmu dunia fotografi. Masa yang terhad tetapi blogger yang hadir berjaya mendapat ilmu yang dikehendaki.. walaupun sekadar asas ! Masa mencemburui kitorang ! 




Menariknya , bengkel ni bukan sekadar indoor jer .. Outdoor pon hadoooo ! Kiranya mereka yang turun ke bengkel ni berjaya kutip ilmu ni sebanyak mungkin.. Sapa malas , dapat telur laa.. Rugi , rugiii.. 


Hurmm.. Terus terang , aku kerugian ! Aku tak dapat ikut sangat bengkel ni. Kenapa ? Sebab sakit kepala. Aku terpaksa makan ubat dan lari masuk ke dalam kereta buat sementara. Lelapkan mata dalam setengah jam gitu.. 

Bila aku kembali , aku dapati aku dah ketinggalkan jauh sekali dan para blogger yang lain kelihatan masih begitu berminat dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kelas. Hurmmm.. Dah tu , aku camana ???? Sia sia je la aku datang ? Huhuh..

Tak , kata sifoo.. En. Hadi sememangnya dah tau akan ragam manusia ni terutama orang macam aku ni haaa ! Makin tua , makin hensem tapi ada je karenah tersendiri ! Kan kan ? Hahahaha. Rileksss... Jadi camana dengan aku ? 

Tadaaaa ! En. Hadi bagi aku jalan penyelesaian !



DVD kauuuu ! Canggih gituuu.. Ibarat sifoo depan mata je ni ! " Apakah berbaloi ? Senangkah ? Camana rupa di dalam dvd ni ? ". Aku tau. tu yang korang nak tanya kan ? 


Ada banyak tajuk dalam satu satu DVD. Kena layan semua sekali.. Hhuhuh.. Tapi bagi aku , DVD ni mudah untuk follow. Kadang kadang ada orang tak boleh g kelas terutama lelaki cam aku ni. Tak de masa gituuuu ! Huhuhuh.. ( Jangan sesekali kata takde masa untuk menuntut ilmu ! ) 




Simple tapi menarik ! Seperti belajar live bersama En.Adhadi. Belajar live menarik , belajar kat DVD pon menarik ! Amacam ? Tertarik ? Hehehehe..

Ok.. aku tau ada yang berminat nak tau tentang kelas / bengkel fotografi.. dan ada juga nak DVD yang seperti di atas tu kan ? Huhu... Bagi yang berminat , boleh hubungi sendiri En. Adhadi.. Samada nak dapatkan perkhidmatan dia seperti perkahwinan , event dan nak jugak adakan bengkel macam team aku buat , kan ??? Hehehhe.. Atau nak dapatkan DVD ! Caranya mudah jer .. Sila hubungi Adhadi Mohd III di https://www.facebook.com/adhadi6.

Serius , berbaloi.. Sifoo muka garang tapi lembut ! Huhu...Kelas berakhir dan semua gembira !! Huhuhuh.. aku je perlu belajar semula asas fotografi nanti ! Huhuhuh... 

You May Also Like

16 comments

  1. Bes sgt dvd tu. X sbr nak fokus satu persatu..

    BalasPadam
  2. Aku dah ada 3 koleksi dvd adhadi ni... Yg ni yg ke 3... Serius sgt membantu skill fotografi aku..

    BalasPadam
  3. laaa takder ker ...??? tak perasan sapa ada sapa takder sebab tumpu sepenuh perhatian pada kelas....ilmu emas yg dicurahkan

    BalasPadam
  4. pencahayaan lembut sampai nampak kuku cantik. hihi
    rugi takde camera terbaik. Jadi kena belajar semula juga pakai DVD tuu bila dah ada camera sendiri nnti

    BalasPadam
  5. Sifu Adhadi memang terbaik.. CD yang dihasilkan memudahkan untuk belajar. sangat lengkap dan mudah paham.. dulu yanie beli yang Lightroom punya. memang mudah faham.. terbaik!!

    BalasPadam
  6. Ben, rasanya sudah tiba masanya cuba pi checkup...and might be kena buat CT Scan...sebab kesakitan melibatkan kepala yang berturutan ni risiko sangat tinggi...(sekadar nasihat)

    Bagus info dalam bengkel ni, pembuka tirai 2016 lebih jauh ke hadapan selepas ni...keep it up KBBA !

    BalasPadam
  7. bestnya kalau dapat join..hmm..

    nak belajar pakai mirrorless. hmm

    BalasPadam
  8. En.hadi..terima kasih beri tunjuk ajar kami...paling best sekali yaya takda kamera dslr pon..tapi dia ajar ktorg macam mana nak ambil gambar cantik2 guna fon..

    BalasPadam
  9. Nak beli dvd tu... tkde kesemptan nk join ke melaka... bljar dlu guna DVD ..

    BalasPadam
  10. bestt tapi rugi sebab tak canggih...uhukkk..tapi akan cuba praktikkan apa yg di ajarkan oleh en hadi...

    BalasPadam
  11. Best join kelas en hadi. Memang nampak bersungguh dia ajar. Haha.. terus terdetik kat hati nak ada dslr jugak. Rugi dah dapat ilmu tapi tak praktikkan.

    BalasPadam
  12. bestnyer,..

    tp saya snap gambar guna hp samsung jer..huhuhu

    BalasPadam
  13. beli camera jakun sekejap ja.. pastu simpan dalam almari 😁😁😁😁.. nk jual sayang beli
    mahai.. nak pakai hemm xdak aktiviti nk bergambaq...


    😁

    BalasPadam
  14. memang lain feel blaja sendiri degan g kelas,
    dapat blaja semua trick..
    boleh dah pasni bro main light trail :)

    BalasPadam
  15. Dah beberapa tahun baru nak komen. Terima kasih ben and the team! Harap semua dah jadi pakar fotografi hari ni....

    BalasPadam