Dulu XL , sekarang L !

by - Selasa, Januari 19, 2016

Penghujung tahun lepas , aku ada balik ke kampung wife nun di Kelantan. Di sana , aku sempat ke Wakaf Che Yeh. Ada satu booth ni , aku suka g.. Baju dia jual , cantik cantik dan hanya dia je jual brand tu ! Tapi sayangnya , size aku tak pernah ada setiap kali aku pergi ! Yang paling besar ada jual cumalah L ! Akhirnya kali ke 4 aku gi.. aku nekad ! Beli je la .. L pun L laaa.. mana tau ada rezeki aku muat kan ? Aku tak try kat situ.. segan ! Heheheh.. 

Balik rumah.. aku try pakai.. dan mengecewakan ! Ketat kooo ! Buruk kat perut ! Hahahaha... Terpaksa aku simpan dalam almari.. dengan harapan , satu hari nanti , aku dapat pakai.

Dua tiga menjak sebelum minggu lepas .. aku ada terasa sakit di bahagian dada. Sesekali terasa seperti ada orang menjentik di bahagian situ. Aku mula rasa takut.. Aku syak kolestrol ! Dan bukan aku sorang je ada rasa camtu.. Ada kawan pergi check ngan doktor dan dia kata memang kolestrol ! Tanda tanda awal sebelum diserang penyakit jantung ! Aduhhhhh... 




Tak boleh jadi ni ! Dulu aku rajin workout.. jaga makan.. Tak pernah rasa gitu ! Sejak sejak sibuk jaga anak ni , aku tak sempat langsung nak ke gym dan tak kisah bab pemakanan ! Akhirnya , atas sokongan wife.. dia buatkan air detox.. dan juga amalkan air suam lemon sebelum tidur dan awal pagi.. Tapi aku tak la berharap sangat dengan air tu untuk menurunkan berat badan. Selain dari tu aku bersenam dan sapu losyen slimming.. Kasi panas skit badan ketika bersenam.. hehehe.. 


Kesannya ? Aku dah tak rasa apa yang aku rasa sebelum ni ! Badan terasa ringan dan paling best , aku dapat pakai baju yang aku beli tu ! Dari XL , aku dah dapat pakai L ! 


Aku bukanlah nak kurus sangat tapi sebenarnya niat aku nak jaga kesihatan. Selepas aku terasa mudah mengah dan tak beberapa fit , tu yang buat aku risau.. Nak tunduk pun mengah.. camana tu ? Takkan nak biar kan ? Nak tak nak , aku kena buat sesuatu apatah lagi , aku plan tahun ni aku nak bergiat cergas dengan aktiviti outdoor.. hehehe... Kasi variasi skit blog aku.. 

Alhamdulillah..baru  seminggu lebih , aku dah nampak kesannya ! Hehehhe...Tapi aku kena kekalkan ! Bermakna aku kena jaga makan juga.. Boleh la nak belasah makan apa saja tapi tak leh la dalam kuantiti yang banyak dan tak boleh la kerap kan ? Alang alang nak jaga kesihatan , maka buatlah betul betul.. Jangan asal buat jer , kan ?



Nak tak nak , inilah yang aku kena makan skang.. Bila ada food review je baru aku makan apa saja.. Hehehe.. kena seimbangkan.. Kalau mati terus tak pe.. Ni kalau tersadai dalam hospital ? Sapa nak teman ? Nak harap nurse cun ? Hehehe.. Takkan nak wife tunggu siang malam , kan ? Sebelum terjadi , maka sila amik berat terhadap kesihatan.. Aku pun , camana sekali pon kena g gak spital ! Buat check up !! Hurmm..

You May Also Like

14 comments

  1. setuju2, kena kuruskan badan lebih pd niat nak jaga kesihatan :)

    hanisamanina.com

    BalasPadam
  2. wow! Aben dah kurus..ekekeke nak try la minum air detox..

    BalasPadam
  3. huhuhuhu..
    Sama dgn Fidah..Dulu baju saiz L..ok jer pakai..la ni..Jenuh gak la nak cari baju..Ketat dekat lengan..Sado kah..

    BalasPadam
  4. Saya pn amlkan air detox ni tuk kesihatan.nak kurus tu just second option.

    BalasPadam
  5. Betul tu.. yang penting kena ada usaha dan semangat yang tinggi.. kalau sekadar niat tapi takde tindakan tak jadi apa.. ;)

    BalasPadam
  6. ha ha akak dari saiz xl jadi 4 xl. 20 tahun membesarkan badan. x pahit ker lemon tu buat detox. pernah gak cuba 2 - 3 pahit kan main.

    BalasPadam
  7. sy & husband pun dah start amalkan minum air detox ni...
    skrg ni mudah sangat penyakit hinggap, so baik berjaya2 dari merawat kan...

    BalasPadam
  8. kalau betul betul disiplin sebenarnya boleh rasa cepat perbezaannya..lagilah abg ben buat excesice kat rumahkan..lagi cepat dan mudah untuk turunkan berat badan..rasa lapar makn sayur,,ikan,,kurangkan daging merah..in sha Allah boleh..

    BalasPadam
  9. Kalau boleh elakkan makan berat waktu malam, cuba elakkan. Saya cuma makan oat waktu malam, ia makanan mengenyangkan tanpa kolestrol dan dijamin tak akan bantu naikkan berat badan..

    BalasPadam
  10. Bagus ni.dah turun saiz.nak buat gak. Bahan semua dah ada. Tinggal malas dna rajin.

    BalasPadam
  11. Go go Abe Ben
    Kena maintain body
    Bila berumoq mcm2 penyakit Mai
    But Jaga anak pun mcm senaman gak khen

    BalasPadam
  12. Kak Sue pun kadang rasa macam semput naik tangga kat rumah nie..nak kena senaman jugak lah nanti nie..

    BalasPadam