Merawat kuku kaki dan tangan di Curio Green Paradise , Bangi Sentral !

by - Jumaat, Januari 01, 2016

Tengok hujung jari kaki dan tangan aku. Fuh , tak terurus kehidupan ! Haaha... Sibuk dengan anak anak dan kerjaya ..eceh! Kerjaya kauuuu... Yerla , blogger kan satu kerjaya skang ni ! Jangan memain yer adik adik.. Haaaa... 

Buruk ! Terus terang. Usia dah menjangkau 40 tahun tapi tak pernah terfikir nak gi dapatkan rawatan untuk jari kuku kaki dan tangan.Dan baru baru ni , aku ditawarkan satu job yang lama dah aku idamkan. Nak pergi sendiri , takut mahal ! Maklumlah , bila tengok di shopping mall, harganya .. tu dia ! Mahai betul !! 

Aku terima ! Nak timba pengalaman dan ilmu mengenai kuku ni..Lagi pun , aku nak gak kuku yang cantik , kan ! Heehee... Mana aci tengok kuku retis retis je lawa ! Aku pun nak lawakan kuku aku.. kan kan? 

Ok.. dan semalam , di penghujung tahun 2015.. aku ke Curio Green Paradise di Bangi Sentral. Terus terang , aku pada awalnya sekadar nak pergi mendapatkan maklumat dan hantar' anak anak buah' je ke sana ! Pastu balik .. hehehe..

Tapi bila sampai je sana.. hurmmm.. segalanya berubah ! Terutama selepas melihat harganya ... hurmmm ... Aku nak try gak la  ! Tumit kaki aku pecah pecah sebab gunakan kasut yang tak betul. huhu.. Segan ? Tolak tepi dahhh .. Jangan tunggu tapak kaki dapat penyakit atau virus, baru nak jaga.. hurmm..



Aku dipertemukan dengan En. Zul Marican . Dia dan isterinya , Puan Haskina adalah pemilik bersama Green Paradise ni.Alhamdulillah , mereka sangat peramah,. Segala penerangan diberikan dan aku tak sabar nak melihat perubahan pada kuku kuku aku.. hehehe ..

Selepas abis brief , aku di bawa ke ruangan khas yang bagi aku.. nampak sangat selesa ! Tak mewah tapi nampak relaks.. Aku duduk atas kerusi yang ditempah khas .. Fuh... Terus tanya mana nak order kerusi tu ! Hahahaha..





Jom mulakan ! Huhuhuh.. Terima kasih Puan Haskina Wan Ainol kerana sudi turun padang dan rawat kuku kaki saya.. Maaf yer kerana terpaksa pegang kaki saya..


 

Disamping membuat rawatan , Puan Haskina Wan Ainol membuat penerangan mengenai kerosakkan serta kulat yang sering menyerang tapak kaki andai tidak diuruskan dengan baik.. Pastu , dia terus buat apa yang sepatutnya.. Gulp.. 





Dan akhirnya ! Lihat sendiri perbezaan ! Ni bukan kaki aku yer.. hehehe.. Kaki aku tak sempat nak amik gambar ! Huhuhu.. Ni kaki rakan blogger yang lain.. Amacam ? Nampak tak perbezaannya ? Mana satu yang belum dirawat dan mana satu yang sudah dirawat ? 


Nampak kan ? Haaa.. Ok , selepas tapak kaki , kuku jari tangan pulak dirawat... huhu.. Tengok perbezaan sebelum dirawat dan selepas ..



Tadaaaa ! Amacam ? Puashati giler aku ! Hahahahhaa.. Tetiba rasa nak jadi ahli dan datang setiap bulan ke sini ! Huhuhuh... 


Siap !! Tapak kaki dan kuku jari tangan.. Perghh.. Tertanya gak aku kalau aku malas nak gi premis diorang atau terlalu sibuk , camana ? Katanya ada student mereka yang buat mobile spa.. Boleh terus datang ke pejabat atau rumah ! Haaaa.. Mobile spa ? Cam best jer.. Camana nak jadi student mereka dan seterusnya menjadikannya sebagai karier.. atau usahawan ! Nak bukak premis sendiri ! Heheheh.. Tanya aku... Jawab En. Zul Marican ..

" Kami ada membuat kelas bagi mereka yang berminat ! ".

Waaahhhh .. aku rasa , kalau buat part time di pejabat hari hari ni bagus ! Buat duit poket kauuuu .. Huhuhu.. Berminat ? Camana nak contact mereka ? 

Sila hubungi

En Zul Marican : 012 689 0197

Aku rasa korang patut cuba dulu baru leh tau best ke tak.. Yang penting , selepas buat rawatan.. terasa perbezaannya ! Huhhuh.. 


You May Also Like

8 comments

  1. Dah lama gak nak buat kuku dan kaki ni..bagus ni harga pun berpatutan..lagi senang kalau datangbrumah ni

    BalasPadam
  2. wahhh syok nyaa. habis licin kaki kasar/

    BalasPadam
  3. berkilat.. jadi teringin.. tp jauh. nak rawat kaki ai yg sensitippp

    BalasPadam
  4. manjakans diris, happy new year aben

    BalasPadam
  5. Wah ni ex tenant i masa kerja di Ampang Point dulu.

    BalasPadam
  6. berapa lama tak gerak tangan abg Ben tu.. hihi... servis tip top di Curio..

    BalasPadam