Berbaloikah Qhaliff belajar dengan GROLIER ?

by - Khamis, September 01, 2016

 

Di Alamanda..  Akhirnya aku ‘terberhenti’ di booth Grolier setelah cubaan untuk melarikan diri dari semua booth di situ hampir berjaya gara gara sapaan hormat dari salah seorang staff di situ.

image

Qhaliff bakal bersekolah tahun depan. 5 tahun baru.. hehehe.. Tapi dia dah beria sangat nak gi berkawan dan bersekolah.  Sian pulak dok sekat kan ? Kena kerja keras skit dah skang.. Kumpul duit untuk yuran sekolah yang cecah beratusan ringgu sebulan. Aku dulu tadika Kemas je pon.. Jadi manusia berguna gak aku.. hahahaa… Ok , tu lain isu !

Staff tu mintak 5 minit untuk menerangkan apa GROLIER tu.. dan aku berminat nak tau sebab nak ajar Qhaliff dan Zahra dah tahun depan. Nanti kesian pulak kalau tak tau apa apa.. kan ?

Secara jujurnya , alat bantuan pembelajaran mereka memang bagus sekali tapi biila masuk bab harga , aku terkedu ! Ni level orang banyak duit je mampu beli ni. Ada dua cara pembayaran. Tunai dan hutang. Kalau hutang , bulan bulan 100++ , selama 2 tahun. Ada banyak pakej dan ini yang ditawarkan pada kami. Memandangkan bakal tambah sorang lagi , dan jugak nak sediakan insuran serta tabung pendidikan dari baby lagi , RM100 tu sebenarnya besar buat aku.. 3 orang anak… Tabung Haji , PTPTN , Insuran serta simpanan biasa .. Gulp !

Termanggu seketika.. Wife bagi jawapan sopan..

“ Kami bincang dulu. Kalau bersetuju , kami datang semula.. “.

Nak tapi .. Yelah , lagi pun dia nak sekolah dah.. Nanti kat sekolah , belajar menda sama.. boring lak dia ! Apa guna bayar mahal mahal dan belajar menda sama kan ? Tak mencabar la .. kan kan ? Baik punya alasan ! Hahahaha..

Tak de la.. kalau mampu , bagus amik ni. Macam HeGuru yang aku gi ari tu. Sememangnya bagus dari awal lagi diajar macam ni.. Nak ransang otak mereka sejak kecil lagi. Jangan dah tua , baru nak ransang.. Haaa… Payah nak lentur dah ! Keras molek dohhh !

Kalau harganya bawah RM500 , aku rasa ok la skit. Kalau dapat lagi murah , lagi ok ! Bukan tak hargai atau nak berkira tapi zaman ni , terlalu banyak tanggungan. Ditambah dengan kemelecetan ekonomi lagi.. kan kan ?

You May Also Like

7 comments

  1. mmg nak kalau boleh. tp tu lah. komitmen tinggi. dengan si ariq yang mmg memerlukan bantuan tu, lg la teruja nak jgk. Namun apakan daya. guna yg tmampu je..

    BalasPadam
  2. betul tu, kebanyakkan tadika swasta dah ada asas untuk kanak-kanak belajar.

    BalasPadam
  3. Sebenarnya terpulang kepada parents tu sendiri.
    Saya sendiri belikan anak saya set grolier ni 2 bulan lepas. Lepas raya plak tu. Huhuhu. Memang tabah nak kena hadap.
    Bila saya tengok show Lara Oh Lara tu sebenarnya dengan flashcard yang mudah tapi menarik pun dah boleh ajar anak dah.

    BalasPadam
  4. mahalnya...tapi kalau anak seorang je boleh juga tu

    BalasPadam
  5. Akak pernah beli set Grolier ni, lebih 15 tahun yg lalu. ketika itu mana ada internet, pakcik google ni semua. sekarang ni semua maklumat dihujung jari bila ada semua gadget serba moden.
    Pada masa tu pun, akak rasa tak berbaloi beli set Grolier ni. Buang duit. Apatah lagi ia lebih mendidik kepada ajaran kebaratan. Akak lebih selesa dengan Mudah Baca dan Easy Read. Ajar anak dalam sebulan, sejam sehari, 3 anak dapat membaca dengan lancar. Kita boleh beli bahan bacaan lain setiap bulan, lebih berbaloi dan lebih mendidik dan lebih menarik. Dedahkan mereka kepada Majalah Anis, Ana Muslim, dll. Kita juga ada Ensiklopedia Sains dan Muslim. Bukankah itu lebih mendidik anak-anak menjadi lebih berakhlak dan insyaAllah menjadi anak Soleh dan Solehah....

    BalasPadam
  6. aku ada set pembelajaran Grolier ni.. Zara baru 3 tahun.. Tak dapat guna sepenuhnya lagi.. Errmmmm..

    BalasPadam