Anak pertama dan anak perempuan selalu untung... - BEN ASHAARI

Anak pertama dan anak perempuan selalu untung...


Aku anak ke dua dari 4 beradik. Dulu aku cukup cemburu melihat abang dan adik perempuan aku selalu dilebihkan oleh orang tua aku. Merajuk la gak aku. Banyak kali gak tunjuk rasa tak puashati aku tu tapi ada je alasan diberikan. 

Sekarang aku bergelar bapa kepada 3 orang anak. Yer , aku dah paham kenapa dan mengapa begitu. Bukan mudah nak mengimbangi tapi tu laaa...Tiap kali nak bermanja dengan si bongsu , dua dua tu pulak menagih kasih sayang. Masing masing buat perangai.. 

Fuh...  terfikir gak la aku.. camana laaa diorang yang ramai anak tu , berkesempatan melakukan operasi ? Huhuhu...

2 ulasan:

  1. Dah makin besar lagi susah nak tunjuk kasih sayang, kalau kita marah depa ingat kita tak sayang. Itulah cabaran nak didik anak kan?

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.