Car seat untuk anak anak! Rupanya tak wajib eh?

by - Isnin, Oktober 29, 2018


"TIADA PERATURAN WAJIB GUNA KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK MULAI TAHUN Depan" 


Laaaaa.. Rupanya itu cadangan kerajaan terdahulu dan tak digunapakai pada kerajaan sekarang. Beria laa beli untuk anak anak. Tapi ok gak la...tak dengar dah bergaduh pasal 'ruang tidur'. Masing masing selesa tidur di kerusi sendiri. Kerusi import dari UK ni. Wife beli online waktu sale. Dapat la 100++ jer satu. Beli dua. Aariz ada dah.

Aku terfikir gak.. Kalau wajib semua anak anak duduk dalam tu... Aariz nak duduk kat mana, kan? Memandangkan banyak kes kemalangan yg mana mana anak kecil tercampak keluar, maka tiada la penyesalan beli. Perlu diingatkan, malang tak berbau. Kalau berbau, senang la kan?

Apa apa pun.. Fikirkan keselamatan anak anak kita.

You May Also Like

13 comments

  1. Pakai lg selamat.. Murah gak harga 100 .. Nk cari gak yg besar sket..

    BalasPadam
  2. Ada baiknya pasang..ikhtiar untuk keselamatan.

    BalasPadam
  3. Murah dapat 100++ ... baik berjaga sebelum terkena kan?

    BalasPadam
  4. Tahniah En Ben kerna prihatin dengan keselamatan anak anak memandangkan orang kita tak berapa ambik kisah pasal childseat ni..kebanyakan lagi suka pangku anak duduk depan..kalau terjadi kemalangan, anak yang dulu melambung kedepan :-(

    BalasPadam
  5. Pakai je..sebab boleh tercampak budak tu akibat brek mengejut ke nanti. Kita tak tahu.

    BalasPadam
  6. Betul. Apa salahnya guna untuk keselesaan dan keselamatan anak2 kan...

    BalasPadam
  7. Betul tu, berbaloi beli demi keselamatan anak².

    BalasPadam
  8. kena pakai la untuk keselamatan anak-anak

    BalasPadam
  9. Masa si kembar kecik mmg i paksa dok dalam carseat, dah besar sikit beli booster seat plak. Now dah besaq, wajib pakai seatbelt. Tapi bila depa naik keta org lain, pakat lupa pakai huhuhu

    BalasPadam