Gegar Vaganza 2018 vs APBH 2018

by - Isnin, Oktober 08, 2018

Aku bagitau wife... ada rancangan menarik untuk dia.  Sesekali jer untuk dilayan. Aku ? Hurm... Musim lepas leh la layan Gegar Vaganza. Tapi untuk layan kali ni , aku rasa artis artis dia.. yang menarik orang Rock Kapak untuk tonton cumalah Zamani dan Safura jer. Yang lain , hurmm... 

Dan saja aku layan dua tiga orang menyanyi sebelum aku capai telefon aku dan masuk ke dalam bilik... layan video #Palu. Lagi baik kot.. bagi keinsafan untuk aku dari tonton rancangan yang.. hurm... sian artis lama bersaing untuk buktikan mereka layak digelar penghibur. 

Entah la nak... Sian tengok diorang. Nasib ada Zamani jer. Pastu wife aku bukak Anugerah Popular Bintang Harian 2018 selepas Zamani abis menyanyi. Dia pun tunggu Zamani jer. Seperti biasa , bintang yang menang perlu mendapat undian dari rakyat Malaysia yang banyak masa untuk mengundi benda benda gini.. 

Mampu tersenyum tawar jer. Entah la nak... Bukanlah tak sokong industri hiburan negara kita tapi rasanya cam semakin dipaksa paksa untuk suka lak. Dah tiba masa untuk perubahan kot ? Kasi nampak lebih gempak dan bermakna. 

Part ni je buat aku tersenyum. Aku yang tak paham fesyen atau dia dapat idea masa makan aiskrim ?

You May Also Like

2 comments