Taiwan Expo 2018 - Produk Halal Taiwan kini di Malaysia!

by - Jumaat, Oktober 26, 2018

Bermula hari ini hingga 27hb Oktober 2018, bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), berlangsungnya Taiwan Expo 2018 yg mana akan menempatkan Taiwan Halal Pavilion  dan mereka yang suka makan serta produk produk kecantikan dan kesihatan dari Taiwan, pasti tidak lepaskan peluang ini kerana dah ada status HALAL! Ini satu berita baik buat umat Islam di Malaysia amnya.

Bagi mereka yang pernah ke Taiwan pasti pernah membawa pulang produk dr sana seperti Teh Susu 3.15 pm dan Kopi  Tun Mr. Brown, kan? Nahh.. Kali ni korang boleh dapatkan di expo tu.

Dan ada banyak lagi produk Halal akan berada di sana.











Pengunjung pengunjung pameran dijemput mencuba makanan makanan Halal dan boleh berbincang mengenai peluang utk bekerjasama. 

Dan buat pengetahuan korang, "Pesta Makanan Halal Taiwan" Mydin  akan diadakan dari 25hb Oktober hingga 4 hb November 2018 di SAM Groceria NU Sentral. Lebih 100 jenis makanan Halal Taiwan yg bermutu tinggi termasuk buah kering Taiwan, makanan ringan dan pencuci mulut. 

Untuk maklumat lanjut, boleh layari Taiwan Expo Asean. 


You May Also Like

3 comments