Abam sado takut bini ?

by - Isnin, Februari 18, 2019


Tersenyum aku membacanya. Tak kira la sado ke tak , tapi sebenarnya part gini kebanyakkan lelaki akan mengiau bila berdepan dengan bini bini ketika mereka mengaum ! Kenapa boleh lelaki mengucing walhal bila keluar rumah , mereka ni menyinga ! Haaa.. Dari singa jadi kucing ? 

Sebabnya ialah... perempuan macam ada belaan dalam diri mereka. Macam Hulk la gitu. Bila bertukar , lupa ingatan sungguh ! Kena pujuk rayu baru kembali sejuk. Nah , nak pujuk tu bukan mudah woii.. Kena merendah diri seabis abisnya laaa. 

Dan kalau tak pujuk , boleh tengok la muncung tuuuu.. Helikopter pon boleh landing ! Maka untuk elakkan benda benda ni dari terjadi berulang kali , GTB telah bersetuju untuk turut je la apa pun kata si bini asalkan dapur terus berasap , stok pakaian berterusan hingga minggu hadapan dan rumah bersih sentiasa... Oh , GTB... Geng Takut Bini ! 

Orang perempuan pun jangan la amik kesempatan. Walaupun lelaki tak serupa Hulk , tapi lelaki sebenarnya seperti Iron Man. Jangan kasi dia bertukar. Kalau bertukar, jauh dia terbang dan macam macam teknologi ada di badan dia ! Haaa.. Hilang dari radar terus nak oiiii !

You May Also Like

1 comments

  1. Lazimnya timbul persepsi geng takut bini ni daripada orang yang melihat..kemudian membuat kesimpulan..hakikatnya pembahagian tugas tu...apa yang berlaku dalam rumahtangga tu pun hanya suami isteri yang tahu..

    BalasPadam