Akhirnya, berpijak di 'Wawasan 2020'

by - Rabu, Januari 01, 2020

Wawasan 2020..diilhamkan oleh Perdana Menteri , Tun Dr. Mahathir Mohammad pada tahun 1991. Ketika tu aku berumur 15 tahun.  Di tingkatan 3. Heheheee... Aku pasti sangat mereka yang sezaman dengan aku ketika tu , apa yang mereka angankan pada tahun 2020.  Kan kan ? Masing masing terbayangkan kereta terbang dan segalanya canggih manggih !

Perghhhh... kereta terbang. Dek kerana banyak sangat tengok tv la jadi gitu ! Maklumlah , kereta zaman tu yang canggih ialah kereta Knight Rider. Huhuhhh.. Tak sabar masing masing nak tunggu tahun 2020. Harap panjang umur untuk melihat keadaan di tahun 2020.



Alhamdulillah.. panjang umur aku. Dan beranak pinak pun ! Huhu.. 3 orang anak bersama seorang isteri. Heee... Dan apakah kecanggihan yang aku nampak di tahun 2020 ni ? Hurmmm.. Tiada kereta terbang. Yang ada cuma pemimpin pemimpin negara yang kaya raya ! Gaji jadi pemimpun membuatkan mereka kaya raya ? Huhu.. Entahlah.. jawab la sendiri di akhirat. 

Dan perbezaan di dua zaman ? 1990an dan di zaman 2020.. apa yang aku nampak ? Paling ketara ialah... TELEKOMUNIKASI dan KOMPUTER ! Bayangkan zaman tu handphone seperti botol air dan seberat bata ! Kalau baling anjing , mau lintang pukang dia lari haa ! Dan kemudian  telefon pintar berevolusi hingga menjadi ringan seringan ringannya ! Namun sekarang , kembali berat dek kerana kecanggihnya ! Dan yang menjadi kenyataan , telefon pintar berkamera canggih serta boleh melayari internet ! Tak perlu lagi pergi cyber cafe !

Alhamdulillah... banyak perubahan walaupun tiada kereta terbang. Aku rasa dunia tak perlukan kereta terbang. Dunia perlukan pemimpin yang benar benar utamakan rakyat mereka terutama di Malaysia ini ! 


You May Also Like

5 comments

  1. eh sama la kita. mimpikan kereta terbang bagai..hahaha

    BalasPadam
  2. 2020 - moga semua impian kita jadi kenyataan. Impian pak pak menteri tu biarkanlah kerana pastinya mereka cuma nak kaya dan kaya lagi.

    BalasPadam
  3. semoga impian 2020 menjadi kenyataan

    BalasPadam
  4. duit yang banyak terbang adelahh

    BalasPadam