Samad Al Iraqi Restaurant , cita rasa masakan Iraq yang wajib dirasai.

by - Selasa, April 19, 2022

Samad Al Iraqi Restaurant , restoran masakan Iraqi yang kita tau masakan mereka ini memang sedap sedap belaka, terletak  di Menara Prestige , Jalan Pinang ni awalnya aku ingat harga dia mesti RM100+ punya. Tengok dia punya restoran yang nampak cukup cantik dan kemas ni memang mengujakan aku. 

Parking mudah sangat. Parking je dalam bangunan. RM4 jam pertama. Agak premium sedikit tapi kalau nak guna LRT pun , lagi mudah. Turun je kat KLCC pastu jalan kaki. Dekat sangat ! Tak sempat nak berpeluh, sampai dah. 

Restoran yang cukup berseri. Tandas bersih. Terurus. Pekerja dia awalnya nampak cam garang tapi rupanya mesra sangat ! Peramah dan sangat membantu. Nak solat Maghrib, diorang buka sejadah di depan restoran. Bersih ! 

Harga buffet Ramadan , RM87 untuk dewasa dan kanak kanak , RM39. Makanan dia ? Heee.. sejujurnya aku tak sabar nak rasa.. sebab ni pertama kali nak rasa masakan Iraq oleh chef chef terhandal mereka. Gulp... 

Sejujurnya.. awalnya aku nak batalkan makan kat sini tapi dek kerana hujan. Tapi Alhamdulillah , rezeki kami sekeluarga.. hujan berhenti. Huhuh.. Dan ternyata berbaloi sangat ! Bukan saja dari segi wang ringgit tapi makanan yang dihidangkan memang menyihatkan. Aku terlupa jap aku diet. Heee.. 

Oh ya... kat sini boleh makan di dalam mahupun di luar. Kalau kat luar , memang best sebab permandangan yang menarik. Tapi aku sekeluarga makan di dalam.  Ramai kan.. heeee..  Ikutkan nak makan di luar tapi dah meriah sangat. 

Aku kasi 8/10 bintang. Heeee... Kalau korang kaki makan yang sukakan kekenyangan yang puashati , aku syorkan sini. Memang akan balik kenyang sangat ! 























SAMAD AL IRAQI RESTAURANT


 

You May Also Like

2 comments

  1. Makanan banyak betuii . Semua nampak sedap 😋😋😋

    BalasPadam
  2. Arabic food totally delicious..
    A must try..(^_^)

    BalasPadam