Tak boleh nak kurus walaupun berpuasa? Cuba buat macam ni..

by - Ahad, April 24, 2022

 " Bang.. turun 5 kilo dah berat badan Zila. Fuh.. ni kalau berterusan, kurus balik ni " kata wife. Aku senyum. Aku sendiri pun dah turun 2 kilo. Tapi aku kena naikkan skit sebab nampak kurus sangat lak. Aku takda masalah nak naikkan berat badan sebab aku kalau naikkan pun , aku tau apa kena isi. Aku sekeluarga memang dah pantang betul sejak wife sakit hari tu. 

Ada banyak hikmah wife sakit hari tu. Aku buat banyak kajian mengenai Gastrik , Gerd dan juga Anxiety. Punca utama ialah pemakanan ! Dan nombor satu patut hindari ialah GULA ! Inilah yang kegagalan kita. Sejak PKP diperkenalkan dalam negara kita, ramai  yang gagal kawal nafsu makan. Hari hari makan. Duduk rumah tak boleh keluar rumah... maka makan makan makan je la kerjanya. Nak bersenam pun tak boleh masa tu kan ? Sedikti demi sedikit baru dilonggarkan. Bila tak boleh bersenam.. nak buat apa lagi ? Masing masing mengadap gajet , tv dan sebagainya. Pastu lapar.. makan. Ditambah lagi dengan viralnya pelbagai jenis makanan serta minuman yang memang aku nampak tak berkhasiat langsung. Huhuh.. Punca kepada obesiti dan juga memberi masalah pada usus serta perut. 


Berat badan aku dari 89kg ke 87kg !


Sejak awal Ramadan hinggalah sekarang , setiap kali sahur dan berbuka... minuman yang dihidangkan atas meja makan kami cumalah air suam panas. Pastu makan suku nasi dan lauk yang biasanya dihidangkan ialah ayam ketika berbuka dan telur goreng atau setengah masak ketika sahur. Aku lak , akan bancuh oats dan dicampur dengan MMX Isolean protein. Letak air suam. Susu , aku terpaksa stop sebab aku dah kesan susu tu punca angin pada badan aku. 




Dapatkan MMX Metabolix Isolean sekarang di Nutrition Pro


Lepas makan , barulah aku bancuh air lemon madu halia. Alhamdulillah... perut jadi selesa. Kalau tak, sebu je lepas makan ! Nak tunggu hilang sebu , matahari dah naik tinggi ! Huhuh. Begitu gak ngan wife. Alhamdulillah.. dah sebulan dia tak 'diganggu' dengan masalah sakit ulu hati atau angin dalam badan. 

Dan memang ternyata pantang larang yang dibuat ni, membuatkan badan dia nampak lebih elok dari sebelum berpantang ni. Kelmarin gi butik pakaian , dia mencari baju kurung raya. Mintak size yang biasa dia pakai.. gelebeh ! Staff tu pun kata tak sesuai. Kena cari size kecik sikit dan ternyatalah benar... badan dah menyusut ! 

Dia cerita kat aku. Aku senyum. Lama dah suruh berhenti minum KOPI KOPI ni kan. Kalau kopi  asli tanpa campuran tu ok la. Ni dengan krimer bagai.. tambah lagi gula ! Aduh. Menakutkan citarasa zaman ni. Bila dah sakit.. masa tu baru nak tepuk dahi. 

Oh ya.. MMX Isolean yang aku guna tu,  zero sugar dan zero fat ! Memang berkesan sangat untuk mereka yang bersukan mengambilnya. Otot kita perlukan makanan tambahan terutama jika kita kaki sukan. Kalau mampu nak ambil secara semulajadi seperti makan ayam telur dan sebagainya, lagi ok. Macam aku.. tak larat nak makan semua tu hari hari. Kos pun satu hal. Mahal je sekarang. Jadi aku amik je la MMX Isolean ni. Satu scoop je sehari. Boleh tahan sebulan lebih. InshaAllah. 

Bagi korang nak turunkan berat badan dengan cara yang sihat.. Boleh la ikut cara mudah aku. Mulakan dengan BERHENTI MENGAMBIL GULA ! InshaAllah.. badan lebih sihat dan lebih nampak muda dari sebelumnya ! 


You May Also Like

2 comments

  1. heheh kali ini UN lagi ringan dr Aben, tapi masih tak fit well hahahah

    BalasPadam
  2. Yes mulakan stop gula. Memang badan akan turun. Nak stop tu kena keras hati la sikit..hehe

    BalasPadam