BEN ASHAARI



Hari ini dalam sejarah Malaysia. Alhamdulillah. Perintah Kawalan Pengerakkan Pemulihan dilaksanakan bermula hari ini (10/6-2020 sehingga 31/8/2020).  PKP-P ni bermakna tiada lagi sekatan merentas negeri dan juga dalam perniagaan. 

Tapi segalanya masih bersyarat dan perlu ikut SOP yang kerajaan sarankan. Tak susah pun nak ikut. Lagi pun banyak manfaat ikut. Aku lebih rasa selamat dan bersih. Mulut tertutup.. tak da la nak terbau mulut orang yang..uhuk.. hehehe.. Kita pun bila cakap takda la nak tersembur air liur bagai ha.. Hahaha.. kan kan ?

Semalam , aku keluar sekejap 'merentas negeri' . Dari Sepang ke Nilai. Dari Selangor ke Negeri Sembilan. Hehehe.. dekat je ngan rumah aku sempadan Negeri Sembilan ni. Keluar pun ada sebab. Ada roadblock tapi mereka longgarkan. Dah hujung hujung waktu untuk laksanakan PKP P. Diorang takda la nak tegas sangat. Ok la kan ? Tapi sebelum ni.. kena tanya gak la nak gi mana. Kalau seorang tu, lepas dengan mudah. Berjemaah ? Huhuhu.. nasib ko la nak. Hahaha..

Dalam perjalanan pulang ke rumah dari Nilai selepas membeli barangan yang aku nak, di sebuah sekatan jalanraya berdekatan dengan rumah aku kelihatan sebuah kereta berhenti. Kemudian aku nampak seorang anggota polis menghampiri kereta tu. Mungkin pemandu tu ingin bertanya soalan kot? Tapi rupanya.. Terharu aku tengok. Ikutkan memang aku sendiri ada simpan niat gitu.. Tapi aku batalkan je..Sebab ? Hehee.. risau pulak makanan aku sumbang tu nanti akan beri kesan sampingan pada dia. Faham kan maksud aku ? Haaa.. Risau gak la. Kena pikir semua tu. Memadailah dengan mendoakan kebaikan untuk mereka yang bertugas tu.

Mereka inilah wira negara. Kalau dulu ada yang dok bertanya apa tugas askar di kala negara aman ? Apa tugas polis yang ramai ramai tu ? Doktor ? Jururawat ? Nah... inilah dia ! Bayangkan di negara negara maju seperti Amerika , Greece , Itali dan sebagainya tu... mereka punya frontliners tu dah kecewa berjuang.. dek kerana orang awam tak nak beri kerjasama. Maka apa yang berlaku adalah mendukacitakan. Mereka yang terkorban kerana Covid 19 sangatlah tinggi berbanding negara kita yang jumlahnya kecil saja. 







Nah.. sekarang , terpulang pada kita. Aku tahu.. ada yang takut. Ada yang tak yakin dengan tahap disiplin rakyat negara ni tapi inilah yang perlu kita buat sekarang ni.. kerjasama ! Kena bersatu padu dan sama sama membantu ! Kalau tidak , kita sama sama kembali ke dalam rumah... untuk beberapa bulan lagi ! Nak ? Huhuh.. 


Tak susah pun nak ikut SOP. Malah jika ikut pun , kita sendiri dalam keadaan bersih gitu. Tangan senantiasa disanitize.. berbanding sebelum ni, dok korek hidung pastu bersalaman dengan orang. Dan korang perasan tak ? Nak selsema atau demam pun dah payah sekarang ni kan ? Haa.. sebab kita semua jaga kebersihan diri ! 

Buat frontliners seperti abam polis , askar , doktor , jururawat dan pelbagai profesion tu , jutaan terima kasih atas pengorbanan anda semua ! Tak terbalas kami pun. Semoga Allah berkati pengorbanan anda dan juga murahkan rezeki anda sekeluarga.


Dan sekarang.. tugas tugas frontliners tu dah diserahkan kepada kita.. Ayuh ! Kita pastikan negara kita terus kekal selamat dan aman. Kalau tak nak ikut , korang leh gi Amerika sana tu. Atau gi je negara Eropah yang kembali bergelut menentang Covid 19 tu. Banyak songeh lak dia !

Ayuh... kita sama sama berganding bahu ! Jangan biarkan negara kita sekali lagi 'sunyi sepi'.. dan Aidiladha kita seperti Aidilfitri yang lepas..


Gymmm... ku merindu kamu !! Masjid mesti la.. kang kata penunggang agama lak aku ni ! Hahaha..
Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
Aku dulu tak suka sayur sayuran. Tapi selepas muka teruk naik jerawat , aku ubah diet aku selepas arwah ayah menasihati aku. Katanya tengok muka dia. Betul , muka arwah tiada parut jerawat pun. Dia memang suka makan sayur dan juga ulam ulaman.

Sejak tu aku cuba belajar makan sayur. Dan bila dah kawin ni , sayur dan ulam wajib ada dalam diet aku setiap hari. Kalau malas nak makan , aku buat jus jer. Ditambah lagi aku ni mudah naik tekanan darah , maka jus sayur sangat membantu. Antara yang yang wajib ada dalam tu ialah celery , beetroot atau ubi bit , epal hijau dan lemon. Sebenarnya korang leh letak je apa pun sayur sayur organik pun pastu wajib ada lemon dan epal hijau. Dua dua ni membantu menghilangkan rasa payau. Kalau tak , memang tak boleh nak minum punya. 

Ok..Apakah kelebihan beetroot ni ? Ramai anggap beetroot ni kandungan dia macam ubi ubi biasa jer.. Hurm.. Bagi aku, semua sayuran ada khasiat tersendiri ! Bagus untuk tubuh badan kita. Sayang tidak manfaatkan semua. Yang penting, sederhana dalam pengambilannya. 

Apakah kelebihan beetroot ? Bila korang google , akan jumpa pelbagai artikal mengenai beetroot ni. Dan di Instagram , kalau korang search beetroot pelbagai menu atau resepi melibatkan beetroot ni diupload ! Perghh.. Best ! 




Kat bawah ni antara menu yang dihasilkan dari beetroot dan dicampur dengan sayuran lain yang berkhasiat. Sejujurnya aku terliur tengok menu sayuran di Instagram tu berbanding masakan masakan viral ! Kenapa ? Cuba korang bayangkan perut korang penuh tapi tidak menyiksakan ? Sedap je nak bergerak. Nak tidur terus pun tak rasa menyesal sebab yang ada dalam perut tu cuma sayuran je ! Haaa.. Ni kalau penuh dengan gula , garam , minyak .. lemak .. nasi.. daging.. pastu nak tidur ? Adoi doi doi.. mencari nahas ! Maksud aku bila makan malam la.. 

Dan paling penting , sayuran begini membantu sistem penghadaman kita. Perlu tahu jika kita bermasalah dengan sistem penghadaman , kanser dijemput hadir ! 





Nah... bawah ni apa yang aku buat dalam minggu n. Kos membeli sayur sayur organik , dibawah RM100. Korang boleh kurangkan kos tu dengan memilih sayuran tertentu saja seperti beetroot + epal hijau + lemon saja. Kalau ada carrot dan tomati , tu bagus. Hehehe..

Yang ni saja aku tak le tak epal hijau sebab nak elak aku abiskan satu malam jer ! Hahaha.. Sedap weh ! Tapi bila takda epal hijau, aku minum ikut jadual. Maka jimat la sedikit.. hehee.. 




Apakah kelebihan beetroot ni ? 

Ubi bit atau beetroot dikatakan mengandungi zat seperti serat , folat ( vitamin B9 ) , mangan , potassium , besi dan vitamin C.  Ubi bit ni bagus untuk merendahkan risiko penyakit jantung , meningkat keupayaan bersenam , membantu dalam proses penyahtoksin , masalah sembelit , untuk wanita hamil juga bagus dan kurangkan risiko masalah mata seperti katarak. Korang boleh baca keterangannya di SINI.

Bab mata ni aku akui sebab sebelum aku amik bit root dalam minggu ni , setiap kali aku nak tengok tv atau menggunakan laptop , aku kena pakai spek ! Nampaknya aku kena amalkan setiap hari la ubi bit ni. Secawan sehari dah memadai ! 

Oh ya.. kalau korang tak nak campur dengan sayur.. korang leh try resepi kat bawah ni. Nampak sangat sedap ! Hahaha.. Aku rasa aku nak try.. Resepi ni korang boleh tengok di Rasa.My


Nak makan sedap.. boleh. Tapi sesekali. Bila korang amalkan jus jus begini , korang akan dapati semua makanan sangat sedap ! Kenapa ? Sebab badan korang dah kurang toksin terutama di lidah tuuu.. Macam aku.. makan pisang pun terasa lain macam punya sedap ! Serius ! Cuba la kalau tak percaya ! 



Share
Tweet
Pin
Share
16 comments
Macam macam la kes kat media sosial ni. Maklumlah , buat masa ni.. masih ramai berduniakan media sosial. Tak boleh keluar rumah , tak boleh jalan sana sini dengan gembira lagi. Ikut arahan dan takutkan virus. Nanti dah benar benar 'merdeka' baru la diorang hargai apa yang ada di depan mata mereka...bukan di dunia maya ! 

Ok... Kes dalam minggu ni viral di Twitter.. Pergh... Gempak ! Netizen Malaysia kalau membahan , memang boleh bikin 'orang tu' stress giler punya ! Hahahha.. Rileks sudah laa...Dilayan kenapa kan ? Kata profesional.. Selagi rasa diri tu benar dan tak melakukan kesalahan. senyum je.. kan kan ?

Apa kes ? Ni haaa... cer baca kat bawah ni.. 



Hehehee... sentap dia ! Sampai kata tak tau pasal Malaysia. Eleleleeee... tu la. Mesti belajar skip belajar Geografi dulu. Orang muda Korea tak kenal Malaysia ? Ececece...  Korea ngan Malaysia cam adik beradik laaa... Orang Malaysia anggap dah Korea tu second home diorang ! Bercuti ke sana bila ada duit. Dan rakyat Korea antara yang teramai memilik visa MM2H tauuu... Haa, jangan tak tauu... Mentang mentang la aku yang buat statistik MM2H tu dulu.. hahaha.. Opkos aku tau.. Kan kan ?

Tu laa.. nak nampak cute sangat nama tu.. kang dah tersangkut dengan maksud tak comel dalam bahasa negara lain. Memang la tak kisah tapi kita nak letak nama , kena amik kisah apa maksudnya tak kira la dalam apa juga bahasa di dunia ni terutama negara negara yang terkenal. Kalau tak terkenal dan tak de plan nak buat marketing kat negara tu , lain la.. Contoh cam negara Marikh atau Pluto. Haaa... 

Untuk Babi... jangan sentap naa... Nanti mekap cair.. Tu muka ori ke ? Lain maciam je hidung punya mancung.. Hehehe.. 

Ada gak geng KPOP serang aku. Hee.. 
Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
Dalam perjalanan pulang ke rumah. Lalu depan mini Stadium Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi, Kelihatan ramai sedang berjogging. Perghhh.. Meriaah weh !! Tapi dia punya meriah sampai lupa SOP ! Apa SOP berjogging ni ??? 

Jarak 1 meter dengan individu lain ! Tapi dia punya lari berkumpulan macam.. pergh.. badan dah divaksinkan dengan cemerlangnya ! Begitu juga aku tengok sukan sukan lain seperti berbasikal. Dia punya berkayuh rapat rapat tu.. Haishh..

Ingat ! Jika kita gagal patuhi , kita akan berdepan sekali lagi dengan gelombang Covid19 dan membuatkan kita berbulan kembali ke dalam rumah ! Bila ini berlaku, ramai akan kehilangan pekerjaan !!! Ramai akan hilang punca pendapatan !! Aku tau korang tak kisah tapi lihatlah sekeliling korang.. jiran tetangga.. kawan kawan di media sosial yang mengeluh hilang punca pendapatan. Anak anak pula tidak bersekolah ! Semua ni berlaku jika kita tidak endahkan amaran yang diberikan oleh Kerajaan. 




Kita belum capai lagi sifar kes ! Masih banyak kes kes aktif terutama di Semenanjung Malaysia. Setiap hari ada je kes kes baru. Kerajaan membenarkan kita semua 'bebas' adalah untuk kebaikan kita bersama. Menjana semula ekonomi negara. 

Tolong... tolong kita sama sama.. Kita jaga kita ! Kalau korang pikir korang dah bebas , kita takda beza la dengan negara USA tu nanti ! Menghitung kematian selepas ni !! 

Nak bersenam... silakan... Jangan berlakon depan kamera ! Demi keselamatan kita semua. Korang nak bawak balik virus ke dalam rumah , silakan. Pastu siaplah.. seluruh taman perumahan serta rangkaian korang kena PKP D ! 

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Stress sebenarnya tengok badan naik ni kan ? Bukan sebab risau orang nak kutuk tapi sebab pengerakkan jadi sedikit terganggu. Jadi tak fit dan malas je rasa. Kan kan ? Keja nak membuta jer. kan kan ? 

Tak kisah la apa pun alasan kita tapi dah tiba masa untuk ubah sebelum terlambat. Ada yang kata puasa je pon dah ok. Betul ! Serius memang betul. Tapi kan..  kalau gabung sekali dengan apa yang aku buat ni , inshaAllah hasilnya lagi gempak ! Yer , aku dah buat 3 hari. InshaAllah sehari dua lagi memandangkan aku baru top up stok.

Apa yang aku buat ? Aku buat jus sayur yang mana aku dulu suka buat tapi dek kerana GST beberapa tahun lepas , aku tak boleh nak teruskan minat tu . Barang jadi mahal kau ! Sekarang ni ok la skit.. Beli banyak ni dapat la stok 3-4 hari. 

Kesannya ? Alhamdulillah.. mata jadi lebih terang berbanding sebelum amik jus sayur ni. Pastu badan jadi ringan. Sistem pencernaan pun cun jer. Berbanding sebelum ni... nak membuang pun masalah. Maklumlah , terlalu bnyak protein dalam diet harian. Tu jadi masalah. Makan bukan bukan pun banyak jer.. Huhuh.. 

Bahan bahan ? Hurm.. aku punya lebih pada untuk mereka yang ada tekanan darah tinggi... Ada beet root , celery , carrot , tomato , timun , sayur kale dan lemon. Kalau ada epal hijau , air tu lagi sedap tapi bila sedap... takkan sampai 3 hari ! Hahaha..


Bila amalkan jus ni , cukup ke tenaga untuk aktiviti harian. Hurm... Gini je.. Kalau nak betul betul , korang tak leh sentuh makanan yang diproses. Sepanjang 3-4 hari tu , korang kena amik makanan berasas sayur jer. Kesannya memang best sangat.. Tapi jika tak mampu , cuba la makan buah juga. Jangan makan nasi tau ! Tak lama pun... Untuk kesihatan gak.. 

Macam ari ni,.. awal pagi aku dah bersenam.. pastu basuh kereta , basuh longkang , jemur pakaian. Pastu kang nak keluar jap. Malam , kena tidur awal. Bangun pun awal. Maka segalanya kembali normal. InshaAllah.. baru badan sihat. Pastu bila puasa , cun jer ! Baru syok badan. 



Campurkan semua bahan tu. Pastu perah lemon. Hehehe... Siap ! Simpan dalam peti ais. Minum pagi , tengahari dan malam. Bila lapar pun try la minum. InshaAllah kenyang sekejap.. Hehehe.. Kata nak kurus.. kena la berkorban.. 

Dan jangan lupa.. Bersenam yer . Kalau malas , buat je jumping jack jer .. lompat bintang haa ! Sehari 100 kali jer.. Bukan sekali gus pun nak buat.. Dalam masa 24 jam. Ok ? Jangan kasi alasan lagi.. Ingat, kesihatan kita ni mahal harganya. Jangan sampai kehilangannya ! 



Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

Hurm... sedih membacanya. Tapi apakan daya, seluruh dunia terkesan dek kerana Covid 19 ni. Sapa sangka kan ?  Sangat mengejutkan tapi bagi mereka yang dah sediakan payung sebelum hujan , pastinya menarik nafas lega. Terkesan tapi tak teruk. Masih boleh terus hidup berbanding yang terus hilang punca pendapatan. Pening nak pikir bayar hutang dan juga nak teruskan kehidupan. Apatah lagi jika dah ada keluarga. Moga Allah membantu mereka. 

Air Asia... sesungguhnya aku sangat terhutang budi dengan Air Asia. Antara kenangan terindah aku bergelar blogger adalah bersama Air Asia. Aku takkan lupa sampai bila bila. Jutaan terima kasih buat En.Fairuz Majid ! Dialah insan pertama yang membuka pintu pada aku menjadi blogger travel ! Huhuhu.. Tak sangka sama sekali. Impian aku jadi kenyataan ketika ni. Kalau korang dah follow aku punya blog ni mesti dah tau apa cerita , kan ? Tapi bagi yang tak tau.. meh aku ulang tayang.. Hahaha. Korang boleh baca di entri Kenangan yang tak mungkin aku dapat lupakan ! Terima kasih Air Asia !!

Dan yang kedua , ke Jepun. Aduh.... tak sangka la weh.

"  Invitation: AirAsia X's Familiarisation Trip to Universal Studio Japan 

Dear 

​Ben Ashaari​

AirAsia X, the low-cost long-haul affiliate of AirAsia is collaborating with Universal Studios Japan (USJ) in Osaka for a familiarisation trip from 24th - 28th September 2015 (5D/4N). ​

Together with Universal Studios Japan, we would like to highlight AirAsia X's flights to Osaka, Japan as well as showcase the home of the only Harry Potter theme park in Asia to you and your blog readers and social media followers.​

We would like to extend an exclusive invitation to you to join us on this familiarisation trip and kindly see below for the tentative flight schedule and itinerary for your reference:  “


Sesungguhnya inilah antara rezeki aku bergelar blogger. Ikutkan banyak lagi tapi ini yang antara yang terindah sebab ianya melibatkan syarikat penerbangan terkenal di dunia dan impian aku untuk bersama mereka , tercapai ! 

Buat mereka yang terlibat dalam pemecatan tu , jangan pening kepala. Anda ada skill. Anda ada pengalaman. Anda boleh terus melangkah. Ini masanya untuk mencuba sesuatu yang baru. Mana tau , ianya lebih mencabar dan sesuai untuk anda.. kan ? Tarik nafas panjang panjang.. rangka plan bersama rakan rakan yang boleh dipercayai. Anda masih ada INTERNET ! Manfaatkan dengan sebaiknya. 
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Fuh.. dah masuk bulan JUN. Rasanya dari tahun lepas , aku dah tinggalkan apa yang aku amalkan sebelum sebelum ni. Apa tu ??? Detox ! Ahaaa.. bab ni payah skit la ye. Dalam dunia fitness ni , ada banyak mazhab atau pegangan. Hahaha.. Ada yang tak percaya bab detox ni. Dia lebih percaya senam adalah detox terbaik. Betul.. aku pun setuju tapi detox melalui pemakanan juga penting ! Haaa.. 

Kita amik contoh.. Covid 19 ni... Ramai nampak buruk Covid 19 ni tapi kebaikannya ??? Banyakk woo.. Tengok saja apa jadi dengan bumi ketika penduduknya duduk diam di dalam rumah ?? Haaa , kita nampak perubahan pada bumi kan ? Segalanya melibatkan alam sekitar dan juga kebersihan. 

Nah begitu juga tubuh badan kita. Sebab tu dalam setahun , sebulan kita kena berpuasa. Membersihkan organ dalaman dan juga hati kita. 11 bulan dikotori , sebulan kasi cuci. Tu pun susah nak bersih , kan ? Kenapa ? Ketika berbuka.. kita makan macam macam. Walhal organ baru nak berehat. Maka dia tak berehat sepenuhnya..  Puasa sunat 2 kali seminggu pun gitu gak.. Bila berbuka , makanan dia.. hurm... tak ikut SOP yang disarankan.

Maka inilah yang aku buat. Aku belajar ketika di Phuket pada tahun 2016. The LifeCo Phuket memang kasi bukak mata aku betapa mendetoxkan diri ni sangatlah penting. Cara tak susah pun. Ada yang ingat mati laaa tak dapat makan ! Walhal bukan lama pun.. 3-4 hari je dalam setahun atau kalau rajin setengah tahun sekali kena buat.. 2 kali setahun la maknanya tapi hasilnya.. fuh gempak ! 






Mendetoxkan badan cara aku ni mudah je.. Aku cari sayuran hijau jer.. Kemudian aku blend. Perah dengan lemon pastu simpan. Minum setiap pagi , tengahari dan malam. Jangan makan nasi , makanan proses mahupun apa juga makanan berdaging merah atau putih. Hanya boleh minum air sayur tu jer..Kalau lapar , makan salad . Dressing pun kena dari sayur. Jangan sesekali ada garam gula ! Jika ada , detox anda dikira gagal ! 

Dan aku buat satu lagi jus campuran untuk menurunkan tekanan darah tinggi aku. Camana aku tau tekanan darah aku naik ? Bila aku pandang skrin , mata aku kabur. Kena pakai spek baru nampak ! Nah , maknanya tekanan darah naik. Bila aku minum jus ni, terasa sangatlah segar dan kepala otak pun sangat fresh. Ibarat kereta dimasukkan petrol RON97 gitu. 

Air yang aku buat tu , cukup untuk 3 hari. Esok nak pergi ke Cyberjaya. Kat sana ada mall yang mana ada jual sayuran organik yang segar segar dari ladang. Terus tenang , kos untuk detox ni agak tinggi tapi berbaloi. Jika korang dah berumur 40 tahun ke atas , dah tiba masa untuk amalkan semua ni. Takkan nak makan ubat ubat doktor je  walhal Allah dah sediakan ubat untuk tubuh badan kita ni. Mati memang akan mati tapi takkan semudah tu nak mati seperti robot dicabut bateri, kan ? 
Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

Aku dah guna mesin ni masuk 2 tahun. Setakat ni , 2 kali juruteknik datang repair. Kes pertama melibatkan kelewatan pertukaran suhu air yakni dari panas ke sejuk. Dah dibaiki. Ok la aku puashati. Dan yang terbaru,  ialah dalam bulan puasa ari tu. Air sejuk tak berfungsi. Jadi suam jer semua. Air panas ok la... Tak pasal pasal kena simpan air dalam peti ais untuk dapatkan air sejuk. 

Aku dah mintak Cody ( petugas Coway yang datang buat servis ) , tolong buatkan report. 2 kali. Namun tiada apa apa tindakan dari Coway. Krik krik jer.. Dia mintak aku call sendiri. Aku pun call la. Talian 1800 .  Berdering tapi terputus begitu saja Bila cuba lagi tak dapat terus. Dan pernah dijawab mesin tapi takda orang jawab.

Oh ya.. Cody Coway aku ni bagus. Ada 2 orang. Yang satu tu, amanah orangnya. Selalu  tolong bayarkan duit sewa Coway aku ni. Aku mintak tolong . Aku tak nak buat potongan. Buat bayaran 3-4 bulan sekali gus. Dia la buatkan. Aku tranfer duit kat dia. Dia uruskan pastu. Dan memang dia terus buatkan. Huhuh.. 

Sambung... Ha.. Angin satu badan ! Ada yang nasihatkan aku untuk buat report di web rasmi Coway. Aku pun buatlah.  Report diterima tapi tiada balasan. 3 minggu mesin air bermasalah. Hurm.. Sabar je la.. Ikut hati memang mati la. Tapi tak pe la.. Kita tunggu seminggu lagi. 

Dan minggu lepas.. Aku berjaya cakap dengan call center. Katanya report aku baru masuk sehari sebelum aku call tu ! What ????? Diorang baru bukak sistem ke ? Bila aku tanya.. katanya diorang punya kakitangan yang terhad dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan.  Aku faham tapi sekurang kurangnya naikkan la satu memo atau notis di laman web , Facebook atau juga di dalam tol free tu ! Maklumkan yang perkhidmatan servis maintenance tergendala sehingga dimaklumkan kelak. Ni tak da la.. Adehh... 

Ok sambung.. Telefonis call center tu bagitau , petang tu technician akan call untuk buat temujanji servis. Ok fine.... Aku tunggu... Dari sesaat , seminit , sejam bertukar ke sehari.. demi hari dan akhirnya cukuplah seminggu ! Hahahahaa.. 

Akirnya aku terima panggilan. Petang tu datang la juruteknik. Sepuluh minit dia buat check.. katanya  board masalah. Relay air sejuk punya hal. Dia bawak spare part. Tapi sayangnya, lain size lak. Katanya la.. Dia minta maaf dan mintak datang esok. Aku ok je la. Takda pun nak marah marah. Asalkan elok dah la.. 

Aku tanya pada dia.. Boleh mintak rebet tak pad Coway dek kerana mesin ni rosak ??  Saja je la.. Tak harap pun ! Hahaha.. Dia terkejut. Kena tanya HQ tu katanya. Aku senyum je la.. Dia pun balik. Esoknya dia sampai selepas buat panggilan mengenai kehadirannya. Tak sampai 10 minit , segalanya siap. 

Dan air sejuk kembali pulih. Leganyaa.. Bergelas gelas aku minum. Hahaha.. Dia punya air sejuk lain sikit. Apa tambahan mineral dia pun aku tak tau la.. Hahaha.. Tapi sedap la.. 

Ahaa.. Berbalik kepada soalan aku.. Mesin air coway ni ok ke tak ? Jawapan aku ialah semua sama jer.  Ikut la berapa bajet korang. Aku ada guna Cuckoo gak sebelum ni. Servis pun ok... Coway pun ok. Yang penting , bajet korang dan juga jika berlaku kes kes macam sekarang ni yakni ekonomi meleset , apakah korang mampu bayar juga ? Haa.. Jangan ingat korang bergaji besar pastu amik kaw kaw punya mesin !! Haaa , kang tak terbayar.. nayaa !  

Dan aku mintak , agen agen dan juga jurujual mesin air  tak kira brand ni.. janganlah sedap kejar komisien . Jadilah agen yang bertanggungjawab. Tanya dulu kedudukan gaji dan sebagainya. Siasat latar belakang pelanggan atau kawan kawan korang yang berminat tu. Aku tau , ada yang tak kisah. Asalkan dapat jual dah. Dia boleh bayar atau tak, tu antara dia dengan company! Tamo gitu. Sian kawan kawan kita tu. Bagi nasihat yang sesuai. Jika korang nampak dia tak mampu dari sudut komitmen , maka nasihatkan untuk guna mesin air atau penapis air yang sesuai untuk mereka. Ok ? 

Komitmen.. hurm... Penting ni. Nampak kecik tapi besar sebenarnya. 
Share
Tweet
Pin
Share
20 comments



Ceritanya begini. Aku tak pernah bagi wife aku ni , pasang Lego Bricks. Biasanya aku dengan Qhaliff je. Atau aku mintak abang aku tolong pasangkan. Aku  bukan tak boleh tapi tak sempat dek sebab anak anak suka melekat dengan aku. Payah nak fokus gitu. Eceh... 

Dan beberapa hari ni, aku ada satu set Lego Speed Champion 2020. Ada dalam 4 buah kereta semua.  Aku plan nak buat dengan Qhaliff. Bila tiba masanya, aku pun pasang la dengan dia. Dah setengah jalan , wife masuk gantikan Qhaliff.. 

Dari buat sekejap sekejap.. terus dia tarik semua. Tau tau siap ! Eh... Pandai pulak bini aku buat menda ni. Aku ingatkan dia tak minat. Dan akhirnya , dia dah kemaruk ! Siap Whatsapp aku tanya bila nak pasang yang selebihnya. Syok pulak katanya. 

Nah... bila dia mengadap menda ni... mau 2-3 jam gak la dia senyap je layan memasang. Huhuhu... Maka boleh la tenang tenang seketika weh ! Nak keluar rumah tak leh kan ? Hahahah.. Kasi je Lego Bricks kat dia.. Haaa... selamat seketika. Nak lagi syok . belikan set Lego Star Wars tu kat dia.. Hahahaha.. Tau la dia kerjakan camana.
Share
Tweet
Pin
Share
23 comments
DC Blackout ?

Dah beberapa hari aku dok follow perkembangan di USA. Ikutkan lama dah sejak Covid 19 ni. Kenapa aku ikut ? Bagi aku , apa yang berlaku di sana , sedikit sebanyak akan memberi kesan pada kita di Malaysia terutama dari sudut ekonomi dan juga keselamatan.

Dengan Presiden Trump yang entah apa apa tu satu hal.. rasanya rakyat dia pun dah lama meluat dan menanti masa jer nak meletus. Rasanya isu terbaru inilah yang membuatkan rakyatnya bangkit dan meluahkan segala apa yang tak puashati melalui protes di jalan raya seterusnya membuatkan negara tu dalam keadaan huru hara ! 

Kes George Floyd tu bukanlah satu kes yang baru. Banyak kes serupa tu berlaku di negara tu cuma rakyat masih bertolak ansur dan bersabar. Bagi aku la. Dan bila ada isu ni ditambah dengan isu Covid 19 , maka perasaan mereka memuncak la.. Presiden lak dok dengan perangai bangang dia tu. Seolah olah aku rasa memang dia nak negara dia ni , dalam keadaan begitu. Dah tiba masa untuk kurangkan penduduk negara dia ??? Hurmm... terutama yang bermasalah kan ? Tu pandai pandai la korang selidik sendiri la. 

Apa yang merisaukan aku pada pagi pagi ni ialah apa yang berlaku di sana , kita turut terima kesannya. Aku nak tepuk tangan dan kata padan muka pun tak boleh gak ! Bayangkan jika Amerika tu tergugat. Abis syarikat syarikat besar runtuh terutama yang melibatkan internet. Apa jadi dengan dunia internet ni ? Hurm... 

Manakala di negara negara lain , turut mengalami masalah tersendiri. Krisis tanaman , bencana alam dan sebagainya. Dan di Malaysia , sedikit demi sedikit mula terkesan. Ramai dah mula menganggur dek kerana syarikat besar menamatkan operasi. 

Apa kita kena buat... bersedia. Pastikan jangan membazir terutama duit dan makanan. 


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments




Sejujurnya , aku bukanlah pakar dalam bab ni. Kalau korang nak , boleh gi follow Kelvin Zahri punya page atau instagram. Kat sana mungkin ada penerangan lebih baik. Tapi apa yang aku nak ceritakan dalam ni sekadar pengalaman aku. 

Dulu aku tak paham sangat la part part kalori ni. Pengiraan tenaga dan juga jumlah kalori dalam makanan. Kalau tengok dari jadual pemakanan dan kalorinya , boleh insaf weh ! Bayangkan pagi pagi lagi dah bedal roti canai 2 keping... ditambah lagi dengan telur setengah masak 2 bijik.. Pastu teh tarik. Siap sarapan pagi ! Pastu balik rumah.. sambung tidur ! Atau paling tidak pun tengok tv. Tak pun , basuh kereta. Maka , berapa banyak kita dah gunakan tenaga yang baru kita masukkan tadi tu ? Fuh... Baki tenaga tu camana ? 

Kalau itulah makan pagi , tengahari dan malam sekali gus.. ok la.. Boleh guna sepanjang hari. Tapi kalau tengahari kang nasi kandar atau nasi campur dengan pelbagai lauk pauk ? Fuh...tersandar di kerusi ! 

Yer... ada orang tak kisah. Asalkan dia bahagia dan dia nampak sihat ! Sakit tu , nanti jer cerita. Selagi boleh makan...kita makan. Katanya. Bagi aku, konsep tu salah. Kita makan untuk hidup. Sesekali nak makan yang lazat , ok la. Tapi jangan isi macam penyamun jumpa harta karun ! Semua nak rempat dalam satu beg kecil ! Pilih yang terbaik dan berbaloi la kan ?

Aku dulu macam tu ! Sumbat selagi boleh ! Nasi kandar.. 2 ketul ayam ! Siap ayam madu dengan ayam masak kicap. Bapak ahhh ! Bila pikir balik, ngeri ! Ngeri dek kerana selepas makan tu , termengah mengah jalan. Sedap tu sedap tapi selepas tu kita jadi tak sedap. Badan jadi lemau. Mulut jadi berbau. Otak jadi lembab. Kepala ingat nak membuta jer. Dah jadi macam ular sawa !

Maka... aku ubah cara hidup. Makan tetap makan. Tapi pilih. Apa yang nak kena makan ? Aku tak memaksa wife aku masak itu ini setiap hari. Dia nak masak apa , terpulang kepada kemampuan dia dan juga apa yang ada di dapur ! Melainkan jika aku teringin tu..barulah aku mintak. Contoh macam Maggie ke.. Haa.. Tu aku buat sendiri la. Maggie aku , lain sikit. Telur memang banyak. Sayur kalau ada , semua aku letak. Hahahaha.. 

Ok.. aku pernah ikuti satu program detox di Phuket. Sangat berbaloi ! Di situ aku mula faham erti makan untuk hidup ! Hahaha.. Serius ! Selama ni aku ingat kena makan nasi baru boleh kenyang. Kena makan lauk pauk dengan banyak baru boleh sado ! Hahaha.. 

Di situ aku belajar betapa sayur hijau saja dah cukup membekalkan kalori dalam badan kita. Bergantung pada aktiviti harian kita. Kalau korang kerja berat , kena tambah la dengan makanan yang sesuai. Macam aku yang di sana sekadar santai.. pagi berbasikal , berenang , workout ala ala gadis cun , tak banyak pon kalori digunakan tapi pastinya akan abis ibarat bateri handphone cecah jam 10 malam.. dah 0 % pastu kena recharge.. sama cam aku, sampai jam 10 malam, automatik mengantuk dan nak tidur. Sebelum tidur , amik sedikit kalori ( jus sayur ) supaya tidur kita lena... tak terganggu dek kelaparan. 

Pelajari program Detox sebenar di The LifeCo Phuket. - BEN ASHAARI

Pelajari Program Detox di The LifeCo Phuket #2 - BEN ASHAARI
Jus sayur 100% . Tanpa gula dan pemanis. Cukup untuk membantu tidur lena dan segelas lagi bila bangun tidur... 



Kesimpulan mudah jer.. Kita tak payah nak kira berapa banyak kalori makanan kita. Bukan nak jadi Mr. Universe atau Ratu Cantik Dunia mahupun nak kena menari tiang depan bini setiap kali nak tidur pun.. lebih kepada nak badan sihat dan otak cerdas.. Tak boroi tu satu bonus !

Camana ? Nah.. sebelum makan , minum air suam segelas.. pastu makan buah buahan diikuti dengan banyakkan sayuran. Pastu ratah la lauk lauk yang kurang minyak , garam dan lemak. Kalau ada duit lebih, amik susu protein setiap pagi . Maka protein whey dalam badan dah cukup. Selebihnya seperti zat dan vitamin tu daripada makanan natural. Kalau mampu makan ayam ikan bakar setiap hari  maka protein whey tak perlu dah la..

Sebelah petang.. bersenam untuk mengeluarkan peluh. Tak semestinya kena pergi gym pun.. Di Instagram , ada banyak tunjuk ajar latihan kardio yang pastinya membuatkan korang lebih kelihatan muda dan segak untuk 2 bulan akan datang selepas korang berdsipilin menjaga pemakanan dan juga aktiviti harian korang.

Cukup makan.. cukup rehat.. inshaAllah anda kacak dan jelita ! Jangan lupa , hati mau baik juga.Jaga hati.

Baca juga 10 makanan yang mengemukkan di Malaysia oleh Kevin Zahri
Share
Tweet
Pin
Share
17 comments
Aku tak pernah lagi baca buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Tapi pernah dengan 'kekecohannya' satu tika dulu. Tapi aku tak amik endah pun. Maklumlah , aku tak berapa gemar nak layan filem cintan cintun ketika tu. Lagi pun aku takda sebab nak tonton filem yang dikatakan panas giler tu ! Memang jadi bualan la masa tu.. Huhuh..

Tapi aku sangat bertuah sebab layan filem dia dulu baru novelnya. Bukan apa.. bila kita baca novel ni, dia punya imaginasi memang tinggi abis la ! Haaa... Maka bila dikeluarkan dalam bentuk filem , memang tak capai apa yang kita nak punya. Bukan mudah nak puashati pembaca sebab masing masing ada imaginasi tersendiri. Huhuh.. 


Ok... Kenapa aku boleh tonton filem ni sampai abis ?? Pada awalnya , hanya watal Zainuddin je muncul. Maka tidak memberi apa apa makna pada aku. Cuma aku tertarik pada gaya percakapannya. Cam Wow gitu.. sepatah sepatah dan cukup tegas namun lembut. 

Dan tak lama kemudian, muncul la awek ni haa atas kereta kuda. Dia punya jeling.. Mak aih ! Aku ulang berkali kali tengok. Kena pastikan wife takda kat sebelah. Kang ada kena cubit lak ! Bukanlah aku tergoda tapi dia punya jeling tu 'berisi' ! Memang menjadi laa.. Mana mana laki di tempat Zainuddin tu cair weh ! Er , aku cair ke ? Eh tak la.. ( cover line ). 



Bermula dari sinilah aku tonton filem ni sampai abis dan mengulangi semula bersama wife. Hehehe.. Terpaksa weh ! Bukan suka suka nak tonton semula. Sebab dialog dan kata kata si Zainuddin pulak kali ni ! Berapi dan makan dalam. 

Filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ni kena tonton berkali untuk fahamkan maksud tersirat dalam filem ni. Terlalu banyak yang tersurat juga.  Kalau sekali tonton , maka kita akan kata Hayati yang bersalah. Tapi dua kali tonton , akan dapati Zainuddin lak bersalah sebab ego ! Kali ketiga , akan kata mereka ini mangsa keadaan. 

Pendapat aku... seorang lelaki. Bukan berdasarkan novel yer. Berdasarkan filem ni tau.. Hayati yang aku nampak begitu asli tiba tiba jadi cam.. Wow , senangnya kau termakan pujuk rayu kawan kau ! Ketika mencuba 'dress' yang bagi aku agak seksi tu macam menghilangkan sisi gadis kampung dia yang mana aku rasa si Zainuddin sendiri mengagumi part tu. 

Kemudian.. bila dia terlihat 'Aziz' .. hurm.. Dari situ nampak sedikit terkilan. Maklumlah , aku kan lelaki. Sedikit sebanyak ada 'perasaan' dan boleh baca riak muka perempuan yang menyukai kita. Maka tak peliklah bila keluarga Aziz masuk meminang dia boleh terima walaupun sedikit berbelah bagi. Dia terpaksa menerima memikirkan pengorbanan mereka yang menjaganya memandangkan dia anak yatim piatu. Serasa aku la. Dan juga kena fikirkan masa depannya juga.  Pada masa yang sama Zainuddin juga masuk meminang dia tapi ditolak dek kerana keturunannya. 

Dipendekkan ceritanya.. Aku sebagai lelaki.. pada awalnya menyokong cara Zainuddin. Berterima kasih pada Hayati kerana 'mematahkan' semangat yang mana telah membuatkan Zainuddin bangkit kembali dan menggunakan kenangan pahitnya untuk berkarya. Yer , kenangan pahit memang best untuk ditulis. Sangat mendalam dan sampai kepada pembaca. 

Tapi part ketika dia menolak Hayati tu.. aduh, aku rasa cam.. 

" Bro... orang yang kau sayang dah dalam gengagaman. Kenapa kau biarkan ego menguasai diri ? Bukankah dia yang kau tunggu selama ini ? Bukankah dia yang kau puja selama ini ? Maafkan la dia. Terima dia dan mulakan hidup baru. Jangan biarkan dia pergi, Mana tau , jika dia pergi kali ini.. dia tidak akan kembali lagi ! Ketika tu, kau akan menyesal buat selama lamanya.."

Dan menjadi kenyataan ! Hayati mati. Tapi kematiannya tidak membuatkan Zainuddin sekali lagi kecewa tetapi menjadi sumber inspirasi buatnya. Hayati tetap hidup dalam kisah hidupnya...selama lamanya ! 

Yer.. dua dua mangsa keadaan. TDan aku suka Hayati sisi kampung gitew... Ouch.. Oh ya.. Hayati lakonan Pevita Pearce , gadis kacukan British Indonesia. Memang cun gitu.. Bab cerita peribadi tu, lantak dia la. Aku suka dia dalam filem ni jer.. hehee..


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Hari Raya aku diabiskan dengan menonton filem filem dari Indonesia. Aku lebih memahami filem Indonesia terutama yang kisahnya berlatarbelakangkan sejarah dan juga kisah benar. Sebelum ni aku tak tau langsung latar belakang Indonesia. Bagi aku sama je semua . Satu bulatan yang besar. Rupanya-rupanya tidak. Aku memahami dah 'perasaan' Kepulauan Jawa , Kepulauan Riau , Kalimantan dan sebagainya.  Menarik ! Dan sejujurnya aku dah jatuh cinta dengan Indonesia. Moga berpeluang merantau ke sana satu hari nanti. 

Ok..Dari keratan artikal di atas.. Melayu dikatakan bangsa yang penuh dengan hasad dengki. Dalam filem filem klasik pun ada menceritakan. Terlalu banyak ! Setiap cerita mesti ada papar si Melayu dengan perangai dengki khianatnya ! Termasuk dalam filem Indonesia.

Sejujurnya.. ketika awal aku berblog pun , aku dihentam abis abiskan oleh mereka yang sebangsa dengan aku ! Bukan dengan bangsa lain tau... bangsa aku sendiri ! Bangsa lain , amik kesempatan yang terbentang luas di mata mereka.. Yakni peluang menghasilkan duit ! Yer , mereka kasi job. Aku dapat duit , diorang pun dapat sama. Win win gitu.. Kan ? 

Tapi bukanlah semua Melayu tu teruk. Teruknya Melayu tu , ada di semua bangsa ! Kita je tak tau. Dah kita membesar di kalangan orang Melayu. Cuba kau hidup di kalangan orang cina... kulit hitam ke.. atau Red Indian.. Haa , ko rasa camana ? Ada je cerita cerita mengenai perangai hasad mereka ni gak. Ko je tak tau ! Ramai je yang support aku dalam dunia blog ni. Berjaya gak naik. Terima kasih buat mereka. 

Dan untuk kes Yuna ni.. aku sendiri tak suka dia.  Kenapa ? Lagu dia , aku ok jer. Cuma penampilan dia. Mau paham satu perkara.. Bila kau menjadi tatapan umum , ada tiga perkara kau akan bawa bersama. Bangsa, agama dan negara ! Panjang nak ulas bab ni. Tapi contohi Shila Hamzah. Boleh je dia naik dan orang melayu di sini bangga jer ! Dia pakai elok elok.. Nyanyi sedap sedap ! Ok la kan ? Seperti Siti Nurhaliza tu.. Kalau kau kat Amerika , kena ikut style sana la eh ? Anita Sarawak ? Dato Shake ? Ada ke Melayu kecam sampai perlu keluar statement tu ? Dah tu ko bikin lagu melayu untuk sapa dengar ?? Bangsa kau gak kan ? Buat je lagu dalam bahasa Latin . Senang. suruh diorang support ! Mudah gitu kan ? 

Nak berjaya ni bukan mudah. Tapi bila dah berada di atas , mereka yang dibawa selama ni mengecam..mengkritik akan automatik tutup mulut ! Kejar je apa yang nak dikejar. Selagi kita tau mana baik dan mana tidak , teruskan. Jangan tinggalkan agama dek kerana dunia. Tak berkat gitu. Hidup sendiri jadi tak tenang ! 

Ko tengok Raihan dulu camana ? Dunia kenal dia. Berjaya pun popular ! 

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments
Trending si Fizi kali ni. Bukan sikit lak tu. Hahahaha... Kenapa dia dikecam ? Dek sript yang dihasilkan untuknya la. Apa lagi. Dah tak pasal pasal ramai kutuk dia di Twitter. Sian dia. Hahahaha...  Tapi nak wat camana, memang watak dia disediakan begitu. Hurmm.. 

Sesungguhnya , aku memang tak gemar anak anak aku tengok Upin Ipin ni. Sesekali layan tu ok la. Kenapa ? Gaya bahasa tak sesuai untuk anak anak bawah usia ni tonton. Mereka dipengaruhi secara tidak langsung. 

Yer.. aku tahu. Kononnya itulah cara kehidupan orang kampung dulu dulu. Tapi kena fikir la... kartun yang dihasilkan adalah untuk memberi kebaikan dan manfaat untuk si penonton. Adakah Upin Ipin diciptakan untuk golongan dewasa ? Tidak kan ? Memang sasaran dia adalah kanak kanak. Dan kanak kanak ni pulak umpama span. Segalanya yang ada di depan dia , dia sedut abis ! Tak reti nak tapis lagi. Jenuh mak ayah nak kena jelaskan ! 

Tak pe sepatutnya , kau paparkan yang baik baik je ! Watak kasar seperti Fizi tu dilembutkan sedikit. Pastu tak perlu wujud watak si lembut dalam tu ! Ko nak kasi sapa tengok sebenarnya ? Ingat watak lembut menghadirkan kelucuan ke ? Haish.. 

Aku memang 'done' dengan Upin Ipin sejak 2014 lagi.. Bukan benci kartunnya tapi.. 





Belajarlah buat 'happy ending' dalam episod penting begini... Patut ada babak Fizi minta maaf kerana berkata demikian.  Maka episod syawal ni menjadi lebih baik di mata kanak kanak. Belajar memohon maaf dan juga memaafkan. Takda dalam episod tu, kan ? Hurm..

Haihsh...Entah la nak.. Segalanya dek kerana nak... paham paham je la. Kang kata melayu nak jatuhkan melayu lak..

PS: Jangan sesekali mainkan perasaan anak yatim piatu. Mereka sangat sensitif. Hormati perasaan mereka.
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

Seingat aku... sejak dari kecil lagi hinggalah ke tahun lepas , Aidilfitri memang memahat kenangan manis. Tapi sapa sangka , Aidilfitri di tahun 2020 merubah segala kenangan. Sesuatu yang  tak disangka sama sekali. Bayangkan , Syawal sebulan... sebulan itulah beraya sakan rakyat Malaysia. Hanya berlaku di Malaysia saja. Tapi untuk tahun 2020 , rakyat Malaysia hanya dibenarkan beraya sehari saja yakni pada 1 Syawal ! Telan air liur kau nakkk ! Haa.. amik kau ! Huhuh..

Tapi banyak hikmah. Bayangkan sepanjang Ramadan, setiap ahli keluarga kena jadi iman solat. Masuk Syawal , kena jadi iman solat sunat Aidifitri yang mana selama ni, pakat pakat berjemaah di masjid jer ! Haa... Kena baca khutbah sendiri depan keluarga tercinta. Haaa.. apa cite??? Hahahah.. Nasib baik bini aku datang bulan. Hahahaha... 

Dan arahan kerajaan Malaysia.. hanya dibenarkan beraya dikalangan ahli keluarga saja. Persoalannya, apakah rakyat akan ikut ? Hahahaa.. Tu yang tak nampak. Bayangkan yang nampak seperti arahan tidak dibenarkan pulang ke kampung ! Ramai gak balik kampung curi curi. Kena kompaun RM1 ribu pun tak kisah. Asalkan balik kampung. Huhuh.. Alasan macam macam ada. Aku tak nak masuk campur. 

Cuma terkilan di pagi raya la. Biasanya lepas solat Raya , aku akan ke rumah mak aku. Beraya dengan diorang . Tapi dek kerana Covid 19 ni... aku jadi takut nak berjumpa dengan dia. Maklumlah, aku takut aku jadi pembawa atau sebaliknya. Kalau aku sorang je takpe.. rumah aku anak anak kecil. Maka puas dok pikir.. nak gi ke tak nak ? Aku tengok orang lain selamba jer pergi. Ada yang tak pergi gak... Hurm... 

Wife dok tanya. Aku tahu.... diorang boring gak duduk rumah. Tapi Qhaliff lain skit.. 

" Qhaliff, nak gi umah tok tak ? " tanya aku.

" Tak nakkkk... Covid 19 ! Bahayaa.. ". jawab dia 

Adeh... Camana eh ? Walaupun satu negeri dan tak merentas negeri lain tapi kerisauan tu tetap ada.  Tahun depan ? Kau yakin ada tahun depan ? Hahahaha... Tengok tahun ni dah la. Sapa sangka kan ? Ha.. Jangan confident la tahun depan segalanya akan kembali seperti sedia kala.. Tapi kalau kembali, Alhamdulillah.

Apa pun.. Covid 19 membawa perubahan pada penduduk dunia. Sayangnya , tak ramai insaf. Masih dengan perangai jahilliyah malah makin teruk.  Yer , kita di penghujung zaman. Hanya menanti ..

Semoga Allah lindungi kita semua. Er , nak duit raya ? Kasi email address. Nanti aku email gambar duit raya. 
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Siapa sangka , kali ini dunia merayakan Aidilfitri dengan penuh kelainan. Dan paling tidak disangka, Ramadan berjaya dilalui dengan penuh keinsafan. Masakan tidak.. aku ingatkan aku tidak mampu berpuasa dek kerana Covid 19 yang dikatakan menyerang mereka yang kering tekaknya ! Huh.. jauh sekali pemikiran songsangku ! 

Alhamdulillah... Hari ini umat Islam merayakan Aidilfitri dengan kesederhanaan yang amat sekali. Tiada buffet Ramadan. Tiada bazar Ramadan.. kita berjaya menyelamatkan betapa banyaknya makanan dari terbazir begitu saja. Dan merayakan kejayaan ini dengan sekali lagi , kesederhanaan. Aku sesungguhnya amat bersyukur sekali. Segalanya sangat sederhana. 

Paling penting Ramadan dan Syawal tiba, aku bersama keluarga tercinta. Entah berpeluang atau tidak di masa yang mendatang... siapa yang tau. Bila dalam keadaan begini, sesungguhnya kita akan menghargai setiap detik yang ada di hadapan mata kita. Jangan persiakan. 

Buat rakan rakan , Selamat Menyambut Hari Kemenangan. Semoga amalan kita diterima Allah hendaknya.  Oh ya , dalam meraikan kemenangan.. jangan sesekali kita terlupa akan musuh yang tidak kelihatan itu. Jangan biarkan dia menghampiri kita sama sekali ! Pastikan dia ketakutan bila melihat kita. Patuhi SOP yang disarankan. Jangan terlalu leka dan terlalai.. 

Hurm... Apa kaitan filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ni dengan Aidilfitri aku ?? Aku tertonton sekejap kelmarin. Aku tak pernah tonton pun cerita ni. Tak pernah berminat sama sekali ! Orang kata best... Tapi aku tak terbuka hati untuk menontonnya. 

Bila tonton di awalan cerita , aku cam.. Wow ! Punca aku Wow tu sebab aku dah memahami INDONESIA ! Dek kerana aku join trip Medical Tourism yang diuruskan oleh NQ Services , aku berpeluang mengenali Indonesia dengan lebih dekat. Budaya dan adat mereka walaupun aku belum pernah jejakkan kaki ke sana lagi Dan aku sudah tau bagaimana 'mereka'. 

Maka bila aku tonton filem ni , aku mengerti sangat keadaan mereka. Dan filem ini rupanya jauh lebih dari filem Kabhi Kushi Khabi Gham yang mana bagi aku tiada cerita lebih syadu untuk ditonton. Rupanya Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ini jauh lebih menarik.


Di awal cerita aku seolah boleh baca jalannya tapi rupa-rupanya , tidak sama sekali. Aku terpegun dengan keindahan yang dipaparkan dalam filem ni. Gaya bahasa dan tuturkatanya.. Wow ! Seriuss... aku cam... Aduh ! 

Dan keegoan hero seperti keegoaan aku ! Tapi itulah manusia. Banyak pengajaran yang ada dalam filem ini.  Cinta bukan sebarang cinta... Cinta bukan melemahkan semangat.  Ianya membangkitkan satu perasaan yang cukup kukuh dan utuh lantas tiada apa halangan mampu membuatkan si pencinta maju dan terus maju demi mengejar cintanya... 

Pergh... serius best giler ! Apa lagi filem Indonesia yang best ditonton eh ? Biarlah terlewat pun.. Bagi aku filem begini merupakan satu karya yang patut kita tonton di malam raya. Mampu menghadirkan satu perasaan yang tiada tandingnya..

Tiba tiba aku cakap macam Zakaria lak.. Hayati ? Huhuh... memang jelita dia dalam tu. Adududu..

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin dari saya sekeluarga.. 
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Dua hari lepas , Zahra demam. Bila malam menjelma.. badan mula panas. Tidur jadi tak lena. Aku kena jaga dia. Pastikan suhu badan dalam keadaan stabil. Jika tinggi, kena lap badan dia dengan air. Jika badan terlalu panas , kena kejut dia dan mandikan.  Sian dia. Nasib baik tak banyak karenah. 

Masuk hari ke dua , demam tak berkurang.. tapi dia tetap aktif cuma takda selera makan. Aku syak dia punya tonsil. Kenapa ? Sebab dia suka gigit kuku.  Tegur dah berkali kali dah. Haish.. Ni dah demam , baru nak insaf.  Untuk makluman , anak anak aku ni memang kerap demam dek kerana tonsil. 

Gi klinik A di Putrajaya. Wife turun dengan Zahra. Aku tunggu dalam kereta. Payah nak dapat parking kosong kalau waktu kerja.  Tak lama kemudian , wife kembali dengan Zahra. Kereta bergerak. Aku bertanya. Dia jawab tonsil sedikit merah. Dia kata tu pun dia mintak doktor check. Kalau tak , doktor tak nak check. Takut bila kata sakit tekak. Huhuhu... Dapat la dua ubat. Satu antibiotik dan satu lagi ubat demam.. 

Baru aku tahu camana rasa bila kita ni suspek Covid 19. Orang takut nak dekat walhal belum lagi positif. Kalau dah positif , entah la.. 

Hari ini di tahun 2017. Zahra masuk wad di Prince Court dek kerana bronchitis

Dan seperti yang aku jangkakan..selepas ambil antibiotik , demam dia akan kebah dan sembuh. Alhamdulillah.. tapi Qhaliff lak mula panas badan. Berjangkit la tu.  Semalaman tidur tak lena. Asyik dok mengigil sejuk. Hurm.. Sian.. 

Petang tadi.. bawa dia gi klinik di Putrajaya. Tapi bukan klinik A tu. Wife tak nak gi situ. Check tak seberapa tapi mahal ! Di klinik B ni, katanya.. doktor cukup profesional. Dia tengok.. dia check tekak.. sendi anggota. Takut denggi juga.  Tonsil dah bengkak. Dia kasi 4 jenis ubat termasuk ubat kemam. Harga jauh lebih murah dari klinik A. Wife sangat puashati la kat situ. Memang akan jadi klinik keluarga la jawabnya... 

Hurm.. demam sekarang menjadi ketakutkan.  Apatah lagi bila kena bukak mulut , doktor sendiri pun takut nak dekat... takut dek air liur terkena muka dia.. Huhuh... 

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Aku spesis manusia yang makan , asal kenyang. Kalau nak tumis bawang , nak letak halia atau rempah ratus tu.. belum lagi la hadir rajinnya. Hehehehe.. Aku tak suka abiskan masa di dapur. Bukan malas cuma tak minat jer. Kalau lama kat dapur tu, hanyalah untuk basuh pinggang mangkuk. Memasak tu , idok ler nak oiii ! 

Tapi bila datang teringin tu... memang boleh lama la. Contohnya bila nak buat jus buah atau jus sayur.. nah , memang akan duduk lama punya. Dan pagi ni, dalam jam 3 pagi.. dek kerana wife tak boleh berpuasa dah sampai penghujung Ramadan , maka aku kena la sahur sorang sorang. Tapi aku tak kisah pun. 

Maka ... maggie yang tersimpan dek untuk backup PKP atau lockdown ni tak pernah lagi digunakan,  aku manfaatkan sepenuhnya. Dua bungkus jadi pertaruhan ! Hahaha.. Telur ayam 2 biji. Biasanya aku letak 3-4 biji tapi dek kerana kena berjimat cermat maka 2 dah memadai. 

Serunding ayam , made in Kelantan. Isinya memang padat ! Ratah begitu saja pun dah cukup tapi tamo tamo tamo.... nak campur dalam maggie. Nak kasi pedas sikit , kasi masuk sambal ikan masin cili padi. Serrrr... memang confirm licin !

Dalam gambar ke 2 tu... aku tak suka masukkan telur dalam masakan maggie aku tu. Aku akan gaulkan sekali bila maggie dah siap direbus.. Buang kuah sedikit... pastu masukkan dalam mangkuk. Pastu gaul..gaul dan gaul !  

Dan masukkan la serunding serta sambal cilipadi tu ! Siap ! Tak yah sayur bagai. Sebab kalau ada sayur , kenyang sayur aku jawabnya, Sekarang ni aku teringin nak bedal magi jer ! Hahahah





Tadaaa... siap ! Pastu menyesal ! Tiba tiba nak naik atas , workout ! Takkan nak tidur lepas makan lak kan ? Hahahaha.. Tapi tak pe.. bukan selalu pun buat kerja giler macam ni. Bila teringin jer...Kan kan ! Baru 4 kali dalam minggu ni ..

Lalalalaaa..
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (10)
    • ▼  April 2026 (2)
      • Hilangkan gerd dan anxiety !
      • Konsisten itu mahal harganya !
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes