BEN ASHAARI



Sapa pernah pergi makan kat Restoran & Kafe Madinah di Taman Putra , Ampang mesti akan anggukkan kepala dia.. Kenapa ? Teringat makanan dia yang sedap sedap belaka tu ! Huhuh.. Serius sangat sedap dan berbaloi. Makanan dan minuman , memang puashati belaka. 

Aku pasti ramai yang  baca blog aku ni adalah peminat makanan Arab. Dengan haruman dia.. dengan ketebalan dagingnya.. teh panas dia.. Pergh.. cukup menyelerakan ! Kan kan ? Tambah lagi kalau pergi masa Ramadan. Adoilaah. Memang tak sabar nak menanti waktu berbuka punya. Hehehe.. 

Ok ok.. Jom tengok apa ada di Restoran & Kafe Madinah yang terletak di Ampang ni ! Untuk pengetahuan korang , bukan sehari dua tau baru bukak. Dah lamaaa dah ! Dan jangan risau, diorang ada buat penghantaran terus ke rumah korang..  Er, tengok tempat gak a yer. Hehehe.. Kang ada yang order dari Johor.. naya jer ! 

Ni pengalaman aku sendiri la yer makan di sini. Yang aku order , dan yang aku rasa.. Siap bawak balik rumah sebab sedap ! Haaa.. nak gak kasi wife rasa. Kalau dia kata sedap , memang betullah apa yang aku rasa. Maklumlah, wife aku punya tekak ni lain skit. Kalau tak sedap , dia cakap terus je. Hahaha. 






Puashati sangat ! Dari makanan hingga minuman. Memang berlainan dari yang lain. Dah selalu sangat layan makanan tempatan ,sesekali kena rasa dari luar lak. Baru nikmati kehidupan. Tapi bersederhanalah yer.. Jangan gi  baham semua yang ada.. Biarlah rasa untuk hidup jer.. heheh.. kan kan. 

Ok.. selain tu ada juga menu barat untuk dinikmati. Dan sangat sedap yer.. Bermula dari sarapan pagi hinggalah ke makan malam ! Pergh.. berbaloi baloi kalau korang kaki makan. 











Amacam ? Teliur ? Tertarik lagi menarik hati ? Heheheh.. Dah ku katakan.. memang gulp punya ! Tunggu apa lagi ? Kalau tak leh gi, kasi order online jer.. Kalau dapat gi, makanlah sepuashati.. 

Alamat : Restoran & Cafe Madinah 
1541 . Persiaran Putra Sulaiman , Taman Putra Sulaiman, 
68000 , Ampang , Selangor ,

Waktu Operasi : 10 am - 12 am ( Kecuali PKP , 10 pm )

No Tel :  011 - 1111 9442 

Order Online  :  
1 . Food Panda (  Madinah Restaurant & Cafe ) 
2. Grab Food ( Madinah Cafe ) 

Facebook :  Madinah Restaurant & Cafe      Instagram : MadinahCafeMy

 
 


Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

Bosan ? Tertekan tak boleh pergi bercuti menenangkan fikiran ? Huhuh.. Yer , aku memahaminya. Aku pun gitu gak. Tapi tak pe la.. Asalkan buat masa ni , kita dah boleh rentas daerah dan dapat lakukan aktiviti tertentu dengan SOP yang diarahkan , bagus dah tu ! Daripada duduk terkurung dalam rumah main gajet jer.. boleh buta mata hati weh ! Hahahaha.. Kan kan ? 

Nah... bagi mereka yang tinggal di Lembah Klang ( KL dan Selangor ) , boleh la kita gi bercuti di tempat tempat terdekat terlebih dahulu. Kita meriahkan pelancongan dalam kawasan kita. Biar geng negeri lain telan air liur tengok. Hahahah.. Gurau jerr.. 

Ok... Di Kuala Lumpur dan Selangor ada banyak sangat destinasi menarik yang boleh dikunjungi. Tapi biarlah aku up 10 dulu eh. Ni pun sumber dari Tourism Selangor. Hehehe.. 

1. Singgah Santai Resort, Hulu Langat 

Singgah Santai Resort merupakan antara penginapan bercirikan “resort” terbaharu di Daerah Hulu Langat dengan pelbagai jenis bilik penginapan mengikut keperluan pengunjung. Di sini turut disediakan pelbagai ruang untuk bersantai di sekitar kawasan resort. Para penggemar aktiviti percutian dan “backpacking”, atau pengunjung yang datang bersama keluarga dan anak-anak kecil pastinya akan menikmati pengalaman menginap di sini kerana suasananya yang penuh mendamaikan; agak terpencil dari hiruk-pikuk kawasan bandar. 

Alamat: Kg Batu 14, Jalan Felcra Semungkis, Hulu Langat, Selangor.

2. Tugu Badminton Anak-anak Sidek, Banting

Di Pekan Banting terdapat sebuah monumen yang berdiri gah bagi memperingati jasa anak-anak Sidek yang pernah mengharumkan nama negara sehingga ke peringkat dunia dalam arena sukan badminton. Kisah mereka juga pernah menjadi nukilan dalam siri animasi dan komik yang amat popular suatu ketika dulu; Anak-Anak Sidek. Tugu Peringatan Keluarga Haji Sidek ini dibina bagi meraikan kejayaan anak-anak Sidek di persada sukan badminton dalam Negara dan antarabangsa. 

Tugu ini telah didirikan di dalam kawasan kediaman Tuan Haji Sidek di mana ianya adalah tempat tokoh-tokoh badminton Negara tersebut telah dibesarkan. Kini, ianya merupakan salah sebuah tarikan dengan nilai sejarah di Pekan Banting, Kuala Langat.

Alamat: Jalan Sultan Alam Shah, Kampung Kanchong Darat, 42700 Banting, Kuala Langat, Selangor.

 3) Air Terjun Sungai Lepoh, Hulu Langat

Air Terjun Sg Lepoh adalah salah sebuah daya tarikan terbaharu di Daerah Hulu Langat. Juga dikenali sebagai Sungai Lopo ataupun Sungai Lepok, air terjun yang sangat menenangkan ini merupakan sebuah kawasan perkelahan yang sentiasa menarik minat penggemar aktiviti pendakian serta pencinta alam sekitar yang tinggal di sekitar kawasan Lembah Klang, terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum.
 
Alamat: Lot 3461, KM22 Sungai Lepoh, Kampung Kuala 43100, 43100 Hulu Langat, Selangor.

4) Anjung Spotter, KLIA Plane Spotting

Anjung Spotter, yang merupakan sebuah tarikan di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) di Daerah Sepang kini dibuka kepada orang ramai terutamanya peminat kapal terbang dan fotografi. Di sini, mereka berpeluang untuk melihat dan merakam gambar pesawat yang berlepas atau mendarat di KLIA ini dari sudut-sudut yang menarik. Konsep terbuka di Anjung Spotter ini juga memberikan pengalaman luar biasa kepada pengunjung, serta dapat mencipta memori tersendiri terutamanya kepada kanak-kanak.

Alamat: Jalan Pekeliling , Kuala Lumpur International Airport, 64000 Sepang, Selangor.


5) Ardence Labs @ Eco Ardence, Setia Alam

Dalam ramai asyik berlumba-berlumba mencari tempat-tempat menarik sebagai latar bagi gambar mereka di laman media sosial, pemaju hartanah di Negeri Selangor turut tidak berkecuali dari mewujudkan tempat-tempat menarik di sekitar kawasan yang dibangunkan mereka. Sebagai contoh, Ardence Labs @ Eco Ardence merupakan tarikan terbaharu di Setia Alam di mana para pengunjung berpeluang merakamkan gambar yang menarik dengan elemen 2D, 3D, grafitti dan lain-lain.
 
Alamat: Eco Ardance Sales Gallery PT 8, Persiaran Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.
 

6) Elmina Central Park, Shah Alam

Kehijauan dalam pemodenan. Elmina Central Park merupakan kawasan riadah yang mempunyai trek joging yang dikeliingi pepohon yang menghijau. Pengunjung taman juga dapat menikmati kemudahan aktiviti berbasikal dan kasut roda. Jambatan Icon Elmina (Elmina Iconic Bridge) pula merupakan sebuah struktur yang gah dan sesuai untuk dijadikan latar gambar. Dengan warna merah terang, jambatan ini kelihatan seolah-olah menyala apabila matahari menghilang dari pandangan sekaligus memberikan pengunjung pemandangan malam yang sangat mengagumkan.

Alamat: Seksyen U16 City of Elmina, 40160, Selangor.







7) HL Dragon Fruit Eco Farm, Sepang

HL Dragon Fruit Eco Farm yang terletak di Daerah Sepang ini bukan sahaja mempunyai ladang tanaman buah naga yang luas, malah turut menyediakan pelbagai aktiviti pertanian untuk pengunjung. Mereka berpeluang untuk merasai pengalaman menanam sendiri pokok buah naga, memetik buah naga segar, mempelajari pendebungaan bunga buah naga, serta menjelajahi keindahan kebun buah naga dengan khidmat jurupandu yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam tanaman ini.

Alamat: Lot 7608, Jalan Besar, Baru Satu, 43900, Sepang, Selangor.

8) Kolam Air Panas Sungai Serai, Hulu Langat

Negeri Selangor terkenal dengan pelbagai keunikan alam semulajadi yang mempunyai penggemar dari pelbagai kelompok usia. Bertempat di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Kolam Air Panas Sungai Serai merupakan sebuah tarikan terbaharu bagi penggemar alam sekitar. Di sini terdapat banyak kolam air panas memandangkan struktur tanahnya yang mempunyai kandungan belerang yang tinggi. Kolam air panas ini juga merupakan destinasi yang tepat untuk disinggahi selepas kesejukan bermandi manda di kawasan air terjun yang banyak terdapat di Daerah Hulu Langat.
 
Alamat: Lot 769, Jalan Sentosa 11/A, Taman Desa Sentosa, Hulu Langat, Daerah Hulu Langat, selangor.

9)  Woodhouse KKB IO Home, Tinggian, Kuala Kubu Bharu

Woodhouse KKB IO Home menawarkan pengalaman menginap di seleksi rumah kayu yang cukup unik dengan elemen privasi. Pemandangan puncak Bukit Kuala Kubu Bharu yang menakjubkan turut menjadi latar di lokasi ini. Woodhouse KKB IO Home dihiasi dengan kemudahan moden untuk penginapan yang selesa dan serba mewah.

Ia juga memiliki kolam renang privasi, dua bilik tidur besar dengan bilik mandi individu, dapur luar yang dilengkapi dengan peralatan memasak, ruang makan beranda, kemudahan untuk aktiviti barbeku, mesin basuh, TV kabel, meja belajar, serta banyak lagi kemudahan lain.

Alamat: Jalan Harmonian 2, Off Jalan Padang Golf, Tinggian, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor

10) Bukit Chenuang, Hulu Langat

Bukit Chenuang yang terletak di Daerah Hulu Langat mempunyai potensi untuk menjadi pilihan para penggemar aktiviti pendakian selepas Bukit Broga kerana trek dari pintu masuk Hutan Lipur Sungai Chongkak ke puncak Bukit Chenuang dilengkapi dengan tanda arah yang jelas serta memudahkan. Di sepanjang perjalanan juga terdapat beberapa batang anak sungai bagi melepaskan lelah dan bersantai, dan pendakian hingga ke puncak Bukit Chenuang dijangka mengambil masa dalam 2-3 jam, bergantung kepada kelajuan dan kemahiran para pendaki.
 
Alamat: Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah, Tingkat 1, Blok B, Platinum Cheras, 43200 Cheras, Selangor






WoodHouse KKB yang gambar di atas ni cam best je kan ? Hahaha.. Aku pun tergoda dah ni. Hehehe.. Kena simpan duit dulu untuk ke sini. Alang alang nak bercuti , biar puashati gitu.. kan kan ? Nah... amacam ? Ada banyak lagi tarikan. Korang boleh terus ke web Selangor Travel di SINI. 

Selamat bercuti dan... jaga SOP yer ! Jangan jadikan diri kita sebahagian dari rantaian COVID 19. Selagi boleh elakkan, kita elak ! 

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments



Hari 'bersejarah' ! Walaupun lewat , tapi mereka berjaya juga kembali bersekolah. Penat dah nak bersekolah secara online. Ternyata, belajar secara online tidak mampu beri kepuasan buat mereka yang dahagakan ilmu. Kena gak bersua muka ! Alhamdulillah.. 

Qhaliff , sekolah pagi. Aku ingatkan dia akan liat nak bangun memandangkan dah lama tak bangun pagi. Kalau bangun subuh pun , sambung tidur pastu. Huhuh.. maklumlah, tidur lewat !Walaupun ada amik kelas online di sebelah malam , ternyata ke sekolah juga memberikan kepuasan tak terhingga. Mungkin dapat jumpa kembali kawan kawan.. kan ?

Qhaliff di Tahun 3. Cepat benar masa berlalu. Banyak ketinggalan juga. Nasib baik ada kelas malam bersama Flyhigh Training Centre. Semua subjek dia belajar termasuk juga Kelas Tahfiz. Bagus ustaz yang mengajar tu. Suka benar Qhaliff kalau kelas Tahfiz tu. Tak segan segan nak menonjolkan diri. Jauh benar beza dengan aku. Hahahaha.. 


Anak anak dah kembali ke sekolah. Semoga Allah lindungi mereka. Mak pak lak, tugasan bermula. Awal minggu pertama , SOP ke 'laut dalam' tapi diperbaiki hari demi hari dan akhirnya , pada Jumaat lepas.. nampak la lebih teratur ketika nak menjemput pulang anak anak. 

Tugas aku.. hantar dan ambil Qhaliff dan Zahra. Kalau pagi tu, nasib baik wife boleh hantar sekali pastu terus ke pejabat. Aku boleh la tenang tenang di rumah. Huhuh.. Takda plan nak hantar ke KAFA lagi sebab nak kurangkan risiko terdedah pada Covid 19. Maka amik je kelas online bersama FlyHigh. Terpaksa ! Bukan sebab takut tapi tak nak kita jadi punca pada rantaian. Huhuh.. Semoga Allah ampuni aku. 

Zahra dah selesa di sekolah. Dia kata kawan dia ada seribu dah ! Hahaha.. Dah mintak mak dia belikan sticker untuk diberikan pada kawan kawan. Pandai main 'gula gula' dah yer. Aariz ? Mamat tu , tak masuk tadika lagi. Tahun depan je la. Nak hantar tadika swasta , tak berkemampuan buat masa ni. Huhuh.. Hantar tadika biasa, jauh sangat dari rumah. Dah daftar pra sekolah di sekolah abang dia dah. InshaAllah, kalau ada rezeki.. ke sana la dia. 


Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Jumaat.. Hari terakhir untuk minggu pertama. Fuh, dia punya penat.. jangan citer la ! Memang tak gi gym aku minggu ni. Berperut jadinya. Asyik makan , makan dan makan. Nak recover tenaga dek kerana penat mental dan fizikal.. 

Sebenarnya , tak la penat mana tapi dek kerana 3 orang , aku kena urus di rumah ni di samping kena cari duit untuk meneruskan kehidupan.. tu yang jadi penat pelik ! Aku kira bertuah lagi la sebab wife ada untuk bantu aku. Kira banyak la gak dia dah tolong. Aku punya part tak banyak mana. Aku je belum dapat sesuaikan diri lagi. Nanti ok la. 

Hari 3 tanpa wife.. kena urus sendiri

Hari 4 tanpa wife .. pun sama.

Minggu depan , Qhaliff lak sekolah. Tapi aku tak risau sangat dia sebab dia dah boleh urus diri sendiri. Bijak dah. Nasib baik diorang tak masuk KAFA. Kalau masuk , dari awal pagi hingga ke petang , aku tak berhenti keluar masuk rumah ! Huhu.. 

Guna transit ? Hurmm.. Kalau guna, belanja bulanan akan naik lagi. Kalau income macam sebelum Covid 19 , ok la gak. Ni dah kacau banyak dah ni. Kena banyak berkira kira. Keadaan , tak tau sampai bila lagi. Ada vaksid Covid 19 pun belum tentu boleh kata segalanya dah kembali normal. 

Nak jadi MR.MAMA ni , bukan sekadar kena ada income besar melalui kerja dari rumah tapi kena bersedia urus anak anak dari awal pagi hingga malam hari. Jangan jadi MR>MAMA dengan tak buat apa apa ! Sekadar jaga anak je tu bukan MR.MAMA.. tu MR.MALAS weh ! 

Tugasan belum abis sehingga anak anak tidur. Malam hari , ada kelas online lak. Haaaa... Kalau rajin nak ajar sendiri , ok la.. Aku bukan malas tapi alang alang dah ada kelas online melalui FlyHigh Training Centre untuk Tahun 1 dan Tahun 3, aku manfaatkan je la. kan kan ? 


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Alhamdulillah.. hari ni ,buat pertama kali dalam tahun 2021..geng geng Lembah Klang , Johor dan beberapa buah negeri lagi boleh merentas daerah. Sian kan ? Tapi anak nak buat , kan? Kena terima je la. Salah sapa sekali pun, kita kena tanggung sendiri. Sebab tu kita tak boleh pentingkan diri sendiri. Bukan kita je dapat 'bala'nya tapi orang sekeliling turut terpalit sama ! Huh.. 

Ok..Dalam tempoh PKP ari tu, anak anak duduk di rumah main gajet dan juga belajar online. Kan ? Tau kan betapa bahayanya skrin gajet tu pada mata anak anak kita ? Kesannya bukan terus nampak tapi sedikit demi sedikit.. hari demi hari ! Macam aku la.. akhirnya , darjah 1 dah pakai cermin mata ! Kalau tak pakai, dalam kelas aku tak boleh nak fokus. Bila tak fokus , malas la nak belajar ! Main dalam kelas. Pastu kena marah ngan cikgu. Nak buat camana ? Dah tak nampak cikgu ngajar apa kat depan tu ha.. kan ?



Apa yang boleh aku nasihat ialah.. bawak anak korang tu, gi check mata ! Tak kisah la ke doktor ke.. atau ke kedai cermin mata. Jangan buat spek rabun tapi buat spek anti blue light ! Nah, korang kena baca entri aku yang bertajuk KENAPA PERLU PAKAI CERMIN MATA BILA GUNA GAJET ni !

Dan baru ni ada kawan mesej aku.. Dia tanya bila kedai cermin mata  Eyes Vision Group di Bukit Bintang boleh beroperasi sepenuhnya ? Katanya kedai yang dia gi dalam daerah dia , harga semua giler giler mahal ! Huhu... Bila baca komen kawan kawan aku yang dah pernah buat cermin mata kat Eyes Vision Group ni, dia teruja nak gi buat lak.. 

Yeah... 5hb Mac 2021 , semua kedai dah boleh beroperasi dan dibenarkan merentas daerah. Maka , bolehlah pergi buat cemin mata bersama keluarga. Jangan sorang sorang. Buat pakej family. Dapat harga best ! 


Sementara boleh keluar rumah ni , gi la buat cepat cepat cermin mata untuk anak anak kita tu. Jangan lupa untuk diri sendiri juga. Jangan sampai mata rosak , baru nak buat. Mahal harga mata kita tu. Kang dah bermasalah dengan silau atau rabun.. aduh, ruginya ! Hilang nikmat dunia ni. Huhuh.. 

Sebarang pertanyaan , boleh whatsapp terus Mr Jun. 

Alamat Eyes Vision Group : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
Instagram : https://www.instagram.com/eyesvisiongroup/
Facebook : https://www.facebook.com/eyesvisiongroup/
Whatsapp :  Mr. Jun ( 016 3636 464 )
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Semalam , Restoran Rebung Chef Ismail menjadi saksi pelancaran MyCar versi terbaru yakni MyCar 3.0 dan ini bermakna tiada lagi penggunaan aplikasi MyCar SuperApps. Korang yang selama ni guna MyCar , dah boleh download MyCar 3.0 dan uninstall yang lama punya yer. Heheee..

Untuk pengetahuan korang , aplikasi MyCar 3.0 ni dibangunkan sendiri oleh MyCar dengan menggunakan 100% graduan kejuruteraan perisian sistem tempatan. Dengan sistem aplikasi terbaru ini, MyCar akan lebih berdaya saing seterusnya bersaing secara sihat dengan pencabarnya iaitu Grab. 

Apa yang menariknya MyCar 3.0 kali ni ialah , tawaran perkhidmatan e-hailingnya untuk pelajar sekolah dan juga koperat yang dikenali sebagai MyCar for School dan MyCar for Business. Ini memang cukup bagus la bagi aku. 

Untuk penghantaran barangan menerusi MyDelivery Express pun turut menjadi keutamaan perkhidmatan MyCar 3.0 ni. Menarik sangat ni ! Peniaga peniaga online terutamanya , boleh guna dah servis mereka ni terutama untuk menghantar barangan yang dirasakan perlu perkhidmatan cepat , pantas dan paling utama.. selamat ! 

Antara kelebihan-kelebihan yang ada dalam MyCar 3.0  ni  , tawaran hadiah kepada pengguna yang mempromosikan aplikasi MyCar 3.0 kepada rakan-rakan mereka. Kiranya kalau korang rekemen kat kawan kawan korang tu , adalah hadiah menarik menanti korang ! Nak tau apa dia, korang kena download la aplikas MyCar 3.0 ni. 

MyCar 3.0 juga akan memberikan lebih banyak cara bayaran melalui e-wallet atau tanpa tunai. Dalam erti kata lain, jika untuk anak anak bersekolah tu.. mak ayah dah boleh letak duit dalam e-wallet. Nanti MyCar gi jemput je anak anak jika mereka tak dapat jemput anak balik sekolah. Gitewww... atau mungkin ada pakwe nak suprise kat  awek dia guna MyCar  ketika nak gi makan malam bersama.. celebrate ulangtahun perkenalan mereka.. giteeww ! So sweet ! 

MyCar 3.0 ini juga mudah digunakan dan dijangka mampu menarik lebih ramai pemandu untuk memberikan perkhidmatan mereka.

Dengan membangunkan logik algoritma yang dibina oleh MyCar sendiri, dijangkakan MyCar mampu
menawarkan lebih banyak tawaran yang lebih menarik di dalam aplikasi (in-app) dan boleh di tebus terus dengan hadiah-hadiah yang menarik di restoran makanan segera, kedai pelbagai guna, farmasi dan pusat membeli belah yang terkenal dengan menggunakan app 3.0 ini.







MyCar 3.0 di lancarkan pada 3 hb 3 2021 dengan tema 3.3.3 oleh Timbalan Menteri Sains,Teknologi Dan Inovasi, YB DATUK HAJI AHMAD AMZAD BIN MOHAMED @ HASHIM  , semalam dalam satu majlis yang cukup santai tapi penuh matlamat ! 

Kombinasi nombor yang menarik !  Jangan lupa yer untuk menyahturun (uninstall) aplikasi MyCar 1.0 dan MyCar SuperApp (2.0) sebelum ini dan download semula (re-install) semula MyCar 3.0 yang baru ini.  Berilah sokongan pada produk tempatan dan seterusnya akan membuka ruang ruang pekerjaan buat kita semua dengan kelebihan kelebihan khas untuk kita sendiri.

Kita pun dah nampak apa jadi bila company luar memonopoli perkhidmatan begini di negara kita.. kan kan ? Pekerja mogok.. servis pun takda jaminan ! Haaa.. Apa kes ???  Sekarang kita ada pilihan.. kenapa masih nak biarkan ? Berikan sokongan dan inshaAllah kita sendiri akan rasa lebih terjamin dan selamat !

Semoga MyCar  terus berjaya dan seterusnya ke peringkat global.

Maklumat lanjut boleh didapati di : 

Web : www.mycar.net.my
Tel : +603 3358 1808 / +603 3358 8208 
 

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

Ada cerita dari sang burung.. katanya murid murid di dalam kelas kena tanggalkan pelitup muka atau face mask ketika pembelajaran. Ada ibu bapa cam terkejut gitu ! Kenapa kena tanggalkan ? Bukan ke kena pakai dalam kelas ?  Aku tanya Zahra gak. Dia kata yer. Pas abis kelas, pakai la semula. 

Hurm.. awalnya aku pun terkejut tapi bila teringatkan akan SOP yang ketat di sekolah, maka aku percaya cikgu lagi arif bab ni. Murid dalam kelas. Dah jarak antara satu sama lain. Ada pengudaraan. Tingkap pintu terbuka. Bukan dalam aircond pun. Buka pelitup , tujuan untuk berinterasi dengan murid murid. Baru nampak sapa yang kasi perhatian pada pembelajaran. Kan kan ? Dan cikgu pun mesti mengajar dengan menjarakkan diri dari murid murid. Mereka tahu akan risiko bila dekat dengan murid murid. Kan kan ? Rileks la.. 

Risau ? Dah tu yang kita bawa anak anak gi makan kat luar tu camana lak ? Time makan , bukak gak pelitup muka tu. Tak risau ? Sama je la konsep dia. InshaAllah ok. Jika berlaku kes Covid 19 , dan ada kluster .. jawapan dia satu jer ! Tak ikut SOP !! 



Untuk keselamatan tambahan , nah.. aku suruh Zahra pakai face shield ni kat sekolah hari ni. Dia kena jaga la. Masa bukak pelitup muka tu , pakai face shield ni. Haaa, senang gitu ! Kena kasi dia paham betul betul bila nak pakai benda ni dan pastikan simpan kembali selepas guna. Anak dara , aku tak risau bab kekemasan. Diorang jaga barang memang baik baik berbanding lelaki.. kan ? Hahaa.. 

Ini penyelesaian yang ada buat masa ni. Segalanya terletak pada mereka untuk jaga keselamatan diri. Kita sekarang dah kena hidup dalam Norma Baru. Biasakan...


Shoppee dan Lazada ada jual. Murah jer. Kalau nak beli, order banyak terus. Leh jual kat orang gak. Hahahaa.. 

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Sedih tajuk kan ? Tapi itulah realitinya. Aku ada job di Kuala Lumpur. Maka dapatlah surat kebenaran merentas daerah. Walaupun ada yang kata boleh je gi tanpa surat tu disebabkan takda Sekatan Jalan Raya, aku tetap ikut arahan. Bukan takut  tapi.. yelah.. kan ada arahan dari kerajaan. Ikut je la, kan ? Takda nak risau bagai. Bagus aku kan ? Hahaha..

Dalam perjalanan.. kenderaan banyak. Cuaca panas terik. Aku memandu dengan berhati hati. Maklumlah , lama tak memandu. Terasa lain macam gitu. Hehehehe.. Namun aku sedikit kecewa. Masih ada lagi manusia cam bengap tak sudah. Memandu laju satu hal. Tak kasi signal satu hal. Pastu menghimpit belakang orang lagi satu hal ! Eh , apakah Covid 19 ni tak mengajar apa apa ke ?? Ko pikir virus tu je ke membunuh manusia ???? Geram betul aku.

Di tempat event lak.. aku cam manusia baru keluar gua ! Hahahahahaa.. serius ! Lamanya tak tengok orang. Hahahaa.. Maksud aku , lama tak tengok orang yang ramai. Haaa ! Di Rebung Chef Ismail gitu. Dengan makanan yang enak enak.. gadis gadis rupawan ! Fuh.. berbaju kebaya bagai. Lagu lagu Siti Nurhaliza berkumandang. Eh , macam suasana Ramadan. Rindu sungguh la suasana ni. Huhuh.. 

Seronok tak terkata gitu ! Hahahaha.. Feel dia cam ko gi melancong ke Jepun ! Alhamdulillah.. 


Selesai tugas, aku ke rumah mak. Lama tak ziarah dia. Hilangkan kerinduan gitu. Anak anak buah pun teruja nampak aku. Tapi memasing tanya mana Qhaliff, Zahra dan Aariz. Huhuh... Geng sebaya. Aku jawab la diorang sekolah. Diorang sibuk dengan meniaga kecil kecilan di depan rumah. Pendapatan keluarga terjejas dek kerana PKP.. Huhuh.. Alhamdulillah, ada la gak duit masuk. Nasib baik aku sekeluarga dari kecil memang membesar dengan meniaga gini. 

Sempat gak la aku gi gym petang tu. Saja gi. Lama tak singgah gym tu. Huhuh.. Melawat pemilik gym tu pun ye gak. Geng lama gitu. Aku membesarkan badan kat gym tu berapa lamaaa.. Rasanya dekat 10 tahun la gak aku main kat gym tu. Huhu..Dari bujang sampai aku kawin 2  ! Haaa..gituuu.. 


Malam , aku pulang ke rumah.. Terasa sangat penat tapi syok ! Terasa seronok dapat rentas daerah. Itulah kenikmatan bila kita 'merdeka' walaupun masih tersekat. Semoga kita bebas dari Covid 19 buat selama-lamanya ! 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Alhamdulillah.. lega sangat ! Kalau tidak , seharian dok termenung ! Hehehhe..  Yelah , aku punya projek ni banyak di Kuala Lumpur. Jika KL tak leh masuk, camana nak ada bisnes ? Bila takda bisnes , camana nak ada duit ! Haaa.. Tu secara umum la. Nak cerita panjang dalam ni , kang korang suruh lukis lak. Hahaha.. Apa pun , aku dah boleh tersenyum kembali. Aku tak nak orang kata aku makan duit bini woi ! 

Walaupun tak boleh rentas negeri dan aktifkan sektor pelancongan , aku rasa kerajaan akan buka nanti. Cuma buat masa sekarang , kita kena berdisiplin ! Jika gagal , kita akan kembali sekali lagi ke dalam rumah dan kali ni.. memang ramai akan muflis ! Serius.. 

Dan aku amat bersetuju jika ketegasan pihak berkuasa diteruskan. Tak perlu kasi muka. Saman.. kasi cerita di mahkamah jer ! Tapi janganlah pada rakyat bawahan jer. Yang atas atas tu, pun kasi sama rata la yer.  

Yang paling utama , dapat gi lawat mak aku. Walaupun aku boleh je rentas daerah sebelum ni tapi aku tak nak. Ikut je la arahan kerajaan. Aku pun tak nak bahayakan omak aku tu ha.. Huhuh.. Cakap nogori dah aku ni ha.. Hahahaha.. 

Alhamdulillah.. pintu dah buka.. rezeki pun dah masuk. Kali ni , kena beringat. Simpan duit.. simpan duit Sekurangnya 6 bulan punya persediaan ! Huhuhu.. Harapnya , tidak ada lagi PKP ! Cukuplah.. cukuplah... 

Kita.. tolong la yer.. ikutlah SOP ! Mereka yang uruskan perniagaan ni, tolonglah bertegas juga. Jangan kejar keuntungan sangat. Kang yang dapat , kerugian yang tidak berbelah bagi ! Nayaaaaaaa..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Abang Jat trending di Twitter. Di Facebook , dia pun jadi perbualan. Tapi sememangnya , terdapat perbezaan pendapat terutama di Twitter. Pastinya di Twitter , ramai yang menyokongnya. Korang pun leh tau sapa yang sokong punya kan ? 

Tak pe la.. 

Cuma aku pelik satu je la. Apasal dia nak salahkan masyarakat yer ? Di Instagram aku , malah di Facebook.. ada jer aku Friends dengan golongan cam dia. Menariknya , diorang ni takda pun buat perangai macam dia ! Perangai camana tu ? Hurm.. korang pun tau dia pernah post gambar camana di media sosial. Video.. Pastu kena kecam ! Adoi..  Dia nak orang puji ke ? Giler apa ? Kalau dia perempuan tulen sekali pun buat gitu, memang kena kecam jugak. 

Pastu nak salahkan pihak jabatan agama ? Huih... Takkan pihak jabatan agama nak tengok jer ? Dah terang terang buat salah. Bukan baru je pun ! Dah dari dulu pun spesis dia ni kena ambush terutama di Chow Kit tu ha.. Haish.. 

Aku bukan la nak galakkan.. tapi kalau kau nak buat gini punya perangai, tak perlu nak heboh di media sosial.  Memang nahas la. Ko senyap senyap dah la. Sendiri buat , sendiri tanggung baik buruknya. Sapa aku nak labelkan orang dapat dosa pahala , kan ? Itu antara kau dengan Allah. Tapi bila kau saja saja nak tayang kat umum , memang tu kau dengan masyarakat la. Dan masyarakat , ikut undang undang la.. Kasi report je la. Kalau amik tindakan sendiri... adoi la.. Nayoo !

Dia kuar Islam ? Aku no komen la nak. Tunggu je la apa pendapat Yang Pakar nanti. 

 

" Menurut Muhammad Sajjad, tindakan orang ramai termasuk Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bukan memberi iktibar, sebaliknya membuatkannya lebih takut dan berasa lebih baik untuk keluar daripada agama Islam.

“Lepas JAIS keluarkan ‘statement’ (kenyataan), saya sudah malas nak fikir.

“Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak saya, saya dah tak nak menjadi orang Islam.

“Saya keluar daripada agama Islam, itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul. Mereka yang buat saya nak keluar daripada Islam. Mereka buat saya lebih jauh daripada Islam,” katanya. 

Dari Sinar Harian. 

Semoga Allah lindungi kita semua. Dan moga Allah berikan hidayah buatnya. Buat Abang Jat , kita di dunia ni sekejap jer. 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Alhamdulillah.. lepas dah keinginan sang isteri dan si anak dara tu. Dua orang tu je yang suka makan durian. Aku dulu pun hantu durian tapi aku diet semalam. Hahahaha.. Terliur je la nak oiii tengok diorang makan. 

Terletak berhadapan dengan Tamarind Square , Cyberjaya dan beroperasi sebelah petang hari hingga malam , DOD atau Don Of Durian menyajikan buah buah durian yang mempunyai gred tinggi saja. Dalam erti kata lain , buah yang bagus dan confirm sedap ! Mereka akan bagi buah yang bagus bagus gitu. Tak perlu risau buah rosak atau sebagainya. 

Pemilik DOD, En. Firdaus yang juga bekas juruterbang syarikat penerbangan luar negara , memberitahu aku yang dia dah beroperasi dari tahun lepas. Setiap malam , memang ramai je datang dan bercadang untuk kembangkan lagi bisnes dia ni. Nak letak ABC , Pulut Durian dan sebagainya. Segalanya bergantung kepada 'kerajaan' buat masa sekarang. Dan kalau ON , memang aku akan  repeat la ke sini. 






Buah yang diambil semua cantik-cantik. Yang rosak , mereka tolak tepi. Bagus la kan ? Tak da kita nak takut bila amik buat yang tak elok. Sebab tu Zahra makan dua tiga ulas je , dah kenyang. Hahaha.. Kalau sebelum ni, sebijik dua pun belum tentu puas. Bermakna buah durian yang diorang makan ni memang cukup ummph dah ! 

Parking jangan risau.. senang jer parking sini. Kira boleh makan dengan tenang la.. Nak ke sini ,waze jer Don Of Durian , Cyberjaya. Boleh follow : 

Facebook : Don Of Durian ( DOD) 
Instagram : Don Of Durian 





 

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Baru siap mengemas hadapan rumah. Huhu.. Penuh dengan daun-daunan  kering dari pokok yang aku tak tanam ! Huhuh.. Jiran dah pindah , aku pulak kena jaga. Haish... satu kerja lak untuk aku. Tapi tak pe la.. Sekurangnya aku bersenam di pagi hari. Tak yah gi gym untuk beberapa hari. 

Panas ! Kul 9 pagi , lari masuk. Cukup 15 minit ambik vitamin D asli. Jangan lama lama. Tak bagus untuk kulit. Kena pulak , bulan ni cuaca kering di Malaysia. Hujan sesekali. Met Malaysia pun dah kasi tau ada beberapa kawasan akan alami gelombang haba tahap kuning. 


" Sebanyak 10 kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan gelombang haba tahap kuning atau berjaga-jaga setakat 4.30 petang semalam, demikian menurut data status gelombang haba Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Semakan status gelombang haba di portal rasmi MetMalaysia hari ini mendapati, kawasan terbabit melibatkan empat daerah di Perak iaitu Kuala Kangsar, Kinta, Batang Padang dan Hilir Perak, manakala tiga di Kelantan iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang. "


Dan malam semalam , bulan berwarna oren kekuningan. Apakah maknanya ? Mungkin disebabkan cuaca sekarang ni ? Cuaca panas , malam berbahang. Nasib baik ada aircond tapi bila bil datang, gulp.. tengok nilai yang perlu dibayar.. memang garu kepala la ! Huhu..



Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Mana mana ibu bapa, kalau anak nak masuk Tadika atau Tahun 1 mesti lain macam punya teruja. Segalanya akan dipaterikan dalam memori. Selepas tu , dah cam ok ok jer. Hehehe.. Kan kan ? Begitu juga kami dengan Zahra. 

Hari Pertama Zahra.. 

Wife amik cuti dua hari. Nasib baik PKP , ibu bapa tak dibenarkan menunggu anak anak. Dan beruntung kami , Zahra seorang yang amat berdikari. Anak kedua kan ? Biasanya gitulah. Masa hantar pun , dia teruja sangat. Tak sabar nak masuk kelas. Takda adegan airmata seperti dia nak ke tadika. Alhamdulillah.. Terima kasih Zahra. 

Tinggallah Aariz dan abangnya, Qhaliff. Aariz masih belum dihantar ke sekolah walaupun 5 tahun dah usianya. Kenapa ? Hurm... Korang pun tau kan , nak masukkan ke tadika swasta.. harganya bukan murah ! Sebelum Covid 19 tu , boleh la. Sekarang ? Hurm.. tak pe la.. Ajar sendiri kat rumah jer. Tu pun dah boleh kenal huruf , baca skit skit dan mengira. InshaAllah.. 


 

Persekolahan Hari Pertama , tamat. 

Aku gi jemput dia. Wife ada kerja skit. Bawak la Aariz dan Qhaliff. Parking kereta di satu tempat , kunci tapi tingkap dibuka. Qhaliff dan adiknya , main handphone dalam kereta. Aku gi amik Zahra. Tak jauh pun. Takkan nak bawa semua lak kan ? Huhu.. 

Di depan pagar sekolah. SOP ibu bapa , ke laut dalam ! Masing masing tercari cari anak. Nasib baik pengawal keselamatan sekolah berjaya kawal keadaan. Anak anak dipanggil mengikut kelas. Dan nasib baik juga ada dua laluan. Maka untuk Tahun 1 , laluannya lain. Senang skit. 

Aku.. mencari Zahra. Dan boleh pulak terlupa Zahra kelas mana ! Hahahaha.. Call wife. Ok. Settle. Ternanti nama kelas dia dipanggil. Takda la pulak. Aku pun jengkitkan kaki.. mencari dia. Aduh, pelajar perempuan sama lak bentuk fizikal. Dengan face mask pink , beg pink , bertudung.. manis manis semua. Hahahaha.. Adoi laa... 

Lama gak la aku mencari. Pastu ada sorang budak perempuan ni dok pandang aku. Aku pandang la dia. Aku lemparkan senyuman. Sambung mencari Zahra. Haih.. mana la dia ni ! Aku lemparkan pandangan ke arah padang. Takkan la dia dah main kat sana ? Dia bukan jenis tu.

Budak perempuan ni , masih pandang aku.. Dah geleng kepala. Bila dia senyum , laaa.. anak aku rupanya ! Nampak cerah lak dia kat luar ni. Kat rumah  nampak gelap jer ! Hahahaa.. Maklumlah , berbulan tak keluar rumah. 

Aku panggil dia keluar. Dan amik beg dia. Berat . Dah dapat buku teks. Pastu dia mula membebel. 

" Lama Aara tunggu daddy kat tepi pintu tu.. " katanya. 

Aduh... aku pun jelaskan kat dia. Dan bagitau selepas ni jika aku amik dia... bla bla bla... Dan dia pun faham la..

Aku tanya dia.. " Aara nangis tak tadi ? .

Dan dia jawab , " Aara nangis jap jer.. ". Terkejut aku. 

" Kenapa Aara nangis ? ". Tanya aku.

" Aara tak tau nak buat. Cikgu ajar rainbow, tapi Aara tak tau.. Ramai tak tau. Pastu cikgu ajar, baru tahu.. ". jelasnya. 

" Owh... lain kali kalau Aara tak tau, Aara angkat tangan. Cakap kat cikgu , Aara tak faham.. Tak yah nangis tau.. Gi tandas tak ? " tanya aku lagi. 

" Gi. Aara gi sorang jer. Aara tengok sign.. Tandas lelaki dan tandas perempuan. Aara masuk la tandas perempuan. " jawab dia. Nasib baik aku dah bekalkan kit perlindungan dan kebersihan pada dia. Tak yah risau bab sabun dan sanitizer dah. 

Makanan.. mak dia dah bekalkan nasi dan air. Alhamdulillah. Dia suka. Abis dia makan. Tak kongsi pun dia kata. Hahaha.. Covid 19 katanya.  Cuma dia belum ada kawan. Ada juga la dia kata dia cuba menyapa sorang dua tapi cam malu malu lagi. Hahaha.. Dulu , dia la paling malu. Dah jadi cam abang dia lak sekarang ni. Huhuhu.. 

Alhamdulillah... nasib baik dia dah ready sebelum persekolahan bermula. Maksud aku, dia dah belajar secara online dan berdepan dengan guru sebenar sebelum sekolah bermula. Dia dah belajar menyalin soalan dan menjawab dengan guru sekolah. Terima kasihlah pada FlyHigh Training Centre ni. Aku cadang nanti pun , nak suruh Aariz belajar secara online je kat sini. Untuk pra sekolah. Si Qhaliff , untuk tahun 3.. dia dah banyak belajar kat sini. Ok la.. dia cam lebih yakin untuk di tahun 3 ni.. 

Hari ni... hari kedua. Esok , wife kerja. Aku kena uruskan semua.. sendiri ! Huhuh.. 

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
 

Setiap hari aku baca kisah kisah rakyat jelata di media sosial. Pelbagai cerita mengenai kehidupan. Yang senang , yang susah Macam macam ada. Dah macam dalam drama di kaca tv tu ! Semacam tak percaya , akhirnya kita akan lalui. 

Hari ni , pengumuman mengenai 4 buah negeri yang boleh dikatakan nadi ekonomi pada negara kita ni. Apakah PKP dilanjutkan atau tidak ? Jika dilanjutkan , sejujurnya, ramai akan terduduk.. termasuk aku sendiri ! Maka kena fikir pelan pelan meneruskan kehidupan yang baru. 

Terima kasih ahli politik ! Korang punya sibuk nak berkuasa , rakyat jadi mangsa ! 

Nah.. sekarang kena pikir untuk downgrade kehidupan. Apa yang perlu dipotong ? Apa yang dirasakan tak diperlukan buat masa ni.  Hurm.. Apa yang penting kena bayar , setiap bulan ? Mana yang boleh dikurangkan ? Bagaimana nak cari pendapatan sampingan ? 

Semalam.. aku ada berbual dengan seorang kenalan. Dulu dia bekerja sebagai pilot di sebuah syarikat penerbangan yang gah di dunia ! Dek kerana Covid 19 , dia ditamatkan perkhidmatan. Terpaksa pulang ke tanah air. Dan dia meneruskan ceritanya. Dia dah downgrade segalanya. Dari seorang yang kita nampak gah satu ketika dulu, sekarang siang malam keluar mencari rezeki. 

Mereka yang masih ada kerja.. gaji tetap.. masih boleh tarik nafas lega. Tapi jika keadaan berterusan , tak mustahil , akan terganggu juga nanti ! Ekonomi jika tidak dapat bergerak dengan baik, camana nak ada pendapatan. 

Aku.. segalanya bergantung pada hari ini ! 


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments



Bila sektor pelancongan hidup, ramai dapat manfaatnya ! Kita pun sedia maklum , ketika PKP 1.0 ari tu dah dapat dikawal, ramai memberi sokongan pada sektor pelancongan. Orang gi melancong , kedai makan hidup , peniaga runcit , stesen petrol dan banyak sektor  dapat bernafas semula. 

Kita kembali ke PKP , selepas PRN Sabah. Puncanya ? Korang pun tau la kan ? Kalau kita  kawal pintu masuk udara tu , dengan mengkuarantinkan mereka yang baru pulang dari Sabah , inshaAllah tiada PKP 2.0 . TAPI itu sudah berlalu. Nak marah atau nak tuding jari pun , penat dah ! Apa yang boleh kita buat ialah perbaiki segala kelemahan. 

Antaranya ? Kita pun nampak ketika kes Covid 19 terkawal di negara kita , ramai yang mula engkar dan tidak patuh SOP. Malah ramai ye yang anggap Covid 19 ni sekadar satu gurauan antarabangsa ! Nah... kesannya ? Kita dapati kenalan kita ada yang masuk wad.. ada yang ICU ! Dan ada yang meninggal dunia. Kita tau dia sihat sebelum ni.. tiba tiba jatuh sakit ? Nah. gurauankah lagi tu ?

PKP 2.0 dilaksanakan. Aku garu kepala. Masak gini ! Aku jangkakan bukan seminggu dua je akan tutup tapi akan ambil masa yang cukup lama sebab kes bukan dua tiga digit ! Cecah 4 digit dah boleh ke 5 digit jika gagal di kawal. 

Apa nak buat ? Nasi dah jadi bubur.. Memang boleh pergi kerja tapi sempadan daerah dan negeri ditutup ! Nak bergerak , kena ada surat ! Takda surat , kena kompaun ! RM1k lak tu. Dalam takda duit , nak kena kompaun lak ! Huhuh.. 

Makin lama , makin ramai tersepit ! Ada yang mula fikirkan cara untuk terus hidup. Paling parah , bagaimana nak cari duit untuk bayar hutang piutang ? Nak pinjam duit ? Huhuh.. Along pun ramai dah pinjam. Garu kepala along. 
 
Nak tunggu 80% divaksin, baru nak buka pintu sempadan ? Hurm.. Jenuh wo ! Tapi tu la.. Kita pun satu hal gak. Degil ! Tak reti nak patuh SOP. Bila diberi kelonggaran, jadi cam budak budak tadika ! Rasanya budak tadika pun reti ikut peraturan.  Payah sangat ke ? 

InshaAllah.. selepas ni , aku rasa ramai dah rakyat Malaysia sedar dan insaf. Tapi kerajaan pula kena lebih tegas terhadap pemilik pemilik kilang ni ! Kita tau , kes sekarang ni tinggi dek kerana saringan pekerja kilang ! Jangan nak tegas pada rakyat jelata saja. Yang ikan bilis , dikejar. Jerung, buat tak nampak. Bila dah viral ... baru nak buat kerja ! 

Jika bulan depan masih tutup sempadan daerah mahupun negeri.. aku rasa aku nak daftar jadi ahli politik jer la ! 






Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Yeke takda ? Boleh percaya ke ?  Hurm...  Patutnya kena keluarkan satu senarai terbuka dan tunjuk pada rakyat , sapa yang dah terima vaksin ni disebabkan diberi secara percuma. Biar rakyat nampak dan tau saja je yang dah dapat untuk 1st batch khas ni. Barulah telus gitu. 

Bukan apa.. vaksin Pfizer ni ibarat vaksin yang terbaik berbanding yang lain, Peratusan keberkesanan jauh lebih tinggi berbanding vaksin yang lain ! Maka sebaiknya , yang terima ni adalah frontliners terlebih dahulu. Yang lain seperti ahli politik tu , kasi je yang vaksin lain. Bukan apa... ahli politik takda nanti, penganti ada jer. Ramai. Tak perlu amik kursus khas pun. Cuma kena pandai cakap dan bagi arahan berbanding frontliners bertaraf profesional dan di bidang khas seperti  doktor , jururawat dan sebagainya. Mereka ni kena berdepan dengan rakyat , setiap hari ! 


Viral di Twitter kelmarin.. kes potong queue di sesetengah tempat. Benar atau tidak , Allah je yang mengetahui. Kalau benar , maka celakalah kamu. Jika tidak , Alhamdulillah. Anda terbaik.  Anda seorang yang jujur lagi amanah. Bagus.



Awal dulu , memasing tak nak eh ? Bila dah berjaya buktikan keberkesanan di sesetengah negara , baru memasing nak awal dulu. Hahaha.. Bila tahu vaksin yang lain tu dari negara negara seperti China.. pakat cuak gitu ? Hahahaha.. 

Aku ?  Entah la.. dah daftar. Tak kisah la dari mana pun .Tahap keberkesanan tu tak 100% pun tak pe la. Aku masih kena tetap patuhi SOP, camana pun. Aku rasa SOP yang ada buat masa ni , memang bagus. Kecuali bab ibadah tu, kena kaji semula la. Jarak ketika solat tu , rasanya tak perlu dah. Cuma kena pakai facemask ketika solat. Kan ? Cadangan amatur dari aku jer. 

Akhir kata.. mintak kerajaan tegas seperti mana korang tegas saman budak budak main futsal tu ! Rakyat memandang dan menyimpan di dalam hati. Jangan setahun je memerintah yer.. Heee.. Nanti masuk dalam Hari Ini Dalam Sejarah lak..
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (11)
    • ▼  Mei 2026 (1)
      • Kenapa pasangan baru menikah akan cepat 'berlemak' ?
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes