Sedikt tips buat aku ketika isteri bersalin nanti

by - Sabtu, Mac 17, 2012

 

Ahaa .. si wife tag aku di FB dan terus bermonolog sendirian .. Apakah yang aku bebelkan ? Korang baca la sendiri eh..

 

Pertama kali bersalin, anda mungkin takut, risau dan gementar TETAPI anda harus ingat suami anda juga merasakan perkara yang sama. Ini juga adalah pengalaman pertama bagi suami anda. Semoga 5 tips mudah di bawah ini membantu bakal bapa dalam memahami peranan anda ketika proses bersalin.

BEN : Maunya aku tak gementar .. haha .. tatot nehh .. sampai makan pon tak lalu sbb diet.. mandi tetap basah .. tidur pon mengigau main kejar kejar ngan antu .


1. Tahu Apa Yang Perlu Dijangkakan
**************************
--> Apabila isteri mula rasakan kontraksi, suami perlu tahu isteri akan mula mengalami kesakitan yang berpanjangan. Emosi isteri akan mula tidak stabil, mudah marah, merengus dan cerewet. Jangan ambil hati kerana itu adalah kesakitan yang bercakap dan bukannya isteri anda. Tidak salah untuk suami sentiasa mengalah di saat-saat ini.

 

BEN : Alahai .. time ni kalau dia wat hal gini , confirm aku update dalam blog dan merajuk punya ar .. Haha.. tak la .. takkan sekejam tu kan .. Aku dah training dah .. Push baby !  Push ! Tak boleh push , meh abang pushkan ! Buat pengetahun aku dah training menarik besi kat gym sekuat 100kg , okeh ! Tapi tak bergerak la besi tu.. aku je termengah .. huhu. Sabar yer … Teruskan push ..

 


2. Bersedia Untuk Menunggu
********************
--> Tidak seperti dalam filem, proses bersalin boleh mengambil masa berjam lamanya. Suami boleh bantu isteri lakukan aktiviti yang menenangkannya. Berjalan dikatakan bantu percepat proses bersalin. Sentuhan juga sangat bermakna di saat ini. Urut atau berikan sentuhan lembut kepada isteri anda untuk menenangkannya.

 

BEN : Jangan risau .. part berjalan ni , ok je .. aku pon suka.. leh burn fat aku .. Tapi time ni , confirm fat dibakar berkali kali ganda ! Confirm aku lebih kurus dari seperti biasa ..

 
3. Jangan Ambil Hati
***************
--> Suami harus ingat ketika sedang menahan sakit bersalin, sikap isteri anda akan berubah-ubah. Mungkin di awal proses kontraksi, urutan menenangkannya tapi di hujung kontraksi, isteri tidak mahu sebarang sentuhan malah mungkin meninggikan suara. Jangan ambil hati kerana itu adalah kesakitan dan emosi yang bercakap. Perhatikan perubahan pada isteri dan ikut sahaja.

BEN : Biasa dah selama 9 bulan dengan sikap dia yang berubah rubah. Jap cam wolverine .. Jap cam kucing comel .. Jap , jadi ustazah .. Jap lagi jadi chef wan .. Tang chef wan ni best , leh order apa saja .. huhu .. InsyaAllah aku akan cool dan ikut je katanya ..

 

4. Bantu Isteri Bertenang Dan Fokus
**************************
--> Ketika sakit bersalin, isteri akan hilang fokus, gementar dan otaknya sentiasa berfikir perkara buruk. Semua ini mendatangkan aura negatif yang boleh menyukarkan lagi proses bersalin. Jadi tugas suami adalah untuk tenangkan isteri anda, berikan kata-kata semangat, bercakap tentang perkara menggembirakan contohnya tentang bayi yang bakal lahir.

 

BEN : Time ni kena banyak tenangkan diri terutama aku .. hehe .. Silap hari bulan , si isteri yang tenangkan aku ..


5. Sentiasa Berada Di Samping Isteri
**************************
--> Di saat ini, isteri sangat memerlukan sokongan suami. Sentiasa berada di sisi isteri, berikan kata semangat dan luahkan perasaan kasih dan sayang anda tanda menghargai pengorbanan yang dibuat oleh isteri anda. Ucapan semangat dan keyakinan dari suami amat bermakna buat isteri sebagai dorongan untuk melalui saat-saat getir bersalin.

 

BEN : Dan waktu terakhir baby nak keluar , aku pengsan .. hahaha .. InsyaAllah tak .. bukan apa .. aku terkejut je tengok baby comel keluar .. Maklumlah , aku dulu pon keluar ikut situ gak .. Tak sangka kan ? Korang jgn lupa.. betapa perit dan susahnya ibu kita tu melahirkan kita .. Haa.. ni dah besar , jadi si tanggang ! Huh .. Tamo tamoo gitu yer ..

 

Artikel: Hak milik LifeFit.my  dan aku buat penambahan tanpa kacau isi utamanya .. ahaks …

You May Also Like

15 comments

  1. ko kalau nak tau ben.. asal ko tak update blog time malam, aku yang nevous dulu.....

    hahahhahha..

    BalasPadam
  2. Ok la tu,Ben.At least u get prepared.Smoga semuanya berjln lncr, insyaallah.

    BalasPadam
  3. heheh...comel ben...good luck ye :) nak tunggu entry selepas bersalin..apa yg berlaku nanti :)

    BalasPadam
  4. hikhik kelakar la abg ben ni...jangan lupa tau..ajar push push...ngehngehngeh

    BalasPadam
  5. pensan ke?
    insya Allah sume akan berjln lancar..
    incik joni dulu pun cemas gak..
    kita yg nak bersalin, dia yg x lalu mkn xcukup tido..
    hehehe

    BalasPadam
  6. gud luck BA.. selamat menjadi bapa yer

    BalasPadam
  7. lelaki/suami kena faham keadaan isteri masa tu..^^

    BalasPadam
  8. wahaha, Push3 !

    jgn abg g push up sudah la. lagi best abg ben zikir kat telinga isteri ;)

    *pernah tgk kawan buat macam itu dekat isteri , insyaallah. tenang la sedikit.

    BalasPadam
  9. Gawat. Fmily bro yg nk brsalin, sy pulak yg rsa sakit dalaman, tiba2 jeee!

    Haha! Btw bro, truskn usaha! Mudah2han Allah mudahkn isteri bro bersalin nnti. Bro pun, keep strong. Bkal jadi ayah! Woooh! Syok!

    BalasPadam
  10. Maaf menyampuk...
    Ni mesti 1st baby..
    Biasanya dalam keadaan 2 dan kebawah kesakitan yang dirasai memang superb..
    Usapan lembut dan ciuman semangat sangat2 diperlukan.. Tapi tidak kata2.. Walaupun kata2 kononnya tuk beri semangat.. Memang sangat2 tak diperlukan, lagi2 perkataan sabar ye, relax ye.. Perkataan tu semua jadi sangat2 menyakitkan..
    1) Saat2 baby da nak keluar tu, suh dia tarik nafas dalam2 (cam kita tarik nafas wat senaman tu)..
    2) Time push tu, suh dia meneran (cam kita meneran time nak yak..)
    Pastu amik nafas cam biasa..
    Bila ada rasa cam nak ter yak buat langkah 1 dan 2.. Insyallah kuarnya senang..
    Sekadar berkongsi.. Tak nak jadi mcm jiran selabour room dolu2...
    Anak 1st.. Sian dia, hanya kerana dia tak tau tarik nafas dan meneran dgn betul berjam jam dia duk kat situ.. Kepala bby dah nampak pun still tak bleh push.. Bila ngat2 balik rasa sdih sangat.. Terngiang ngiang suara dia merintih tahan sakit sampai senyap..
    Alamak terpanjang plak komennya...
    BTW good luck... Praktis la dari sekarang ye... ^_^

    BalasPadam
  11. fuhh xsabar moment abg bgthu akak tgh brsalin..fuhh..msti kami pun debar2 gak

    BalasPadam