Antara KOLUMPO dan KISAH PALING GENGSTER !

by - Sabtu, November 16, 2013

 

Sebelum aku tonton THOR tadi , ada dua trailer filem melayu akan datang .. Mula mula KISAH PALING GENGSTER .. Hurm .. aku dengan sahabat , Que Achmad .. geleng kepala jer .. Gengster lagi ??? Apa nak jadi ? Bukan tak tau negara kita bermasalah dengan gengster ni .. nak jugak dianggar gengster ni  ? Lorr.. iskh ..

Maaf .. terus aku tolak tepi cerita ni.  Cari la kelainan skit. Walaupun ada komedi dan sedikit pengajaran ( harapnya ada la .. ) , bagi aku .. hurmm.. tak payah la buat citer gini .. Cuba buat cerita patriotik skit ..

Ok .. Pastu keluar pulak trailer KOLUMPO .. Wahhh.. pelakon pelakon dalam filem ni seperti filem THE EXPENDABLES .. Himpunan para pelakon yang bagus dalam negara kita !

Hurmm .. terus terang.. Aku dan Que , sama sama tak nafikan inilah antara filem yang best utk ditonton dan keluar duit membeli tiket .. Itu baru terpikat dengan trailernya.Kalau full movienya tak tau la camana kan ? Harapnya tak menghampakan nanti laaa ..

Antara pelakonnya ialah Sharifah Amani, Azad Jasmin, Ruminah Sidek, Shoffi Jikan, Nell Ng, Mano Maniam, Emily Poon, Sabri Yunos, Amerul Affendi, Azhan Rani, Along Eyzendy dan Amirul Ariff.  Menariknya filem ini diarahkan oleh 3 pengarah  iaitu  Bront  Palarae, Sheikh Munasar dan Rozi Izma Abdul Karim

Sedikit info mengenai filem in yang aku amik dari blog WANISTA yang mana  filem ini adalah cerita yang berkisarkan tentang harapan dan impian warga kota Kuala Lumpur.

" Seorang imigran India yang baru sahaja tiba di Kuala Lumpur yang datang untuk berkerja mendapati syarikat yang telah mengupahnya sudah jatuh muflis. Dia kemudian diselamatkan oleh seorang tauke yang juga seorang mamak dan memulakan hidup barunya sebagai seorang pendatang haram di Kuala Lumpur.

Di Setapak pula, seorang gadis muda yang asyik cuba mengelak panggilan telefon ibunya didapati sedang menolong seorang perempuan tua nyanyuk yang ingin mencari rumahnya sepanjang hari.

Di Ampang pula, seorang pemuda bertemu dengan seorang gadis misteri di KLCC yang ketinggalan tren terakhirnya. Untuk seorang pemuda yang tidak pernah bercinta, pertemuan ini bakal mengubah hidup si jejaka muda ini.

Pergabungan ketiga cerita ini akan menghasilkan sebuah kolaidaskop hidup di bawah langit kota Kuala Lumpur yang bakal mencuit hati dan menggegar jiwa para penonton. "

Suatu kelainan kan ? Rasanya terbang RM10 + cukai  pon ok jer.. Bukan selalu kan ?

You May Also Like

6 comments

  1. memang menarik! tapi mesti KPG lagi letopp !

    BalasPadam
  2. Harapnya ok la.. Bkn tak sokong.. Mmm..

    BalasPadam
  3. wah..ada lagi cerita genre camni.. ingatkan takde dah, kenapa tak buat je cerita gangster hendak pergi ke lahad datu dan tolong orang kat sana, lagi bagus rasanya.

    BalasPadam
  4. Asyik2 citer cmni je.. Da boring.. Patut wt cter yg bole wt anak2 muda ni lebih mhargai negara. Wt anak muda ni ingat tanggungjawab kt negara n agama.. Tak tau la nk kata apa.. Huhu

    BalasPadam
  5. Dorang nak untung tanpa memikirkan kesan kepada anak2 generasi sekarang..

    BalasPadam
  6. kalau ada pon cerita lain dari yang lain, pengunjung tegar wayang biasanya tak tengok cerita2 melayu yang macam KOLUMPO ni. ambik contoh kawan2 saya semua tak nak tengok cerita Kil ke, SAM ke, Psiko Pencuri Hati ke. Padahal cerita tu walaupun takdelah tahap Shutter Island atau Inception tapi lain dari yang lain. diorang nak tengok cerita yang tak "stressful" katanya.

    BalasPadam